Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Australia merupakan sebuah negara yang tergolong dalam negara terbesar di dunia iaitu
negara keenam terbesar dengan keluasan 7,686,850 km persegi dan merupakan benua
terkecil di dunia. Sejarah awal Australia menyatakan bahawa negara ini merupakan sebuah
tempat pengumpulan banduan – banduan daripada negara British. Masyarakat berbangsa
Eropah yang didapati bersalah pasti akan dihukum penjara dan penjara tersebut terletak di
Australia. Hal yang demikian adalah Sir Joseph Bank iaitu saintis terkenal telah beranggapan
tanah Australia mempunyai tapak keluasan yang besar untuk menampung bilangan banduan
yang berada di jajahan British di samping Australia mempunyai cuaca yang tidak menentu
sehinga aktiviti tidak sesuai dijalankan di negara tersebut. Perkara ini menjadi salah satu
faktor yang besar kepada banduan – banduan yang dihantar ke sana dengan tujuan
penyeksaan yang melampau.

Sebelum British menjadikan Australia sebagai tempat pembuangan banduan,


terdapat manusia yang telah lama mendiami negara tersebut sejak 40 000 hingga 60 000
tahun yang lalu lagi. Kelompok manusia ini dipercayai datang daripada kepulauan Indonesia
dengan menggunakan bot ke Australia. Manusia – manusia tersebut dikenali sebagai kaum
Aboriginal atau dengan gelaran istilah dalam konteks bahasa ialah Indigenous. Indigenous
membawa maksud orang asli yang mula – mula mendiami sesuatu tempat. Masyarakat
Aboriginal mempunyai ciri – ciri nomad dalam sistem kehidupan mereka iaitu sentiasa
berpindah – randah untuk mencari tempat tinggal yang sesuai.

Masyarakat Aboriginal mengambil masa yang sekejap untuk menyesuaikan diri


mereka dengan keadaan dan cuaca di Australia. Proses penyesuaian tersebut telah
menyebabkan masyarakat Aboriginal berkeinginan untuk menetap selamanya di Australia
apabila mereka mendapati Australia dikelilingi oleh lautan yang luas. Mereka sangat mahir
dalam penangkapan hasil laut dan pemburuan binatang.

Kehidupan mereka di Australia adalah ringkas dan tiada berlaku persaingan atau
penentangan dari mana – mana manusia sepanjang mereka menetap di sana. Hal yang
demikian adalah kerana mereka merupakan penghuni atau hidupan manusia yang pertama
datang ke Australia. Mereka telah mencipta sebuah peralatan yang diperbuat daripada batu
– batuan untuk peralatan memasak dan mencipta tombak dan boomerang untuk memburu
binatang. Kehidupan seharian masyarakat Aboriginal sangat bergantung dengan memburu
binatang terutama sekali binatang di hutan. Selain dijadikan bekalan makanan, kulit
binatang juga akan dijadikan sebagai alat pakaian mereka dan tulang – tulang haiwan
tersebut akan menjadi peralatan tambahan senjata mereka.

Masyarakat Aboriginal tidak menjalankan kegiatan bercucuk tanam sepanjang


mereka hidup kerana bagi mereka, tumbuh – tumbuhan adalah sebuah alam yang perlu
dijaga dan mereka juga menganggap diri mereka sebahagian daripada alam kerana sifat
manusia dengan alam adalah sama iaitu benda hidup. Perkara ini menunjukkan bahawa
mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan agama sendiri yang dikenali sebagai
“Dream Time”.

Menurut kepercayaan masyarakat Aboriginal, Dream Time ialah masa yang


mempunyai dua kehidupan iaitu masa sebelum kehidupan dan masa selepas kehidupan.
Mereka percaya bahawa kejadian di bumi ini adalah hasil daripada roh spirit. Proses
pengamalan Dream Time ini adalah dengan melakukan pemujaan secara besar – besaran
oleh seluruh masyarakat yang berkumpul di kawasan lapang dan menyanyikan lagu khas
Dream Time dengan menggunakan peralatan muzik Didgeridoo iaitu alat muzik hasil ciptaan
mereka seterusnya melukis corak – corak yang melambangkan Dream Time di dinding
batuan dan pokok – pokok di seluruh kawasan Australia. Tujuan mereka melukis Dream
Time di seluruh tempat adalah untuk memastikan budaya mereka tidak dilupakan dan
generasi seterusnya dapat meneruskan pengamalan budaya tersebut.

