Anda di halaman 1dari 8

Skrip Video Betul-betul Kaya vs Berlagak Kaya

Pengacara : Wanita Hari Ini dan saya kira pasti kamu anda semua penonton
ternanti-nanti apakah topik yang bakal kita terbawakan pada hari ini dan
sebenarnya hari ini kita juga bertuah kerana kita ada tetamu yang cukup-cukup
istimewa yang susah dan jarang-jarang dapat di WHI bersama dengan anda
semua penonton. Hari ini kita nak bincangkan topik Betul-betul Kaya vs Berlagak
Kata. Ini juga antara masalah yang saya kira sering ataupun telah membara
dalam kalangan masyarakat kita. Yang betul-betul kaya tak ada masalah tapi
bagaimana pula yang tak ada tetapi berkelakuan semacam-macam ada
sehinggakan sanggup berhutang dan menyebabkan diri sendiri mengalami
pelbagai masalah. Betul-betul Kaya vs Berlagak Kaya hari ini, kami bawakan
dua tetamu yang cukup istimewa kepada anda, penonton-penonton wanita hari
ini kita bersama dengan Datin Emilia Rusmaidah. Apa khabar, datin?

Datin: Thank you.

Dato: Apa khabar, assalamualaikum

Pengacara: Waalaikumusalam dan juga Dato A.C. Apa khabar, dato ?

Dato: Khabar baik, alhamdullilah.


Pengacara: Ok! Kalau kita cakap tentang kaya ini, saya kira dah ramai dalam
kalangan kita ada definisi yang berbeza-beza tentang kaya.
Dato: Betul
Pengacara: Tapi definisi kaya yang secara ringkasnya apakah yang selalu orang
kata adalah kaya ini kita nilai sebanyak mana duit yang dia ada dalam bank. Itu
kaya.
Dato: Itu normal. Itu perkara normal.
Pengacara: Tak cukup duit dia kata miskin.
Dato: Ya.
Pengacara: Manusia kita selalu meletakkan sebegitu. Tapi bagi dato dengan datin, ia
ini kalau cakap tentang kaya ini, apa yang dato bayangkan akan dato faham
begitu dengan juga datin.
Dato: Kita sebenarnya kaya daripada pelbagai. Kita kayakan kasih saying. That’s
why kalau kata tengok macam daripada media sosial kita orang especially my
wife selalu berhubung dengan family dan sebagainya. Hanya sekarang ini
benda-benda isu apabila dipaparkan di sosial media sebenarnya orang
terlampau mengambil benda ini terlalu negatif sebenarnya saya nak tanya pula,
ok sekarang bila last kali you ambil gambar you pergi kedai gambar you develop
lepas itu letak dalam album?
Pengacara: Oh, bertahun rasanya.
Dato: Hahaha. Memang taka da kan?
Pengacara: 10 tahun taka da.
Dato: So, sebenarnya sosial media ini ke, Facebook ke, Twitter merupakan album
kita zaman ini. This is our era. So, apa yang kita paparkan sebenarnya adalah
tentang apa yang kita ada dan sebagainya macam tadi cakap jugalah tak ada
korang kata kalau kaya sambil berhutang semua tak baguslah. Tapi ada dua
benda…
Pengacara: Tapi zaman sekarang memang macam macam itu kan?
Datin: Betul, because bila kadang-kadang references orang ini pakai handbag maca
mini dia pun nak rasa, itu yang sanggup berhutang, apa bayar ansuran yang
sampai menyeksa diri.
Dato: Macam kita orang, kita orang kata memadai, tapi dengan apa yang kita, orang
kata tak salah nak reward diri sendiri kan? Tapi kena tengok kemampuan
kitalah.
Pengacara: Tapi mungkin ramai juga dalam kalangan penonton tak faham bergelar
seorang celebriti dan juga usahawan sebagai seperti mana dato dan datin juga
meniti pelbagai fasa dalam kehidupan.
Dato: Betul, yes!
Pengacara: Maksudnya untuk ada seperti hari ini untuk memakai pakaian yang
berjenama, memiliki kereta mewah, mungkin padahal ini bukan satu fasa yang
singkat. Dato dan datin melalui pelbagai fasa, orang kata masa kita tak ada, kita
taka da. Bila ada, kita gunakan dengan sebaik mungkin. Mungkin dato nak
komen?
Dato: Betul. Sememangnya sampai sekarang pun saya dah 28 tahun dalam industri.
Apa sahaja yang saya beli saya pentingkan untuk kalau boleh untuk pakai show
dulu, lepas tu baru pakai untuk kerja. Tapi yang bahaya sekarang ini, ada
masalah yang timbul sekarang ini kebanyakan mereka kita tidak menyalahkan
pada mereka menunjukkan kaya dan ataupun ada. Bagi saya itu hak
masing-masing. Hanya bahayanya adalah zaman sekarang ini ekonomi is not so
good, alright. Orang sentiasa memerhati dan ini membuka peluang untuk orang
memikirkan tentang jenayah. Contohnya, macam you terlampau menunjuk pasal
rumah, ini sebenarnya kita tak menunjukkan rumah kita dan sebagainya
because kalau tunjuk you akan membuat orang
(Ada orang telefon dato…)
Dato: Bila selalu kita tak ada buat kerja, tak ada telefon, hehehehe. So busylah busy
kadang-kadang jual gandum. So you akan menjadi target orang, you jangan
tunjuk kemewahan-kemewahan macam bagi saya lah, berani buat berani
tanggung. Ada yang juga saya kata itu lagi, saya nak tunjukkan orang cakap
tentang kaya kasih sayang.

Pengacara: Betul.

Dato: Ok, memang boleh you tunjuk dengan family, tetapi jangan sampai mengaitkan
family ataupun anak-anak you. You faham tak? You boleh tunjuk, sebab apa
pasal followers you tunjuklah dia ini bergadub dengan ini ini. Is not good. Is not
good. Sebab apa? Benda-benda ini semua adalah sosial media itu papar
kepada orang. Yalah,Terpulang kepada orang. Ataupun dia orang nak tengok
ataupun tidak. Tak nak tengok, unfollow. Kalau nak tengok, tengok. But, contoh-
contoh bila you tunjuk kekayaan, you membuka ruang untuk orang plan. Tahu dah
kalau orang kata macam sekarang dah popular, memanglah orang tak kacau you,
tapi kalau besok dah tak popular sikit, orang culik anak you? Orang rompak anak
you? So you… (Datin: Orang dah tahu dah mana bilik, mana dapur because bila
expose kat sosial media, orang kat luar dah tahu dah mana-mana orang kata
pelusut dalam rumah itu, semua dah tahu kan?) (Pengacara: Dia boleh tengok,
dia boleh melukis balik lah tu kan?) (Dato & Datin: Ye) Cerita dari sini, kalau you
(Datin: Selfie tu takut sebenarnya.) Ye. Kalau you betul-betul kaya, tak apa its
ok, rompaklah apa tetapi masalahnya bila orang yang berlakon nak jadi kaya, duduk
sebelah Ferari orang. Contoh macam-macam kereta dia duduk sebelah
Rostruck kereta dia, satu hari besok kalau orang target you, orang rompak you,
rupanyalah takde apa untuk rompak, rumah teres semuanya kan? Hehehehehe.
Dah kene dengan perompak. You kene fikir benda itu, implikasi dia sebab apa
kebanyakkan orang yang tunjak kekayaan, contohnya macam Hollywood
sebagainya semua. They have bodyguards. (Datin: Betul) Dia orang ada yang
menjaga orang, macam kita ini berlagak-lagak. (Datin: Bukan satu dua
bodyguard dia) bukan satu dua. Orang candlelight, ko nak candlelight. Padahal
kau kat rumah pakai pelita lampu kalimantan. So bila kena apa-apa, dia
membuka ruang kepada orang. So berhati-hati. Bagi saya, berani buat berani
tanggung. Kita bukan melarang, kita seronok tengok ini kan? Tapi berani buat
berani tanggung. (Pengacara: Inilah masalah kita ini kalau yang tak kaya tetapi
berlagak kaya, ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan ada juga pepatah
lama yang mengatakan biar apa-apa asal bergaya. Itu juga mungkin tak boleh.

Pengacara: Yang ini kita nak ceritakan sebentar lagi tapi apa kata kita dengarkan
dahulu pendapat orang ramai tentang topik pada hari ini. Silakan.

Orang 1: Dua-dua pun ada. Lelaki ada, perempuan pun ada, 50% 50%, tetapi
berdasarkan individu juga sebabnya suka berlagak kaya ini adalah attitude dan
kita tak boleh nak gender biaslah sama ada lelaki paling banyak ke ataupun
perempuan paling banyak. Orang-orang kaya ini kebanyakannya merendah diri,
dia tahu dia mampu beli apa saja.

Orang 2: Bagi saya, sesetengah lelaki kalau dia orang suka, macam mana, macam
tunjuk dia ini ada kereta yang mewah, rumah mewah untuk mengurat
perempuan sedangkan kereta mewah tapi duit tak ada dalam poket.

