Anda di halaman 1dari 123

ABSTRAK

Pengurusan disiplin di sekolah merupakan salah satu aspek penting dalam


memastikan kemenjadian murid di sekolah. Oleh yang demikian, SMK Hang Kasturi
bertindak progresif dengan mewujudkan sebuah unit disiplin dan badan pengawas
yang mantap bagi memastikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mampu dicapai. Apabila pengurusan disipilin dan badan pengawas beroperasi
dengan baik, ia banyak memberi kesan positif khususnya kepada warga sekolah.

Bersesuaian dengan petunjuk prestasi pengurusan disiplin di sekolah iaitu :

1. Mengurangkan kes salah laku murid.


2. Meningkatkan perekodan amalan baik dalam Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM).
3. Meningkatkan peratus kehadiran murid.
4. Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sebagai sistem utama pengurusan
disiplin di sekolah.

1
1.0 BERIMPAK

1.1 Keberhasilan Pengurusan

Tugasan mengendalikan hal ehwal disiplin sekolah adalah berdasarkan Surat


Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah.

Dokumen Punca Kuasa Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah

Dalam meningkatkan profesional guru di sekolah, aspek pengurusan disiplin


perlu diberikan perhatian. Ia bertujuan bagi memastikan suasana pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan kes salahlaku
pelajar terutama kes-kes berat seperti buli, ponteng, bergaduh dan sebagainya.

2
Berikut antara intipati kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 :

Berikut adalah Carta Organisasi Lembaga Tatatertib Disiplin, SMK Hang Kasturi.

Carta Organiasi Lembaga Tatatertib Disiplin Sekolah

3
Selain itu, unit disipilin SMK Hang Kasturi juga mempunyai motto tersendiri. Motto ini
dijadikan sebagai pedoman dalam menjalankan tugas-tugas disiplin di SMK Hang
Kasturi.

Berikut maksud motto unit disiplin SMK Hang Kasturi.

Transformasi Berubah kepada pengurusan disiplin yang lebih baik, kemas,


tersusun, teratur dan selaras dengan peredaran zaman.
Tegas Mengambil tindakan terhadap setiap salahlaku disiplin pelajar
dan memastikan salah laku disiplin ini tidak berulang.
Disiplin Memastikan setiap pelajar sentiasa berdisiplin dan mematuhi
peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Kasih Sayang Nilai kasih sayang menjadi tema unit disiplin supaya pelajar
faham tindakan tegas yang dilaksanakan adalah untuk mendidik.

4
Unit disiplin sentiasa bekerjasama dengan badan pengawas memantapkan
pengurusan disiplin sekolah. Pelajar dipilih menjadi pengawas melibatkan semua
kaum melayu, cina dan juga india. Berikut adalah barisan kepimpinan pengawas SMK
Hang Kasturi.

Barisan Kepimpinan Pengawas

Barisan AJK Tertinggi Badan Pengawas

5
Tindakan tugas guru disiplin juga berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin.

Keratan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Warga Pendidik SMK Hang Kasturi Semua Guru Adalah Guru Disiplin

6
Sehubungan dengan itu, berikut adalah analisis kes salah laku yang di ambil
dari Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan telah direkodkan. Berdasarkan analisis
tersebut kesalahan ponteng adalah bilangan yang tertinggi. Kesalahan rokok menjadi
kedua tertinggi. Manakala tingkah laku kurang sopan/biadap berada pada kedudukan
ketiga tertnggi.

Data kesalahan ini digunakan dalam unit hal ehwal murid bagi merancang
langkah pencegahan dan pemulihan dalam pengurusan disiplin SMK Hang Kasturi.

Analisis Kes Salah Laku Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

Berdasarkan rajah analisis tersebut pada bulan Julai 2016 menunjukkan


peningkatan kesalahan yang begitu ketara. Ini adalah disebabkan guru-guru di SMK
Hang Kasturi telah ditaklimatkan mengenai penggunaan Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM) Versi 2.0 dalam pengurusan disiplin sekolah. SSDM Versi 2.0 ini mula
dilancarkan pada bulan Jun 2016. Ini menunjukkan bahawa guru-guru telah
menjadikan SSDM sebagai sistem kawalan pengurusan disiplin di SMK Hang Kasturi.

7
Data Kesalahan & Surat Perkeliling Ikhtisas Bagi Menangani Kes Salah Laku Disiplin

8
Berikut pula adalah analisis kehadiran murid SMK Hang Kasturi. Data tersebut
menunjukkan bahawa pada tahun 2016 purata peratus kehadiran telah meningkat dari
tahun sebelumnya. Walaupun tidak mencapai target Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu 95%, namun data tersebut telah menunjukkan langkah proaktif bagi
meningkatkan kehadiran murid di SMK Hang Kasturi.

Analisis Purata Peratus Kehadiran 2014 2016

Analisis Carta Bar Peratus Kehadiran Bulanan 2014 - 2016

9
Analisis Purata Peratus Kehadiran 2014 - 2016

Berdasarkan semua analisis yang dilampirkan telah menunjukkan bahawa


keberhasilan pengurusan yang berimpak positif. Bagi mencapai usaha tersebut
semua guru di SMK Hang Kasturi perlu meningkatkan lagi kerjasama seterusnya
memastikan pengurusan disiplin sekolah berada di tahap yang optimum.

