Anda di halaman 1dari 11

Mentari kelihatan bersinar indah di kaki langit biru, bersama gumpalan awan yang tebal

memutih. Cahaya yang terang menderang menyinarai seluruh kawasan syarikat Sinar. Suasana di

halamannya riuh - rendah. Masing – masing bercengkerama sementara menunggu bas. Suasana

hingar-bingar tersebut menjadi sunyi setelah pengurus rombongan bersua di hadapan mereka.

Hari ini, Syarikat Sinar menganjurkan Hari Keluarga. Ia merupakan salah satu

aktiviti dari aktiviti tahunan untuk staf – staf yang bekerja di bawah syarikat kami. Hari

Keluarga diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga

masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai

murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni

dan dinamik.

Saya berasa bersyukur kerana dapat menganjurkan Hari Keluarga yang

menjadi salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli

keluarga. Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat

muhibbah antara adik - beradik, keluarga dan juga antara staf – staf Syarikat Sinar. Objektif

utama pertemuan hari ini ialah “go green”. Seperti yang anda tahu, kita akan bertolak ke

sebuah tempat yang terpesona. Saya rasa pasti anda menyukainya kata Sarimah, Pengurus

Syarikat Sinar. Suara wanita yang lembut, bertudung litup berwarna putih, wajah tenang, bersih

dan cantik membuatkan semua hadirin memberi perhatian pada ucapannya. Setiap tahun kita

adakan pelbagai aktiviti dalam sambutan Hari Keluarga. Tapi tahun ini berbeza sedikit. Kita

akan berganding bahu sebagai sebuah keluarga untuk membersihkan sebuah tempat yang

diliputi pohon – pohon. Sebentar lagi kita akan bertolak, katanya lagi. “mmmmm apa kata, saya

mendeklamasikan sebuah puisi tentang tempat yang kita kunjungi. Boleh tak sesiapa meneka

tempatnya?

Walaupun lelah kami berjalan,


Menyusuri jalan di hutan,
Namun kami berasa Bahagia,
Saat denganmu kami berjumpa,

Alangkah merdunya suaramu,


Diantara semilir angin,
Terasa bersih udara di sekitar,
Harum dirimu sungguh menyegarkan.

Kami tatahan menyentuhmu,


Membasahi kaki dan kangen ini,
Merasakan airmu di wajah kami,
Betapa bahagia berada di sini.

Amin, sudahkah kamu mengetahui tempat kita kunjungi? Saya rasa ia

pasti kawasan air terjun, tetapi tempatnya tidak tahu, kata dengan pantas oleh Amin. Jangan

berasa pilu, sekejab lagi kita akan bertolak. Ketika beliau berucap sebuah bas tiba di ambang.

Pintu bas dibuka untuk para hadirin naik. Masing – masing mengambil tempat duduk. Setelah

semua naik, bas mula berangkat. Selepas lima minit Puan Sarimah bangun dari tempat

duduknya. Semua penumpang menumpukan perhatian kepadanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berharap anda dapat

sesuaikan diri dengan duduk di kerusi. Perjalanan kita mungkin memakan masa

selama 1 jam. Jikalau tiada apa – apa halangan, kita akan sampai tepat pada pukul

9.00 pagi. Insya Allah, sama - sama kita berdoa agar perjalanan ini selamat serta sila

jaga kebersihan bas. Semua penumpang mendengar dengan khusyuk. Penumpang yang

beragama islam menadah tangan bagi mengaminkan doa Puan Sarimah.

“Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Esa lagi maha penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas

penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan ahli keluarga beliau.

Ya Allah, ya Tuhan kami , sesungguhnya kami memohon kepada – Mu agar dapat


memberi Rahmat dan keberkatan Mu agar dapat memelihara perjalanan kami ini

semoga selamat pergi dan selamat kembali, Amin”.

