Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Guru Besar Sk. Kalumpang (En. Kamul Kamarudin),


Yang Dipertua PIBG SK Kalumpang Semporna ( En. Ibrahim )
Yang Berusaha Barisan Penolong Kanan,
Yang Dihormati Warga Pendidik SK Kalumpang Semporna,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang cemerlang sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera..

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya saya berpeluang buat
pertama kalinya bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid SK
Kalumpang dalam Majlis Penyerahan kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) pada tahun ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk makluman semua hadirin, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
merupakan salah bantuan yang diberikan oleh pihak kerjaan kepada rakyatnya
khususnya murid-murid yang kurang berkemampuan untuk menampung
perbelanjaan mereka dalam memenuhi keperluan persekolahan mereka. Pihak
kerajaan berharap agar bantuan ini akan banyak membantu para ibubapa dalam
meringankan beban mereka untuk menanggung kos perbelanjaan persekolahan
anak mereka.

Hadirin yang dihormati,

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) diberikan kepada


murid-murid yang telah melepasi tapisan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemilihan
murid-murid ini diuruskan oleh pihak sekolah melalui satu jawatankuasa khas
dibawah Unit Hal Ehwal Murid. Setip murid yang berkelayakan akan dicalonkan dan
dikey in secara online ke dalam sistem pemilihan dan seterusnya akan disemak dan
diperakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah sebelum di hantar untuk diluluskan
oleh pihak kementerian. Oleh itu, setiap murid yang layak mendapatkan bantuan ini
telah melalui satu tapisan pemilihan yang sistematik.

Hadirin Sekalian,

Melalui bantuan ini pihak kerajaan sangat berharap agar bantuan ini dapat di
sampaikan ke tujuan utamanya iaitu murid-murid.Bantuan ini diharapkan dapat
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menampung keperluan pebelajaran murid-
murid. Ibubapa perlulah memainkan peranan penting dalam menggunakan bantuan
ini dengan cara yang betul agar anak-anak anda dapat membeli keperluan
persekolahan mereka. Oleh itu, tidak timbul lagi murid-murid tidak mempunyai
keperluan persekolahan mereka. Dengan itu, dapat membantu meningkatkan
prestasi anak-anak mereka dan seterusnya akan melahirkan modal insan yang
berguna kepada bangsa dan Negara.
Tuan-tuan dan Puan-puan,

Suka saya membawa tuan-tuan dan puan-puan untuk menghargai dan berterima
kasih kepada pihak kerajaan di atas bantuan yang disedikan kepada anak-anak kita.
Perlu kita maklum juga bahawa bukan sahaja bantu ini yang disalurkan oleh pihak
kerajaan kepada anak-anak kita tetapi masih banyak lagi bantuan yang diberikan
kepada anak-anak kita seperti bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
Pinjaman Buku Teks, Bantuan Susu 1 Malaysia, Pakaian Seragam Sekolah dan
banyak lagi. Oleh itu perlu kita bersama-sama dengan kerajaan untuk memastikan
yang anak-anak kita mendapat pendidikan yang sempurna agar mereka boleh
menjadi modal insane yang berguna kepada Negara suatu hari nanti.

Hadirin Sekalian,

Sepertinya sudah terlalu banyak yang saya perkatakan pada pagi ini. Untuk itu
tidaklah perlu saya melengahkan masa bagi member laluan kepada tujuan utama
program kita pada pagi ini

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan ini Merasmikan Majlis


Penyerahan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) SK. Kalumpang
Semporna bagi sesi 2016.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai