Anda di halaman 1dari 2

Analisis Model Pemprosesan Maklumat menggunakan Teknik SWOT

Berdasarkan teknik ini, terdapat beberapa aspek yang dianalisis dalam model
pemprosesan maklumat. Antara aspek yang dinilai berdasarkan teknik ini ialah
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam penggunaan model ini dalam
proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Berikut merupakan aspek-
aspek yang telah dianalisis dalam model pemprosesan maklumat ini.

STRENGTH ( KEKUATAN )

- Memudahkan pelajar mengetahui isi pelajaran yang seterusnya. Dalam pengajaran


konsep, murid hanya belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran
yang lain.

- Prinsip dan idea dalam pembelajaran dipersembahkan kepada pelajar dan


seterusnya difahami oleh mereka, bukan ditemui sendiri oleh murid. Hal ini dapat
dijelaskan dalam pembelajaran ekspositori. Berdasarkan pembelajaran ekspositori,
murid dijelaskan secara verbal dan murid akan faham apa yang dijelaskan oleh guru.

WEAKNESSES ( KELEMAHAN )

- Pelajar yang mempunyai masalah pemahaman dan kurang berminat dalam


pembelajaran akan sukar mengaplikasikan pembelajaran ekspositori.

- Penggunaan model ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru.

OPPORTUNITIES ( PELUANG )

- Memberi peluang kepada guru untuk menggunakan salah satu model yang terdapat
dalam model pembelajaran.

- Murid dapat melatih pemikiran mereka untuk mencari lebih banyak maklumat
sendiri.

THREATS ( ANCAMAN )

- Antara ancaman dalam penggunaan model ini dalam proses pembelajaran dan
pengajaran ialah guru yang tidak dapat mengajar dengan baik. Oleh kerana model ini
bergantung sepenuhnya kepada guru, hasil pembelajaran tidak akan tercapai
sekiranya guru gagal mengajar dengan baik
Peta Konsep Model Pemprosesan Maklumat

KONSEP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model ini bermula dengan menggunakan sistem


komputer sebagai analogi. Oleh itu, model
pemprosesan maklumat amat berkait rapat dengan
pemikiran murid-murid dalam bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai