Anda di halaman 1dari 2

SKF4 - Strategi Penyelesaian Masalah http://www.sifuazmi.com/sas/index.php/11-php-sas/64-skf4-strategi-peny...

Laman Utama
SKF4 - Strategi Penyelesaian Masalah Print

Selamat datang ke Dunia Sains Komputer kepada pelajar baharu tingkatan 4.

Anda akan mempelajari Sains Komputer... sains bermaksud bidang yang mengkaji sesuatu untuk menghasilkan penemuan atau
produk baharu. Komputer pula adalah teknologi kepintaran buatan yang dapat membantu pekerjaan manusia dalam kehidupan
harian.

Apakah produk baharu yang hendak dihasilkan itu??

Jawapannya ialah dengan mengkaji apakah masalah dan kekurangan yang wujud dalam hidup manusia, di atasi dengan
menghasilkan sesuatu yang boleh mengatasi permasalahan tersebut.

Contoh manusia menghadapi kesukaran berkomunikasi, maka terciptalah peralatan seperti telefon, internet, radio, tv dan
sebagainya. Manusia susah bekerja di pejabat, susah menguruskan dokumen dan fail, maka terciptalah komputer dengan
kelengkapan aplikasi yang boleh melicinkan kerja-kerja manusia.

Semuanya terhasil melalui kajian tentang masalah yang manusia hadapi, akhirnya diselesaikan melalui penghasilan produk
baharu sama ada perkakasan, aplikasi atau sebagainya.

Itulah yang akan anda pelajari dalam mata pelajaran Sains Komputer ini.

Topik pertama anda akan belajar bagaimana mengkaji masalah, bagaimana menyelesaikannya secara berstrategi dan apakah
proses penyelesaian yang berstrategi itu.

Dalam mencari penyelesaian masalah secara berstrategi, pelajar akan diterapkan kemahiran berfikir secara komputasional
dengan 4 teknik:

1. Teknik Leraian : pecahkan masalah kepada komponen-komponen kecil


2. Teknik Pengecaman : melihat corak kesamaan pada permasalah semasa dan lepas
3. Teknik Peniskalaan : mengecam yang penting dan kurang penting
4. Teknik Algoritma : membangunkan idea yang dapat mengatasi masalah dihadapi

Bagi melakukan proses penyelesaian ciri-ciri dan standard kualiti dijaga dengan memastikan:

1. Kos : harga yang dibayar


2. Masa : tempoh masa yang dilalui
3. Sumber : stok, wang, bahan mentah, kepakaran staf dan sebagainya

Semua yang dilihat tersebut diperlukan dalam penyelesaikan masalah seperti menghasilkan aplikasi baharu, produk baharu dan
sebagainya.

Semasa proses penyelesaian masalah berstrategi dijalankan, beberapa persoalan harus difikirkan dan dijalankan iaitu:

1. Pengumpulan dan penganalisisan data


2. Menentukan masalah
3. Menjana idea dan menghapuskan halangan
4. Menjana idea penyelesaian
5. Menentukan tindakan susulan
6. Melaksanakan cadangan penyelesaian terbaik
7. Membuat penilaian dari pelaksanaan itu
8. Membuat penambahbaikan jika penyelesaian tersebut lemah/kurang berjaya.

Dengan mempelajari tiga perkara diatas, anda akan mahir dalam mengkaji masalah manusia sebelum anda menghasilkan
aplikasi atau produk baharu dalam bidang Sains Komputer.

1 of 2 1/7/2018, 7:56 PM
SKF4 - Strategi Penyelesaian Masalah http://www.sifuazmi.com/sas/index.php/11-php-sas/64-skf4-strategi-peny...

2 of 2 1/7/2018, 7:56 PM

Anda mungkin juga menyukai