Anda di halaman 1dari 5

MATA PELAJARAN: SAINS KOMPUTER

PENGAJARAN : 30
STANDARD KANDUNGAN : 3.1 Bahasa Penskripan Klien (Client Side
Scripting Language)
MASA : 1 jam 20 minit
TINGKATAN :5

STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.6 Menggunakan standard library dalam atur cara.

OBJEKTIF:
Murid boleh
1. Menulis atur cara dengan menggunakan standard library.

BAHAN BANTU MENGAJAR:


 Kertas untuk perbincangan
 Telefon pintar/Tablet

PERSEDIAAN SEBELUM KELAS MASA: Tiada


Guru harus:
 Sediakan soalan untuk aplikasi Kahoot
 Menyediakan contoh atur cara, pangkalan data dan antara muka
SET INDUKSI MASA: 5 minit
Guru menerangkan kepada murid tentang keperluan menggunakan standard library dan
masalah jika tidak menggunakannya iaitu (memakan masa yang lama untuk menulis dari
awal).

MEMUPUK PEMAHAMAN MASA: 20 minit


Murid bekerja dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli.

Aktiviti 1:
Murid diminta untuk mencari contoh dari Internet tentang standard library dan fungsi yang
boleh digunakan.
Contoh jawapan untuk rujukan guru:
● Math
● Date
● JQuery
● Swfobjects
● Form

PENYERTAAN SECARA AKTIF MASA: 30 minit


Aktiviti 2:
 Dengan berpandukan Lampiran 1, murid diberi masa selama 30 minit untuk
mengubah kod atur cara supaya dapat menggunakan operasi Math dari standard
library. Murid diminta untuk memilih TIGA (3) operasi dari Lampiran 2 dan menulis
atur cara bagi mendapatkan nilai yang diperlukan. Murid dibenarkan untuk mencari
contoh dari Internet dan mereka perlu mengubah atur cara tersebut mengikut
kesesuaian.
 Selepas tamat 30 minit, murid dipilih secara rawak oleh guru untuk membentangkan
penyelesaian atur cara mereka dan memberi penerangan ringkas tentang atur cara yang
ditulis.
 Guru meminta murid lain untuk membuat pembetulan jika ada ralat (error) pada atur
cara yang telah dibentangkan. Guru membantu murid untuk menyahralat jika masih
terdapat kesalahan pada atur cara. Guru juga boleh membincangkan kesalahan yang
sering berlaku semasa menggunakan standard library.
KESIMPULAN MASA: 3 minit
Murid ditanya
● Apakah kelebihan menggunakan standard library seperti Math library?

TOPIK AKAN DATANG MASA: 2 minit


Guru menerangkan situasi apabila kod atur cara yang ditulis terlalu panjang dan tidak
berstruktur. Kesan dari itu, kod sukar untuk diselenggara dan perlu diringkaskan
menggunakan procedure atau function.
3.1.7 Meringkaskan atur cara dengan menggunakan:
(i) procedure
(ii) function
Lampiran 1
Menggunakan library Math.

Langkah 1:

Output:
Lampiran 2:
Berikut adalah di sebahagian di antara operasi Matematik di dalam Math standard library.

Math Methods
Method Deskripsi
abs(x) Memulangkan nilai absolute x
cos(x) Memulangkan nilai kos x(x adalah radians)
exp(x) Memulangkan nilai Ex
floor(x) Memulangkan nilai x dibundarkan kepada the value
of x rounded down to its nearest integer
log(x) Memulangkan nilai log x (base E)
max(x, y, z, ..., n) Memulangkan nilai terbesar
min(x, y, z, ..., n) Memulangkan nilai terkecil
pow(x, y) Memulangkan nilai x kuasa y
random() Memulangkan nilai rawak di antara 0 dan 1
round(x) Memulangkan nilai x dibundarkan kepada integer
terdekat
sin(x) Memulangkan nilai sin x (x adalah radians)
sqrt(x) Memulangkan nilai punca kuasa x
tan(x) Memulangkan nilai tan x

Anda mungkin juga menyukai