Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL DALAM TALIAN

JABATAN WARISAN NEGARA

TEMA
1. PERANAN TRADISI SENI, BUDAYA WARISAN DI MASA KINI
2. SENI, BUDAYA DAN WARISAN LAMBANG TAMADUN KITA
3. MARTABATKAN SENI, BUDAYA DAN WARISAN KE PERINGKAT DUNIA

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.

2. Penyertaan adalah PERCUMA. Setiap penyertaan mestilah menggunakan


borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dari portal Jabatan Warisan
Negara.

3. Penyertaan hendaklah dibuat secara individu.

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

5. Artikel hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu dan dihantar bersama borang
penyertaan. Format penulisan adalah seperti di LAMPIRAN 1.

6. Kandungan artikel mestilah bebas daripada unsur isu sensitif seperti perkauman,
kebencian, percanggahan agama, isu politik, bahasa kesat dan apa juga isi
kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia dan tidak serasi dengan
adat resam tempatan.

7. Artikel yang dihantar mestilah merupakan karya asli. Pihak penganjur berhak
membatalkan artikel yang diciplak, plagiat atau terjemahan dari sumber lain.

8. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab di atas kehilangan dan kerosakan


naskah yang dikirim.

9. Semua karya penyertaan yang diterima adalah menjadi hakmilik Jabatan


Warisan Negara dan boleh menggunakan bahan-bahan penyertaan tersebut
untuk apa-apa tujuan.

10. Keputusan pengadil adalah muktamad.

11. Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah
dan nama-nama pemenang juga akan diumumkan dalam facebook jabatan.
12. Artikel hendaklah dihantar melalui emel ke alamat berikut:

hafiezie@heritage.gov.my,

azreen@heritage.gov.my,

asyriq@heritage.gov.my

KRITERIA PEMARKAHAN

(i) Kualiti karya


(ii) Kandungan karya
(iii) Kreativiti dan informatif
(iv) Bahasa

HADIAH PEMENANG

Tawaran hadiah yang menarik kepada tiga (3) pemenang utama dan lima (5)
pemenang saguhati dalam bentuk wang tunai.

__________________________________________________________________
PERTANYAAN

Untuk pertanyaan/keterangan lanjut, sila hubungi:

En. Muhammad Hafiezie bin Mat – 019 5567701 (urus setia pertandingan)

Email: hafiezie@heritage.gov.my
LAMPIRAN 1

FORMAT PENULISAN

1. Judul/Tajuk

Judul/tajuk hendaklah singkat, padat dengan jumlah perkataan antara 8 – 15 patah


perkataan.

2. Penulis

Nama penulis ditulis selepas judul/tajuk dan mengandungi nama penuh, nama institusi
(sekolah, universiti, jabatan), alamat email dan nombor telefon/telefon bimbit.

3. Abstrak

Abstrak ditulis selepas nama penulis dan mengandungi pernyataan ringkas tentang
keseluruhan kajian. Abstrak ditulis dalam satu paragraf, padat dengan jumlah perkataan
antara 70 – 150 patah perkataan. Abstrak perlu disertakan kata kunci yang tidak
melebihi 5 kata kunci.

4. Format Pembahagian Artikel

(i) Pendahuluan yang mengandungi latar belakang kajian, tujuan kajian, permasalahan
kajian, kaedah/metode kajian dan kepentingan kajian.
(ii) Pembahasan yang mengandungi dapatan kajian, penemuan baru dan
signifikan/kerelevenan kajian.
(iii) Rumusan dan cadangan.
(iv) Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA).

5. Format Perkataan

(i) Artikel hendaklah ditulis tidak kurang 1000 patah perkataan dan tidak melebihi 2,500
patah perkataan, tidak termasuk rujukan.
(ii) Perisian Microsoft Word
(iii) Ditaip langkau 1.5
(iv) Margin 2 inci (kiri, kanan, atas dan bawah)
(v) Tulisan Times New Roman, saiz 12pt

Anda mungkin juga menyukai