Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 7

Minggu Praktikum : 7
Tempoh Masa : 13 Ogos 2017 – 17 Ogos 2017
Tajuk Jurnal : Disiplin Murid

1. Masalah / Peristiwa

Pada hari Khamis (17 Ogos 2017) murid-murid SK Bukit Kenak telah menjalani Ujian Segak.
Guru yang memberikan taklimat menggunakan kaedah kawalan murid yang sangat baik iaitu
apabila beliau menyebut “1,2,3”, murid-murid akan membalas “Zip!” dan terus duduk dalam
keadaan diam kerana mulut mereka telah dizip. Guru tersebut juga telah memberikan
penerangan mengenai vitagen secara ringkas dan terus menjalankan aktiviti yang menarik
untuk murid-murid. Murid-murid dipanggil untuk berbaris di dewan .Apa yang menjadi
masalah ialah murid-murid yang sedang leka berkumpul di tempat lain dan bercerita kurang
mendengar arahan yang diberikan guru tersebut. Akibatnya, kelancaran Ujian Segak
tersebut agak terganggu sehingga memakan masa yang agak lama untuk selesai Ini
sebenarnya satu masalah yang agak serius kerana sekiranya ini berlaku dalam kelas, sudah
tentu P&P pada masa tersebut terganggu dan guru tidak dapat menjalankan P&P kerana
arahan guru tidak didengari.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana pegawai yang memberikan penerangan mengenai vitagen tidak
berjalan sehingga ke belakang, sebaliknya hanya berada di pentas, atau berjalan beberapa
langkah ke hadapan. Selain itu, guru-guru juga tidak membantu dalam mengawal murid-
murid, sebaliknya hanya duduk di tepi sahaja, sibuk dengan kerja masing-masing. Saya pula
yang berdiri di tepi murid-murid Tahun 6 tidak berani mengambil tindakan menyuruh murid-
murid senyap kerana saya berasa takut untuk menegur mereka yang lebih besar dan
matang daripada murid-murid saya yang baru Tahun 4. Selain itu, masalah teknikal yang
menyebabkan suara pegawai kurang jelas hingga ke belakang menyebabkan murid-murid
Tahun 6 semakin rancak dengan hal masing-masing. Saya rasa perlu untuk saya
mengambil situasi ini sebagai masalah untuk menghadapi masalah penglibatan murid dalam
bilik darjah pula.
3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya perlu berani untuk menegur murid-murid meskipun bukan murid-murid yang saya
ajar. Lagipun, perbezaan umur antara saya dan murid-murid Tahun adalah 10 tahun.
Saya lebih tua daripada mereka. Saya guru dan mereka murid. Saya berhak untuk
menegur mereka.

b) Kalaupun saya tidak berani menegur ataupun berkata-kata dengan mereka, saya
sepatutnya menunjukkan ketegasan melalui ekspresi muka dan berjalan menghampiri
murid-murid yang membuat kekacauan. Saya sepatutnya jeling mereka, renung mereka
dengan pandangan yang tajam agar mereka sedar yang mereka telah melakukan
kesalahan.

c) Menurut Dian Schaffhauser dalam kupasan mengenai tajuk Brain Matters: Maximizing
Your Classroom for Learning, untuk meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh
dalam aktiviti kelas ialah biar murid yang bercakap. Huraiannya, guru perlu bagi peluang
kepada murid-murid untuk merasa bercakap tentang apa yang mereka belajar. Dengan
ini, mereka akan berusaha memikirkan semula apa yang mereka belajar sebentar tadi,
dan menjadi iktibar agar sentiasa menumpukan perhatian kepada apa yang guru ajar.
Seterusnya, guru perlu elakkan daripada menumpukan dua aktiviti dalam satu masa.
Saya suka dengan contoh yang beliau berikan iaitu cuba bayangkan anda sedang cuba
lari daripada hutan yang tebal, anda akan fokus untuk mencari jalan terbaik untuk
membebaskan diri, bukannya berhenti di sepanjang jalan dan memuji keindahan hutan
tersebut. Beliau menekankan agar guru mengajar satu topik dengan memberi makna
kepada murid. Ajar murid sampai mereka faham kenapa mereka perlu belajar perkara
tersebut, kemudian barulah beralih kepada topik baharu. Selain itu, beliau juga
menyuruh agar ajar murid sampai tahap yang perlu, dan jangan ‘tenggelamkan’ murid
dalam maklumat yang terlalu banyak. Maklumat yang terlalu banyak akan
menyebabkan proses kognitif murid terganggu.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk menghadapi masalah ini untuk praktikum yang berbaki dua minggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai