Anda di halaman 1dari 18

0

PENGENALAN RINGKAS TERHADAP AL-


KITAB KARYA SIBAWAYH1

DIHASILKAN OLEH :

JABATAN BAHASA
HIMPUNAN KEILMUAN MUDA AISA (HAMAS)

1Penulisan ini adalah terjemahan daripada pengenalan al-Kitab yang ditulis oleh Sheikh Abd Salam Harun yang
merupakan pentahqiq al-Kitab terbitan Maktabah al-Khanji.Selepas ini,sebarang penggunaan kata kerja diri
pertama merujuk kepada al-marhum Sheikh.

1
PENDAHULUAN

Kitab Sibawayh telah dikenali semenjak dahulu sehingga kini dengan al-kitab
mahupun Kitab al-sibawayh.Walaubagaimanapun, Sibawayh tidak pernah
meletakkan nama yang khusus bagi karyanya ini sedangkan para ulama
sezamannya mahupun selepasnya menamakan karya mereka dengan pelbagai
nama seperti al-kamil dan al-ikmal yang merupakan karya ‘Isa b.‘Umar dan Al-‘ain
yang dinisbahkan kepada Al-khalil.

Perkara ini mungkin disebabkan kerana Sibawayh telah meninggal dunia pada usia
yang muda dan ini menyebabkan beliau tidak mempunyai kesempatan untuk
menyemak semula serta melengkapkan beberapa kekurangan yang terdapat
dalam al-kitab.Al-kitab tidak mempunyai pendahuluan mahupun penutup.Namun
begitu, kekurangan ini tidak menafikan sesekali ketinggian nilai yang terkandung
di dalamnya.

Al-sirafi merekodkan2 : disebabkan kemasyhuran dan kelebihan al-kitab,ianya


telah dianggap sebagai satu ilmu disisi ahli tatabahasa arab.Satu perkara yang
masyhur di Basrah sekiranya seseorang mengatakan si fulan mempelajari al-
kitab,maka difahami secara terus bahawa al-kitab yang dimaksudkan itu adalah
karya Sibawayh.

Manusia pada zaman Sibawayh merujuk Al-kitab sebagai “Quran al-nahw”3,antara


perkara menarik yang disampaikan kepada kita bahawa terdapat seorang ahli
tatabahasa Andalus yang bernama Abdullah b.Muhammad ‘Isa sentiasa
menghabiskan bacaan Al-kitab setiap lima belas hari4 seakan-akan beliau
membaca Al-quran.

2 Akhbar al-nahwiyyin al-basriyyin (m/s:50) dan lihat Nuzhah al-alba’ (m/s:75)


3Abu al-Tayyib al-lughawi, Maratib al-nahwiyyin (m/s:65)
4 Al-suyuti ,Bughyah al-Wu‘ahfi Tabaqat al-Lughawiyyin wa al-nuhah (m/s:289) beliau menaqalkan dari Al-

Safadi,lihat Ibn Basykawal,Al-S’ilah(m/s:253),dalam kitab Al-S’ilah (m/s:554) ada menyatakan bahawa Al-qadhi Abu
al-Hasan al-Sa‘idi menghafal Al-kitab dengan ingatannya yang sangat kuat.

2
Abu U’mar al-Jarmi sangat mengagumi Al-kitab sehingga beliau mengatakan5:aku
telah berfatwa untuk permasalahan fiqh semenjak tiga puluh tahun dengan
merujuk al-Kitab

Abu Ja’far al-Tobari telah menceritakan hal ini kepada Muhammad Yazid dalam
keadaan takjub serta meragui kesahihannya:” Aku telah mendengar dengan
kedua telinga ku ini bahawa al-Jarmi menjadi ahli Hadith tatkala mengetahui
tentang al-Kitab yang berkhidmat untuk memahami hadith kerana al-Kitab
mengajar pembacanya untuk berfikir dan mengkaji”.

SEJARAH PENULISAN AL-KITAB

Sibawayh telah menulis al-Kitab selepas kematian al-Khalil (160H),kesemua


manuskrip lama al-Kitab menunjukkan terdapat banyak ulasan yang ditulis
Sibawayh terhadap pendapat al-Khalil serta menggandingkan nama gurunya itu
dengan ayat "‫ "رحمه هللا‬.

Terdapat juga bukti lain yang menunjukkan al-Kitab ditulis selepas kematian al-
Khalil antaranya ayat yang terdapat dalam sebuah manuskrip lama6, “Abu Ishaq
berkata: aku mendengar Nasr meriwayatkan dari bapanya 7 yang berkata :
“Sibawayh telah menjemputku untuk bersamanya menghidupkan kembali ilmu al-
Khalil ketika mahu menulis al-Kitab”.

Di antara individu yang menyaksikan kelahiran karya Sibawayh yang agung ini
ialah Abu al-Hasan al-Akhfasy,dinukilkan di dalam buku al-Ma‘arif karya Ibn
Qutaibah sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Riyasyi: aku mendengar al-
Akhfasy berkata : “ Sibawayh sekiranya menulis sesuatu daripada al-Kitab pasti
akan menunjukkan kepadaku hasilnya sesudah selesai dan dia tahu bahawa aku
lebih alim darinya dan dirinya sendiri juga lebih alim dariku,adapun sekarang ini
aku lebih alim darinya”.

5Muqaddimah al-Kitab (m/s:5-6),al-Zubaydi (m/s:77), al-Zajjaji,Majalis al-‘ulama’ (m/s:251)


6 Lihat muqaddimah nuskhah (m/s:8),ayat ini juga terdapat dalam buku al-Zabidiy,Tabaqat al-Nahwiyyin, (m/s:77-
78)
7 Belaiu ialah Ali b.Nasr b.al-Jahdamiy,rakan Sibawayh dah teman sepeguruan ketika mereka belajar dari al-

Khalil,meninggal dunia pada 187H dan perawi kisah ini ialah anaknya Nasr b. ‘Ali b.Nasr b. ‘Ali (250H).

3
KANDUNGAN AL-KITAB

Sibawayh sememangnya telah mengambil manfaat yang sangat banyak ketika


menuntut ilmu dari al-Khalil dan kesannya dapat dilihat dalam pembinaan
peribadi keilmuan beliau.Beliau juga memanfaatkan segala ilmu yang ditimba dari
gurunya yang lain di samping ahli tatabahasa sezamannya mahupun
sebelumnya.Oleh itu,bukan satu perkara yng menakjubkan ketika kita membaca
catatan yang ditulis oleh Ibn Nadim dalam karyanya yang penting al-fihrisat8 :
“Aku membaca tulisan Abu al-‘Abbas Tha‘lab dan beliau mengatakan: seramai
empat puluh dua orang berkumpul untuk menghasilkan al-Kitab dan di antara
mereka ialah Sibawayh,manakala segala usul dan masalah dalam buku tersebut
adalah dari al-Khalil”.

Kata-kata Ibn Nadim ini memberitahu kepada kita sejauh mana Sibawayh
memanfaatkan ilmu ahli tatabahasa sebelumnya.Namun demikian,ini tidak
bermakna Ibn Nadim cuba untuk merendahkan martabat dan keilmuan Sibawayh
kerana perkara ini adalah merupakan satu perkara yang senantiasa berlaku dalam
bidang keilmuan,tidak dapat dinafikan bahawa al-Kitab sebenarnya adalah
merupakan hasil daripada usaha yang telah dilaksanakan oleh ahli tatabahasa
sebelumnya,satu perkara yang mustahil untuk karya yang sangat bernilai ini lahir
tanpa mengambil manfaat daripada karya-karya sebelumnya yang telah awal
meletakkan asas dan permasalahan tatabahasa arab.

al-Sirafi merekodkan9 : “Segala kata-kata petikan yang terdapat dalam al-Kitab


adalah dari al-Khalil,sekiranya Sibawayh berkata (dan aku menyoalnya) tanpa
menyebut individu yang dimaksudkan,secara terus kita dapat mengetahui bahawa
individu tersebut ialah al-Khalil”.

8 Al-fihrisat,Ibn Nadim (m/s:76)


9 al-Sirafi (m/s:40)

4
PERHATIAN TERHADAP AL-KITAB

Sibawayh tidak pernah mengajar al-Kitab sepanjang hayatnya, beliau juga tidak
pernah diminta untuk mengajarkannya kepada mana-mana individu10.Diceritakan
bahawa Abu al-Hasan al-Akhfash setelah mengetahui tiada karya yang dapat
menandingi al-Kitab dari segi kelebihan dan kesempurnaan kandungannya,beliau
terus memberi perhatian yang sangat serius terhadap karya Sibawayh tersebut.

Para ahli tatabahasa menceritakan : Abu ‘Umar al-Jarmi dan Abu ‘Uthman al-
mazini ialah merupakan sahabat kepada al-Akhfash dan mereka menyangkakan
al-Akhfash hampir-hampir mendakwa al-Kitab adalah karyanya,oleh itu seorang
daripada mereka telah menimbulkan persoalan cara yang boleh dilakukan untuk
mengelakkan daripada masalah ini timbul,di antara mereka berdua pula
mencadangkan agar mereka bersama-sama membaca dan mempelajari al-Kitab
dari al-Akhfash,melalui cara ini mereka dapat menzahirkan al-Kitab sebagai
sebuah karya Sibawayh dan bukannya karya al-Akhfash.

Abu ‘Umar al-Jarmi seorang lelaki yang kaya dan ini berlawanan dengan keadaan
Abu ‘Uthman yang miskin.Namun demikian Abu ‘Umar al-Jarmi telah membayar
kepada al-Akhfash untuk mengajar mereka berdua al-Kitab,al-Akhfash brsetuju
dengan perlawaan tersebut dan beliau telah mengajar al-Kitab kepada kedua-dua
mereka sekali.Melalui cara ini mereka telah berjaya untuk memberitahu kepada
khalayak umum bahawa al-Kitab adalah sebuah karya Sibawayh dan dunia
tatabahasa arab sangat terhutang budi kepada jasa mereka11.

