Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA7004

1. Nama Guru

2. Judul SIHAT HOLISTIK CARA 3. Bidang: KESIHATAN


RASULULLAH

4. Nama Pengarang SOENARWO, 5. Muka surat: 359 Muka surat


H.BRILIANTONO M. DAN
AMIN, KH MUHAMMAD
RUSLI

6. Tarikh pembacaan 30 JUN 2020

7. Sinopsis

- Sihat holistik membawa maksud gaya hidup sihat secara menyeluruh yang merangkumi gaya hidup
yang seimbang antara akal (intelektual), jiwa (emosi), dan roh (rohani) yang melahirkan ketenangan
zahir dan batin. Melalui buku ini penulis mengajak pembaca mengamalkan gaya hidup amalan
Rasulullah S.A.W yang menyeluruh dan amat sesuai dijadikan panduan dan teladan oleh manusia
moden atau sesiapa sahaja yang mahu hidup sihat secara holistik. Dari pelbagai sudut kehidupan
baginda begitu sempurna dengan petunjuk daripada Allah S.W.T. Baginda mempraktikkan gaya
hidup sihat dan seimbang di mana pola dan gaya hidup Rasulullah S.A.W melampaui zamannya dan
sebagai teladan akhlak mulia bagi seluruh manusia sejagat. Justeru, yakinilah dengan meneladani
pola dan gaya hidup baginda, kita akan memperolehi kemuliaan di dunia dan akhirat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


- Buku ini adalah merupakan sebuh karya yang sangat baik dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat agar
segala ilmu yang disampaikan tentang gaya hidup sihat junjungan kita Nabi Muhammad (saw) akan dapat
dipraktikkan dan impaknya tahap kesihatan kita akan menjadi lebih baik.
- Banyak panduan dan pesanan daripada hadis Rasulullah(saw) yang memberi panduan tentang tatacara yang betul
untuk menjadi sihat secara holistik

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi


- Buku ini banyak manfaatnya untuk semua, kerana dengan ilmu yang kita peroleh dan diamalkan secara konsisten
pastinya dengan izin Allah kita akan menjadi lebih sihat dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan
sudah tentulah organisai tempat kita bekerja akan terus berkembang maju lagi.
- Di samping itu, dengan mengamalkan Teknik penjagaan kesihatan gaya Rasulullah (saw) ini juga kita akan
mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.

11. Kesimpulan
- Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik manusia. Maka segala perilaku baginda wajar dicontohi kita
umat akhir zaman. Sebagai umat Nabi Muhammad yang tidak berkesempatan bertemu baginda, sudah tentu ada
perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Justeru, al-Quran dan hadis menjadi panduan buat kita.
Keperibadian baginda bukan calang-calang. Malah, segala apa yang diamalkan oleh baginda boleh menjadi
rujukan kita.
- Menginsafi hal ini, marilah sama-sama kita menelusuri bagaimana gaya hidup Rasulullah SAW yang kekal sihat
sehingga akhir hayatnya.Sudah tentu aktiviti-aktiviti yang menjadi rutin hidup Rasulullah SAW mengandungi
hikmah dan ilmu baharu untuk kita kaji di zaman ini.Oleh itu, buku ini telah mengupas gaya hidup Rasulullah
SAW dari aspek kesihatan melalui aktiviti harian Baginda, jenis-jenis riadah yang diceburi, galakan pelibatan
aktiviti riadah dan manfaat disebalik riadah ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................................ ......................................................
( NORHAYATI BINTI CHE SA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai