Anda di halaman 1dari 1

Saya meringkaskan jawapan daripada saudara Irfan Danial.

Menurut Jean Piaget, perkembangan kanak-kanak bukan disebabkan faktor persekitaran


malah kanak-kanak itu membina sendiri persekitarannya berdasarkan empat konsep
utama iaitu skema, asimilasi, akodomasi dan keseimbangan.

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema juga adalah proses mencipta,
memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.

Asimilasi adalah proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat


baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu
penyerapan maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi adalah melalui
skema-skema yang ada, seseorang individu itu akan memperoleh pengetahuan yang baru
dan proses ini sentiasa berterusan disebabkan individu sentiasa menempuh
pengalaman-pengalaman yang baru di mana perubahan yang berlaku adalah secara
kuantitatif,

Akomodasi adalah proses bagi maklumat yang diterima dan sesuai untuk dimasukkan ke
dalam skema. Proses akodomasi ini juga adalah proses penyesuaian diri seseorang di
mana ia sentiasa berterusan sehinnga pengalaman tersebut menjadi stabil.

Akhir sekali, keseimbangan, ia akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak


menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Apabila sesorang itu menerima
maklumat baru, keseimbagan bakal dipreoleh sekiranya penyerapan maklumat baru itu
berjaya dan proses ini juga sentiasa berterusan.

Selain teori daripada Jean Piaget, menurut teori Vygotsky, sistem sosial sangat
penting dalam perkembangan kognitif  kanak-kanak. Vygotsky juga menerangkan konsep
scaffolfing iaitu had perkembangan kanak-kanak berbeza-beza dan sentiasa berterusan
sehingga mereka yakin melakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan bantuan orang
lain.

Implikasi daripada teori Vygotsky, pembelajaran hendaklah berkonsepkan koperatif


atau cuba sendiri agar pembelajaran tersebut dapat dijadikan sebagai suatu
pengalaman yang berkesan dalam perkembangan kanak-kanak di samping meraangsangkan
lagi perkembangan kognitif mereka sekiranya mereka menggunakan pengetahuan sedia
ada dalam pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai