Anda di halaman 1dari 27

PENGGUNAAN ‘KOD MATRIK MUZIK’ BAGI MEMUDAHKAN PENGUASAAN

KEMAHIRAN ALAT MUZIK DI KALANGAN MURID-MURID PENDIDIKAN


KHAS.

Muhammad Azeem Bin Charles Abdullah


Sekolah Kebangsaan Pantai,
Peti Surat 81361,
87023 Wilayah Persekutuan Labuan.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Pantai, WP
Labuan. Murid tersebut terdiri daripada 15 orang lelaki dan 12 perempuan yang
mempunyai masalah pembelajaran. Mereka terdiri daripada murid-murid
Hiperaktif, slow learner, autisme, Sindrom Down dan Celebral Palsy . Mereka ini
mempunyai IQ yang rendah dan sederhana. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian latihan dan pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru antara kod huruf
(B,A,G,F,E,D,C) serta sukar mengingati dan mengkelas huruf-huruf tersebut.
Bagi menangani masalah tersebut, Kaedah Nombor (1,2,3,4,5,6,7) telah
dilaksanakan supaya dapat menarik perhatian murid dan seterusnya
meningkatkan penguasaan murid dalam menggunakan alat Rekoder, Seruling,
Keyboard, melodian, Glokenspiel dan sebagainya. Ini bukan sahaja
meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai alat-alat perkusi malah dapat
dijadikan terapi dan tingkah laku murid dapat dibentuk. Setelah menguasai alat
muzik yang diminati, didapati murid mula menunjukkan minat kepada subjek dan
kemahiran yang lain.

1
1.0 OBJEKTIF KAJIAN

1.1 OBJEKTIF UMUM


Selepas kajian ini dijalankan didapati pencapaian kemahiran
meniup Rekoder dapat dikuasai oleh murid berkeperluan khas.
Penulis mengharapkan inovasi ini menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan di samping meningkatkan
penguasaan Kemahiran meniup Rekoder oleh murid khas.
Diharapkan ‘Kod Willie' akan memenuhi hasrat penulis untuk
membuktikan bahawa ‘Music is Fun’ dan mudah dipelajari. Apabila
seronok, murid-murid akan berminat untuk belajar meniup Rekoder
tanpa dipaksa lalu dapat menguasainya dengan mudah dan secara
tidak langsung murid berkeperluan khas akan mempelajari alat-alat
muzik yang lain untuk dikuasai.

1.2 OBJEKTIF KHUSUS


a. Meningkatkan penguasaan kemahiran meniup Rekoder bagi
murid-
murid khas.
b. Meningkatkan motivasi murid dalam memudahkan mengingat
kod lagu-lagu Rekoder.
c. Mengembangkan potensi diri murid ke tahap optimum.
d. Menjadikan muzik sebagai mata pelajaran yang diminati murid.
e. Muzik dijadikan terapi bagi murid khas dan secara tidak
langsung dapat mengubah tingkah laku murid.
f. Masa dapat disingkatkan untuk membuat lagu berbanding kod
abjad.

2
2.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 27 orang murid-murid khas (tahun 2- 6) Sekolah Kebangsaan
Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan.
Lelaki : 15 orang
Perempuan : 12 orang
Jumlah : 27 orang.

3.0 LATAR BELAKANG INOVASI

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Pantai, WP
Labuan. Murid tersebut terdiri daripada 15 orang lelaki dan 12 perempuan.
Murid-murid tersebut mempunyai masalah pembelajaran. Mereka terdiri daripada
murid-murid Hiperaktif, slow learner, autisme dan Celebral Palsy . Kesan
permasalahan ini mengakibatkan not Rekoder sukar diingati dalam bentuk abjad.
Mereka ini mempunyai IQ yang rendah dan sederhana. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian latihan dan pemerhatian semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru antara kod huruf
(B,A,G,F,E,D,C) serta sukar mengingati dan mengkelas huruf-huruf tersebut.
Bagi menangani masalah tersebut, Kaedah Nombor (1,2,3,4,5,6,7) telah
dilaksanakan supaya dapat menarik perhatian murid dan seterusnya
meningkatkan penguasaan murid dalam menggunakan alat Rekoder. Ini bukan
sahaja meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai alat-alat perkusi malah
dapat dijadikan terapi dan tingkah laku murid dapat dibentuk. Melalui kaedah ini
juga, didapati murid menunjukkan minat dan dapat menguasai kemahiran
meniup Rekoder seterusnya meminati penggunaan alat perkusi lain seperti
seruling, Xylophone,keyboard, alat genderang dan sebagainya.