Orang 3: Kita nampak dia macam orang kayalah, mewahlah, pakai branded apa
semua bila nak apa showoff kawan, apa semua kan, nak makan pun tak belanja.

Orang 4: Perempuan pun ada yang berlagak kaya. Sebab dia nak nampak bagus di
depan di kalangan kawan-kawan dia kan? So, ramai-ramai dialah yang up
sekali. Kalau macam itu, orang yang betul-betul kaya ini kita tahu apa yang dia
pakai tu memang betul. Dia tak cakap pun, tak perlu pun dia nak cakap kat orang
sekelilingnya, kan?

Orang 5: So ada setengah orang tu dia nak berlagak kaya, dia nak dihormati, nak
dihargai, semuanya dia takde, dia nothing. Orang yang kaya ini selalu saya
tengoklah dia humble, dan dia tidak menunjuk. Sebab apa? Mungkin kadang dia
takut orang tahu dia kaya ataupun dia takut orang pinjam duit dengannya ke
kan?

Pengacara: Ada macam-macam pendapat daripada (Dato: Takut oramg pinjam duit
daripadanya) Itu betul juga, tapi kang-kadang dalam kalangan kita ini tak
berkemampuan, tetapi kita nak transformasi masa, nak ikut kawan-kawan, kita
sanggup berhutang, bukan sahaja berhutang dengan keluarga, kawan-kawan
tetapi ada yang terpaksa juga terhutang dengan pemimjam yang berlesen kan?
(Dato: Yeahhhhh) Itu juga menimbulkan masalah juga nanti.
Dato: Betul. Sebenarnya, bahaya ini sebab kesedaran perlu ada, macam kita cakap
tadi. Sebab apa? Kita sekarang banyak terpengaruh dengan sosial media,
alright? Dan sosial media tidak salah, hanya orang yang mengguna itu
salahgunakan. Ok. Ramai yang tengok tak faham dengan kesushan orang
kaya ini. Sebenarnya, orang kaya ini lagi susah. Sebab pekerja dia banyak,
hutang lagi banyak dan sebagainya. So, kita kadang-kadang tengok orang
kaya macam dia relaks tapi kepalanya pening macam-macam. Tapi macam
orang yang berlagak-lagak kaya dia ini, masalahnya dia nak merasakan,
contohnya dia itu dihormati dan sebagainya. No, its wrong! Sebab apa? You
boleh menipu orang sekali-sekala lah, tapi bila tahu banyak sangat, you dalam
posting, kata macam satu hari esok, sebenarnya bukan, you are fake then you
punya reputasi terus down.

Datin: Tapi sebenarnya keinginan.

Pengacara: Betul.

Datin: Kan? Bila orang kata pengaruh sosial media lah, bila kita tengok orang pakai
beg ini, kita nak pakai beg ini; bila orang nak pakai kereta ini, tapi kadang-kadang
kita benda ini kita tak boleh cakap kan?

Dato: Yes!

Datin: Sebab kadang-kadang orang kata nafsu kan? Tapi dia orang tak boleh nak
control sendiri, itu yang start berhutang, bayar ansur- ansur, dia jerat diri sendiri.

Dato: So, bagi saya kalau nak benda itu, tidak ada masalah. Usaha! Work Hard!

Datin: Ikut kemampuan sendiri.

Dato: Yes!

Pengacara: Usaha keras dan juga ikut kemampuan sendiri, itu yang adanya pepatah
kata ukur baju di badan sendiri.

Datin: Betul!
Dato: Yes!

Pengacara: Maksudnya kita bahagikan dengan cara kita mengikut keadaan di


sekeliling kita. Kalau kita meminati seorang celebriti ataupun artis mungkin ada yang
artis atau celebriti itu mengikut kemampuan mereka sendiri.

Dato: Betul!

Pengacara: Tapi tak boleh lah kita nak mengidolakan artis tersebut sampai nak ikut
apa yang dipakai, apa dibeli.

Dato: Sebab kadang-kadang pakaian semua itu sponsor. Nak promote barang. Kita
kenaf aha benda tu. Kita kena faham sebab orang dalam sosial media ini kadang-
kadang dia hanya nampakkan luaran, tidak menyelidik di sebaliknya. The reality of
the particular situation sebagai dia. Kadang-kadang, orang tak faham kadang-kadang
bila ada artis-artis pakai contohnya pakai dengan pakaian macam ini, you kena
tengok kalau pakaiannya dipakai hari-harian, contoh shopping dengan anak-beranak
sebagai then pakaian itu dia. Kalau posing di depan pasu, pokok bunga sebelah,
dekat hotel, confirm sponsor! Confirm sponsor! So, you kena faham benda itu. And
then especially kereta, especially kereta, kalau tengok macam kereta, orang kata
tengok artis ini lah beli kereta dekat belakang Yuscar.

