Anda di halaman 1dari 4

Konsep Kendiri

Pengertian Konsep Kendiri

H. V. Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974),


berpendapat konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan,
perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang
dirinya.

Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan


individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat
bayi.

Mengikut Vernon (1980) pula, konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan
kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada
orang lain.

Popplestone dan McPherson (1988) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi


pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang membezakan dirinya daripada
individu lain.

Amir Awang (1991) pula, berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri
sendiri, penilaian orang lain, dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain
terhadap dirinya.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan


sebagai persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan,
termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi
dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat, serta pengalaman
dan penyesuaian diri dengan persekitaran.

Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang


individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak
dapat mencerminkan konsep kendirinya.

Jenis-jenis dan ciri-ciri konsep kendiri

Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu
konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif, seperti mana dinyatakan berikut:
1. Konsep Kendiri Positif

(a) Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang.


(b) Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.
(c) Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.
(d) Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.
(e) Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri.
(f) Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba.
(g) Mudah bersosialisasi dengan orang lain.
(h) Mudah diterima oleh orang lain.
(i) Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain.
(j) Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri.
(k) Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi.
(l) Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada
keluarganya, guru, rakan sebaya dan ahli masyarakat.

2. Konsep Kendiri Negatif

(a) Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri.


(b) Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain.
(c) Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba.
(d) Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta
diri sendiri.
(e) Sentiasa menunjuk wajah muram dan muka masam.
(f) Terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain.
(g) Bersifat penakut, pemalu dan tidak sudi bertanggungjawab.
(h) Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh rakan sebaya.
(i) Mengalami lebih banyak kali kegagalan daripada kejayaan.
(j) Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain.
(k) Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri
daripada khalayak ramai.
Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri

Pembentukan konsep kendiri adalah berdasarkan kepada persepsi-persepsi diri dan


orang lain terhadapnya. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi
pembentukan konsep kendiri adalah berkait rapat dengan sistem psikofizikal, alam
sekitar dan interaksi sosial seseorang individu. Antara faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:

1. Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.


2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.
3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku.
4. Emosi mempengaruhi perasaan.
5. Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan.
6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.
7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi
kumpulan sebaya atau gurunya.
8. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.

Implikasi konsep kendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran

Konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Seorang pelajar yang
mempunyai persepsi kendiri yang positif, menikmati penerimaan daripada ibu bapa,
rakan sebaya dan gurunya serta memperoleh perasaan penghargaan diri yang
tinggi, akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran
di alam belajarnya.

Sekiranya seorang pelajar ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah


mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Oleh itu, pelajar-pelajar di sekolah
haruslah diberi peluang untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta
memupuk nilai-nilai diriyang tinggi supaya membolehkan mereka mencapai objektif
pelajaran yang diharapkan.

Rujukan.
1. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran - Mok Soon Sang,
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai