Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Isu mengenai perlambakan barangan melalui pembelian atas talian telah berlaku
terutamanya di institut pendidikan tinggi. Sebuah kajian yang melibatkan 100 orang pelajar
dari pelbagai institut tinggi seperti Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institut
Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Matrikulasi, Politeknik/Giatmara dan Institut Pendidikan
Guru (IPG) telah dijalankan. Sampel kajian melibatkan pelajar telah dipilih secara rawak dari
pelbagai umur dan jantina. Aplikasi Google Form telah digunakan bagi mengumpul data
kajian mengenai isu ini. Link URL Google Form telah diagihkan kepada pelajar institut
pendidikan tinggi secara rawak bagi mengetahui servis yang digunakan dan bilangan
barangan yang dibeli dalam masa sebulan. Data yang telah dikumpul akan dianalisis untuk
membentuk satu kesimpulan mengenai pembelian barangan melalui atas talian. Para siswa-
siswi hendaklah membeli barangan keperluan berbanding barangan bersifat kehendak.

Latar Belakang Kajian

Bilangan barangan yang dibeli adalah lebih banyak dalam kalangan para siswa-siswi
berbanding pensyarah ataupun staf-staf sokongan sehingga mengakibatkan perlambakan
barangan di tempat pengumpulan barangan. Satu kajian telah dibuat bagi menyokong
pernyataan di atas.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui bilangan barangan yang dibeli oleh para
siswa-siswi dalam masa sebulan. Hal ini kerana bakal peneraju masa hadapan iaitu
generasi kini hendaklah bijak dalam perbelanjaan dan tidak mudah boros kea rah yang
kurang wajar.

Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berhati-hati dalam
pengurusan wang saku.

Anda mungkin juga menyukai