Suasana bas menjadi sepi semula. hanya kedengaran lagu yang

dimainkan oleh pemandu bas. Para penumpang ada yang nidera, malah ada yang tidur

– tidur ayam, ada pula memandang keindahan alam sekitar sambil bersandar pada

tingkap. Pemandu bas memaklumkan bahawa 30 minit lagi kita, akan sampai ke

destinasi yang ditujui. Para penumpang yang tidak dapat melelapkan mata

sepenuhnya mengejutkan orang sebelah. Tiba – tiba Puan Sarimah beredar dari tempat

duduk. Beliau menghampiri tempat duduk pemandu bas dan mengambil mikrofon.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada warga

Syarikat Sinar. Sebentar lagi kita akan sampai ke lokasi yang ditujui. Sebelum itu

saya hendak mengkongsikan tentang tempat kita menginjak. Kebanyakkan anda pernah

ke tempat itu, namun siapa mengenal dengan lebih terperinci? Amin, Ai Ling, Punitha,

Lim? Oh kesiannya. Siapa pun tidak tahu ke? Biar Sarimah memberikan sedikit

infomasinya. Ia dikenal sebagai Hutan Lipur Ulu Bendul. Ulu Bendul terletak di

Daerah Kuala Pilah. Kedudukan di pinggir Hutan Simpan Angsi, namun

bersebelahan jalan utama iaitu di Kilometer 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah, 18 kilometer

dari bandar Seremban, menjadikannya unik kerana boleh diakses semua jenis

kenderaan. Mmmmm….. nak tahu tak tentang aktiviti yang boleh dijalankan disana?

“Ya, nak tahu juga. Kalua ada masa senggang saya nak lakukan aktiviti tersebut”,

sebut Amir dengan sepintas.

Puan Sarimah meneruskan bahawa, Hutan Lipur Ulu Bendul

menjadi tarikan disebabkan mempunyai sungai yang sesuai untuk aktiviti riadah

bagi, pelbagai peringkat umur, selain itu, ia dilengkapi denagn kolam mandi yang
sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pastinya satu pengalaman yang

menyeronokkan akan anda lalui. Ulu Bendul juga sangat sesuai dijadikan tempat

santai bersama keluarga. Anda boleh berkelah dengan membawa makanan ke

sini. Selain itu, sudah pasti aktiviti utama adalah mandi- manda sambil melihat

keindahan flora dan fauna. Bagi orang yang suka menginjak bukit, ada juga aktiviti

mendaki Gunung Angsi. Selain itu, ada juga aktiviti perkhemahan dan jungle trekking.

Dengan ini kita akan enak hati.

“Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh

Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini

dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan ladang kuda. Terdapat Gunung

Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan

menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi yang menarik seperti sungai,

jeram dan air terjun menjadikannya unik untuk mandi - manda dan sesuai bagi

aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar”.

“ Wow, sungguh menarik! Rasa tidak sabar lagi. Sececah lagi akan

menapak di Ulu bendul kata Amir kepada Lim yang duduk disebelah. Lim

menggangguk sahaja kerana dia juga teruja dengan infomasi yang disampaikan oleh

Puan Sarimah. Tiba tiba penumpang di dalam bas terkejut akibat pemandu bas

menekan brek. Masing - masing menjenguk di tingkap. Apa yang berlaku? Bas

semakin perlahan.

Puan Sarimah bangun dari tempatnya sekali lagi.

Assalamualaikum, semua. Alhamdulilah. Kita sudah sampai ke destinasi kita dengan

selamat. Saya pasti anda tidak sabar lagi untuk menginjak kaki di air, serta

menjalankan kempen kita iaitu “Go Green. Bagaimana perasaan anda semua ? Anda
boleh bersiap sedia untuk menurun dari bas. Jangan lupa ambil semua barang- barang

anda ye, sebab bas akan parking di tempat lain. Anda boleh bawa bagasi anda ke

khemah kita yang didirikan berhampiran pondok keselamatan Ulu Bendul. Anda boleh

pergi ke bilik air untuk urusan diri. Selepas itu, sila berkumpul di khemah kita pada

pukul 9.30 pagi. Berwaspada ketika menurun dari tangga.