10
Keberhasilan pengurusan disiplin yang baik telah memberi impak yang positif
terhad bidang yang lain. Antaranya kepada bidang akademik di SMK Hang Kasturi.
Berdasarkan carta di bawah analisis menunjukkan pengurangan bilangan pelajar
gagal SPM 2014 - 2015 telah berjaya di atasi. Selain itu bilangan pelajar mendapat A
dalam peperiksaaan PT3 2014 - 2015 juga telah melonjak kepada bilangan yang lebih
tinggi.

Analisis Pengurangan Bilangan Pelajar Gagal Dalam Peperiksaan SPM

Analisis Peningkatan Bilangan Mendapat A Dalam Peperiksaan PT3

11
Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang telah disertai pelajar dalam usaha
meningkatkan akademik dan juga pembangunan sashsiah pelajar di SMK Hang
Kasturi. Berikut antara kejayaan tertinggi yang dicapai kesan daripada pengurusan
yang baik dalam membentuk sahsiah pelajar.

Peserta Roket yang Telah Beraya Ke Peringkat Kebangsaan

Peserta Roket Bersama Angkasawan Negara

12
Johan Pengurusan Bengkel KHB Peringkat Negeri Melaka

Peningkatan Bilangan Mendapat A Peperiksaan PT3

13
Hadiah Bernilai RM5,000 Dalam Penyertaan Caltek Fuel Your School

Penglibatan Dalam MAHA Peringkat Kebangsaan

14
Selain daripada itu kemenjadian pelajar dalam bidang ko-kurikulum juga dapat
dilihat. Pelajar-pelajar telah menyertai pelbagai aktiviti dalam meningkatkan sahsiah
diri. Hasil dari pengurusan disiplin yang baik telah membantu melahirkan lebih ramai
pelajar yang berdisiplin, bermatlamat dan berdedikasi.

Peserta Kadet Bomba Di Peringkat Kebangsaan

Kadet Menerima Tanda Pangkat Kadet Bomba

15
Peserta KRS Di Peringkat Kebangsaan

Kumpulan Nasyid dan Kompang SMK Hang Kasturi

16
1.2 Nilai Tambah yang Tinggi dalam Pengurusan Perkhidmatan

Tren atau gaya hidup masa kini menjadikan seorang pendidik tidak dapat elak
daripada perkembangan teknologi maklumat. Perkembangan teknologi ini meliputi
aspek penggunaan multimedia dalam melaksanakan pengurusan perkhidmatan
sebagai satu nilai tambah pengurusan perkhidmatan.

Maka sebab itu, dengan sedikit kepakaran dan kemahiran yang ada
sebahagian ruang bilik disiplin dijadikan bilik dokumentasi unit disiplin. Di samping itu,
sebuah mini studio multimedia diwujudkan bagi menghasilkan foto dan video segala
aktiviti sekolah.

Susun Atur Mini Studio & Ruang Dokumentasi Unit Disiplin

17
Jenama Foto Graviti telah di hasilkan sebagai Amalan Terbaik Program
Disiplin di SMK Hang Kasturi. Amalan Foto Graviti ini juga telah dipertandingkan pada
tahun 2015 dan berjaya telah menduduki naib johan di peringkat kebangsaaan.

Objektif amalan Foto Graviti adalah untuk menarik minat pelajar ke sekolah
melalui teknik fotografi yang bersesuaian dengan peredaran zaman. Telefon bimbit
atau gajet telekomunikasi adalah komponen utama yang digunakan di SMK Hang
Kasturi.

Amalan Terbaik Program Disiplin Foto Graviti SMK Hang Kasturi 2015

18
Pelbagai gambar aktiviti sekolah di pamerkan di ruang sudut fotografi yang
dihasilkan melalui mini studio unit disiplin SMK Hang Kasturi. Sudut fotografi ini
diletakkan berhampiran di bilik disiplin.

Lawatan Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Di Sudut Fotografi

19
Lawatan Dari Pegawai JPN dan KPM Di Sudut Amalan Foto Graviti

Foto Graviti Mendapat Kedudukan Naib Johan Di Peringkat Kebangsaan 2015

20
1.3 Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk Penambahbaikan

Kes rokok merupakan kes yang kedua tertinggi direkodkan dalam SSDM SMK Hang
Kasturi bermula pada bulan Januari sehingga Ogos 2016. Sebanyak 41 kes telah
diambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat.

Oleh yang demikian, satu kajian tindakan telah dilaksanakan bagi tujuan
penambahbaikan. Caranya adalah dengan menyebar luas poster hukum haram
menghisap rokok disisi agama Islam dan keratan akhbar mengenai keburukan
merokok. Hukum haram ini telah difatwakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Poster ini dipamerkan di papan kenyataan, bilik darjah, surau dan sebagainya.

Poster Rokok Haram Negeri Kedah, JAKIM dan Melaka

Poster Kampen Anti


Merokok

21
Keratan Akhbar Keburukan Merokok

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 : Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

22
Objektif kajian tindakan adalah seperti berikut :

1. Memahami hukum haram merokok dalam syariat Islam.


2. Memahami keburukan merokok.

Kumpulan sasar kajian tindakan ini adalah murid murid yang menghisap rokok
di SMK Hang Kasturi. Kaedah pelaksanaan kajian tindakan ini adalah berdasarkan
pemerhatian. Seterusnya membuat pemantauan secara berterusan. Refleksi dari
kajian tindakan mendapati bilangan kes salah laku merokok berkurang dari Januari
Ogos 2016.