4.0 PENGENALAN

3
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi kemahiran
Rekoder pada awal September 2009 didapati kebanyakan murid-murid khas
tidak dapat menguasai kemahiran Rekoder kerana ketiadaan guru muzik yang
terlatih dan faktor murid khas yang tidak memahami konsep abjad dalam kod
muzik. Ini membantutkan mereka untuk mempelajari Rekoder. Oleh itu, penulis
berusaha untuk mencari idea untuk menggalakkan mereka menjadikan
kemahiran Rekoder sebagai bahan untuk memotivasikan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran muzik. Ini kerana penulis percaya instrumen
muzik dapat memotivasikan murid khas untuk belajar secara mesra dan seronok.
Oleh itu, penulis cuba mencari idea untuk memudahkan murid-murid khas
mempelajari salah satu alat perkusi yang dapat meningkatkan motivasi mereka
dalam pendidikan muzik.

Pada awal Januari 2010, murid-murid khas sudah menunjukkan minat kepada
kemahiran Rekoder dan seterusnya alat-alat perkusi yang lain seperti Seruling,
Xylophone, Keyboard, drum dan sebagainya. Ini membuatkan penulis berasa
gembira dan beringinkan menubuhkan 'Mini Pancaragan' bagi Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Pantai. Penubuhan Mini Pancaragam
dapat dibentuk dengan jumlah ahli seramai 15 orang pada mulanya. Seterusnya
pertambahan ahli Mini pancaragam telah bertambah kepada 27 orang pada
tahun 2011. Kebanyakan murid-murid khas terdiri daripada murid ADHD,
Hyperaktif, Slow Learner, Autisme sederhana, dan Celebral Palsy.

Kejayaan murid-murid telah terserlah dan membuktikan kemahiran mereka dapat


dicapai dengan 'Kod Willie'. Kemahiran ini telah terbukti apabila murid-murid
khas memberi persembahan di sekolah, semasa temasya sukan, RIMUP, Hari
Anugerah Kecemerlangan Sekolah dan majlis harijadi dan sebagainya. Melalui
persembahan ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid khas dan keyakinan
murid semasa berada di atas pentas. Ibu bapa murid juga berasa bangga

4
dengan anak-anak mereka apabila anak mereka dapat membuat persembahan
yang baik tanpa diduga walaupun anak mereka di dalam aliran pendidikan khas.

Oleh itu, penulis berharap “Kod Willie” akan dapat membantu murid khas di
sekolah yang lain dan “Kod Willie” dapat digunakan dengan semua jenis
instrumen pada masa akan datang.

5.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Rata-rata murid khas di SK Pantai amat sukar untuk menguasai kemahiran