Selama beratus tahun masyarakat Aboriginal tinggal menetap di Australia dengan


gembira tanpa ancaman mana – mana pihak, keamanan tersebut telah terjejas apabila
seorang pelayar British iaitu Kapten James Cook telah sampai ke Australia untuk membuat
tinjauan hasil mendengar nasihat daripada Sir Joseph Bank yang menyatakan bahawa
keluasan tanah di Australia sangat sesuai untuk membuka penjara koloni British di Australia.
Pada tahun 1788, banduan – banduan daripada Eropah telah dibawa masuk ke dalam
Australia semenjak daripada itu, British telah mengisytiharkan bahawa Australia adalah milik
Eropah sepenuhnya selepas penapakan penjara koloni.

Dalam penulisan ini, pengkaji akan menghuraikan perkembangan masyarakat


Aboriginal di Australia semasa permulaan penjajahan koloni sehingga kini. Huraian ini akan
disertakan dengan sorotan literature yang telah dilakukan oleh pengkaji terhadap penulisan
lepas yang berkaitan dengan kajian. Banyak perubahan yang telah mereka terima sehingga
kaum ini hampir kepupusan populasi Aboriginal di Australia disebabkan perbuatan British
terhadap mereka.
2.0 PERKEMBANGAN MASYARAKAT AUSTRALIA DULU DAN KINI.

2.1 Tanggapan Terhadap Masyarakat Australia.

Pada awal kedatangan orang British ke Australia, mereka tidak menganggap


masyarakat Aboriginal sebagai manusia. Pada pandangan mereka, orang – orang suku kaum
Aboriginal adalah flora dan fauna sama seperti tumbuh – tumbuhan yang berada dalam
hutan Australia pada ketika itu. Perkara ini berlaku kerana masyarakat Aboriginal tidak
mempunyai sistem hierarki sosial yang jelas walaupun mereka mempunyai ketua – ketua
suku kaum namun ia tidak mempunyai ciri – ciri sistem hierarki yang sistematik.

Kenyataan ini boleh dilihat dalam penulisan David S.Trigger (2008) iaitu Indigeneity,
Ferality, and What Belongs in The Australian Bush : Aboriginal Responses to ‘Introduced’
Animals and Plants In A Settler. Dalam artikel ini beliau membincangkan tentang respon
orang asli iaitu masyarakat Aboriginal tentang anggapan orang British yang mengatakan
mereka adalah flora dan fauna. Hasil daripada kajian tersebut, beliau mendapati bahawa
masyarakat Aboriginal menerima tanggapan tersebut dengan kerelaan hati. Hal ini adalah
kerana mereka juga mengakui bahawa tanggapan tersebut tidak salah.

Sejak dari dahulu lagi mereka tidak melakukan kejahatan terhadap alam semula jadi
seperti mencabut daun – daun, menebang pokok, memotong rumput atau mencemari
sungai. Mereka telah menganggap alam – alam tersebut adalah sebahagian daripada
kelahiran mereka. Perkara ini mempunyai hubung kait dengan konsep Dream Time yang
melakukan amalan pemujaan terhadap alam semesta. Bagi mereka, haiwan dan tumbuhan
yang berada dalam kejadian alam ini adalah simbol utama bagi kepercayaan Dream Time.

Sorotan ini telah membantu pengkaji untuk lebih memahami kepercayaan Dream
Time yang diamalkan oleh masyarakat Aboriginal di Australia. Tanggapan ini akhirnya
terhenti pada tahun 1901, di mana kerajaan British telah memberi peluang kepada kaum ini
menjadi warganegara yang sah di Australia. Namun begitu, pemberian kewarganegaraan
yang ditawarkan oleh koloni terhadap kaum ini bukan mudah seperti yang dijangkakan.