SANAD AL-KITAB

Kesemua sanad al-Kitab disandarkan kepada al-Akhfasy dan tiada satu jalan sanad
yang boleh didapati tanpa melalui beliau.
10 Nuzhah al-Ulba (m/s:184)
11 Nuzhah al-Ulba (m/s:185)

5
PETUNJUK YANG MEMBUKTIKAN PENULISAN SIBAWAYH

Salah seorang anak muridku Dr.Amin al-Sayyid menemui dalam buku “Kitab al-
Hulal syarh abyat al-jumal” karya Ibn al-Sayyid al-Batliyusi yang tersimpan di dar
al-Kutub al-Misriyyah yang bernombor 1110 pada muka surat 149 ketika
membicarakan syahid yang terdapat dalam bait syair ini :

‫و لكن طافت علماء غزلة خالد‬ ‫فما سبق القيسي من سوء سيرة‬

Beliau mendapati nas yang menyebut : Abu ‘Ali al-Farisi berkata: Abu Bakr al-
Sarraj memberitahuku: al-Mazini meriwayatkan bahawa dia telah melihat bait
syair ini dengan tulisan Sibawayh di sisi seorang lelaki dari Bani Hashim dan lelaki
itu dikatakan ialah Abd Salam b. ‘Ja’far.

PEMBACAAN TERAWAL AL-KITAB

(Di bawah ini Sheikh Abd Salam Harun menyenaraikan ulama yang terawal
mempelajari al-Kitab)12

1. Di antara individu yang terawal melihat al-Kitab ialah Abu al-Hasan ‘Ali b.
Hamzah al-Kisa’I imam ahli tatabahasa Kufah (183H),dari Abu Nasr al-Bahili beliau
berkata : “al-Kisa’i membawa kepada Abu al-Hasan al-Akhfash sejumlah lima
puluh dinar sebagai upah membacakan kepada beliau al-Kitab secara rahsia”.

Dari al-Akhfash beliau berkata : al-Kisa’i sampai di Basrah lalu memintaku untuk
membacakan kepadanya al-Kitab,maka aku bersetuju dengan pelawaannya itu
dan dia telah memberiku lima puluh dinar sebagai balasan atas persetujuan ku itu

Dalam naskhah al-Kitab ini Abu Ja’far berkata : Sebilangan ahli tatabahasa
menceritakan al-Kisa’i telah mempelajari al-Kitab dari al-Akhfasy dengan
membayar sebanyak seratus dinar.

12 Ayat ini adalah tambahan dari penterjemah.

6
Manakala terdapat dalam Mu’jam al-Udaba13 dan Inbah al-Ruwah14 riwayat dari
Muhammad b. Salam yang menyebut : al-Akhfash memberitahuku bahawa dia
telah membaca al-Kitab pada hari Jumaat di hadapan al-Kisa’i dan al-Kisa’i
memberinya sebanyak tujuh dinar,al-Kisa’i berkata kepada al-Akhfasy : aku tidak
pernah mendengar apa yang engkau bacakan kepadaku,maka tuliskanlah ianya
untukku dan al-Akhfash melakukan sepertimana yang diarahkan.Nas ini tidak
sesekali berlawanan dengan nas yang disebutkan oleh Abu Ja’far kerana kedua-
duanya menunjukkan al-Akhfasy ialah guru yang telah membacakan al-Kitab
kepada al-Kisa’i.

2. Di antara individu yang terawal membaca al-Kitab juga ialah Abu Nuwas al-
Hasan b. Hani (195H).Dinukilkan dalam Nuzhah al-Ulba15 “Abu Nuwas telah
mempelajari nahw Sibawayh”.Satu perkara yang wajar disebut adalah tempat
kelahiran Abu Nuwas yang terletak di al-Ahwaz dan ianya juga adalah merupakan
tempat kelahiran Sibawayh sepertimana yang disebut oleh sesetengah pendapat.

3. Abu Zakariyya Yahya b. Ziyad al-Farra’ (207H).Perawi menyebut beliau mati


dalam keadaan al-Kitab berada di bawah kepalanya.

4. Abu Zaid al-Ansari (215H). al-Jarmi berkata : Abu Zaid al-Ansari telah
mempelajari al-Kitab dan Sibawayh berkata : Lelaki ini telah melampaui batas
sekiranya dia telah mempelajari al-Kitab,kemudian al-Jarmi berkata kepada
Sibawayh : Lelaki ini telah mengatakan bahawa dirinya telah meriwayatkan dari
engkau dan adakah dia jujur mahupun benar terhadap dakwaannya itu?Sibawayh
menjawab : Ya,al-Jarmi membalas : Oleh itu Abu Zaid juga telah bercakap benar
terhadap apa yang diriwayatkannya dari selain engkau.

Abu al-Toyyib berkata : dikatakan kisah ini dikhabarkan oleh Yunus.

5. Di antara ulama yang mempelajari al-Kitab dari al-Akhfasy ialah Abu ‘Umar
Soleh b. Ishaq al-Jarmi (225H) dan Abu ‘Uthman al-Mazini (249H).al-Jarmi telah

13 Mu’jam al-Udaba,jilid 16,(m/s:122)


14 Inbah al-Ruwah,jilid 2, (m/s:350)
15 Nuzhah al-Ulba (m/s:97)

7
menemui Yunus b. Habib yang merupakan guru kepada Sibawayh dan tidak
pernah bertemu dengan Sibawayh16.

6. Abu Muhammad Abdullah b. Muhammad b. Harun al-Tuzi (233H)17 pula telah

Mempelajari al-Kitab dari al-Jarmi.

7. Abu Hatim al-Sijistani (250H) mempelajari al-Kitab dari al-Akhfash sebanyak dua
kali.

8. al-Abbas b. al-Farj al-Riyashi (257H) mempelajari al-Kitab dari al-Mazini


sepertimana yag turut dilakukan oleh Ahmad b. Ja’far al-Dainuri18.