meniup Rekoder. Kemahiran ini amat penting bagi murid khas yang boleh
dijadikan terapi dan ilmu kemahiran murid. Walaupun murid khas mempelajari
meniup Kod Rekoder dengan 'huruf abjad' namun mereka sering lupa dengan
kod tersebut. Penulis cuba menyediakan acuan dalam bentuk 'nombor' bagi
memudahkan murid mengingati kod Rekoder dan secara tidak langsung dapat
meniup Rekoder dengan pelbagai lagu. Langkah pertama yang penulis lakukan
ialah menyediakan menyuruh murid membeli alat Rekoder. Kemudian guru akan
menandakan nombor bagi setiap lubang Rekoder tersebut. Tujuan utama penulis
adalah untuk memastikan setiap murid ada Rekodernya sendiri dan
menggalakkan murid mempelajari Rekoder di rumah. Diharapkan dengan
adanya Rekoder sendiri, murid-murid lebih menghargai alat rekoder yang dibeli.
Warna dan nombor bertujuan untuk memudahkan murid-murid mengingati 'Kod
Willie'. ‘Kod Willie’ digunakan setiap kali murid-murid membuat latihan Rekoder.
Setiap murid dibimbing untuk menguasai 'Lagu Asas' untuk dijadikan asas
kemahiran murid khas. Sasaran utama penulis adalah apabila telah menguasai
kemahiran meniup Rekoder maka secara tidak langsung murid akan mula
meminati alat perkusi yang lain dan seterusnya dapat membentuk 'Mini
Pancaragam' di Sekolah. Jika sebelum kajian semua murid tidak dapat meniup
Rekoder dengan menggunakan abjad tetapi setelah dua bulan ‘Kod Willie’
diperkenalkan, murid-murid telah menunjukkan kemajuan.

5
BAHAGIAN B

6.0 AKTIVITI DAN PROSES

Dalam mata pelajaran Muzik, pemahaman Kod abjad Rekoder amat


diperlukan bagi memudahkan murid membunyikan Rekoder dengan betul
disamping membunyikan lagu-lagu yang harmoni. Setiap murid perlu
memahami semua kod Rekoder sebelum berjaya meniup Rekoder
dengan pelbagai lagu yang diminati. Pengkaji perlu mencipta inovasi yang
memudahkan murid memahami dan menguasai perjalanan kod lagu.
Penguasaan Kemahiran Proses Sains ini bukan sahaja penting untuk
kemahiran murid malah dapat dijadikan terapi dan perubahan tingkah laku
yang positif bagi murid khas. 'Kod Willie' ini dijadikan asas kemahiran
meniup Rekoder bagi memudahkan murid khas mengingatinya.

Seramia 27 orang murid khas menjadi pilihan saya kerana mereka adalah
murid yang diajar oleh saya sendiri. Kebanyakan murid khas terdiri
daripada murid bermasalah pembelajaran dan mempunyai masalah
tingkah laku. ‘Kod Willie’ yang dicipta khas untuk mereka ini bertujuan
menarik minat murid khas terhadap kemahiran meniup Rekoder dan
meminati pembelajaran muzik. Guru tidak melarang murid-murid ini
meniup Rekoder selepas masa pembelajaran bagi menggalakkan murid
belajar dan dijadikan terapi bagi mereka sendiri. Pelbagai teknik kajian
dilakukan bagi membandingkan pembelajaran sebelum, selepas dan
semasa menggunakan ‘Kod Willie’ . Secara tidak langsung hubungan guru
dan murid-murid khas lebih mesra. Pembelajaran dengan kemahuan
sendiri ternyata lebih berkesan.

6
Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis keputusan ujian yang
dijalankan.

a.i. Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pengkaji juga meninjau tingkah laku murid khas masuk ke
kelas muzik dan kelas subjek yang lain. Setiap gerak geri
murid dibandingkan dengan kebolehan mereka meniup
Rekoder.

a.ii. Soal selidik.


Pengkaji telah memberikan soalan kaji selidik. Semua murid
diminta menjawab dengan jujur setiap soalan tetapi tidak
perlu menulis nama masing-masing. Jadi keesahan soal
selidik lebih dipercayai.

a.iii. Temubual
Pengkaji juga menjalankan temubual dengan murid-murid
selepas Post Test. Hasilnya pengkaji mendapat gambaran
bahawa murid-murid tidak meminati Rekoder dan tidak
menjadikan alat muzik sebagai terapi.

Jadual 1: Hasil dapatan temubual.


