Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN KEPADA

AUTISME AUTISME

PENGENALAN KEPADA AUTISME

www.autisme-malaysia.com
autisme.malaysia@gmail.com
www.facebook.com/groups/autisme.malaysia
DU’A - Different * Unique * Awesome
Apa itu AUTISME
Sejenis kecelaruan neurologikal yang menjejaskan perkembangan individu
dari segi:

• Interaksi Sosial

• Komunikasi

• Tingkah-laku

Individu autisme lazimnya adalah normal dari segi fizikal. Autisme hanya dapat
dikenal-pasti melalui tingkah-laku dan ia bukan kecacatan fizikal.
Kecelaruan noerological bermakna saraf deria (seperti pendengaran, penglihatan
dan rasa) memproses maklumat secara berbeza berbanding insan tipikal.
Contohnya, hyper-sensitif yang mana individu autisme sangat sensitif pada sesuatu
jenis bunyi hingga menyebabkan gangguan emosi dan seterusnya menghasilkan
perilaku yang aneh.
Autisme mempunyai spektrum, tahap keupayaan/kefungsian dan kondisi yang
luas. Kondisi seorang individu autisme besar kemungkinan berbeza dari kondisi
individu autisme yang lain. Rujuk mukasurat 2.

2
DU’A - Different * Unique * Awesome
FAKTA BERKAITAN AUTISME
Mengikut kajian di US: 1 daripada setiap 68 insan mengalami autisme.

Autisme bukan suatu penyakit. Berbanding penyakit yang boleh diubati dan
pulih sepenuhnya, kondisi autisme adalah berkekalan

Penyebab autisme belum dikenalpasti secara khusus atau saintifik.

Autisme boleh dialami oleh mana-mana insan tanpa mengira bangsa,


keturunan, agama atau latar belakang sosio-ekonomi.

Individu autisme bukan golongan berisiko yang boleh mendatangkan bahaya


atau bodoh. Mereka hanya memerlukan pendekatan yang berbeza dan sesuai
bagi membantu perkembangan pengurusan diri, interaksi sosial dan pendidikan.

Autisme adalah semulajadi dan bukan disebabkan oleh cara ibubapa


membesarkan anak-anak.

Autisme mempunyai spektrum yang luas. Setiap individu autisme mempunyai


tahap keupayaan diri yang berbeza-beza. Sila rujuk gambarajah dibawah:

Other studies suggest:


• Difficulty communicating (approx. 50%
non-verbal)
• 75% have intellectual challenges, 25%
have average and above average
intelligence
• Some are ‘autistic savant’ (e.g. Rain
Man film)
• Some have outstanding artistic or

Sumber: www.psychologytoday.com musical abilities

DU’A - Different * Unique * Awesome 3


TANDA-TANDA AWAL AUTISME
Berikut adalah antara tanda-tanda awal yang lazim
ada pada kanak-kanak 2 hingga 3 tahun:

Tiada atau lemah ‘eye-contact’


Tiada tindakbalas apabila dipanggil (bukan kerana pekak)
Tidak suka dipeluk, suka bermain sendirian
Tidak peka kepada perasaan orang di sekitarnya
Mengulangi perkataan/frasa dituturkan oleh orang lain (echolalia)
Kesukaran memulakan perbualan, sturuktur ayat tidak betul
Mahu kekal pada rutin dan turutan yang spesifik dan tidak fleksibel
Kerap lakuan pergerakan badan yang berulang (mengayunkan
badan, berputar atau mengepakkan tangan)
Mudah terganggu dengan persekitaran akibat tahap sensitiviti deria
yang ekstrim seperti bunyi, rasa, rupa, atau bau (sensory overload)
Minat yang mendalam terhadap sesuatu objek (obses)

PENTING!!
Sekiranya terdapat tanda-tanda diatas, adalah amat penting bagi
kanak-kanak diatas dirujuk kepada doktor pakar dan menjalani
diagnosis.
Sekiranya kanak-kanak disahkan mengalami autisme, adalah kritikal
bagi ibubapa memastikan kanak-kanak mengikuti program
intervensi awal dan terapi yang berkaitan.
Disamping itu, ibubapa harus mula mendapatkan maklumat dan
pendedahan mengenai autisme melalui pembacaan, konsultansi
dan sokongan dari pihak yang berkaitan.

DU’A - Different * Unique * Awesome 4


PENGURUSAN PENDIDIKAN
Penting untuk ibubapa mengetahui elemen pengurusan pendidikan
insan autisme, antaranya:
Program Intervensi Program pendidikan awal yang kritikal bagi membantu
Awal kanak-kanak autisme segera meningkatkan perkembangan
diri, komunikasi, kawalan tingkah laku dan peraturan
sosial. Pakar mengesyorkan 40 jam seminggu.

