Anda di halaman 1dari 5

PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) SOON MONG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 3 /(2020)

Tarikh : 24.06.2020

Masa : 10.00 – 11.00 Pagi

Tempat : Kelas tahun 6A

Pengerusi : Muhammad Hanif Bin Juki

Kehadiran :
1. Muhammad Hanif Bin Juki
2. Chua Lea Hoon
3. Choo Vian Lin
4. Law Lih Ling
5. Lau Ann Chee
6. Sia Jing Lee
Turut hadir 1. Cik Chua Boon Lee (Guru Besar)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada para guru Bahasa Melayu yang
menghadiri mensyuarat Panitia Bahasa Melayu bilangan 3 tahun 2020.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Puan Law Lih Ling. Disokong untuk pengesahan oleh Puan Sia
Jing Lee

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Pdpc atas talian berjaya dijalankan dengan cemerlang oleh para guru Guru besar
mengharapkan dalam tempoh seterusnya, kita berjaya meningkatkan penglibatan murid
yang optimum..

Tindakan : Makluman semua guru

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pencerapan PDPC kali ke 2

Bagi tempoh April hingga Jun, pihak pentadbir perlu menjalankan pencerapan
pdpc. Oleh itu, guru-guru yang masih belum berurusan dengan pencerap masing-masing
perlu segera menyelesaikan urususan tersebut sebelum berakhir bulan jun.Guru perlu
mengepilkan salinan rph dan eviden pembelajaran pada borang / rekod pengesanan.

Tindakan : Makluman semua guru


4.2 Menjalankan Pertandingan atas talian

Guru telah sebulat suara memilih untuk menjalankan pertandingan membaca atas
talian. Penyertaan adalah wajib bagi semua murid. Petikan bacaan akan disediakan oleh
guru Bm yang mengajar kelas tersebut. Murid perlu merakam bacaan mereka dan
memakai uniform sekolah. Tiga orang terbaik bagi setiap kelas akan menerima piala
daripada pihak sekolah.

Pertandingan Membaca Bahasa Melayu

Objektif : meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.


Kriteria : sebutan dan intonasi
Tarikh : 29 Jun hingga 3 Julai 2020.

Tindakan : Makluman semua guru

4.3 Penulisan e-RPH

Guru besar memberi peringatan mesra tentang penulisan e-rph. Para guru tidak
dibenarkan untuk menulis rph terlalu ringkas. Sekurang-kurangnya, guru perlu penyatakan
secara terperinci tentang pdpc pada hari tersebut. Guru juga perlu meletakkan eviden /
bahan di rph sebelum upload di google drive.

Tindakan : Makluman semua guru

5. Hal-Hal Lain

5.1 Peringatan Mesra Guru Besar

Guru besar menyampaikan peringatan mesra kepada para guru agar kemas kini
rancangan pengajaran harian terkini. Penyelarasan subtopik perlulah mengikut dskp
semakan yang terbaharu.

Tindakan : Makluman semua guru

6. Penutup

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

(CHOO VIAN LIN)


SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MELAYU
SJKC SOON MONG
Tarikh : (10 April 2020)

`
Lampiran 1
Lampiran 2

Anda mungkin juga menyukai