Punca murid-murid tidak minat Rekoder Bilangan Peratus
Tidak memahami kod Rekoder dengan betul 27 100%

Jumlah 27 100%

7
6.1 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

6.1.1 Analisis pemerhatian.


Sebelum ini murid khas belum lagi mengetahui tentang kod
Rekoder dan tidak meminati untuk meniup Rekoder. Murid-
murid lelaki dan perempuan masih tidak ada kesedaran
tentang kebaikan jika dapat menguasai kemahiran meniup
Rekoder yang boleh dijadikan terapi dan meningkatkan daya
ingatan murid. Pemerhatian telah dibuat mulai September
2009. Sebelum murid menguasai kemahiran ini, murid
mempunyai tingkah laku murid sering menganggu murid,
membuat bising, tidak fokus kepada pengajaran guru, dan
bermain. Murid juga menunjukkan tidak berminat dengan
apa yang diajar kerana tidak faham dengan kod abjad yang
tidak tersusun dan sukar untuk mengingatinya.

Jadual 2 : Analisis Soal Selidik


Bil. Sila jawab dengan jujur Ya Tidak
1. Adakah kamu berminat dengan matapelajaran muzik 27 -
2. Berminat dengan pengajaran guru Muzik 27 -
3. Berminat dengan alat perkusi muzik 27 -
4. Berminat dengan alat Rekoder 18 9
5. Tidak memahami kod Rekoder 27 -
6. Tidak tahu membunyikan lagu dengan kod Rekoder 27 -
7. Tidak tahu cara meniup Rekoder dengan betul 27 -
8. Mudah mengingati kod Rekoder dengan - 27
menggunakan abjad.
9. Suka mendengar lagu yang dimainkan oleh Rekoder 27 -

6.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

8
Pengkaji memulakan langkah dengan memperkenalkan beberapa
cara bagi meningkatkan kemahiran murid khas. Perkara utama
yang dinyatakan bahawa semua murid berpeluang menguasai
kemahiran meniup Rekoder.

1) Langkah pertama mengenali modul lagu iaitu Lagu Asas (1,


2, 3).
2) Langkah kedua adalah penerangan menggunakan ‘Kod
Willie’. Setiap murid dibimbing menutup lubang
Rekoder dengan betul . Murid dilatih untuk meniup lagu
Asas dengan bantuan “pelekat stiker” yang
bernombor sehingga murid boleh kuasai (nombor 1, 2,
3, 4, 5, 6 dan 7).

3) Langkah ketiga ialah latihan penggunaan ‘Kod Willie’ tanpa


pelekat stiker dan cuba meniup Rekoder sehingga
mahir. Latihan penggunaan ‘Kod Willie’ dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas biasa, selepas kelas, dan semasa kokurikulum
(kesenian).
4) Langkah keempat, murid akan mengingat kod-kod willie
yang lain (1', 2', 3', 4', 5', 6' dan 7') dan (1#, 2#, 3#,
4#, 5#, 6#, dan 7#).

9
5) Meneruskan bimbingan yang pelbagai cara sama ada
secara berkumpulan dan berpasangan.
6) Mencatat perkembangan pemahaman murid dari semasa ke
semasa

7. KEJAYAAN ‘KOD WILLIE

 Pada awal 2010 murid dapat membuat persembahan Rekoder dan


dapat membentuk “Mini Pancaragam” PPKI SK Pantai .
 Penggunaan ‘Kod Willie’ berjaya menarik minat murid-murid khas
sehingga murid berminat dengan alat perkusi yang lain seperti
“Xylophone, Seruling, drum, keyboard dan sebagainya.

10
 Motivasi murid-murid meningkat dan mereka mula berani untuk
mencuba lagu-lagu yang lain selain lagu Asas.
 Murid-murid lebih berdisiplin ketika mempersembahkan meniup
Rekoder.
 Tingkah laku murid berubah dan murid mula menerapkan nilai
berdisiplin.
 Murid khas lebih yakin ketika berada diatas pentas untuk
menunjukkan kebolehan mereka.