9. Di antara ulama yang turut mempelajari al-Kitab ialah Abu ‘Uthman Amru b.
Bahr al-Jahiz (255H),Muhammad b.Abd Malik al-Zayyat,al-Jahiz berkata19 : Aku
berhajat untuk keluar menemui Muhammad b. Abd Malik dan berfikir untuk
menghadiahkannya sesuatu,aku tidak mendapati sesuatu yang lebih sesuai dan
mulia daripada al-Kitab,kemudian aku berkata kepada Muhammad b.Abd Malik :
Aku mahu menghadiahkan engkau sesuatu dan memikirkannya,namun demikian
engkau memiliki segala-galanya,dan aku tidak melihat sesuatupun yang lebih
bernilai dan mulia daripada al-Kitab,dan ini adalah al-Kitab yang aku beli daripada
hasil peninggalan al-Farra’.

Terdapat dalam buku Inbah al-Ruwah yang menceritakan Ibn Zayyat telah
berkata kepada al-Jahiz : Adakah engkau menyangka bahawa koleksi simpanan ku
tidak memngandungi buku ini?,al-Jahiz menjawab : Aku tidak pernah menyangka
seperti itu,akan tetapi naskhah yang aku hadiahkan ini adalah hasil tulisan al-
Farra’ yang telah dibuat perbandingan dengan al-Kisai’ dan saringan Amru b.Bahr
al-Jahiz!!

16 Al-Sirafi (m/s:72)
17 Al-Sirafi (m/s: 85),al-Fihrisat (m/s:85),al-Bughyah (m/s:29)
18 Bugyah al-Wua’h (m/s:130)
19 Tarikh Baghdad,jilid 12(m/s:196),Nuzhah al-Alba (m/s:174),Mu’jam al-Buldan,jilid16(m/s:123),Inbah al-

Ruwah,jilid2,(m/s:351)

8
10. al-Mubarrid telah mempelajari satu pertiga al-Kitab dari al-Jarmi,kemudian
menyempurnakannya di hadapan al-Mazini setelah kematian al-Jarmi20.

11. Dalam buku Tobaqat karya al-Sirafi21 menyatakan: Beliau sendiri telah
mempelajari al-Kitab dari al-Mazini dalam satu kumpulan yang tidak dapat
seorang pun yang mempunyai kecerdikan sepertinya,di antara mereka ialah Abu
Zakwan,‘Asal b. Zakwan dan Abu Ya’la b.Abu Zura’h.

12. Dalam Tobaqat al-Zabiydi diriwayatkan dari al-Bahzi dan al-Masmai’ mereka
mengatakan : Kami melihat Muhammad Ibn Yazid yang ketika itu masih muda
sangat menonjol dalam majlis ilmu Abu ‘Uthman al-Mazini yang mengajar al-
Kitab,manakala Abu ‘Utman pula seakan-akan seperti mereka yang duduk belajar
di majlisnya.

13. al-Mubarrid telah menyebabkan Abu Ishaq Ibrahim b. al-Sirri al-Zajjaj (311H)
meninggalkan buku-buku ahli tatabahasa Kufah,dan al-Zajjaj senantiasa melazimi
al-Mubarrid untuk mempelajari kitab Sibawayh sehinggalah beliau menjadi ahli
tatabahasa yang paling mahir di kalangan rakannya,al-Mubarrid tidak akan
sesekali mengajar al-Kitab kepada seseorang melainkan individu terbabit telah
membaca al-Kitab di hadapan al-Zajjaj,saat ini adalah merupakan permulaan bagi
zaman kegemilangan al-Zajjaj22.

al-Mubarrid lebih alim mengenai al-Kitab daripada Ahmad b. Yahya al-Tha’lab


al-Kufi.Abu Ali al-Dainuri pernah ditanya : Bagaimanakah Muhammad b.Yazid al-
Nahwi (al-Mubarrid) menjadi lebih alim mengenai al-Kitab dari Ahmad b.Yahya al-
Tha’lab?Lalu Abu Ali menjawab : Ini adalah kerana Muhammad b.Yazid
mempelajarinya dari ulama,sedangkan Ahmad b.Yahya mempelajarinya melalui
pembacaannya secara peribadi23.

14. Abu Ali Ahmad b. Ja’far al-Dainuri (289H) mempelajari al-Kitab dari al-Mazini
di Basrah,kemudian beliau menuju ke Baghdad untuk mempelajarinya dari Abu al-

20 Tobaqat al-Zabiydi (m/s:119)


21 Tobaqat al-Nahwiyyin al-Basriyyin (m/s:107-108)
22 Tobaqat al-Zabiydi (m/s:119),diriwayatkan bahawa pemilik kisah ini ialah Ali b. Sulaiman al-Akhfash.

23 Al-Zabiydi (m/s:156)

9
‘Abbas al-Mubarrid.Abu Ali al-Dainuri merupakan menantu kepada Tha’lab,beliau
berjalan melewati bapa mertuanya itu dengan membawa bekas dakwat serta
buku menuju al-Mubarrid,perkara ini telah menyebabkan beliau dicerca oleh
Ahmad b.Yahya Tha’lab24.

15. Ibn Durustuwayh (Abdullah b. Ja’far) (258H) pula mempelajari al-Kitab dan
menjadi mahir dalam tatabahasa Arab melalui didikan al-Mubarrid sepertimana
yang diceritakan dalam a-Tobaqat25. Selepas itu,Ibn Durustuwayh mengajar
sebahagian daripada al-Kitab kepada Abu Tohir Abdullah b.’Umar al-Muqri
26
(344H).Adapun Abu ‘Abdillah Muhammad b. ‘Abdullah al-Karmani
(329H)27.Manakala Abu ‘Ali Ismai’l b. al-Qasim al-Qali al-Baghdadi (356H)28 turut
mempelajari keseluruhan al-Kitab serta membahaskan dan mendalami segala
masalah yang terkandung di dalamnya sehingga beliau mampu untuk
menzahirkan kelebihan aliran tatabahasa Basrah daripada aliran tatabahasa
Kufah.

16. Abu al-Husain Muhammad al-Walid b. al-Wallad(298H)29 turut mempelajari al-


Kitab dari al-Mubarrid sepertimana yang diceritakan di permulaan al-Kitab yang
dinaqalkan sendiri dari al-Mubarrid.

17. ‘Ali Abu al-Qasim Abu ‘Abdillah Muhammad b.Yahya al-Rabbahi (353H) yang
merupakan perawi naskhah ini pula mempelajari dan mendengar al-Kitab dari
Abu ‘Ja’far Ahmad b. Muhammad al-Nahhas30

19. Di antara ulama yang mempelajari al-Kitab ialah Abu Ja’far Ahmad b.
‘Abdullah b. Muslim b. Qutaibah (322H),beliau ialah anak kepada al-Imam Ibn
Qutaibah dan merupakan hakim di Mesir sehingga meninggal dunia,beliau juga

24 Al-Zabiydi (m/s:243)
25 Al-Zabiydi (m/s:127)
26 Al-Zabiydi (m/s:131)
27 Al-Zubiydi (m/s:i131),lihat al-Fihrisat (m/s:118) dan al-Bughyah 9m/s:60)
28 Al-Zabiydi (m/s:132-203)
29 Al-Zabiydi (m/s:236) lihat muqaddimah naskhak ini (m/s:11)
30 Muqaddimah al-Kitab (m/s:4).Ibn al-Fardi,jilid2 (m/s:72) “Ibn Yahya al-Rabbahi meriwayatkan al-Kitab dari Ibn al-

Nahhas”.

10
meriwayatkan segala buku peninggalan bapanya ketika berada di
Mesir31,berkemungkinan beliau meriwayatkan al-Kitab dari bapanya.

20. Abu al-Toyyib ‘Abd al-Wahid b. ‘Ali al-Lughawi (351H) pemilik karya Maratib
al-Nahwiyyin turut mempelajari al-Kitab,beliau telah berkata di dalam karyanya
itu : aku telah meneliti kebanyakan bahagian al-Kitab sebanyak lima puluh kali32.

21. Abu ‘Said al-Hasan b. Abdillah al-Sirafi (368H) yang mensyarahkan al-Kitab
mempelajari karya Sibawayh ini dari Abu Bakr Muhammad b. al-Sirri b. al-Sarraj
(316H) dan dari Abu Bakr Muhammad b. ‘Ali yang tekenal dengan panggilan al-
Mubarman (345H)33,beliau tidak akan mengajar al-Kitab kecuali sekiranya dibayar
sebanyak seratus dinar34.

GAYA BAHASA AL-KITAB

Satu kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang membaca al-Kitab
adalah kesamaran dan ketidakjelasan yang terkandung di dalamnya,Ibn Kaysan
menjelaskan kepada kita 35 : Kami melihat al-Kitab dan mendapatinya berada
dalam kedudukan yang selayaknya,walaupun demikian, perkataan mahupun ayat
yang terkandung di dalamnya memerlukan kepada penjelasan dan penerangan
kerana ianya telah ditulis pada zaman mereka yang memahami gaya bahasa
tersebut,oleh itu al-Kitab ditulis dalam bentuk yang ringkas sepertimana yang
mereka fahami.

Abu Ja’far al-Nahhas berkata : Aku melihat ‘Ali b. Sulaiman pergi menemui ulama
yang lain dan Ibn Kaysan menceritakan bahawa beliau telah berkata : Karya
Sibawayh adalah kitab bangsa Arab yang menggambarkan kepetahan dan
ketinggian bahasa mereka,Sibawayh telah menjadikan al-Kitab sebuah karya yang
jelas,begitu juga sukar untuk difahami,dan mereka yang membacanya dengan

31 Tarikh Baghdad,lilid4 (m/s:229),Mu’jam al-Udaba,jilid3 (m/s:103-104),Inbah al-Ruwah,jilid1(m/s:45-46)


32 Maratib al-Nahwiyyin (m/s:88)
33 Al-sirafi,Akhbar al-Nahwiyyin (m/s:108-109)
34 Al-bughyah (m/s:74)
35 Al-Khazanah,jilid1 (m/s:179)

11
tekun dan teliti pasti akan memperolehi kelebihan dan kebaikan.Oleh kerana
itulah Allah menurunkan al-Quran dalam bahasa mereka.

