Anda di halaman 1dari 4

M3 EDUP 3013

Tarikh: 7.9.2020

Masa: 1100-1300

Mode Kuliah: Tidak Segerak

Sejarah Falsafah Pendidikan

Buat rujukan di internet dan baca pandangan ahli falsafah berikut tentang falsafah
pendidikan

1. Al-Farabi 

2. Al Ghazali

3. Ibn Sinna

4. Ibn Khaidun

5. Socrates

6. Plato

7. Aristotle

8. Roussea

9. Dewey

10. Tagore

11. Confucius

Huraikan implikasi pandangan ahli falsafah di atas terhadap pendidikan di Malaysia.


TOKOH PANDANGAN
1. Al-Farabi Menurut Taufik Abdullah et. al (2002), Ensiklopedia
Tematis Dunia Islam, “Pemikiran dan Peradaban”, Jilid
IV, Al-Farabi merupakan seorang yang amat
menitikberatkan akhlak akhlak dan nilai-nilai moral yang
baik di samping ditambah lagi dengan kebijaksanaan
seseorang itu. Seterusnya, beliau meletakkan
pendidikan juga penting untuk membentuk seseorang
ketua yang baik dan sempurna
2. Al Ghazali Menurut Sajid Ullah Sheikh et. al (2019), “Al-Ghazali’s
Aims and Objectives of Islamic Educaton”, Vol. 6, No. 1,
Al-Ghazali menegaskan bahawa pendidikan merupakan
satu proses yang memimpin manusia ke arah kesedaran
Pencipta agar dapat mematuhi perintah-Nya. Umat Islam
memerlukan model yang berbeza yang tidak bergantung
pada pengaruh barat, berdasarkan andaian asas Muslim
mengenai kehidupannya
3. Ibn Sinna Menurut Mohadeseh Borhani Nejad et. al (2013),
“Avicenna’s Educational Views with Emphasis on the
Education of Hygiene and Wellness”, Ibn Sina atau
Avicenna percaya bahawa ibu bapa harus memainkan
peranan utama dalam mendidik dan membesarkan
anak. Beliau juga berkata “Ini harus menjadi tradisi
bahawa ibu dan ayah mengambil tanggungjawab melatih
anak”.
4. Ibn Khaidun Menurutu Dr. Majidi A. Zamel (Associate Professor),
(2017), “IBN-KHALDUN’S CONCEPT OF EDUCATION:
PRE-CONDITIONS AND QUALITY”, Vol. 5, No. 4, Ibn –
Khaldun percaya bahawa pengajaran dan pembelajaran
adalah fenomena semula jadi dalam diri manusia
struktur dan pendidikan itu menyerupai satu bentuk
industri yang menunjukkan bahawa pendidikan sebagai
profesion tidak boleh dengan entiti abstrak tetapi harus
berdasarkan eksperimen, latihan dan latihan
pengalaman kerana seseorang tidak dapat memperoleh
kerajinan tanpa mempraktikkannya untuk masa yang
lama (Ibn-Khaldun, 2001).
5. Socrates Menurut Jamie (2009) dalam “Great Thinkers”, Socrates
percaya bahawa pengetahuan adalah kebajikan utama
dan paling baik digunakan untuk menolong orang yang
ingin memperbaiki kehidupan mereka. Menurut beliau,
"Satu-satunya kebaikan adalah pengetahuan dan satu-
satunya kejahatan adalah kejahilan
6. Plato Menurut Madonna Murphy (2015), dalam “Plato’s
Philosophy of Education and the Common Core debate”,
Plato menganggap bahawa subjek pendidikan di negara
Republik sebagai bahagian yang tidak terpisahkan dan
penting dari subjek kesejahteraan masyarakat manusia
yang lebih luas. Tujuan utama sesuatu pendidikan itu
adalah untuk menolong orang mengetahui idea kebaikan
dan harus berbudi pekerti
7. Aristotle Pada pandangan Aristotle, beliau percaya bahawa
pendidikan merupakan pusat ilmu pengetahuan dan ia
sentiasa dipenuhi oleh para ilmuwan dan cendikiawan
yang berilmu pengetahuan tinggi. Beliau juga melihat
pendidikan melalui akal dan pendidikan melalui
kebiasaan. Oleh itu, beliau berkata “Apapun yang harus
kita pelajari, kita mesti belajar melakukannya dengan
bersungguh-sungguh”.

8. Roussea Dalam teori pendidikan Rousseau, beliau


menitikberatkan betapa pentingnya ekspresi untuk
melahirkan seorang anak yang berfikiran seimbang dan
bebas. Beliau juga percaya bahawa kanak-kanak
membesar dan berkembang secara semulajadi tanpa
ada batasannya. Kanak-kanak ini juga akan berkembang
dari semua sama ada pendidikan dan moral.
9. Dewey Menurut teori Joh Dewey, beliau mentafsir pendidikan
merupakan satu cara yang digunakan oleh manusia
untuk membawa mereka ke jalan yang benar iaitu jauh
dari kejahilan. Pendidikan juga dapat membantu untuk
meningkatkan martabat dan maruah seseorang itu
10. Tagore Dalam teori pendidikan Tagore, pendidikan merupakan
nilai naturalistik & estetika. Dia memiliki kepercayaan
bahawa "Jalan terluas yang menuju penyelesaian semua
masalah kita adalah pendidikan." Pendidikan dapat
mengembangkan corak kehidupan baru yang memuncak
dalam mewujudkan manusia Sejagat.
11. Confucius Dalam teori pendidikan Confucius, pendidikan
memainkan peranan penting untuk melahirkan manusia
yang budiman dan kompeten serta mempunyai nilai
moral yang tinggi. Misalnya, nilai kesayangan kepada
ibu bapa, menghormati orang tua, berjimat cermat dan
sebagainya

Anda mungkin juga menyukai