KEKUATAN

Dengan adanya penggunaan “Kod Willie” untuk kemahiran Rekoder maka


secara tidak langsung murid-murid khas akan memperolehi terapi bagi diri
mereka sendiri malah memberi motivasi kepada diri mereka untuk terus belajar
kepada matapelajaran yang lain.

Kemahiran rekoder dapat membentuk pengamatan murid berkeperluan khas. Ini


kerana muzik yang harmoni dapat menggalakkan semua organ-organ deria
bekerja. Seperti dalam Teori Pengamatan, J.F. Herbart menyatakan bahawa
proses pengamatan adalah penting untuk proses pembelajaran dengan
menyusun bahan-bahan pelajaran secara sistematik dengan penggunaan organ-
organ deria secara menyeluruh. Maka, kemahiran Rekoder secara tidak
langsung dapat melatih daya pendengaran murid khas dan lebih fokus kepada
matapelajaran yang dipelajari serta menguatkan daya ingatan murid.

Menurut kajian Blair, Jones & Simpson (1991), dinyatakan bahawa murid yang
lembab memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan
menyeronokan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa
baginya. Manakala, menurut ahli sains, kanak-kanak yang terdedah kepada

11
muzik atau bermain instrumen muzik mempunyai pencapaian akademik yang
lebih baik. Hasil kajian yang lalu juga telah menunjukkan bahawa muzik dapat
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu, penulis memilih
kemahiran Rekoder sebagai asas murid untuk membantu murid meningkatkan
kemahiran mereka.

KEKANGAN

Terdapat beberapa orang murid yang sering sakit dan tak dapat hadir ke sekolah
kerana temu janji dengan doktor pakar. Ini menyebabkan masa pengajaran dan
pembelajaran tidak sama dengan semua murid. Oleh itu, murid-murid khas ini
sentiasa ketinggalan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa murid Autisme sederhana yang sukar ikuti pembelajaran dan
pembelajaran. Begitu juga murid yang mempunyai masalah “Celebral Palsy” iaitu
murid yang hanya mempunyai keupayaan sebelah tangan sahaja, sukar untuk
memegang alat Rekoder dengan baik.

Perpindahan murid juga memberi kesan kepada proses pembelajaran murid


khas. Ini kerana proses pembelajaran murid khas akan terbantut apabila
pembelajaran terhenti. Disebabkan mereka ini adalah murid khas, maka proses
pengajaran dan pembelajaran haruslah kerap kali diulangi untuk mengelak
mereka mudah lupa dengan kod-kod lagu yang lain.

TINDAK SUSUL/CADANGAN MASA DEPAN

Setelah melihat kejayaan “Kod Willie” ini, penulis telah meluaskan


penggunaannya kepada murid-murid khas yang lain, dan pada masa akan
datang penulis akan cuba membantu guru-guru sekolah rendah Khas dan
sekolah perdana yang lain.

12
Penulis berhasrat akan menjadikan ‘Kod Willie” sebagai salah satu teknik utama
bagi meningkatkan pencapaian kemahiran muzik di Sekolah Kebangsaan Pantai.
Oleh itu, penilis berbesar hati untuk mewujudkan “Mini Pancaragam” Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Pantai.

KENANGAN MANIS

Penulis amat berbangga kerana penulis mendapat sokongan padu daripada


semua insan tersayang. Saya berterima kasih kepada Guru Besar SK Pantai,
En. Jumat Bin Latip, Penolong Kanan Pentadbiran, Sazali Dinin, Penolong
Kanan HEM, Pn.Diah Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Faridah Amit,
dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, En.Shawal Bin Abdul Rahman kerana
memberi sokongan moral kepada penulis.

Penulis juga merasa dihargai apabila semua murid khas menerima 'Kod Willie'
dengan baik dan bersedia menurut arahan penulis. Kesemua guru Sekolah
Kebangsaan Pantai telah membantu menguatkan semangat penulis bagi
meningkatkan kejayaan ‘Kod Willie’.