Abu Ja’far al-Nahhas memberi komentar terhadap nukilan ‘Ali b.Sulaiman ini
dengan berkata : Apa yang dinyatakan oleh ‘Ali b.Sulaiman ini adalah perkara
yang benar,kerana dengan ianyalah kita dapat menilai seorang yang alim dan
mengetahui kelebihan yang dimilikinya.Ilmu diperolehi melalui pemikiran dan
penilitian,sekiranya semua perkara itu nampak jelas dan mudah difahami,maka
semua manusia adalah sama dan tidak ada kelebihan bagi mereka yang
alim,walaubagaimanapun,ilmu itu diperolehi dengan usaha dan bertadabbur,oleh
itu manusia tidak akan berasa jemu untuk memiliki ilmu.

Aku menemui sebuah nas di dalam buku Musykil al-Quran karya Ibn Qutaybah36
kata-kata al-Mazini : Aku menyoal al-Akhfash mengenai satu ayat di dalam al-
Kitab yang diriwayatkan oleh Sibawayh dari al-Khalil pada
"‫ "باب من االبتداء يضمر فيه ما بنى على االبتداء‬dan masalah tersebut adalah kata-katanya
"‫أي دع الشك‬،‫"ما أغفله عنك شيئا‬,al-Akhfash menjawab : Aku juga telah menyoal soalan
yang sama semenjak dari aku lahir,kemudian al-Mazini berkata : Aku
kemudiannya menyoal masalah tersebut kepada al-Asma‘i,Abu Zaid dan Abu
Malik,dan mereka turut tidak mengetahui jawapannya.

al-Sirafi berkata :37 Masalah ini tidak pernah dijelaskan sehinggalah matinya al-
Mubarrid dan datang Abu Ishaq al-Zajjaj merungkaikan polemik ini,beliau berkata
: Kata-kata Sibawayh ini dapat difahami dengan merujuk kalam
sebelumnya,seperti seseorang yang berkata : Zaid tidak lalai )‫(ليس بغافل‬,kemudian
seseorang menjawab : Bahkan dia juga tidak pernah lalai memerhatikan hal
engkau,oleh itu berhati-hatilah dalam segala tindak tanduk yang engkau
lakukan)‫ أي تفقد أمرك‬،‫ انظر شيئا‬،‫(بلى ما أغفله عنك‬.Sibawayh menggunakan contoh ini
untuk menunjukkan pembuangan perkataan )‫ (انظره‬yang menyebabkan perkataan
)‫ (شيئا‬menjadi akusatif.

36 Ta’wil Musykil al-Quran (m/s:65)


37 Hawasyi Sibawayh,jilid1(m/s:279) Bulaq.

12
Diceritakan dari al-Mubarrid ketika diminta untuk mengajar al-Kitab beliau telah
berkata : Adakah engkau telah mengharungi lautan?Kata-kata al-Mubarrid ini
membuktikan ketinggian nilai dan keagungan al-Kitab.38

Satu perkara yang akan terpaksa ditempuhi oleh mereka yang membaca al-Kitab
pada zaman ini adalah istilah dan perkataan yang kebanyakannya berlainan
dengan apa yang terdapat dalam karya-karya ahli tatabahasa selepas Sibawayh.

Selain itu,al-Kitab juga memiliki beberapa istilah yang khusus digunakan oleh
Sibawayh yang memerlukan kepada kemahiran untuk memahaminya,antaranya
disebut dalam Hasyiah al-Syihab a’la Tafsir al-Baydawi39 ketika beliau menjelaskan
perkataan )‫ (معائش‬dan tingkah laku ahli tatabahasa Arab yang menganggap
perkataan ini tidak mengikut wazan yang sepatutnya,al-Syihab berkata : Adapun
pendapat yang mengatakan Sibawayh melihat perkataan ini sebagai ‫ غلط‬adalah
membawa makna bahawa ianya keluar daripada qiyas dan Sibawayh banyak
menggunakan perkataan ‫ غلط‬yang bermaksud seperti ini.

Terdapat banyak contoh yang digunakan oleh Sibawayh di dalam al-Kitab seperti
yang dinyatakan oleh al-Syihab40.

al-Kitab juga terkenal dengan penggunaan tajuk yang sukar difahami dan
memerlukan penelitian serta kesabaran.Telitikan tajuk yang digunakan oleh
Sibawayh ini "‫ "هذا باب الفاعلين و المفعولين اللذين كل واحد منها يفعل بفاعله مثل الذي يفعل به‬dan
tajuk ini sebenarnya bermaksud "‫ "هذا باب التنازع‬sila rujuk (m/s:73).Begitu juga
Sibawayh merujuk kepada tajuk yang bermaksud ‫ باب االشتغال‬dengan menggunakan
tajuk "‫ " هذا باب ما يكون فيه االسم مبنيا على الفعل قدم أو أخر و ما يكون الفعل مبنيا على االسم‬sila
rujuk (m/s:80).

Di antara tajuk bab yang sukar difahami adalah :


"‫ "باب ما ينتصب من المصادر ألنه حال صار فيه المذكور‬al-Sirafi memberi komentar : Tajuk
bab ini sukar untuk difahami dan ianya dinaqalkan daripada ahli tatabahasa
Basrah dan Kufah,al-Zajjaj turut berkata : Tajuk bab ini hanya difahami oleh al-
Khalil dan Sibawayh.
38 Nuzhah al-Ulba (m/s:75),Bughyah al-Wua’h (m/s:366)
39 Al-Syihab a’la al-Baydawi,jilid4 (m/s:152).
40 Lihat sebagai contoh (m/s:24,55,57,99,115,121,131,184,194,205,206)

13
Walaupun al-Kitab terkenal dengan kesukaran yang aku terangkan sebentar
tadi,namun ianya tetap mendapat perhatian yang sangat serius di kalangan ulama
sehingga terdapat banyak manuskrip lama al-Kitab yang tersimpan di arkib buku
mahupun dimanfaatkan oleh ahli tatabahasa yang lain.Mereka membincangkan
dan membahaskan dalam pelbagai karya penulisan mereka segala masalah yang
terdapat dalam al-Kitab.Perkara yang paling penting adalah latihan untuk
membiasakan diri dengan gaya bahasa penggunaan Sibawayh agar pembacaan al-
Kitab menjadi satu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan selain memberi
manfaat yang sewajarnya.al-Kitab telah meletakkan satu asas yang kukuh bagi
karya ahli tatabahasa moden yang kebanyakannya tidak begitu memahami
maksud yang tersurat mahupun tersirat yang ingin disampaikan oleh Sibawayh
sehinnga menyebabkan mereka kurang menghargai jasa dan usaha yang telah
dilakukan oleh ahli tatabahasa terdahulu.

SYAWAHID AL-KITAB

Kebanyakan syawahid al-Kitab diketahui sandarannya berdasarkan apa yang


diterangkan kepada kita oleh al-Jarmi,sangat jarang bagi mana-mana pengkaji
mengetahui sandaran syawahid al-Kitab dengan hanya bersandarkan kepada apa
yang terdapat di dalamnya.Boleh dikatakan sebahagian besar syawahid al-Kitab
akan melalui al-Jarmi.

Oleh itu al-Jarmi berkata41 : Aku meniliti al-Kitab dan mendapati sebanyak seribu
limu puluh bait syair.Aku mengetahui asal-usul seribu bait daripadanya manakala
lima puluh yang lain aku tidak mengetahui sandarannya.

Pengetahuan yang dimiliki oleh al-Jarmi tidak menafikan sebilangan syawahid


yang dinisbahkan oleh Sibawayh kepada gurunya.

al-Baghdadi menjelaskan42 perihal syawahid yang tidak diketahui sandarannya


dan dinyatakan oleh perawi yang thiqah seperti Sibawayh : Sekiranya terdapat
syahid yang tidak diketahui sandarannya dikeluarkan oleh perawi yang
thiqah,maka syahid tersebut diterima.Ini adalah kerana al-Kitab mengandungi

41 Al-Khazanah,jilid1 (m/s:8)
42 Al-Khazanah,jilid1 (m/s:8)

14
syawahid yang paling sahih dan menjadi pegangan ulama khalaf dan
salaf.Tambahan pula terdapat sebahagian bait syair yang langsung tidak diketahui
hal perawinya.

Kemudian al-baghdadi berkata43 : “ Sibawayh enggan menisbahkan syawahid yang


terdapat di dalam al-Kitab kerana tidak mahu mengulangi nama penyair yang
sama bagi bait yang berlainan,selain itu juga terdapat bait syair yang tidak
diketahui nisbahnya disebabkan masa periwayatannya yang sudah terlalu lama.Di
dalam al-Kitab terdapat bait syair yang sama diriwayatkan oleh dua perawi.Oleh
itu Sibawayh terus menisbahkannya kepada gurunya dan beliau sentiasa
menggunakan perkataan "‫ "أنشدنا‬yang bermaksud "‫ "أنشدنا الخليل‬dan "‫"أنشدنا يونس‬.

Sibawayh melakukan perkara yang sama ketika menceritakan kepada kita riwayat
yang diterimanya dari Abu al-Khattab dan selainnya.Berkemungkinan Sibawayh
menggunakan perkataan "‫"أنشدنا أعرابي فصيح‬.Sesetengah mereka yang membaca al-
Kitab mendakwa bahawa di dalamnya terdapat bait syair yang tidak diketahui
nisbahnya.Dikatakan mereka yakin bahawa aku juga tidak mengetahui nisbah bait
syair tersebut seperti ahli zamanku yang lain.Sesungguhnya al-Kitab telah lahir di
kalangan sebilangan ulama dan manusia yang sangat memberi perhatian
kepadanya,mereka mengkaji dan mempelajari al-Kitab.Namun demikian,tidak
terdapat seorang pun di kalangan mereka yang mengingkari bait syair di
dalamnya”.

PENGARUH AL-KITAB TERHADAP TATABAHASA KUFAH

Seperti yang diterangkan sebelum ini,al-Kisa’I telah mempelajari al-Kitab dari al-
Akhfash secara rahsia.Secara logiknya,beliau mempelajari al-Kitab selepas
kematian Sibawayh.

Adapun riwayat yang dikemukan oleh al-Farra’ yang menyatakan al-Kisa’i


meninggal dunia dalam keadaan al-Kitab berada di bawah bantalnya itu pula,
menerangkan kepada kita tindakan al-Farra’ yang sengaja mahu menimbulkan

43 Al-Khazanah,jilid1 (m/s:178)

15
khilaf antara mazhab Sibawayh sehinggakan kepada istilah I’rab dan istilah
huruf44.

Hakikat membuktikan bahawa al-Farra’ dan al-Kisa’i telah menerima manfaat


yang sangat besar daripada al-Kitab.Berkekemungkinan juga riwayat al-Farra’ ini
bertujuan merendah-rendahkan martabat al-Kitab.Adapun perkara ini
menunjukkan perkembangan yang aktif berlaku di kedua-dua aliran tatabahasa.

