Anda di halaman 1dari 1

3.

1 definasi sukan

Sukan boleh didefinasikan sebagai aktiviti fizikal dan teknik melibatkan acara secara individu ataupun
berkumpulan yang bertanding antara satu dengan yang lain didalam sesuatu pertandingan.

Antara ciri-ciri sukan:

1. Sukan itu mestilah merangkumi unsur berkaitan pertandingan


2. Sukan itu tidak mempunyai unsur berkaitan tuah atau nasib
3. Sukan itu tidak mengakibatkan kecederan atau tidak menjejaskan kesihatan atlet atau
pesertanya
4. Sukan tersebut tidak menyakitkan atau menyiksa sebarang kehidupan
5. Sukan itu tidak bergantung kepada alatan daripada satu pembekal sahaja

Sukan boleh dikategorikan beberapa jenis. Sebagai contohnya:

 sukan yang mengutamakan penggunaan fizikal (ragbi, olaraga)


 sukan yang mengutamakan penggunaan minda (catur)
 sukan yang mengutamakan pengunaan permotoran (formula 1, bot laju)
 sukan yang mengutamakan pengunaan ko-ordinasi (biliard)
 sukan yang mengutamakan pengunaan haiwan bantuan (berkuda)

3.4 aplikasi sains dalam sukan

Sains ini adalah pemahaman bagai mana sesuatu terjadi berdasarkan teori yang dikaji didalam
sesuatu eksperimen. Pada mulanya, sukan hanya membabitkan latihan dan kerja keras untuk
mengalahkan yang lain. Jika dikaji dengan lebih mendalam sukan melibatkan pengunaan sains yang
tinggi. Di dalam tubuh badan manusia itu sendiri merupakan sesuata keajaiban saintifik yang mampu
menukarkan sarapan pagi yang enak kepada seorang pemain boleh berjaya, pemecah rekod larian
atau pemegang gelaran tinju. Itu dalam segi biologi, dari segi lain terdapat banyak sebab sukan
bergantung pada sains. Sebagai contohnya fizik diperlukan apabila kita hendak melakukan sesuatu
berapa jauh bola itu boleh bergerak apabila dibaling atau dipukul. Jika dilihat dengan lebih
mendalam banyak aktiviti yang melibatkan sains didalam aktiviti sukan.

Tidak semua orang dilahirkan menjadi ahli sukan dan sesetengah orang jika diaplikasikan sains suka
terhadap diri mereka belum tentu mereka boleh setanding menjadi atlet bertaraf dunia. Tetapi
kebiasaannya pemain bertaraf dunia mempunyai naluri untuk menjadi yang terbaik di dalam sukan
mereka, dan bagi yang dilatih daripada pemahaman, latihan yang mengambil masa bertahun-tahun
dengan cara mencuba dan gagal boleh mencapai tahap yang sama atau lebih baik dengan
menerapkan teori, kaedah sainstifik dan sebagainya. Apabila Usain Bolt berlari ke garisan penamat,
perkara utama sekali yang difikirkan adalah bagai beliau mengira berapa banyak kekuatan yang
diperlukan untuk kakinya meningkatkan kelajuan berdasarkan hukum pergerakan Newton. Dengan
memahami sedikit sebanyak tentang sains didalam sukan kegemaran dapat membantu
meningkatkan kebolehan semula jadi dan mencapai lebih lagi, ini boleh membantu untuk berlari
lebih laju, berenang lebih pantas atau memukul dengan lebih kuat. Tidak dinafikan bahawa setiap
kejayaan adalah disebabkan sains yang diaplikasi tetapi melibatkan juga kebolehan fizikal, bakat
semula jadi, ketahanan, keazaman dan banyak lagi.

http://www.explainthatstuff.com/science-of-sport.html

http://www.sportaccord.com/about/membership/definition-of-sport.php

Anda mungkin juga menyukai