Anda di halaman 1dari 3

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

TAJUK : Maafkan Cikgu.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Maafkan Cikgu.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya amir, ayahnya telah
meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan mereka,
ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih. Namun, amir tidak
pernah mengeluh malah dia turut membantu ibunya dengan menghantar surat
khabar sebelum ke sekolah.

Baiknya amir tu ya kawan-kawan. Seperti biasa pada pagi itu, amir mengayuh
basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amir bimbang akan bertembung
dengan Cikgu Hakim guru disiplinnya di sekolah. Ah mendengar namanya sahaja
sudah cukup membuatkan pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi bersemuka
dengannya. Seramnya. Ingatlah ya kawan-kawan, datang lambat ke sekolah
bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi. Dengan
langkah yang tergesa-gesa, amir pun menuju ke kelasnya tiba-tiba “Amir” nama
Amir dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup jantung amir
bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim yang sangat serius. Dengan
suara yang lantang, Amir dimarahi kerana datang lewat. Amir hanya membisu.
Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak. Walaupun Amir
pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan mendengarnya malah dia dituduh
menegakkan benang yang basah.

Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik guru disiplin. Dia
telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Amir pun menerima
dengan sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Amir
kecewa kerana dituduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia bukanlah seperti
apa yang disangkakan.Rakan-rakan Amir juga sering mengejeknya kerana selalu
didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke rumah.
Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa terlalu
lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat kembali
peristiwa yang berlaku disekolah tadi. Seleranya hilang. Amir membuat
keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Amir ingin
menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi.

Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk
menceritakan malah dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya ibu
lah segala-galanya. Ingatlah kawan-kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja lantas
menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim. Amir melihat wajah
ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amir dia masih mampu
menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Amir adalah dia ingin
melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai pelajar tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia telah membuat
keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang awal ke
sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-pagi
lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil surat
khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja. Selepas itu, amir
mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa.

Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru disiplinnya.
Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan Amir terus
melintas. Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke
seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya
ke klinik yang berdekatan.

Mujurlah Amir tidak apa-apa. Dia Cuma mengalami luka-luka kecil sahaja. Itulah
kawan-kawan kita mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya. Tidak lama
kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim berada di
sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim meminta maaf atas
kecuaiannya Amir tercedera. Maafkan cikgu, Amir. Dengan senang hatinya, Amir
pun memberitahu dia lah yang bersalah kerana tidak berhati-hati. Begitulah
kawan-kawan niat dihati untuk membantu keluarga adalah satu sifat yang mulia
namun, kita mestilah memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan telah
melakukan kesalahan janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang
mengakui kesalahannya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai