Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )

SJKC LANCHANG
D/A SJKC LANCHANG
28500 LANCHANG
PAHANG DARUL MAKMUR NO. TEL/FAKS : 09-280 4175
________________________________________________________________________
18 Mac 2019
YB Haji. Mohd Anuar bin Mohd Tahir
Ahli Parlimen Temerloh
Merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya
No. 52, JALAN CHENGAL 1
TAMAN CHENGAL
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
No.Tel : 011-5518 6638

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBELI KERUSI DAN MEJA KANTIN SEKOLAH DAN
3 UNIT SET KOMPUTER PEJABAT

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik Yang Berhormat agar
dapat meluluskan peruntukan bagi membiayai pembelian tersebut. Untuk makluman
YB, anggaran kos berkenaan adalah sebanyak RM 15,000. Akan saya sertakan kertas
kerja bersama-sama dengan surat ini seperti dalam lampiran 1.

3. Keperluan membeli kerusi dan meja tersebut sangatlah diperlukan kerana kerusi
dan meja yang sedia ada sekarang sangat uzur dan dikhuatiri akan membahayakan
murid-murid.

4. Maka, diharap YB dapat mempertimbangkan permohonan tersebut demi


kepentigan dan keselamatan murid-murid kami.

Keperihatinan Yb amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………….
( ENCIK. LIM KIM HOCK )
Yang Di Pertua
PIBG SJKC Lanchang

Anda mungkin juga menyukai