Anda di halaman 1dari 2

Siri Kisah Sahabat

*Saidina Ali Karamallahuwajahah*

Part II

Sebagai seorang yang gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul,
Saiyidina Ali .a. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar
mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang
penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang
pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan
itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan
kepada Saiyidina Ali .a. dimana beliau telah menjalankan tugasnya dalam peperangan
tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah peperangan tamat para sahabat tidak menemui
Nabi S.A.W. di tengah-tengah mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba
muncul Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali .a. seraya baginda bersabda, "Saya
sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka. Dari
peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda terhadap Saiyidina Ali .a.
dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali .a. dalam menegakkan kemuliaan Agama
Islam. 

Dalam apa jua peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali .a. tetap
berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba
Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali .a. untuk menyertai baginda hingga
sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam
serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali .a. Jika tidak
demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang yang benar
dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali .a. kurang berasa senang mendengar desas-desus
yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus menjumpai Rasul untuk meminta
penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya,
"Tidakkah engkau rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi
Musa ?" Mendengarkan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka
barulah puas Saiyidina Ali .a. 

Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan
baginda terhadap dirinya. 

Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh
angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali .a. telah memainkan peranannya yang utama sekali.
Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan
pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya
Rasulullah S.A.W. bersabda "Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada
seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya". 

Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan


panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan
yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh
Allah dan RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah
S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali .a. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali .a. tidak ada di
situ kerana ketika itu Ali .a. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah
Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali .a. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu
datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang
sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun
menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All .a. Maka benteng yang sudah berhani-hari
tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu
Talib .a. 

Satu lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib .a. memperlihatkan kegagahan
dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab.
Perang ini adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat
bantuan dari puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah
menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai jalan untuk
membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak musuh adalah
kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana terhalang oleh parit-parit.
Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah
S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan
menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun
mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan. 

Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musyrik Quraisy telah
dapat menyeberangi parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi
Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di
seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan untuk beradu
kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya berkata, "Siapa di
antara kalian yang berani berlawan dengan aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh
Saiyidma Ali .a. yang kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk
melawan pahlawan musyrik itu. Kata Ali .a., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah,
Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya, "Duduklah
engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru. 

Amru kemudian minta lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar,
Saiyidina Ali .a. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk
sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang
terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali .a. tetap juga mengatakan,
"Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya
menemuinya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang
keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum
Saiyidina Ali .a. pergi mendapatkan musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah
membekalnya dengan pedangnya lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk
keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu Talib .a.

Anda mungkin juga menyukai