Anda di halaman 1dari 5

RINTIHAN SEORANG PENDIDIK

Matanya merenung lembut


Lembut sirnanya walaupun kosong
Yang direnung bukan sekadar renung
Mindanya serabut, fikirannya gusar
Risaunya menggunung bak Gunung Jerai
Oh, anak muridku, anak bangsaku
Apa yang harus kulakukan?

Hari bergilir dalam guliran waktu


Ulahmu kini bertentangan kehendak-Nya
Hidup bebas bak burung berterbangan
Tanpa sesiapa
Tanpa jasad
Tanpa jiwa
Tanpa rasa
Yang mampu mengubah cara
Aku bangkit melawan kebatilan
Apakan daya apatah upaya
Yang kuterima hanya cemuhan dan kejian

Jika aku mengorak langkah


Mungkin hidupku akan punah
Garisan merah berbirat di tangan
Aku dihumban ke tirai besi
Badannya kusentuh sedikit
Uniform biru bakal mencari
Dunia fana dipenuhi pancaroba
Kugagahi kutempuhi kutabahi

Berkorban masa tenaga bukan sedikit


Kudrat kulelah ringgitku menipis
Demimu anak bangsa tercinta kugagahi jua
Walau imbalan tiada setimpal usaha
Azamku kau lahir mencorak negara
Negaraku masih muda perlu kaupimpin
Buruanku bukan wang ringgit
Apatah lagi jawatan dan kuasa
Niatku ilmu secebis disebar melata

Kebanggaanmu sekeping kertas


Kebanggaanku kau menjadi manusia
Manusia hebat berperibadi mulia
Semoga sahsiahmu kekal begitu

Aku hanyalah insan biasa


Menumpang di bumi mengutip rezeki
Semoga bertambah catatan pahala Nukilan:
Humaira Saffiah
Laksana mentari hilang jua 5 ACT
Aku berkhidmat seketika cuma
Semoga Maha Pencipta menerima.
PAYUNG TEDUH

Sekali terpesong, kau kembali pimpin,


Agar menjadi pohon yang subur;
Tiadamu, tiadalah pemimpin,
Negara punah belia terkubur.

Menuntut ilmu hingga ke selat,


Ilmu diguna hingga terkesan;
Kau sisipkan doa setiap kali solat,
Berharap kami dimudahkan urusan.

Demi hari romanmu berseri,


Hadirmu ketika mimpi yang lena;
Teguran kasih acapkali diberi,
Agar lahirnya insan berguna.

Amanah dipikul tanggungjawabnya berat,


Keselamatan dijaga sebelum pulang;
Walau penat mengguna kudrat,
Senyuman manis tiada lekang.

Tamat kelas pukul dua,


Segera ke surau tunaikan rakaat;
Walau terasa kau maafkan jua,
Ilmu diberi, peroleh manfaat.

Lima tahun sudah berlalu,


Memori yang lalu lekat terpahat;
Mahu bertanya tetapi malu,
Harapnya kalian sentiasa walafiat.

Penat lelah tiada terperi,


Menahan cemuhan bak peluru;
Sepuluh jari disusun rapi,
Terima kasih dihai guru.

AYUH…!!! KEJAYAAN MILIK KITA


Andai ingin menggapai impian,
Andai ingin menggapai kejayaan,
Kami berjanji, akur pada janji
Janji ingin berjaya,
Janji ingin bahagia,
Kami tidak mungkiri janji itu.

Walau derita
Walau sengsara
Walau sendirian
Kami pejamkan mata,
Kami tekadkan hasrat
Menara gading kami daki,

Andai kejayaan menjadi harapan,


Harapan ibu, harapan ayah
Harapan guru, harapan semua,
Namun impian bukan sekadar impian,
Tidak tercapai impian,
Tidak aku berganjak,
Setelah langkahku bergerak,
Kususun derap, kususun keringat.

Puncak jaya yang kucitakan,


Biar apa pun di hadapanku
Akan kutuju dengan keyakinan,
Jangan undur nanti kecundang,
Walau berjambak rintangan yang dating

Ayuh, rakan-rakanku
Buktikan kepada semua,
Kita bangsa merdeka
Walau Instagram, Facebook dan Twitter
Menjajah, menakluk minda kami

Akan kami buktikan


Kami bangsa berjaya
Kami bangsa bermaruah !

Nukilan :
Tinta Biru

GURINDAM PELAJAR
Jika anda jadi pelajar
Jangan malas hendak belajar

Jika anda menuntut ilmu


Jangan sekali merasa jemu

Jika anda hendak berlatih


Mesti tahan penat dan letih

Jangan asyik berangan-angan


Tekun gigih jadi pegangan

Jika berusaha sambil lewa


Tidak hairan kalau kecewa

Jika belajar tidak jemu


Banyak ilmu akan ditemu

Apa guna banyak bercakap


Jika kerja tidak cekap

Jika suka ponteng sekolah


Ilmu tak dapat tentu rugilah

Berusaha dengan bersungguh-sungguh


Jangan suka tangguh-tangguh

Jika tak mahu dengar nasihat


Apabila besar jadi jahat

Jika tulisan terang dan bersih


Hati pemeriksa sayang dan kasih

Jika tulisan tak dapat dibaca


Mata pemeriksa akan berkaca

Banyak membaca fikiran kaya


Rajin berusaha pasti berjaya

Masa itu emas dan wang


walaupun sedikit jangan dibuang

Jangan nanti esok lusa


Masa beredar tanpa dirasa

Jika leka sering bersuka


Tidak hairan datang celaka

Jika rajin membaca buku


Otak cerdas tidak beku

Jika mudah putus asa


Semua harapan hancur binasa

Jika anda berkerja kuat


Banyak perkara boleh dibuat

Budi bahasa amat berharga


Tingkah laku wajib dijaga

Sudah tahu belajar lagi


Banyak untung tiada rugi

Nukilan :
Hamba Allah

Anda mungkin juga menyukai