Setelah semua turun, bas berkisar dari situ. Mereka yang turun dari

bas melangkah ke khemah yang disebut oleh Puan Sarimah. Lim dan Amir mencuci

mata sambil menikmati keindahan alam semula jadi sementara menunggu yang lain

memasuki khemah. Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Saya Puan Zakinah. Saya

rasa pasti anda teruja ingin untuk meninjak kaki di air. Saya berbesar hati menyebut

bahawa Syarikat kami mengadakan Hari Keluarga di bentala yang terpesona ini.

Antara aktiviti utama dalam program hari ini ialah membersihkan pangkal ulu bendul.

Kita menentukan tempat ini berdasarkan soal selidik yang dijalankan

oleh pelajar – pelajar Universiti Putra Malaysia. Kebanyakkan pengunjung solak

makan angin di kolam buatan manusia yang dibina dihadapan ini. Pengunjung yang

tidak reti tentang kebersihan alam semesta mencemarkan kawasan ini. Maka, tujuan

utama mengadakan aktiviti ini dalam program Hari Keluarga ialah untuk memupuk

kesedaraan di kalangan masyarakat betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Tanggungjawab untuk memastikan air terjun dan panggal air terjun ini sentiasa

menarik dan indah harus kita pikul bersama – sama. Barulah timbul rasa cinta dan

sayang dalam diri kita sebagai masyarakat terhadap alam sekitar, kata Puan Zakinah

dengan penuh semangat. Suara desiran air jelas didengari semasa Puan Zakinah

berucap.
Sebulat suara semua mengambil nekad bagi kawasan ini bersih dan

segar. Dengan ini, Insya Allah dapat memulakan tugasan kita untuk memberihkan

sekitar kawasan ini. Selepas itu, kita boleh bermandi manda sambal menjamu selera.

Jom kita mula……

“Tapi aku rasa sedih juga. Bila ada yang sanggup dan tergamak melakukan

pencemaran terhadap alam sekitar,” luah Pravin sambil mengutip lampin bayi yang

terbuang oleh seorang ibu.

“Itulah akibatnya apabila tiada mempunyai rasa kesedaran dan betapa pentingnya

menjaga alam sekitar,” celah Razali.

“Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang berharga kepada kita yang diberikan

secara percuma. Seharusnya kita hargai dan jaga seperti harta yang amat berharga

dan bernilai,” ucap Rahim pula.

Demikianlah rancaknya mereka bercengkerama sambil

membersihkan kawasan sekitar kolam buatan air terjun. Angin yang tadinya bertiup

sepoi – sepoi bahasa lalu bertukar menjadi kencang. Pohon – pohon yang tumbuh di

sekitar kawasan kolam air terjun kelihatan seperti melenggang – lenggok apabila ditiup

angin yang datang dari arah timur.

Rasa nyaman dan dingin, angin dari air terjun bertiup jelas terasa

menyelubungi seluruh kawasan hutan libur itu. Daun - daun yang berwarna

keperangan dan kering yang jatuh berguguran apabila angin tiup, angin kelihatan

bertaburan dan menutupi permukaan pasir yang memutih dan halus.


“Aktiviti seumpama ini memang patut diadakan oleh setiap

organisasi, program yang diadakan bukan sahaja sekadar besar hati malah atau

tertumpu di kawasan air terjun sahaja, tetapi juga pantai atau sungai. Kita

hendahlah memastikan alam sekitar terutama pantai, air terjun atau sungai sentiasa

bersih dan terhindar dari pada ancaman yang bukan sahaja membawa kepada

pencemaran malahan juga kemusnahan”, kata Amir kepada Puvan.