Dato: Itu dia tolong…

Pengacara: Dia tolong promote.

Datin: Lagi satu dia nak convincekan orang dia berjaya.

Pengacara: Dato dan Datin mungkin kamu boleh kongsikan dengan penonton,
kadang-kadang kita ini kehidupan sebenar, apa yang ditulis dan apa yang dikongsi
sesame soaial itu tidak semestinya benar.

Dato: Ya…sokong

Pengacara: Bagaimana Dato dan Datin sehingga sampai ke tahap ini? Dato dan
Datin mendaki…selalu kita nampak orang yang sampai ke atas situ, lobang-lobang
jatuh, tenggelam dan timbul orang tak tahu la…

Datin: 17 tahun ye? Kita kahwin. Pada awal-awal kita start macam mana, kita build
up sampai 17 tahun, orang nampak sekarang, kadang-kadang tu, you faham
daripada awal kita kahwin selama 17 tahun tu, masih kita susah tu, keinginan kita
nak beli ni ni ni…

Dato: Waktu datin mengandung first time tu, baju mengandung pun tak ada, nak
makan Kentucky pun tak mampu. So, waktu saya mula-mula kahwin dengan Datin
waktu tu…waktu anak pertama…7 bulan duit dalam account saya hanya 250 Ringgit.
Ini cerita betul, bukan main-main. Bila beranak saya taka da duit…tapi dia tak cakap
apa-apa. Dia dah 12 jam angkat tangan saya cakap tak pe la bi. Itu pun beranak di
Ipoh kerana tak mampu, ok tak pe bi pergi operate. Sampai malam tu tidur kat atas
katil pun memikir macam mana nak bayar. I don’t have money…I really don’t have
money. So, alhamdulilah, ada kawan-kawan dari Ipoh, terima kasih Bai, kerana
tolong saya, this is honest…nama dia Bai di Ipoh, dia tolong saya bagi duit dan saya
bayar nanti. Sekarang apa yang orang tak Nampak apa kita buat, kita mula berniaga
daripada jual sticker kereta.

Datin: Kesusahan itu yang membuat kita ni tak bomgkak, tak riak, teringin nak jadi
kaya, kita usaha, we work 7 days a week without fail until now.

Dato: Kita ada produk Wander Street kita…kita berniaga sebagai penjual sticker
kereta sampai sekarang ini, kita sedang mengusahakan stesen TV sendiri.

Datin: Tapi bagusnya kita sentiasa beringat. Sebab dulu kita susah, so kita buat apa-
apa pun tak overspend, kita fikir because kita tak nak susah macam dulu, kita
banyak beringat la dan membuat kita ni tak sombong tak bongkak.

Pengacara: Ok, ini saya suka apa yang dikatakan oleh Dato dan Datin. Maksudnya,
sebelum sampai ke tahap hari ini telah melalui fasa kesusahan dan daripada fasa
kesusahan tu, timbul keinginan ketika itu memang tidak kata. Alhamdulilah sekarang
mempunyai rezeki yang melimpah ruah dan alhamdulilah…kaya.
(ketawa)

Pengacara: Maksudnya kaya itu dari segi kasih sayangnya, keserdehanaan dan
kemampuannya. Tapi kalau kita cakap dari segi ini…berkongsi dengan penonton,
kehidupan ini berbeza-beza. Kita ada keinginan dan kita ada nafsu, tetapi bagaimana
kita mengendalikan keadaan keinginan kita itu.

Datin: Saya sebenarnya, duit itu nombor kedua la…Sebenarnya, saya lebih
pentingkan kebahagiaan, itu yang paling penting, suami dan kebahagiaan anak-
anak…itu yang membuatkan saya, jika taka de duit pun tak pe, pentingnya dia
sayang saya, anak-anak happy.

Pengacara: Kalau kita lihat dari Dato dan Datin ketika fasa pertama perkahwinan,
250 ringgit, itu bukan satu perkara yang mudah, saya rasa penonton kita juga pernah
melalui fasa yang sama. Itu yang kita kata, kekayaan itu subjektif kan, bukan setakat
kebendaan, pakaian mahal, kereta mewah, rumah yang besar, tetapi bagaimana
Dato dan Datin sentiasa ada bersama? Kebersamaan itu.

Anda mungkin juga menyukai