Pengurangan Kes Salah Laku Merokok Dari Januari Ogos 2016

23
Para Ulama Terkenal Juga Menyatakan Merokok Adalah Haram

24
1.4 Pengurusan Perkhidmatan

Pengurusan disiplin di SMK Hang Kasturi sentiasa berpandukan kepada beberapa


buku panduan yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Melaka secara
percuma. Di dalam buku panduan ini terdapat tatacara pengurusan disiplin beserta
surat pekeliling ikhtisas (SPI) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah

25
Selain itu buku etika dan undang-undang sekolah juga dibekalkan kepada
pelajar di SMK Hang Kasturi. Buku ini menerangkan segala peraturan yang perlu di
patuhi. Setiap pelajar wajib memiliki buku ini apabila mendaftar di SMK Hang Kasturi.

Buku Peraturan Sekolah Untuk Edaran Pelajar

26
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan Kepada Ketua & Penolong
Ketua Guru Disiplin

27
Pengurusan disiplin di SMK Hang Kasturi menggunakan Sistem Sahsiah Diri
Murid (SSDM) sebagai sistem utama. Salah laku dan amalan baik pelajar akan
direkodkan. Tujuan penggunaan SSDM adalah seperti yang telah diwartakan
berdasarkan surat siaran di bawah.

Surat Siaran Kewajipan Menggunakan SSDM Versi 2.0 Sebagai Medium


Pengurusan Sahsiah Diri Murid Di Sekolah

28
Di SMK Hang Kasturi juga menyediakan garis panduan pelaksanaan tindakan
disiplin berdasarkan surat pekeiling ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Berikut adalah garis panduan tersebut :

Pamplet Garis Panduan Pelaksanaan Tindakan Disiplin

29
Pamplet Garis Panduan Pelaksanaan Tindakan Disiplin

30
Pamplet Garis Panduan Pelaksanaan Tindakan Disiplin

31
Pamplet garis panduan ini dibina bagi memenuhi keperluan surat pekeliling
ikhtisas di bawah :

Keratan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995

Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar sekolah


mestilah mematuhi dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Langkah ini bagi
membantu pihak sekolah daripada tersasar dengan peraturan-peraturan yang telah
diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

32
Berikut pula adalah carta alir perekodan kes disiplin dan amalan baik di SMK
Hang Kasturi.

Carta Alir Perekodan Kes Disiplin

Carta Alir Perekodan Amalan Baik

33
Pelajar yang telah diambil tindakan terhadap kes salah laku akan menjalani
sesi kaunseling. Kaunselor akan memain peranan untuk mengumpul data kaunseling
bagi membantu sekolah melaksanakan langkah pemulihan dan juga intervensi.

Bilik Kaunseling Ketika Sesi Lawatan Penanda Aras

Kaunselor SMK Hang Kasturi

34
Bermula Mei 2016 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0 telah
diperkenalkan. Versi ini dinaik taraf dengan adanya perekodan amalan baik dan
perekodan salah laku disiplin bagi tujuan penentuan sahsiah pelajar. Sistem akan
mengautomasikan laporan prestasi sahsiah bagi keseluruhan murid di SMK Hang
Kasturi.

Penentuan Sahsiah Secara Automasi Dalam SSDM

Contoh Laporan Perekodan Salah Laku Disiplin dan Perekodan Amalan Baik
35
Di SMK Hang Kasturi pelajar yang menunjukkan laporan sahsiah yang baik
atau mempunyai bilangan amalan baik yang tertinggi akan diberikan penghargaan
dalam bentuk sijil. Penghargaan ini akan diserahkan ketika sesi perhimpunan rasmi
sekolah. Ia bertujuan bagi menggalakkan pelajar lain bersama-sama meningkatkan
perekodan amalan baik sepanjang sesi persekolahan.

Pelajar Menerima Penghargaan Ketika Sesi Perhimpunan Rasmi Sekolah

36
1.5 Penglibatan Komuniti dalam Pengurusan Perkhidmatan

Mengemudi unit hal ehwal murid (HEM) khususnya dalam pengurusan disiplin sekolah
beberapa pembahagian tugas diwujudkan bagi memastikan kerjasama antara unit
unit dapat dipertingkatkan. Berikut adalah pembahagian tugas yang terdiri dari
pentadbir, ketua/penolong guru disiplin, setiausaha, guru SSDM, pengurusan
pengawas, unit bimbingan dan kaunseling seterusnya dibantu dengan seluruh warga
kerja SMK Hang Kasturi.

Pembahagian Tugas Utama Dalam Pengurusan Disiplin

37
Pegawai Perhubungan Sekolah daripada pihak polis sentiasa memberikan
kerjasama yang baik dalam membantu mengendalikan pengurusan disiplin sekolah.

Taklimat Dari Pihak Polis Ketika Sesi Perhimpunan Rasmi Sekolah

Perbincangan Wakil Guru Disiplin Bersama Pegawai Perhubungan Polis

38
Keratan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2016 : Penubuhan Kelab Pencegahan
Jenayah Di Semua Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) juga diwujudkan dengan kerjasama yang


erat dari pihak polis. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak
polis adalah seperti program sekolah penyanyang, jom ke sekolah, mesyuarat PIBG,
sukan merentas desa, mesyuarat unit disiplin, taklimat jenayah di tapak perhimpunan,
program berfokus pelajar berisiko dan sebagainya. Usaha seperti ini telah membantu
pihak sekolah mengawal kes salah laku khususnya kesalahan bagi katergori jenayah.

39
Badan pengawas SMK Hang Kasturi juga telah banyak membantu dalam aspek
pengurusan disiplin. Di samping itu para pengawas juga dididik menjadi pemimpin di
kalangan pelajar. Motto badan pengawas adalah Pimpin Diri Untuk Pimpin Orang
Lain. Motto ini dihasilkan bagi tujuan merangsang kepada pengawas supaya mereka
sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang baik.

Barisan Utama Kepimpinan Badan Pengawas

Di samping itu, badan pengawas juga turut membantu melaksanakan aktiviti


semakan mengejut terhadap pelajar yang membawa barang larangan ke sekolah.
Usaha ini bertujuan memastikan pelajar di SMK Hang Kasturi tidak membawa barang
terlarang yang telah dinyatakan dalam buku peraturan sekolah. Barangan berharga
seperti telefon bimbit akan direkod dan perlu dituntut oleh penjaga atau ibubapa bagi
proses pemulangan.

40
Ops Geledah Bersama Badan Pengawas

Yang Dipertua PIBG Sentiasa Memberi Sokongan Kepada Pengurusan Disiplin

41
1.6 Memenuhi Keperluan dan Melangkaui Ekspektasi Perkhidmatan

Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek pertanian fertigasi merupakan antara


aktiviti yang dilaksanakan dengan dibantu penuh oleh badan pengawas. Ketua guru
penyelaras projek fertigasi ini adalah Cikgu Muhammad Bin Zainuddin yang juga
selaku penolong penyelaras guru disiplin SMK Hang Kasturi.

Melalui aktiviti seperti ini, maka ia telah memberi banyak nilai tambah dalam
pengurusan perkhidmatan khususnya bagi badan disiplin dan pengawas SMK Hang
Kasturi.

Laman Pertanian Fertigasi Cili Padi Bara

42
Berikut adalah foto yang telah didokumentasikan sepanjang projek fertigasi ini
berlangsung pada tahun 2016.

Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek

43
Menerima Kunjungan Lawatan Dari SMK Paya Rumput

44
Cenderahati Lawatan yang Disampaikan oleh Pengawas

45
Pelancaran Serentak Minggu Amalan Baik SSDM Versi 2.0 dan
Projek Pertanian Fertigasi Cili Padi Bara 2016

46
Lawatan Ke Tapak Fertigasi dan Penyampaian Cenderahati yang Disempurnakan
oleh Badan Pengawas

47
Lawatan Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Ke Laman Pertanian Fertigasi
SMK Hang Kasturi

48
1.7 Sumbangan dan Kepakaran

Ketua guru disiplin di SMK Hang Kasturi merupakan ketua jurulatih kadet remaja
sekolah (KRS) Negeri Melaka. Beliau juga dinobatkan sebagai penerima anugerah
jurulatih cemerlang kokurikulum pada tahun 2015. Sumbangan dan kepakaran beliau
sangat membantu dalam pengurusan disiplin sekolah.

Ketua Guru Disiplin SMK Hang Kasturi Menerima Anugerah Jurulatih Cemerlang

49
Selain itu warga kaunselor daerah Jasin, Melaka telah menjemput guru displin
SMK Hang Kasturi untuk berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan disiplin dan
amalan fotografi di SMK Nyalas, Melaka. Adalah diharapkan perkongsian yang
disampaikan dapat membantu para kaunselor meningkatkan kemahiran dalam bidang
pendidikan yang semakin mencabar.

Sesi Penyampaian Cenderahati Ketika Sesi Penutup

50
Sesi pembentangan kepakaran dalam bidang fotografi dan videografi yang
telah di amalkan di unit disiplin SMK Hang Kasturi kepada pelawat yang hadir ketika
lawatan penanda aras.

Sesi Taklimat Amalan Fotografi dan Videografi SMK Hang Kasturi

51
Antara lain kepakaran dan sumbangan yang telah dilaksanakan adalah unit
disiplin telah menjual buku panduan Tatacara Pengendalian Disiplin SMK Hang
Kasturi secara alam maya (online). Promosi dan iklan yang dilakukan melalui internet
telah menghasilkan jualan buku panduan ini ke seluruh negeri di Malaysia.

Kandungan Buku Tatacara Pengurusan Disiplin SMK Hang Kasturi

52
Terlibat secara langsung dalam bengkel penataran penggunaan Sistem
Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0 di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) juga antara sumbangan guru disiplin SMK Hang Kasturi.