“Sebab itu kita perlu adakan program Pencinta Alam Sekitar ini

secara berterusan supaya masyarakat memahami dan sedar mengapa kita tidak boleh

mengabaikan alam sekitar,” sambung pula Puvan.

“Aku amat setuju sekali dengan apa yang kau katakan itu, Amir!”

sambuk Zainal pula sebaliknya sambil mengangguk – anggukkan kepala.

“melalui usaha berterusan yang kita lakukan akan dapat

memupuk lagi kesedaran di kalangan masyarakat akan betapa pentingnya untuk

melindungi dan menjaga alam sekitar ini,” sambung pula Ai Ling yang datang

berhampiran mereka selepas mendengar perbualan mereka.

“Tumpuan kita bukan sahaja setakat pada laut, sungai atau air

terjun dimana tempat mata air sahaja malah kawasan rekreasi juga. Sebagai tempat

orang ramai makan angin bersama - sama dengan keluarga yang tercinta semasa

bercuti. Tambahan pula kawasan seperti ini turut menyumbang kepada daya tarikan

utama produk pelancongan ” celah Amir.

“ Itu memang tidak dapat dinafikan!” balas Ai Ling dengan tangkas

sambil mengangguk- anggukkan kepala. Kawasan air terjun yang bersih bukan sahaja
menyedikan kita dapat menghirup udara yang segar malahan menjadi daya tarikan

utama pelancong untuk datang,” sambung lagi.

Sememangnya kawasan air terjun atau pantai yang bersih

menjadi antara faktor utama menggamit kedatangan pelancong terutamanya daripada

luar negara. Selain itu, suasana yang bersih dan indah pasti menjadi buah mulut

kepada mereka untuk dibawa pulang nanti dan menceritakannya kepada kaum keluarga

dan sahabat handai. Ini secara tidak langsung akan menarik minat kaum keluarga dan

sahabat handai mereka untuk datang melancong sambil menikmati keindahan dan

kecantikkan kawassan peranginan terutama air bendul yang terdapat di negara kita.

Harus kita ingat bahawa, sesuatu yang baik akan menjadi buah

mulut ramai pada suatu ketika. Lebih – lebih lagi kawasan – kawasan seperti hutan

libur, air terjun, dan pantai yang sentiasa menjadi tempat pelancongan untuk

beristirahat sambil menghayati keindahan alam semula jadi.

“Pelbagai usaha perlu kita lakukan untuk memastikan masyarakat

bukan sahaja terlibat dalam program seumpama ini tetapi juga dalam program lain

seperti ceramah, seminar, bengkel, pertandingan menulis puisi,esei dan lain – lain lagi.

Dengan ini dapatlah meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan mereka mengenai

alam sekitar,” Lim menyambung lagi dengan penuh Panjang lebar.

Semoga usaha murni yang dijalankan oleh kita disokong oleh

pihak kementerian agar mendapat sokongan untuk menjalankan aktiviti ‘Go Green’

seterusnya. Demi untuk bukan sahaja memastikan kawasan peranginan ini bersih

daripada sebarang kekotoran dan pencemaran malahan diangkat dan tertera dalam peta

pelancongan dunia.
Eh, Lim tetapi kita perlu berasa bersyukur dan bangga apabila

kawasan tempat peranginan di negara kita selalu mendapat sambutan daripada

pelancong dari dalam dan luar negara.

Mentari kelihatan semakin meninggi di kaki langit. Cahaya yang

terang - benderang menerangi seluruh kawassan pangkal air terjun dan hutan libur.

Bahang mentari yang semakin panas memijar sedikit pun tidak melemahkan semangat

peserta yang menyertai program awal pagi tadi.

Bagi mereka, cuaca panas yang melanda di kawasan air terjun

bukannya menjadi halangan mahupun rintangan sepanjang menyertai program ini.

Tetapi yang paling utama adalah untuk memastikan alam sekitar terutama di kawasan

ulu bendul sentiasa bersih dan sedap apabila mata memandang.

