Anda di halaman 1dari 2

Siri Kisah Sahabat

*Saidina Ali Karamallahuwajahah*

Part III

Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali .a. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia
tidak dapat mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali .a. bertopeng besi lalu
ditanyainya: 

Siapa engkau, hai pahlawan? 

Jawapnya, "Ali! 

Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf? 

Jawab Ali .a. "Ali, anak Abu Talib 

Mendengar nama itu Amru enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan
kehandalan Ali .a. "Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan
aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat danipadamu. Aku benci menumpahkan
darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku. 

Saiyidina Ali .a. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu.
Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak
menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali .a. lalu berkata, "Macamana aku hendak bertempur
denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah. 

Mendengar itu Amru telah menghambur dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk
menunjukkan garangnya ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari.
Kemudian ía mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali .a. yang disambut pula olehnya
dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya
tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali .a. Maka
Saiyidina Ali .a. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ
juga. Saiyidina Ali .a. lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang disambut pula dengan
pekikan takbir yang bergemuruh di angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai
tanda kesyukuran di atas kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya
yang lain bertempiaran lari mengundurkan diri. 

Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina Ali .a. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-
pekerjaan yang amat berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang
besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin Walid ke
negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu.
Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang
diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun
mengutus pula Saiyidina Ali .a. untuk menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh
dan pemerintah di sana. Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali .a.
yang telah mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang
baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali .a. dapat melakukan
sembahyang subuh bersama-sama mereka itu. 
Setelah selesai sembahyang subuh, Saiyidina Ali .a. pun membacakan surat dakwah di hadapan
para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari
itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali .a. telah
mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut
segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas kejadian itu seraya
bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan. 

Selaku pemerintah dan mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali .a. juga telah diperintahkan untuk
menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam
bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W.,
"Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal
pengadilan ini. 

Mendengar perkataan Saiyidina Ali .a. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau
dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali untuk
menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan
bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib .a. kemudiannya
menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-
Siddiq .a. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab .a. selalulah Saiyidina Ali .a. diajak
bermesyuarah dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu.
Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab .a. biasanya enggan memutuskan sesuatu keputusan
sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali .a. diajaknya berunding. 

Demikianlah beberapa kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali
Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina
Ali .a. tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan
Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan jenazah Rasulullah S.A.W.
Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali tidak menghiraukan permesyuaratan
yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas
pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul
S.A.W. 

Permesyuaratan di Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau
tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar .a. sebagai Khalifah
pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali .a. enggan memberikan
persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq .a. sebagai Khalifah, bukan kerana
benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar .a. bahkan kerana rasa hati beliau yang
sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah
isteri beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib .a.
memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan Saiyidina Abu Bakar .a.
sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar .a. pun selaku pemerintah ummat yang agung, tidak
pernah meninggalkan Saiyidina Ali .a. di dalam permesyuaratan penting. 

Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali .a. tetap
memperoleh kemuliaan dan penghormatan dan Saiyidina Umar .a. sepertimana yang
dinikmatinya semasa pemenintah Abu Bakar .a. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab
terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda
sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali .a. di dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-
sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab .a. tidak suka
merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib

Anda mungkin juga menyukai