Pegawai KPM, JPN, PPD dan Wakil Guru Disiplin Sekolah Ketika Bengkel
Penataran Penggunaan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0

53
Pada tahun 2016 unit disiplin dan badan pengawas SMK Hang Kasturi telah
dikunjungi oleh beberapa buah sekolah sebagai lawatan penanda aras. Berikut adalah
foto lawatan dari SMK Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sesi Lawatan Di Bilik Guru Disiplin

54
Semua peserta lawatan juga dibawa melawat ke bilik pengawas SMK Hang Kasturi.

Sesi Lawatan ke Bilik Pengawas

55
Ketika majlis penutup, majlis disusuli dengan watikah jaringan antara dua buah
sekolah bagi unit disiplin dan badan pengawas.

Sesi Penyampaian Watikah Jaringan Unit Disiplin dan Badan Pengawas

56
Seterusnya unit disiplin dan badan pengawas SMK Hang Kasturi juga telah
menerima kunjungan lawatan dari SMK Paya Rumput, Melaka pada tahun 2016.

Sesi Lawatan Unit Disiplin dan Pengawas Dari SMK Paya Rumput, Melaka

57
Barisan Badan Disiplin dan Pengawas SMK Paya Rumbut Ketika Sesi Lawatan

58
Seterusnya kunjungan peribadi Cikgu Norizah dari SK Tangga Batu, Melaka

Kunjungan Lawatan Peribadi Dari SK Tangga Batu, Melaka

59
Berikut pula adalah kunjungan lawatan penanda aras dari SMK Sungai Tiram, Johor.

Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin dan Badan Pengawas SMK Sg. Tiram, Johor

60
Lawatan Penanda Aras Badan Pengawas Dari SMK Sungai Tiram, Johor

61
Seterusnya kunjungan lawatan penanda aras dari SMK Pernu, Melaka.

Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin dan Pengawas SMK Pernu, Melaka

62
Berikut pula kunjungan lawatan penanda aras dari SMK Malim, Melaka.

Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin dan Pengawas SMK Malim, Melaka

63
2.0 PENGURUSAN BILIK
2.1 Promosi dan Outreach Perkhidmatan

Dalam mempromosikan segala aktiviti unit disiplin dan badan pengawas, media
internet menjadi pilihan dengan cara mewujudkan laman sesawang, youtube channel,
aplikasi kumpulan telegram guru disiplin, facebook dan juga instagram.

Teknik fotografi dan videografi digunakan sebaiknya sebelum foto dan video
dimuat naik ke alam maya bagi tujuan penyebaran maklumat dan juga mempromosi
perkhidmatan unit disiplin dan badan pengawas SMK Hang Kasturi.

Laman sesawang www.bulanmarikh.com seperti di atas adalah untuk


mempromosi perkhidmatan unit disiplin SMK Hang Kasturi di alam maya. Melalui
capaian ini akan memberikan manfaat kepada para guru untuk mencari maklumat.

64
Melalui laman sesawang www.bulanmarikh.com terdapat satu halaman yang
dimuat naik maklumat mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang berkaitan unit
disiplin untuk dijadikan rujukan dalam melaksanakan tugas. Di harap usaha seperti ini
akan membantu para guru untuk mencari maklumat di internet. Manakala lain-lain
media adalah seperti berikut ;

Pelbagai Saluran Media Mempromosikan Pengurusan Disiplin SMK Hang Kasturi

65
Pada tahun 2016, SMK Hang Kasturi telah berkesempatan mempromosikan
aktiviti unit disiplin dan badan pengawas melalui tema Sekolah Transformasi. Segala
aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan khususnya unit disiplin dan pengawas
dipamerkan ketika pameran Karnival Pendidikan Peringkat Negeri Melaka 2016.

Lot Pameran SMK Hang Kasturi yang Dihadiri Ketua Menteri Melaka,
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka dan Warga KPM

66
Liputan mengenai Karnival Pendidikan Melaka khususnya bagi lot pameran
SMK Hang Kasturi telah disiarkan ke dalam media akhbar Melaka Hari Ini yang
bertarikh 4 April 2016.

67
2.2 Bilik Berfungsi

Di bilik disiplin SMK Hang Kasturi menjalankan pelbagai tugas khususnya berkaitan
salah laku disiplin, menjalankan hukuman rotan, sesi bertemu penjaga, menyimpan
barang rampasan dan sebagainya. Di samping itu berhampiran bilik disiplin
dipaparkan ruang fotografi aktiviti sekolah. Ini bertujuan bagi menarik minat pelajar
untuk hadir ke bilik disiplin.

Sesi hukuman dijalankan di dalam bilik disiplin dan melakukan amalan


bersalaman selepas hukuman dijalankan oleh ketua guru disiplin.

68
Antara Bahan Bukti yang Disimpan Di Dalam Bilik Disiplin

Surat Pekeliling Ikhtisas Mengenai Larangan Bermain Bahan Letupan

69
Bahan Bukti yang Dikendalikan Dalam Bilik Disiplin

Surat Pekeliling Ikhtisas Mengenai Larangan Membawa Telefon Bimbit

70
Peti Kecemasan Rawatan Di Dalam Bilik Disiplin

Sudut Fotografi yang Berhampiran Bilik Disiplin

71
Sesi Perbincangan Bersama Penjaga Di Bilik Disiplin

Menyelesaikan Kes Salah Laku Pelajar Di Bilik Disiplin

72
2.3 Bilik Kondusif

Berikut adalah ruang utama bagi bilik disiplin SMK Hang Kasturi. Sijil, cenderahati dan
poster dipamerkan bagi tujuan keceriaan. Susun atur yang kemas dilakukan bagi
memastikan bilik disiplin sentiasa berada dalam keadaan kondusif. Pada tahun 2016,
bilik disiplin ini di naik taraf supaya kelihatan lebih menarik.