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh mereka jika kaum Aboriginal
ingin diangkat menjadi warganegara. Antara syarat – syarat berikut ialah masyarakat
Aboriginal perlulah melupakan semua budaya – budaya yang sebelum ini mereka amalkan
sebagai kaum Aboriginal dan meninggalkan seluruh ahli keluarga atau saudara berkaitan
dengan Aboriginal yang masih mengamalkan budaya mereka. Walaupun syarat – syarat ini
dilihat begitu kejam dan mustahil untuk kaum tersebut melakukan perkara sedemikian, ada
segelintir masyarakat Aboriginal yang sanggup untuk mematuhi syarat tersebut demi
mendapatkan status kewarganegaraan. Perbuatan ini sememangnya dianggap telah
mengkhianati bangsa sendiri dan mendahulukan kepentingan diri sendiri.

2.2 Budaya Dihapuskan dan Persoalan Kewarganegaraan

Sehubungan dengan syarat pertukaran status kewarganegaraan terhadap masyarakat


Aboriginal, mereka perlu meninggalkan budaya Dream Time dengan serta merta. Sekiranya
mereka masih mengamalkan budaya tersebut seperti pemujaan alam semesta dan melukis
simbol Dream Time di pokok – pokok dan batu – batuan dalam status mereka
kewarganegaraan, mereka akan dihukum dengan pembatalan kewarganegaraan dan dihalau
daripada Australia. Koloni mempunyai sebab yang tertentu mengapa syarat tersebut
diberikan kepada kaum ini sebelum menjadi warganegara.

Faktor tersebut dapat diketahui dalam artikel yang bertajuk Enabling Citizenship:
Gender, Disability and Citizenship in Australia (Helen Meekosha dan Leanne Dowse, 2007).
Penulis menyatakan bahawa segala amal tradisi masyarakat Aboriginal adalah perbuatan
lapuk dan tidak masuk akal yang boleh mencemar imej negara Australia. Dalam artikel ini
juga ia membicarakan tentang gender yang layak mendapat status kewarganegaraan di
mana hanya golongan lelaki sahaja yang layak dan golongan wanita tidak layak sama sekali.
Golongan wanita kaum Aboriginal semasa kedatangan kolonial sangat dipandang rendah.
Kolonial beranggapan golongan wanita kaum tersebut tidak mempunyai akal yang baik
seperti lelaki yang boleh menjadi seorang manusia. Semenjak dari itu, semakin ramai
golongan wanita yang terabai dan mati akibat menjadi mangsa deraan pihak kolonial.

Pada pendapatan pengkaji, salah satu faktor kolonial tidak mahu golongan wanita
Aboriginal menjadi rakyat yang sah kerana koloni takut berlaku perkembangan keturunan
Aboriginal yang boleh meningkatkan populasi mereka di Australia dan seterusnya boleh
mengancam populasi orang Eropah yang menjadi migrasi di negara tersebut.
Walaubagaimanapun, perbuatan ini langsung tidak menjadi isu kepada masyarakat
Aboriginal terhadap golongan wanita yang tidak berhak mendapat kerakyatan dan sentiasa
menjadi bahan deraan kolonial kerana masyarakat Aboriginal bersifat lemah lembut dan
bukan bersifat ganas. Mereka tidak mempunyai asas kemahiran untuk berperang dan
sentiasa menerima keganasan daripada kolonial tanpa membuat penentangan. Hal ini yang
memudahkan lagi pihak British menguasai Australia tanpa halangan.

2.3 Penghijrahan Ke Kawasan Bandar

Selama beberapa dekad masyarakat Aboriginal tinggal di kawasan gurun, hutan dan pinggir
laut, akhirnya pihak kolonial telah membawa mereka yang sudah mendapat kerakyatan di
Australia untuk berpindah ke kawasan bandar bagi memastikan mereka tidak masuk semula
dalam kumpulan – kumpulan Aboriginal. Semasa mereka tinggal di kawasan bandar,
kehidupan mereka sangat berbeza dengan kawasan sebelum ini. Perkara ini dapat
dikukuhkan dengan membuat pembacaan dalam kajian Robert Tonkinson (2007) yang
bertajuk Aboriginal ‘Difference’ and Autonomy Then and Now : Four Decades of Changes In
A Western Desert Society.

Robert Tonkinson (2007) mengkaji tentang perbezaan kehidupan masyarakat


Aboriginal dulu dan kini yang mana beliau mendapati bahawa kehidupan kaum tersebut
mengalami perubahan yang drastik. Terdapat masyarakat Aboriginal yang mengalami
kejutan budaya apabila keluar daripada kawasan hutan. Mereka mula melibatkan diri dalam
keganasan seperti menyeksa banduan – banduan kolonial dan sudah pandai menggunakan
senjata api untuk membunuh orang. Jika dikatakan sebelum ini mereka tidak berani untuk
merosakkan flora dan fauna di dunia ini akan tetapi perubahan tempat tinggal telah
mendorong mereka untuk melakukan perkara tidak baik terhadap alam semulajadi seperti
memetik daun – daun dijadikan sebagai bahan pemprosesan dadah dan rokok.