Lebih menggembirakan apabila murid-murid telah mula menunjukkan


peningkatan prestasi yang amat membanggakan. Ini bukan sahaja mereka lulus
cemerlang dalam ujian pendidikan muzik malah semua matapelajaran yang lain.
Ini terbukti apabila 2 calon UPSR dari PPKI SK Pantai telah lulus dengan baik
dan diakui oleh Pengarah Pelajaran, Pn Misterine Bin Radin atas kejayaan
murid-murid khas ini. Ini adalah hadiah yang tidak ternilai harganya kepada
penulis sebagai seorang guru.

13
KENANGAN PAHIT

Murid-murid yang sudah dilatih dan amat baik dalam meniup Rekoder telah
berpindah ke Sekolah Menengah. Ini menyebabkan kemahiran mereka terjejas
kerana tidak diteruskan. Tambahan pula, peringkat menengah tidak ada
memberikan khidmat pembelajaran kemahiran Rekoder.

Murid-murid yang sering tak hadir ke sekolah juga mempengaruhi proses


pembelajaran mereka. Proses pembelajaran haruslah diulang dari semasa ke
semasa untuk mengelakkan mereka lupa. Ketidakhadiran mereka disebabkan
sering sakit, masalah keluarga dan membuat temujanji dengan doktor
menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Terdapat juga isu murid-murid sering hilang alat Rekoder dan modul kod mereka.
Mereka sering lupa di mana mereka simpan. Ini menyebabkan proses
pembelajaran mereka terbantut ketika berada di rumah untuk diulangkaji.

14
APPENDIX

Pembentangan Kajian “Kod Willie” semasa Konferens Antarabangsa


Penyelidikan Pendidikan Labuan pada 5-7 Julai 2012 di Bilik Seminar
Rafflesia, Kompleks Ujana Kewangan WP Labuan.

15
DAILY EXPRESS, 09 JANUARI 2013 : DISABLED KIDS CAN BE ASSETS :
MINISTRY

Murid-murid PPKI SK Pantai membuat persembahan semasa Program


RIMUP di Sekolah.

16
PERSEMBAHAN REKODER SEMASA HARI ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS

& PEMULIHAN KHAS 2012 DI SK SUNGAI LADA.

Murid-murid khas membuat persembahan semasa Majlis Anugerah


Kecemerlangan pada 13 November 2011 di Dewan Sri Labuan, JKR WP
Labuan.

17
Murid PPKI menunjukkan “Kod Willie” yang dapat difahami oleh mereka.

Murid PPKI telah membuat persembahan semasa Majlis Sambutan Harijadi

PPKI

18
UTUSAN BORNEO, 30 SEPTEMBER 2012, SK PANTAI SAMBUT MAJLIS
MUHIBBAH UNTUK RAI PELAJAR PPKI

Utusan Borneo 18 JULAI 2013 - MURID PPKI BUAT PERSEMBAHAN UTK


MAJLIS KESIHATAN
Kod Willie yang diubah suai. Kod abjad (asal)

MODUL LAGU

19
20
MODUL LAGU

LAGU ASAS 2

3 3 3 2 1... 2...
3 1..2 2 3...

BURUNG KAKAK TUA

3 3 5 2' 5 6
542345
3 3 5 2' 5 6
1234567

CHO:

353532222
565653333
3 5 3 5 3 2 2 2 1'
2' 1 3 2 1 2'

IKAN KEKEK

6331212
32231
2331212
33353

CHO :

1 1' 1' 1' 1' 1 1 2 2 3 1


233121233353

LAGU BARISAN

3636
333
1313
111
6 1 1' 1 1'1
333333

21
Ode To Joy

1 1 2' 1' 1' 2' 1 2 3 3 2 1 1 2 2


1 1 2' 1' 1' 2' 1 2 3 3 2 1 2 3 3

cho:
2 2 1 3 2 1 2' 1 2
2 1 2' 1 2 3 2 6
1 1 2' 1' 1' 2' 1 2 3 3 2 1 2 3 3

Gelang Si Paku Gelang

6 3 1 1' 1 3 2
54342356

6 3 1 1' 1 3 2
54342356

1 2' 2' 5' 1' 2' 1


1 1' 2' 1 2
2 2' 1 2 1 2' 1'

