Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS TUGASAN

KEMAHIRAN : Urus Diri(sebeluam ,semasa dan selepas mandi)

OBJEKTIF : Kanak –kanak dapat belajar buka baju dan lipat ,cara mengguna
Sabun dan syampu,mengelap sendiri dan memakai baju dan
blouse dengan bantuan pendidik.

CARA PENYAMPAIAN : Demonstrasi

ALATAN : Baju ,Blaus,Syampu,Sabun

LANGKAH PENGAJARAN :

Sebelum :
1.Pendidik meminta kanak –kanak membuka baju .
2.Pendidik membimbing kanak-kanak untuk melipat baju kotor dengan cara yang
betul.
3.Pendidik membimbing kanak –kanak untuk menyimpan baju kotor dalam beg.
4.Pendidik meminta kanak –kanak berkemban tuala.

Semasa:
1.Pendidik memastikan suhu air dengan menggunakan pergelangan tangan.
2.Pendidik meminta kanak-kanak untuk membuka dan menyimpan tuala di atas
kerusi.
3.Pendidik basahkan seluruh badan kanak-kanak.
4.Pendidik membimbing cara menekan botol untuk mengeluarkan sabun mandi.
5.Pendidik membimbing kanak –kanak cara mandi dari badan sampai ke tapak kaki.
6.Pendidik membimbing cara menekan botol untuk mengeluarkan syampu .
7.Pendidik membimbing kanak-kanak syampu rambut dengan perlahan-lahan.
8.Pendidik membimbing mandi dan bilas rambut.
9.Pendidik meminta kanak-kanak mengeringkan badan dengan tuala.

Selepas:

1. Pendidik meminta kanak-kanak mengeluarkan baju kemeja/blaus masing-masing.


2. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk membuka butang pada baju
kemeja/blaus.
3. Pendidik membimbing kanak-kanak memasukkan tangan sebelah kanan ke dalam
lubang lengan sebelah kanan.
4. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk memasukkan tangan sebelah kiri ke
dalam lubang lengan sebelah kiri
5. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk memasukkan butang kemeja ke dalam
setiap lubang bermula daripada lubang yang paling atas.
6. Seterusnya, pendidik membimbing kanak-kanak untuk melipat kolar baju
kemeja/blaus dengan kemas.

Anda mungkin juga menyukai