Anda di halaman 1dari 2

PK19 – Pengurusan Sukan Dan Permainan

PK19/7

FORMAT LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Kejohanan Olahraga Bawah 11 Tahun & 12 Tahun

MSSD Johor Bahru Tahun 2020

2. Tarikh : 19 – 23 Februari 2020

3. Hari / Masa : Rabu - Ahad ( 7.30 pagi – 5 petang)

4. Tempat : Stadium Educity, Iskandar Puteri

5. Objektif :
5.1 Memberi peluang kepada murid untuk mengetengahkan bakat dan kecergasan
di dalam olahraga.
5.2 Meningkatkan prestasi kokurikulum sekolah melalui kecemerlangan sukan.
5.3 Membina jaringan hubungan yang erat di antara murid, guru, ibu bapa dan
pihak penganjur.

6. Sasaran : Murid tahun 4, 5 dan 6

7. Butiran aktiviti : seramai 3 atlet terpilih mewakili Zon Iskandar Puteri di MSSD Johor Bahru

8. Penilaian Program :

8.1 Analisis Penilaian : Kejohanan Olahraga L/P 11 dan 12 tahun merupakan acara sukan
tahunan anjuran Majlis Sukan Sekolah (MSS) yang telah disertai
oleh sekolah ini bermula pada tahun 2015. Pencapaian sekolah
adalah sangat membanggakan sejak 2015, apabila setiap tahun
atlet sekolah ini dapat mewakili Zon Iskandar Puteri ke MSSD.

8.2 Kekuatan Program :

Tahap kecerdasan dan kecergasan atlit pada tahun ini memberansangkan sehingga
dapat mencapai lebih daripada sasaran pingat yang diletakkan pada tahun lepas iaitu
memperoleh sekurang – kurangnya 1 pingat emas dan 1 pingat perak. Tahap keyakinan
dan motivasi atlit pada tahun ini juga lebih baik dari tahun sebelumnya mungkin disebabkan
murid ini dapat membiasakan diri dalam menyertai pertandingan – pertandingan seumpama
ini. Walaupun kekurangan jurulatih dan masa latihan, atlit – atlit yang telah berjuang bermula
dari tahun 2014 ini tahu akan apa keperluan yang diperlukan di dalam latihan dan ketika
pertandingan. Ini mengakibatkan atlit – atlit ini dapat memotivasikan diri dan meningkatkan
keupayaan diri tanpa kawalan 24 jam dari jurulatih.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK19 – Pengurusan Sukan Dan Permainan

8.3 Kelemahan Program :

Kekurangan pengelola peserta dan jurulatih peserta menyebabkan beberapa atlit yang
diletakkan harapan yang tinggi tidak dapat mempamerkan kebolehan semasa pertandingan.
Ini mungkin disebabkan kurangnya latihan dan tunjuk ajar dari jurulatih mengakibatkan atlit
ini menjadi kurang berkeyakinan dan hilang momentum yang telah ada ditonjolkan dari
tahun- tahun sebelumnya.

8.4 Cadangan Penambahbaikan :

Tempoh latihan dan jurulatih perlu mencukupi unutk menambah lagi pingat pada masa
akan datang. Setiap acara yang dipertandingkan memerlukan sekurang – kurangnya 1
jururlatih atau pemantau bagi memeastikan atlit menjalani latihan seperti yang telah
dirancang oleh jurulatih. Masa dan tempoh latihan sebelum menjelang kejohanan dan ketika
latihan setiap hari perlu mencukupi agar cadangan latihan dapat diikuti sepenuhnya. Selain
daripada latihan teknik, atlit juga memerlukan latihan emosi dan daya tahan agar dapat
menempuhi rintangan cuaca dan keadaan sekeliling semasa pertandingan.

9. Keputusan Pertandingan : tiada

10. Dokumentasi Bergambar :

Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. …………………..


MOHD HAFIZ MOHD RAZIB

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai