Anda di halaman 1dari 2

Belalang berkawan baik dengan semut. Mereka sentiasa bersama-sama. Malah, makan pun bersama-sama.

Pada suatu hari, semut mengajak mencari makanan bersama-sama, belalang tidak mahu pergi. Belalang
mahu bermain.

‘Belalang, kamu tidak mencari dan menyimpan makanan? Musim tengkujuh akan tiba. Kita mesti
menyimpan banyak bekalan,’ kata semut.

Tetapi belalang tidak mempedulikan cakap semut. Belalang terus main sahaja.

Setiap hari semut keluar mencari bekalan. Semut mengumpu dan menyimpan makanan itu. Semut
menyimpannya di dalam lubang kayu. Dengan itu, belalang setiap hari bermain sahaja.

Belalang, main lagi? Kena beruasaha gigih mengumpul makanan sebagai bekalan untuk menghadapi musim
sejuk.

Sepanjang musim panas, semut bekerja keras mencari makanan. Akhirnya, semut telah mengumpulkan
banyak makanan. Tetapi, belalang masih dengan hiburannya.

Akhirnya, tiba musim tengkujuh. Hujan tuun dengan lebat. Hujan turun tidak berhenti-henti. Akhirnya,
berlaku banjir.

Oleh itu, belalang tidak dapat keluar untuk mencari makanan. Belalang berasa sangat sejuk dan lapar. Tetapi
belalang tidak mempunyai bekalan makanan.

Belalang pergi ke rumah semut. Belalang meminta makanan daparida semut.


Wahai, semut, tolongllah berikan aku sedikit makanan! Aku sangat lapar,’ kata belalang.

Semut yang baik hati juga memberi makanan kepada belalang.


Baiklah, aku ada makanan yang lebih boleh kongsi dengan kamu.

Belalang sangat berterima kasih terhadap semut. Belalang juga berasa menyesal kerana sebelum ini tidak
mendengar nasihat si semut menyimpan bekalan.

‘Terima kasih banyak semut’ kata belalang

Akhirnya, mereka pun makan bersama-sama dengan gembira pada musim te. ngkujuh

Anda mungkin juga menyukai