Ruang Utama Bilik Disiplin Pada Tahun 2015

Ruang Utama Bilik Disiplin Pada Tahun 2016


73
Pada tahun 2016 bilik pengawas SMK Hang Kasturi telah berjaya diwujudkan
dan telah diadakan majlis perasmian. Tema berwarna biru menjadi pilihan supaya bilik
ini kelihatan menarik dan kondusif. Terhasil bilik pengawas ini sedikit sebanyak harap
dapat meningkatkan motivasi para pengawas membantu unit disiplin menjalankan
tugas pengurusan disiplin di sekolah.

Kenangan Perasmian Bilik Pengawas

Dekorasi Bilik Pengawas SMK Hang Kasturi


74
3.0 PENGURUSAN REKOD, PROGRAM DAN AKTIVITI

3.1 Sistem Pengurusan Fail

Pada tahun 2016 Sistem Salahlaku Disiplin Murid telah dinaik taraf dan diberikan
penjenamaan yang baru iaitu Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0 oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM. Oleh yang demikian, segala urusan
pengurusan rekod disiplin SMK Hang Kasturi akan melalui SSDM Versi 2.0.

Paparan SSDM Versi 2.0 Bagi SMK Hang Kasturi 2016

75
Berikut adalah senarai kesalahan yang boleh direkodkan dalam SSDM Versi 2.0

Senarai Kesalahan Di Dalam SSDM Versi 2.0

76
Senarai Kesalahan Di Dalam SSDM Versi 2.0

77
Senarai kesalahan ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di bawah ini disertakan SPI
berkaitan pengurusan disiplin di sekolah.

Ordinan Pelajaran 1957 - Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968 : Pembuangan Murid-Murid daripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang.
Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968 dan 8/1968.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 : Peraturan-Peraturan ( Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 : Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975: Disiplin di Sekolah. Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 : Potongan Rambut Murid-Murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976 : Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di Sekolah-Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1977 : Menganjur dan Menjual Loteri di Sekolah-sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1982 : Permainan "Pin-Table, Video Game, Game Watch".
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 :Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1983 : Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983 : Mengenakan hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan
Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1985 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan).
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1987:Pengurusan Dan Kawalan Asrama Sekolah Harian.
Surat Pekeliling ikhtisas Bil 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 : Pemakaian Tudung/Mini Telekung bagi Pelajar-Pelajar Perempuan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993 : Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 : Pakaian Seragam Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar
Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996 : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 : Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1998 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 : Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 : Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000 : Membanteras Jenayah Di kalangan Murid Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah.
Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 : Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 : Penggunaan Buku Log Bagi tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalisme)
Di Kalangan Murid-Murid Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2006 : Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Semua Sekolah Rendah dan
Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 : Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh
Murid Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2010 : Garis Panduan Mencegah dan Menangani Buli Dalam Kalangan Murid Di
Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 / 2011 : Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah.

78
Dalam melaksanakan tugas pengurusan disiplin melalui SSDM Versi 2.0, carta
alir terlebih dahulu perlu difahami supaya kes salahlaku murid direkod dengan tepat
dan baik.

Carta Alir Am SSDM Versi 2.0

79
Melalui SSDM Versi 2.0 semua peringkat bahagian pengurusan disiplin akan
terlibat secara langsung melalui perekodan berasaskan web.

SSDM Versi 2.0 Berasaskan Web

Berikut adalah senarai penglibatan guru SMK Hang Kasturi yang telah
menggunakan SSDM Versi 2.0 untuk melaporkan kes salah laku murid di sekolah.

80
Berikut adalah contoh senarai salah laku murid yang telah diambil tindakan
disiplin SMK Hang Kasturi. Sejarah lampau salahlaku murid tersebut dijadikan
panduan untuk dijatuhkan hukuman yang lebih berat dan setimpal.

Laporan Salahlaku Murid Dalam SSDM Versi 2.0

81
Melalui pelaporan SSDM Versi 2.0 semua salah laku akan dianalisis oleh
sistem. Hasil dari analisis tersebut pihak sekolah akan merancang aktiviti intervensi
bagi menangani peningkatan salah laku tersebut.

Statistik Kesalahan Salahlaku Disiplin SMK Hang Kasturi

82
Laporan prestasi sahsiah murid secara individu akan dipamerkan pada setiap
bulan di hadapan bilik disiplin. Ia bertujuan sebagai tindakan mengawal disiplin murid
di sekolah.

Laporan Prestasi Sahsiah SSDM Versi 2.0

83
Perekodan Secara Manual Untuk Menyimpan Bahan Bukti

84
Sistem Fail yang Diwujudkan Di Bilik Disiplin

Sistem Fail yang Diwujudkan Di Bilik Pengawas

85
3.2 Dokumentasi Program

SMK Hang Kasturi sentiasa mengamalkan sistem dokumentasi pada tahap yang
terbaik. Oleh yang demikian semua program yang dilaksanakan akan
didokumentasikan dalam pelbagai bentuk. Fotografi, videografi dan brosur antara
elemen dokumentasi yang dilaksanakan di SMK Hang Kasturi.