PENGARUH AL-KITAB TERHADAP TATABAHASA ANDALUS DAN MAGHARIBAH

Ahli andalus mengenali karya al-Kisa’i sebelum mereka mengetahui karya


Sibawayh.Individu yang bertanggungjawab membawa dan memperkenalkan karya
al-Kisa’i dan al-Farra’ kepada masyarakat Andalus ialah ‫جودى بن عثمان الطليطي‬.Beliau
telah pergi ke timur bertemu kedua-dua tokoh ini dan menyebarkan karya mereka
di Andalus.Di antara individu yang mensyarahkan karya al-Kisa’i di Andalus
ialah,Mufarrij b. Malik yang terkenal dengan panggilan al-Baghl45.

Manakala ulama yang paling awal menghafal al-Kitab di Magharibah ialah Abu
‘Abdillah Hamdun b. ‘Ismail yang dikenali sebagai al-Na’jah (200H)46. Kemudian
Muhammad b. Musa b. Hashim al-Qurthubi (307H) telah menyalin al-Kitab dari
Abu Ja’far al-Dainuri47.

Di antara ulama Magharibah yang mengambil berat mengenai al-Kitab ialah al-
A’lam,Yusuf b. Sulaiman al-Syantamiri (476H) yang telah mensyarahkan al-
Kitab,dan syarahnya ini telah dicetak bersama al-Kitab dalam cetakan Bulaq.

Abd Malik b.Sarraj al-Qurthubi (489H) antara ulama yang sangat mencintai al-
Kitab.Diceritakan di dalam al-Bughyah48,Abd Malik telah menumpukan sepenuh
masanya selama lapan belas tahun untuk memahami al-Kitab dan beliau tidak
mengetahui sesuatupun kecuali karya Sibawayh tersebut.

44 Maratib al-Nahwiyyin (m/s:88)


45 Al-Zabiydi (m/s:297)
46 Al-Zabiydi (m/s:256)
47 Al-Zabiydi (m/s:305),al-Bughyah (m/s:108)
48 Al-Bughyah (m/s:312)

16
Selain itu,Ibn al-Torawah,Sulaiman b.Muhammad al-Maliqi (528H) juga
mempelajari al-Kitab dari al-A’lam dan Abd al-Malik b.Sarraj,beliau turut menulis
muqaddimah kepada al-Kitab49.

Adapun ‘Ali b. Muhammad al-Khasyini (608H) merupakan ulama yang sangat


memahami al-Kitab dan kandungan yang tersirat di sebaliknya,di samping
tugasnya yang turut mengajar karya Sibawayh itu50.

Secara kesimpulannya terlalu ramai ulama yang mengambil berat perihal al-Kitab.

PENGARUH AL-KITAB TERHADAP PENULISAN TATABAHASA ARAB

al-Kitab telah mendapat perhatian yang sangat serius di kalangan ulama,pada


zaman dahulu mereka mengatakan : “Buku mengalami saat kebahagiaan dan
penderitaan seperti mana yang dialami oleh manusia,akan tetapi kebahagian itu
bermakna sekiranya buku tersebut mempunyai keaslian dan keutuhan binaan”.

Sejarah merakamkan kepada kita semenjak dari kurun ke-3 Hijrah hingga kurun
ke-9 Hijrah, terdapat ramai ulama yang berkhidmat untuk al-Kitab, mereka
mensyarahkan al-Kitab mahupun membuat komentar dan menjelaskan syawahid
yang terkandung di dalamnya.Mereka ini datangnya dari pelbagai tempat seperti
al-Masyariqah,al-Magharibah,Andalus dan Mesir.

Untuk mengetahui lebih lanjut usaha yang dilaksanakan oleh ulama yang
berkhidmat untuk al-Kitab sila rujuk naskhah al-Kitab terbitan Maktabah al-Khanji
(m/s:37-43)51 .

49 Al-Bughyah (m/s:263)
50 Al-Bughyah (m/s:352)
51 Ini adalah tambahan dari penterjemah

17
PENUTUP

al-Kitab merupakan sebuah karya teragung yang pernah dihasilkan di sepanjang


sejarah tatabahasa Arab.Kemunculan buku tatabahasa Sanskrit yang jauh lebih
awal dihasilkan oleh Panini juga tidak dapat menandingi kemasyhuran dan
ketinggian nilai al-Kitab.

al-Kitab boleh dianggap sebagai seorang ibu yang telah melahirkan anak yang
sangat ramai dan bermanfaat untuk perkembangan tatabahasa Arab.
Sesungguhnya dunia Arab khasnya dan dunia Islam umumnya sangat terhutang
budi dengan jasa yang telah ditaburkan oleh Sibawayh.

Oleh itu,sangat wajar kepada para pengkaji tatabahasa Arab pada zaman ini
untuk menggali dan memahami sebaik mungkin kandungan yang cuba
disampaikan oleh Sibawayh kepada kita.

Kita mengharapkan melalui usaha ini,kita akan dapat semula mengembalikan


legasi yang ditinggalkan oleh Sibawayh dan duduk setanding malah sewajibnya
melebihi karya ahli tatabahasa Barat yang lain seperti Naom Chomsky,
Bloomfield,Otto Jesperson dan selain mereka.

18

Anda mungkin juga menyukai