Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA

PERINGKAT SK.ULU KUSIAL 2020

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
12.00 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En.Mohd Zaidi
Tengahari bin Mat Zin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tanah
Ketibaan VIP Merah, Sektor Pembangunan Murid, dengan diiringi oleh
Puan Guru Besar SK.Ulu Kusial, Puan Umi Zalina bt Mohd
Ibrahim, Yang Dipertua PIBG, guru- Penolong Kanan dan
AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.
NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu
LAGU Negaraku
NEGARAKU
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
En.Mohd Zaidi bin Mat Zin, Timbalan PPDTM, Sektor
Pembangunan Murid

Yang Berusaha Puan Umi Zalina bt Mohd Ibrahim, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial.

Yang Dihormati, Tuan Haji Ishak bin Loman, Yang


Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En.Nizam bin Musa

Guru Penolong Kanan HEM, En. Azhar bin Husin.

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En.Azhar bin


Hamzah

barisan Guru-guru, staf – staf sokongan, pekerja – pekerja


swasta, tuan-tuan, puan-puan, murid – murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan
deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Padang SK.Ulu Kusial bagi
menjayakan Majlsi penutup Kejohanan Balapan dan
padang  kali ke ....peringkat Sekolah Kebangsaan Ulu
Kusial pada tahun 2020.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


Bacaan Doa sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat
dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi
binAbd.Rahman untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fauzi


atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini,


Ucapan GB majlis menjemput dan mempersilakan, Puan Umi Zalina bt
Mohd Ibrahim, Guru Besar SK.Ulu Kusial untuk
menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan GB*************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas 


ucapan sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan
kepada Yang Berbahagia,
En.Mohd Zaidi bin Mat Zin, Timbalan PPDTM, Sektor
Pembangunan Murid untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUPAN
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK.ULU
KUSIAL bagi tahun2020. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

**********Ucapan  Timbalan PPDTM, Sektor


Pembangunan Murid *******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada  


atas ucapan perasmian  sebentar tadi.

Bagi mengiktiraf kejayaan para peserta yang telah berjaya


PENYAMPAIA pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, majlis dengan
N HADIAH segala hormatnya menjemput Puan Umi Zalina bt Mohd
DAN Ibrahim GB SKUK untuk mengiringi yang Berbahagia
CENDERAHATI En.Mohd Zaidi bin Mat Zin, Timbalan PPDTM, Sektor
Pembangunan Murid bagi menyempurnakan penyampaian
hadiah. Majlsi dengan ini mempersilakan.

Kini diumumkan pemenang – pemenang bagi acara


olahraga yang telah dipertandingkan bermula pada hari
selasa hggan ke hari ini (Rujuk keputusan pertandingan).

Tempat ketiga berjaya dirangkul oleh...


Tempat kedua menjadi milik.......
Johan berjaya disandang oleh.......

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang


olahragawan dan olahragawati pada tahun ini.

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran


OLAHRAGAWAN adalah...................... Beliau telah
meraih ....pingat..
dan Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
OLAHRAGAWATI pula adalah............................
Beliau telah meraih ....pingat..

HADIRIN DAN HADIRAT HADIRAT SEKALIAN.

Kini tibalah saat – saat yang dinanti – nantikan, kita akan


umumkan secara rasmi johan, naib johan dan tempat ketiga
secara keseluruhan bagi rumah – rumah sukan yang telah
bertanding.

Menduduki tempat ke tiga pada tahun ini, menjadi milik


pasukan rumah.............. Dipersilakan ketua pasukan untuk
meerima hadiah.

Seterusnya naib johan, berjaya dirangkul oleh pasukan


rumah ........................... dipersilakan ketua pasukan
rumah............................ untuk menerima hadiah.

Johan keseluruhan rumah sukan bagi kejohanan olahraga


peringkat sk.ulu kusial jatuh kepada
rumah. ...............................................
MAJLIS PEMNGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH
KEPADA YANG
BERUSAHA, .........................................................................
.... DI ATAS KESUDIAN menyempurnakan majlis
sebemtar tadi.

Tahniah dan syabas kepada peserta – peserta yang berjaya.


Kepada yang gagal tersukan usagh , jangan putus asa, yakin
boleh anda pasti bolehdan sememangnya SK.Ulu Kusial
boleh!!!!....Insya Allah...

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili warga SK Ulu Kusial, merakamkan


PENUTUP penghargaan terima kasih kepada yang Berbahagia
En.Mohd Zaidi bin Mat Zin, Timbalan PPDTM, Sektor
Pembangunan Murid atas kesudian meluangkan masa pada
pagi ini untuk merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan
kali inTidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan
Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

JAMUAN
RINGAN

Anda mungkin juga menyukai