Anda di halaman 1dari 4

EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)

EFT adalah singkatan dari Emotional Freedom Technique. Diperkenalkan pada 1995


oleh Gary Craig. Beliau telah mempraktikan EFT pada veteran perang Vietnam yang
hadapai PTSD (post traumatic stress disoder) yang mana mereka telah dirawat oleh
belasan ahli terapi tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan positif tetapi melalui EFT
yang diperkenalkannya hanya dalam tempoh 6 hari sahaja seramai 20 orang veteran
perang berjaya dipulihkan. Sesi terapi melalui EFT tersebut direkodkan dalam bentuk
DVD yang juga menjadi sumber rujuk awal pembelajaran terhadap teknik ini. SEFT pula
merujuk kepada singkatan Simple Emotional Freedom Technique iaitu teknik EFT yang
telah dipermudahkan.

EFT adalah versi emosional dari akupuntur. EFT tidak menggunakan jarum seperti
teknik akupuntur, tetapi hanya dengan melakukan ketukan perlahan (“tapping”) dengan
hujung jari pada titik-titik meridian tertentu untuk menyelaraskan kembali sistem energi
tubuh. EFT ini sangat mudah dipelajari dan sangat berkesan, untuk sesiapa saja.

Menurut teori ilmu EFT, penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya
sistem energi tubuh. Dan emosi-emosi negatif yang tak mampu diselesaikan, menjadi
penyebab utama pada hampir semua penyakit fizikal kita. Sedangkan praktikal
penyembuhan barat sekarang ini masih mengabaikan fakta bahawa emosi negatif
adalah penyebab dari 85% penyakit fizik. Dan itulah mengapa EFT sering kali berhasil
pada kes-kes yang tidak dapat ditangani dengan terapi atau pengubatan konvensional.

Gary Craig, penemu EFT tidak menyata bahawa EFT itu sempurna, tetapi pada banyak
kes, EFT bekerja sangat cepat dan dengan hasil yang amat memuaskan.

  
Titik-titik Meridian
Gambarajah di atas menjelaskan titik-titik meridian yang diguna-pakai untuk melakukan
teknik akupuntur. Terdapat 300 titik meridian yang digunakan oleh pengamal akupuntur.
Di dalam Terapi Emosi EFT, anda hanya perlu mengetahui dan melakukan ketukan
perlahan pada 14 titik meridian sahaja.

 
 Prinsip Kerja Terapi Emosi (EFT)
EFT menggunakan hujung jari untuk melakukan ketukan ringan (“tapping”) di 14 titik
meridian tubuh untuk mengatasi hampir semua hambatan emosi dan fizik. Empat belas
saja? Ya, memang hanya ada 14 titik yang perlu pelajari dalam EFT. Anda tidak perlu
mempelajari 300 titik akupuntur yang menggunakan jarum.

Ketika seseorang mengalami hambatan emosional seperti marah, kecewa, sedih,


cemas, stress, trauma dsb., aliran energi di dalam tubuh yang melalui titik meridian
tubuh akan terganggu. Dan untuk menghilangkan hambatan-hambatan emosi di atas,
kita perlu memperbaiki gangguan aliran di titik meridian dengan cara melakukan ketukan
ringan dengan jari.

Untuk melakukan ketukan pada 14 titik meredian tubuh hanya memerlukan 4 prosedur
yang sederhana dan mudah diingat, yang dinamakan resepi dasar (“basic recipe”).
Prosedur ini dapat digunakan untuk mengatasi hampir semua masalah emosi negatif
dan fizik. Sangat mudah untuk belajar EFT, anda hanya perlu waktu sekitar beberapa
minit sahaja.

 
Bagaimana Emosi Negatif Terjadi?
Menurut teori ilmu EFT, penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya
sistem energi tubuh. Dan emosi-emosi negatif yang tak mampu diselesaikan, menjadi
penyebab utama pada hampir semua penyakit fizikal kita. Sedangkan praktikal
penyembuhan barat sekarang ini masih mengabaikan fakta bahawa emosi negatif
adalah penyebab dari 85% penyakit fizik. Dan itulah mengapa EFT sering kali berhasil
pada kes-kes yang tidak dapat ditangani dengan terapi atau pengubatan konvensional.

Bagaimana Terapi Emosi (EFT) Memperbaiki Sistem Tubuh?


Ketukan ringan (“tapping”) pada titik-titik meridian, akan menghantar tenaga kinetik ke
dalam sistem dan membersihkan sekatan dengan itu menyebabkan tenaga mengalir
dengan bebas kembali.

 
Analogi Yang Mudah Difahami Tentang Terapi Emosi EFT
Analoginya, bayangkan titik-titik meridian sebagai sungai. Gangguan emosi dan fizikal
akan menimbulkan sekatan pada laluan sungai ataupun menyebabkan sungai
melimpah, sepertimana sungai yang disekat alirannya oleh sampah-sarap. Ketukan
ringan pada titik-titik meridian menghantar tenaga kinetik ke dalam sistem dan
membersihkan sekatan dengan itu menyebabkan tenaga mengalir dengan bebas
kembali.

EFT dapat dipelajari dalam waktu yang singkat. Latihan yang mudah sering
membuahkan hasil dengan cepat

DISEDIAKAN OLEH :
ENCIK ROSHAIMMI BIN MOHAMAD
KAUNSELOR PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Anda mungkin juga menyukai