Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSAAN PUAN LATIFAH BINTI MD SHAFI

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Puan Latifah binti Mh Shafi
Yang Dirai dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar SK.Ulu Kusial, En.
Johan bin Mohammad, guru-guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan
……………………………………………..

Yang Berusaha En.Johan bin Muhammad, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial.

Yang Dihormati, Tuan Haji Ishak bin Loman, Yang


Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En.Nizam bin Musa

Guru Penolong Kanan HEM, En. Azhar bin Husin.

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Tuan Haji Rosli bin


Abd.Rahman.

Barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah


kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi
ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN Puan Latifah
binti Mh Shafi.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Duduk bersama satu tujuan


Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkatan

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat
Bacaan Doa dan barakah dari Yang Maha Esa.
Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan
doa. Jesteru, majlis mempersilakan Ustaz Mohd
Khaironizam bin Mat Daud untuk memimpin bacaan doa,
dipersilakan.

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fauzi


atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


majlis menjemput dan mempersilakan En.Johan bin
Ucapan Guru Muhammad, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu
Besar Kusial untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan GURU BESAR*************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas 


ucapan sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Bacaan Biodata
Puan Latifah Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat,


Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan puan.

******Bacaan Biodata Puan Latifah                             

Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan guru dan


guru dan murid murid.

Penyampaian Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga


hadiah dari guru SKUK , Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk
dan Murid memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis
mempersilakan dihormati Yang berusaha Tuan Guru Besar,
En.Johan bin Mohammad untuk menjemput dan mengiringi
Puan Latifah untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...
1.

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
PENUTUP Inikan lagi jauh dimata

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis


bakal melabuhkan tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada
Yg berusaha Tuan Guru Besar n semua ahli jawatankuasa
yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai