Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

JKR4490 JALAN TERUNG


81550 GELANG PATAH JOHOR BAHRU

karnival sukan sekolah

TARIKH
3,10 & 24 OKTOBER 2017

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan pendidikan dewasa ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya tertumpu
pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Oleh kerana itu, Unit
Kokurikulum SK Gelang Patah akan menganjurkan Karnival Sukan & Permaianan pada
Oktober 2017. Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang
lebih meluas kepada para pelajar. Di samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing-
masing dan melepaskan beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar
dapat direalisasikan selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

2.0 RASIONAL

Kebanyakan pelajar amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan yang memerlukan


ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pelajar juga berminat dengan
aktiviti yang memerlukan kemahiran yang boleh membentuk peribadi seorang pelajar
berteraskan kurikulum unit beruniform yang jarang dilakukan di sekolah-sekolah. Justeru itu,
aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar bagi melahirkan anggota pelajar yang
mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah
meningkatkan kecemerlangan diri.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Anggaran Penyertaan = 200 pelajar

Para pelajar yang terdiri daripada:

a. Tahun 4, 5 & 6 – lelaki & perempuan

4.0 TARIKH CADANGAN

3,10 & 24 Oktober 2017

5.0 TEMPAT

SK GELANG PATAH

6.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar sekolah yang berdisiplin, komited, berdaya saing dan efisien.
7.0 OBJEKTIF :

1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara;

2. Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta
mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara;

3. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman,


kemahiran dan kepimpinan;

4. Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri,


berdaya saing, semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di
alam pembelajaran.

5. Membina dan memupuk pelajar sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua isi


kandungan kurikulum di dalam kehidupan seharian.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Johori bin Udar


Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Sharizan bin Abdul Aziz
Naib Pengerusi 2 : PN. Noriah bt Abdul Aziz
Naib Pengerusi 3 : EN. Amriruden bin Mohamad Ali
Setiausaha : En. Khairurrazaq bin Mohd Fadilah (Penyelaras)
Bendahari : Pn. Hafiza bt Abd Hamid

Ahli jawatankuasa :

ACARA / LOKASI NAMA PEGAWAI BIDANG TUGAS

BOLA SEPAK 1. En. Khairurrazaq b Mohd Fadilah - mengadili pertandingan


2. En. Muhammad Izuddin b Sulaiman - memastikan
perlawanan mengikut
PADANG MBJBT 3. En. Muhammad Hafizuddin bin
jadual
Mohammed Hassan
4. En. Hafidz Arif b Ismail
5. En. Muhammad Khairuddin bin
Ahmad
6. En. Mohamad Khairil Azli bin
Mohamad Yusoff

SEPAK TAKRAW 1. YM Raja Mohd Arif b Raja Mamat - mengadili pertandingan


2. En. Mohamad Rihaz bin Abd Razak - memastikan
3. En. Muhamad Fauzi bin Arshad perlawanan mengikut
DATARAN KEJAT
jadual

BOLA JARING 1. Pn. Rosalita bt Abd Hir - mengadili pertandingan


2. Cik Hazwani b Mohd Dah - memastikan
GELANGGANG 3. Pn. Norma b Ahmad perlawanan mengikut
SERBAGUNA 4. Pn. Nor Hidayah bt Mohd Bohari jadual
5. Pn. Nurulalmas bt Samad
6. Pn. Shuhaila bt Salaton
7. Pn. Che Hasnani bt Che Leh
8. Pn. Isfariza bt Ismail

BOLA BALING 1. En. Ahmad Faiz b Ashari - mengadili pertandingan


2. Pn. Azida bt Mohd Repan - memastikan
3. Pn. Zulaikha bt Mohamad perlawanan mengikut
PADANG
4. Pn. Rohani bt Tambi Adam jadual
SEKOLAH
BOLA SEPAK (LELAKI)
PASUKAN LAKSAMANA TEMENGGONG SYAHBANDAR BENDAHARA MATA PEMENANG
LAKSAMANA
TEMENGGONG
SYAHBANDAR
BANDAHARA

SEPAK TAKRAW (LELAKI)


PASUKAN LAKSAMANA TEMENGGONG SYAHBANDAR BENDAHARA MATA PEMENANG
LAKSAMANA
TEMENGGONG
SYAHBANDAR
BANDAHARA

BOLA JARING (PEREMPUAN)


PASUKAN LAKSAMANA TEMENGGONG SYAHBANDAR BENDAHARA MATA PEMENANG
LAKSAMANA
TEMENGGONG
SYAHBANDAR
BANDAHARA

BOLA BALING (PEREMPUAN)


PASUKAN LAKSAMANA TEMENGGONG SYAHBANDAR BENDAHARA MATA PEMENANG
LAKSAMANA
TEMENGGONG
SYAHBANDAR
BANDAHARA

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Bil Item Harga seunit Kuantiti Jumlah

1. Murid 200 orang RM 3.00 200 RM600

10.0 JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI

 Pelajar dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan.

 Pelajar dapat memiliki bersemangat berpasukan, keterampilan diri, berdaya saing,


semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam
pembelajaran.

 Pelajar dapat meluaskan minda dan pengalaman.

11.0 PENUTUP

Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan
dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada
semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................... ................................. .......................................


(KHAIRURRAZAQ BIN MOHD FADILAH) (MOHD SHARIZAN BIN ABDUL AZIZ) (JOHORI BIN UDAR)

Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum Guru Besar


SK Gelang Patah SK Gelang Patah SK Gelang Patah

Anda mungkin juga menyukai