Di samping itu, masyarakat ini juga sudah pandai menjinakkan diri dalam aktiviti
pertanian yang sebelum ini mereka langsung tidak lakukan kerana perasaan takut untuk
rosakkan kehidupan flora dan fauna. Keadaan mereka di kawasan bandar lebih
membimbangkan lagi apabila kesihatan mereka semakin terjejas akibat daripada amalan
gaya hidup mereka yang tidak sihat. Segala amalan gaya hidup kolonial telah
mempengaruhi gaya hidup Aboriginal di mana mereka juga ikut serta dalam pesta minum
alcohol sehingga mabuk yang melampau. Disebabkan kesihatan mereka yang semakin
merosot, ramai masyarakat Aboriginal yang telah mati dan mengurangkan lagi populasi
mereka di Australia. Tujuan asal pihak British membawa mereka keluar ke bandar adalah
untuk membantu mereka keluar daripada kepompong flora dan fauna dan ingin mereka
mencapai kemajuan sosial. Namun tujuan tersebut membawa kesan yang lain.

2.4 Hak Kerakyatan Australia

Sejak penjajahan British di Australia pada tahun 1788, Australia telah membuat dasar
perundangan dalam sistem pentadbiran mereka bagi mewujudkan sebuah negara yang
bersistematik. Undang – undang yang diperkenalkan oleh koloni berasaskan kepentingan
kepada ekonomi koloni dan keuntungan kepada rakyat tempatan. Definisi rakyat tempatan
bagi mereka telah terbahagi kepada dua iaitu rakyat tempatan orang berkulit putih dan
rakyat tempatan Aboriginal.

Kelebihan undang – undang Australia hanya dapat dinikmati oleh rakyat yang
berhijrah daripada Eropah ke Australia tetapi tidak kepada penduduk asli yang memang
telah lama menetap di negara tersebut. Menurut Richard Shapcott dalam artikelnya yang
bertajuk From The Good International Citizen To The Cosmopolitan Political Community : A
constitutional Path, 2012 menyatakan bahawa hak rakyat Aboriginal yang telah mendapat
kewarganegaraan tidak terbela dan ditindas oleh masyarakat Eropah.

Dalam artikel ini pula tidak dinyatakan apakah jenis – jenis atau contoh – contoh
penindasan yang dilakukan koloni terhadap kaum Aboriginal tidak seperti penulisan bertajuk
Australian Charter of Employment Rights, The Australian Institute of Emmployment Rights
yang membincangkan tentang penindasan rakyat di Australia mengikut kaum dari segi
pendidikan. Pendidikan di Australia hanya diberikan kepada masyarakat kulit putih dan tidak
kepada masyarakat Aboriginal (Ben French 2007).

Namun bergitu, jika diteliti semula sejarah pembentukan Australia, penindasan


tersebut bukan sahaja dari segi pendidikan bahkan dalam sektor pekerjaan juga mereka
tidak boleh melibatkan diri sama sekali. Penulis tidak menjelaskan mengapa kaum ini tidak
dibenarkan untuk melibatkan diri dalam sektor pekerjaan yang disediakan oleh koloni.
Pengkaji berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh koloni adalah bertujuan agar
pemikiran masyarakat Aboriginal tidak berkembang dan sentiasa bersikap tunduk dengan
pihak kolonial.
Perbincangan tentang isu ini sudah ada yang mengkaji yang dibincangkan dalam
konteks ekonomi di mana penduduk Australia menderita kerana faedah sosial dan ekonomi
tidak dinikmati oleh mereka yang merupakan Indigenous (Done Fuller, Jeremy Buutljens dan
Ellen Cuming 2005). Indigenous adalah istilah kepada orang asli yang paling awal menetap
di Australia. Sekatan yang dibuat oleh koloni terhadap Aboriginal sangat kejam tanpa
memikirkan langsung timbal balik jika melibatkan masyarakat Aboriginal dalam sosial dan
ekonomi Asutralia.