Memuat Naik Video ke Saluran Youtube

Banner Pelancaran Minggu Amalan Baik SSDM

86
\

Gimik Pelancaran Minggu Amalan Baik SSDM

Aktiviti Amalan Baik Direkodkan Dalam SSDM

87
Kursus Pemantapan Badan Pengawas Merupakan Program Bersama Kolej Komuniti

Laporan Mingguan Unit Disiplin Ketika Sesi Perhimpunan Rasmi

88
Penggunaan Pas Keluar dan Buku Kawalan Ponteng

Papan Kenyataan Rumusan Kehadiran Murid Yang Dikemaskini Setiap Hari

89
Pelajar Berisiko Berjumpa Puan Pengetua Sebagai Peringatan Terakhir

Pekeliling Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah

90
Ops Geledah Sport Check yang Dibantu Bersama Badan Pengawas

Program Kunjung Hormat Bersama Pegawai Polis

91
Aktiviti Kelab Cegah Jenayah Melaksanakan Ceramah Berfokus Kelompok Berisiko

Kem Remaja Berwawasan Di Bawah Program NBOS

92
Program Kerohanian Di Bawah Bidang Kemanusiaan

Ujian Air Kencing yang Dijalankan Oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan

93
Pelajar Baru Diberikan Taklimat Pengurusan Sekolah

Kem Transformasi Kepimpinan Program Bersama PLKN

94
Paparan Keratan Akhbar Mengenai Salah Laku Murid

Jamuan Raya Badan Pengawas Sebagai Tindakan Pemantapan Pengurusan

95
Program Guru Penyanyang dan Jom ke Sekolah

Majlis Penyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar

96
Program Konsultasi Waris Dengan Unit Bimbingan Kaunseling

Program Sambutan Bulan Kelahiran

97
3.3 Bukti Pelaksanaan Program dan Aktiviti

Bukti pelaksanaan program dan aktiviti dapat dilihat melalui carian google SMK Hang
Kasturi. Melalui carian ini akan dipaparkan pelbagai maklumat dalam bentuk web,
foto dan juga video. Selain itu terdapat buletin yang mengeluarkan berita mengenai
program yang dilaksanakan oleh SMK Hang Kasturi.

Keratan Akhbar Melaka Hari Ini

98
Keratan Akhbar Melaka Hari Ini Mengenai Liputan Karnival Pendidikan

Brosur dan Watikah Jaringan Unit Disiplin

99
Brosur Pelancaran Minggu Amalan Baik SSDM

Brosur Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin dan Badan Pengawas

100
Brosur Lawatan Projek Fertigasi

Banner Pelancaran Minggu Amalan Baik SSDM dan Projek Fertigasi

101
Sijil Penghargaan Lawatan Penanda Aras Unit Disiplin

Sijil Anugerah Kepimpinan Pengurusan Disiplin

102
4.0 CERIA, BERMAKLUMAT, BERMAKNA

4.1 Keceriaan

Kecerian bilik guru disiplin dan juga bilik pengawas SMK Hang Kasturi amat penting
bagi melaksanakan tugas dalam keadaan kondusif. Ibu bapa dan pelajar akan
memberikan perspektif positif apabila masuk ke bilik disiplin. Seterusnya memberikan
kefahaman kepada mereka bahawa tindakan disiplin adalah untuk mendidik.

Di bawah merupakan muka pintu utama bilik disiplin SMK Hang Kasturi. Warna
ungu dan putih menjadi tema keceriaan. Papan tanda dan papan kenyataan digantung
bagi memastikan bilik ini sentiasa ceria dan menarik minat pengunjung.

Muka Pintu Bilik Guru Disiplin

103
Di bawah ini pula merupakan muka pintu bagi bilik pengawas yang
berhampiran dengan bilik guru disiplin. Warna biru menjadi tema keceriaan. Walaupun
bilik ini bersaiz kecil, sekurang-kurangnya mampu memberi motivasi kepada para
pengawas untuk menjalankan tugas mereka.

Muka Pintu Bilik Pengawas

104
4.2 Info Di Bilik Bermaklumat dan Bermakna

Di setiap bilik guru disiplin dan bilik pengawas terdapat beberapa papan kenyataan
bagi tujuan penyebaran maklumat berkenaan pengurusan disiplin sekolah. Segala
maklumat disusun dengan teratur. Maklumat yang dipaparkan seperti keratan akhbar,
jenis salahlaku disiplin, foto aktiviti disiplin dan sebagainya.

Maklumat yang bermakna ini akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat


yang terkini. Diharapkan ia sangat bermaklumat dan bermakna.

Papan Kenyataan Berkaca Di Hadapan Bilik Guru Disiplin

105
Papan Kenyataan Bagi Guru Disiplin

Papan Kenyataan Di Ruang Utama Bilik Guru Disiplin

106
Dua Buah Papan Kenyataan Di Dalam Bilik Pengawas,

107
Sudut Cenderahati dan Papan Kenyataan Di Bahagian Luar Bilik Pengawas

108
109
SPI Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

110
5.0 KREATIF DAN INOVATIF
5.1 Kreativiti dan Inovasi dalam Pengurusan Perkhidmatan

Unit disiplin dan pengawas menghasilkan poster yang berinformasi kepada warga
sekolah sebagai satu nilai kreativiti dan inovasi. (Rujuk lampiran bahagian poster
himpunan bahan-bahan guru disiplin dan pengawas)

111
Selain itu di dalam unit disiplin dan pengawas antara ciri kreativiti dan inovatif
yang kami laksanakan adalah menghasilkan kad metrik khususnya kepada
pengawas. (Rujuk lampiran)

Tujuan pemberian kad metrik ini adalah untuk dorongan dan sumber inspirasi
kepada pengawas dalam membantu unit disiplin SMK Hang Kasturi melaksanakan
tugas pengurusan disiplin. Terdapat motto dalam kad metrik ini iaitu Pengawas
Transformasi Pimpin Diri Untuk Pimpin Orang Lain.

Rekabentuk Kad Metrik Pengawas

112
Antara perkara lain mengenai kreativiti dan inovasi dalam pengurusan disiplin
adalah berkenaan penglibatan badan pengawas melaksanakan projek pertanian
fertigasi SMK Hang Kasturi. Pendidikan yang berasaskan keusahawanan ini antara
nilai kreativiti yang dalam melahirkan pelajar yang berinovasi.

Projek Pertanian Fertigasi Kebanggaan Badan Pengawas SMK Hang Kasturi

113
Terdapat inovasi dalam pelaksanaan projek fertigasi badan pengawas ini.
Sebuah mini tangki nutrien dihasilkan bagi projek tanaman berskala kecil. Mini tanki
nutrien ini sesuai digunakan di kediaman rumah. Contohnya dibahagian balkoni rumah
kediaman.

Inovasi ini akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan


pada 26 28 September 2016 bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun
Hussien Onn, Batu Pahat Johor.

Inovasi Tangki Nutrien Dipertandingkan Di Peringkat Kebangsaan

114
5.2 Menarik Minat dan Relavan dengan Pengurusan Perkhidmatan

Dalam unit disiplin dan pengawas terdapat sebuah ikon yang diwujudkan sebagai
sumber inspirasi kepada para pelajar khususnya kepada pengawas sekolah SMK
Hang Kasturi. Penampilan Dato Siti Nurhaliza menjadi seorang pengawas sekolah
dijadikan sebagai ikon pelajar yang berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Ikon Pengawas Dato Siti Nurhaliza Penyanyi Nombor 1 Malaysia

115
Bingkai gambar ini diletakkan dalam bilik pengawas bagi memupuk para pelajar
berbangga menjadi seorang pengawas dalam membantu pengurusan disiplin di
sekolah.

116
Antara lain bagi aspek menarik minat dan relavan dengan pengurusan disiplin
adalah berkenaan sejarah kewujudan bilik guru disiplin dan juga bilik pengawas SMK
Hang Kasturi. Asal usul bagi kedua-dua bilik ini adalah merupakan sebuah stor. Tetapi
kini telah menjadi sebuah bilik yang amat bermakna buat warga kerja SMK Hang
Kasturi. Berikut adalah keadaan asal bilik guru disiplin.

SEBELUM : Stor Peralatan Kokurikulum

SELEPAS : Bilik Dokumentasi Unit Disiplin

117
Pada tahun 2016, sebuah bilik pengawas pula berjaya diwujudkan. Dari sebuah
stor buku teks tetapi kini dinaik taraf menjadi bilik pengawas SMK Hang Kasturi.

SEBELUM : Stor Buku

SELEPAS : Bilik Pengawas

118
6.0 PENGIKTIRAFAN

Setelah aktif membincangkan isu pengurusan disiplin di alam maya seperti laman
facebook, instagram, you tube channel, telegram & whatsapps. Cikgu Muhammad Bin
Zainuddin selaku salah seorang guru disiplin di SMK Hang Kasturi telah dijemput
menjadi salah seorang jawatankuasa utama Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Versi
2.0 di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian BPSH Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Selain itu, beliau telah mengikuti beberapa kali perbengkelan penggunaan


Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Versi 2.0 bertempat di Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian BPSH Kementerian Pendidikan Malaysia. SSDM berjaya dilancarkan
pada pertengahan bulan Mei 2016.

Sesi Bergambar Bersama Jawatankuasa Utama Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM
Versi 2.0

119
Bengkel Penataran Penggunaan Sistem Sahsiah Diri Murid Versi 2.0

120
Menyertai Program Remaja Berwawasan Di Peringkat Kebangsaan

Pembentangan Amalan Foto Graviti Di Kementerian Pendidikan Malaysia

121
Penghargaan Kepada Pengawas Dari Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah
Melaka

122
PENUTUP

Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi pengurusan disiplin di sekolah khususnya
SMK Hang Kasturi dalam mencapai visi dan misi. Bersesuaian dengan peredaran
zaman adalah menjadi faktor utama dalam mencipta kreativiti dan inovasi. Pelajar
dahulu dan kini amatlah berbeza. Namun ia bukan penghalang dalam mendidik anak
bangsa khususnya Malaysia yang kita sanjungi.

123

Anda mungkin juga menyukai