Rancak sekali, cadangan kamu Lim. Nanti kita bersama – sama

buat kertas kerja untuk mengamalkan amalan kebersihan. Harap dapat sokongan padu

daripada semua, kata Ai Ling.

Jangan putus asa Ai Ling. Perkara yang baik pasti dipersetujui.

Sama - samalah kita berdoa. Semoga apa yang kita rancangkan akan terlaksana dengan

sepenuhnya, kata Anitha.

“Insya Allah!, kawasan ini sentiasa bersih dan dihindari daripada

pencemaran” kata Amin kepada rakan – rakan sekerjanya. Dia kemudian menoleh ke

seluruh kawasan persekitaran ulu Bendul. Kelihatan begitu bersih dan indah sekali.

Bagai mempersona mata memandang. Dalam hatinya berasa amat girang sekali.

Komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh rakan sekerja bersama – sama

dengan keluarganya yang lain dalam menjayakan kempen ini.


Selesai sudah tugasan yang diamanahkan mereka mula perjalanan

mencari air terjun. Semakin pendalam semakin luas air yang mengalir dari

pangkalnya iaitu air terjun. Angin yang datang dari arah bukit tertiup sepoi – sepoi

bahasa. Rasa nyaman dan segar terasa menyapu seluruh alam semesta. Pohon – pohon

kelihatan bergoyangan apabila ditiup angin. Jiwa yang dilanda duka lalu dijadi terhibur

apabila mendegarnya. Daun – daun kering yang berguguran ditiup angin, kelihatan

bertaburan dan menutupi permukaan rumput yang menghijau. Sekali sekala kedengaran

bunyi ranting patah bergemertap jatuh ditiup angin dan menimba bentala.

Akhirnya mereka meletakkan bagasi yang dibawa di air mengalir iaitu

tidak jauh dari air terjun. Selepas mengambil alas perut, Amin dan kawan- kawannya

terjun ke dalam air. Puan Sarimah tersengih melihat rakan – rakan sekerja itu, seperti

tidak pernah jumpa air. Mereka bermandi – manda dengan seronok seperti itik

mendapat air. Lim, Suren dan Ai Ling menangguk ikan dengan tangguk yang dibuat

sendiri. Puan Zakinah duduk di atas seketul batu yang besar. Dia memainkan kaki dan

tangannya untuk menyibakkan air ke sana sini. Dia juga bersenandung merdu,

sehingga semua rakan sekerjanya kagum. Orang lain yang melintas terpukau atas

kecantikan dan suara merdunya.

Jalur – jalur cahaya mentari yang lurus kelihatan menembusi celah –

celah dedaunan hijau dan terpantul di atas permukaannya. Butiran pasir yang halus dan

memutih kelihatan berkilau – kilauan umpama mutiara di dasar lautan apabila disinari

cahaya matahari yang semakin menarik. Buih – buih memutih yang berapungan

membasahi gigian sungai.

Setelah puas bermandi – manda mereka makan makanan yang dibawa

dari khemahnya. Lim makan dengan lahap kerana terlalu lapar. Rakan - rakannya
bersenyum sinis atas perbuatan kawannya. Air sungai yang panggalnya air terjun itu

menyejukkan jiwa mereka juga. Menjelang waktu petang, matahari menjadi kemerahan.

Selepas mengemaskan barang – barang, mereka memulakan perjalanan ke khemahnya.

Mereka tidak sampai hati untuk keluar dari air sejuk tersebut.

Pesona hamparan hijau dedaunan dipadu biru langit nan cerah

adalah sebuah wujud anugerah yang maha Karya Tuhan. Jika mata kita

diarahkan ke sebelah timur maka sebuah gunung tinggi yang menghijau akan

memanjakan mata. Sungguh anugerah yang tiada terhingga. Itulah dikatakan

air terjun yang tidak terhingga.

Anda mungkin juga menyukai