Applied Behaviour Adalah penggunaan kaedah, teknik dan prinsip khusus


Analysis (ABA) yang berdasarkan pengetahuan dan teori yang terbukti
bagi membentuk tingkah laku kanak-kanak autisme ke
arah yang lebih positif.

Picture Exchange Penggunaan gambar sebagai medium komunikasi dengan


Communication System kanak-kanak autisme (contohnya ‘flash cards’)
(PECS)

Terapi pertuturan dan Kaedah rawatan secara terapi bersama pakar bagi
carakerja membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran
Pendidikan yang
bertutur dan membentuk tingkah laku positif.

Preskripsi Perubatan
sesuai dengan
Bagi kes tertentu, Doktor akan mengesyorkan
pengambilan ubat-ubatan bagi membantu menguruskan
kemampuan,
kanak-kanak autisme. Contohnya, ubat bagi
mengurangkan tingkah-laku hiperaktif atau agresif.
aras dan potensi
Kawalan Diet Program diet bagi mencegah kanak-kanak autisme
individu
daripada tingkah-laku negatif akibat daripada pemakanan
(contohnya hiperaktif). Namun, keberkesanan kawalan
diet sukar ditentukan dengan jelas.

Rancangan Pendidikan Ibubapa dan guru bekerjasama bagi menyediakan


Individu rancangan pendidikan yang khas dan sesuai untuk individu
kanak-kanak autisme.

Program Pendidikan Kanak-kanak autisme diberi peluang mengikuti pendidikan


Inklusif formal / aliran perdana di sekolah samada secara separa
inklusif atau inklusif penuh.

DU’A - Different * Unique * Awesome 5


PENDIDIKAN AGAMA
Kisah rasulullah s.a.w. didatangi seorang buta

Pada suatu hari sedang Rasulullah s.a.w. berada di masjid, baginda telah
didatangi beberapa pembesar bangsa Quraish yang bertanyakan tentang
Islam. Rasulullah dengan besar hati menerangkan dan berdakwah kepada
mereka.

Sedang Rasulullah sibuk berdakwah kepada pembesar-pembesar tersebut,


telah datang seorang lelaki buta. Lelaki buta tersebut bersungguh-sungguh
ingin mempelajari islam dan bertanyakan soalan kepada baginda dan telah
membuat baginda rasa terganggu. Rasulullah tidak mengacuhkannya dan
tidak pula memperhatikan permintaan lelaki buta itu, bahkan berkerut
muka dan memalingkan darinya.

Dari peristiwa tersebut turunlah wahyu yang menegur perbuatan Rasulullah


melalui firman Allah di dalam surah ‘Abasa ayat 1 hingga 11.

Antara pengajaran yang boleh diambil:

Islam melarang diskriminasi, seharusnya ruang dan peluang yang


adil perlu diberi kepada golongan OKU.

Bergantung kepada tahap keupayaan dan kemampuan anak


autisme, ibubapa harus memberi pendidikan agama seperti perkara
berkaitan tauhid, fardu ain dan lain-lain kewajipan.

DU’A - Different * Unique * Awesome 6


PERANAN MASYARAKAT

AGENSI KERAJAAN
Polisi & Dasar
Peruntukan bajet
Infrastruktur
SWASTA
SEKOLAH
Peluang pekerjaan
Tenaga Mahir
Bantuan Kewangan
Sistem & Kurikulum
Fleksibiliti kepada khusus
Penjaga
Peluang inklusif

KOMUNITI
AUTISME
perlukan

RAKAN / KELUARGA HOSPITAL / PAKAR


Sokongan Moral Tingkat akses rawatan
Empati & Memahami dan terapi
Bantuan meringankan ‘Out-reach’ ke
beban kawasan pedalaman
MASYARAKAT
Ruang & Peluang
Sokongan &
bantuan
Tiada diskriminasi

Menerima insan autisme dan keluarganya seadanya.

Sikap toleransi yang tinggi. Tidak mencerca, tidak merendahkan, tiada


diskriminasi atau disisihkan hanya kerana perbezaan mereka.

Memberi ruang dan peluang yang setara dan adil.

Memberi sokongan dari segi moral, kepakaran, tenaga dan kewangan yang
termampu.

Mendengar dan mengambil serius tentang rintihan dan kesusahan yang


dihadapi.

DU’A - Different * Unique * Awesome 7

Anda mungkin juga menyukai