1 2' 2' 5' 1' 2' 1


1 1' 2' 1 2
2 2' 1 2 3

Wau Bulan

3321
12123
332222
1312

3321
12123
332222
1312

cho:
1' 1' 1' 1' 1
12123

22
3322221312

1' 1' 1' 1' 1


12123
33222
1' 2 1 3

MARCHING

3 1 2' 1'
3 1 2' 1'
3 1 2' 1'

1312
1123
3 1 1' 1' 2'
2' 1 2' 1' 1 3 2 3

ONCE UPON A TIME IN CHINA

5...3...5...3...5...6...5
5...3...5...3...5...6...2

1...3...2...1'...1...2...1...3
2 1 3 2 5...
3 2 5 3 6...
5 3 2 3 5 6 5...
3 2 3 5 6 5...

AULD LANG SYNE

63331232
1 2 3 3 1 1' 5'
5' 1' 1 1 3 2 3 2
1235563

cho:
5' 1' 1 1 3 2 3 2

23
5' 1' 1 1 1' 5'
5' 1' 1 1 3 2 3 2
1235563

IM4U SONG

INTRO
1232
1 2 3 5...
1 2 3 3.......YEAH

613565
6# 6# 3 2 6# 5 6

613565
6# 6# 3 2 6# 5 6

613522
6# 6# 3 2 6# 5 6

613522
6# 6# 3 2 6# 3

35333331
533356
35353533
333322

cho :

6 3 2 3... 2 1 2
1 2 3 3... 2 1 2
1 2 3 3... 2 1 2
1 2 3 2' 1 2 3 3 2 1 2

6 3 2 3... 2 1 2
1 2 3 3... 2 1 2
1233
1233
2' 2 3 3

24
ANAK KAMPUNG BY JIMMY PELIKAT

121233

3121232

21212322

121233

553566

6 5 3 5 6 2 2 1 1' 1 2 3

CHO :

3 3 3 3 2' 1' 5' 5' 5' 5' 5' 1' 1'

1' 1' 1' 1' 1 1' 1' 1' 1' 1' 1' 2' 1

3 3 2 3 5 2' 2' 2' 1' 2' 1 2 2 2 1 2 3 2 1

3 3 3 3 2' 1' 5' 5' 5' 5' 5' 1' 1'

1' 1' 1' 1' 1 1' 1' 1' 1' 1' 1' 2' 1

3 3 2 3 5 2' 2' 2' 1' 2' 1 2 2 2 1 2 3 5 3

25
AKU BUKAN SUPERMAN (LUCKY LAKI).

12321356
1 2 3 2 1 1' 1' 1

12321356
1 2 3 2 1 1' 1' 1

cho:
121235
3 6# 3 6# 5 6
1212355322

121235
3 6# 3 6# 5 6
1212355322

33532
22321
2 1 1' 1 2 3 3 6#

26
RUJUKAN

Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Konsep


dan Amalan. Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Utusan Borneo. 2012. SK Pantai Sambut Majlis Muhibbah Untuk Rai Pelajar
PPKI. 30 September 2012.

Daily Express. 2013. Disabled Kids Can Be Assets : Ministry. 09 January 2013.

Utusan Borneo. 2011. 650 Murid SK Pantai Jayakan RIMUP. 10 Oktober 2011.

Utusan Borneo 18 JULAI 2013 – Murid PPKI Buat Persembahan Untuk Majlis
Kesihatan Labuan.

Mok Soon Sang. 2009. Perkembangan Kanak-Kanak. Perak. Penerbitan


Multimedia Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. 2009. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Perak.


Multimedia-ES Resources Sdn Bhd.

Choong Lean Keow. 2009. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd

27

Anda mungkin juga menyukai