Setelah memahami konsep yang dibawa masuk oleh pihak British ke Australia iaitu
‘White Man Burden’, pengkaji memahami bahawa sekatan – sekatan yang dilakukan oleh
bangsa Eropah adalah sama dengan konsep di mana – mana sahaja negara jajahan yang
mereka terokai iaitu mengelak daripada mendapat tentangan daripada pihak tuan rumah.
Pada awal kedatangan pihak British ke sesuatu kawasan, mereka pasti akan bersikap sangat
baik dengan muslihat yang licik, lama kelamaan mereka akan berubah menjadi sangat
kejam. Setiap corak tampuk penjajahan mereka sudah diketahui apabila meneliti semula
semua proses kedatangan mereka di kebanyakan wilayah jajahan mereka.

2.5 Perkembangan Era Kapitalisme di Australia

Kapitalisme ialah satu sistem ekonomi yang menjurus sesebuah kerajaan memiliki modal
untuk menjalankan kegiatan ekonomi khususnya dalam sektor perdagangan dengan
matlamat ekonomi yang utama iaitu keuntungan yang maksimum. Antara konsep – konsep
yang wujud dalam sistem kapitalisme ialah kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi,
modal perniagaan yang mencukupi, mempunyai buruh yang mendapat faedah, wujud
proses pengeluaran dan pertukaran nilai secara besar – besaran dan keuntungan yang
maksimum.

sewaktu kerajaan British menetap di Australia selama beberapa tahun lamanya,


kolonial mendapati bahawa Australia berpotensi untuk menjadi kawasan pelabuhan yang
menguntungkan ekoran daripada kawasan wilayah itu dikelilingi oleh laut pasifik yang luas.
Pengenalan teknologi canggih yang mula berkembag di Eropah membantu mereka untuk
meneruskan perancangan pembukaan pelabuhan di Australia (Arif Furqan 2016). Artikel
Posmodern dan Sastera Indigenous Australia mengkaji tentang perkembangan era
kapitalisme di Australia. Perkembangan ini didorong oleh perkembangan teknologi yang
ketika itu berjalan seiring dengan Revolusi Perindustrian di Eropah. Kemudahan fasiliti
pelabuhan mula dibina di Australia untuk memulakan perdagangan. Pembinaan ini diarahkan
kepada banduan – banduan yang masih tinggal Australia dengan sikap yang kejam dan
tamak.

Perkembangan era kapitalisme telah menggalakkan penghijrahan bangsa Eropah ke


Australia semakin meningkat bukan sahaja dari segi kepentingan ekonomi malah ada juga
yang disebabkan kemasukan buruh luar. Penghijrahan ini menyebabkan berlakunya
kepesatan sistem kapitalisme di Australia dan negara – negara bangsa yang juga
menjalankan perdagangan secara besar – besaran. Selain itu, kepesatan ini membawa
kepada kepadatan penduduk dalam Australia sehingga wujudnya bandar – bandar baru
untuk menambah kawasan pentadbiran kolonial. Victoria, Van Dieman, Brisbane dan Norfolk
Island adalah kawasan – kawasan yang baru dibuka oleh kolonial sekitar tahun 1827
sehingga 1859.

2.6 Perdamaian Antara Pihak Kolonial dan Aboriginal

Kapitalisme yang berkembang pesat dahulunya lama kelamaan menjadi lembab apabila
buruh tidak mencukupi. Artikel yang ditulis Arif Furqan sebentar tadi diteruskan lagi dengan
penulisan artikelnya iaitu Swallow The Air : Catatan Perjalanan Indigenous Australia yang
menghuraikan tentang pihak British mula terbuka hati untuk berbuat baik dengan kaum
Aboriginal. Artikel ini sama kajiannya dengan Damein Short (2003) di mana kedua – dua
mereka mengkaji tentang niat kolonial yang menginginkan perdamaian dengan kaum
Aboriginal.

Ketika mentelaah kedua – dua artikel ini, pengkaji menyimpulkan dua makna yang
berbeza jika mengetahui pengertian sebenar perdamaian kolonial. Makna yang pertama
pengkaji menyatakan berdasarkan pandangan seorang sejarawan yang berfikiran kritis
bahawa perdamaian yang dibawa oleh kolonial mempunyai muslihat disebaliknya.
Disebabkan buruh daripada luar tidak mencukupi untuk meneruskan kegemilangan era
kapitalisme di Australia, kolonial ingin berbaik dengan kaum Aboriginal dan menarik mereka
menjadi buruh tambahan.
Makna perdamaian yang seterusnya pula apabila seorang pengkaji bukan sejarawan
pasti akan menganggap perdamaian kolonial ini adalah satu perkara yang insaf dan
menyesal dengan perbuatan mereka selama ini terhadap Aboriginal. Dua pandangan ini
sangat berbeza dengan penjelasan yang dihuraikan dalam penulisan Damein Short (2003)
yang menyatakan bahawa British ingin perdamaian kerana ia merupakan satu proses untuk
membina semula hubungan dengan Aboriginal iaitu tuan rumah Australia.

Pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pihak British untuk mewujudkan
perdamaian tersebut salah satunya masyarakat Aboriginal diberi peluang untuk menyertai
program pendidikan bersama – sama dengan bangsa Eropah. Kolonial memulakan
perdamaian melalui pendidikan untuk memupuk semangat perpaduan antara kulit putih dan
orang asli. Percampuran antara dua kelompok ini mempunyai sebab utama iaitu memberi
penekanan kepada bangsa Eropah untuk mengenali cara hidup sebenar masyarakat
Aboriginal dengan mempelajari sejarah Aboriginal (Verna St. Denis 2007).

Hal ini boleh menghakis perasaan rasis orang berkulit putih kepada orang asli yang
selama ini berlaku di Australia. Dalam artikel tersebut, Verna St. Denis menyebut bahawa
pendidikan anti – perkauman yang kritikal dapat memberi asas untuk mewujudkan
perpaduan antara masyarakat Aboriginal dan bangsa Eropah dalam mencari keadilan sosial
pendidikan. Setelah meneliti artikel – artikel daripada Damien Short (2003) dan Verna St.
Denis (2007), kedua – dua huraian mereka saling berkaitan untuk melengkapi faktor
berlakunya perdamaian antara Aboriginal dan kolonial.
3.0 KESIMPULAN

Australia merupakan sebuah negara yang telah lama diduduki oleh masyarakat
Aboriginal sejak 50 000 tahun yang lalu lagi. Kedatangan kolonial ke Australia telah
menyebabkan Aboriginal tertindas dan hampir mengalami kepupusan populasi. Pihak British
tidak menganggap orang – orang kaum Aboriginal ini sebagai manusia, British menganggap
mereka adalah sebuah flora dan fauna. Mereka juga menyatakan bahawa negara Australia
adalah Tera nalllius. Tera nallius ialah negara tanpa penghuni. Hal ini adalah kerana mereka
melihat Aboriginal adalah flora dan fauna yang hanya wujud sebagai benda hidup tidak
berakal.

Kedatangan British ke Australia bertujuan untuk menyimpan banduan – banduan


Eropah di New South Wales yang telah membawa seramai 564 banduan lelaki dan 192
banduan wanita pada 13 Mei 1787. Penapakan British di Australia telah membawa
perkembangan atau perubahan yang sangat ketara terhadap masyarakat Aboriginal.
Perubahan yang paling utama dapat dilihat sekali ialah budaya mereka tidak boleh
diamalkan lagi sepanjang menjadi rakyat warganegara Australia yang sah. Sehingga kini,
masyarakat Aboriginal masih tidak boleh mengamalkannya walaupun zaman penjajahan
telah berubah tampuk.

Sebanyak 10 buah artikel yang telah disorot oleh pengkaji untuk merungkai setiap
perkembangan yang berlaku terhadap masyarakat Australia dari awal pembukaan negara
tersebut sehingga kini. Kehidupan masyarakat di Australia kini sudah semakin membaik.
Namun begitu, rasis orang berkulit putih terhadap kaum Aboriginal masih berkekalan
walaupun dalam kadar yang sedikit. Hal ini menyebabkan ramai keturunan Aboriginal yang
masih berbaki sehingga kini menetap di kawasan pulau – pulau dan menguruskan bahagian
pelancongan. Mereka tidak ingin bercampur dengan masyarakat yang tinggal di bandar bagi
mengelak kekacauan rusuhan.
4.0 RUJUKAN

Arif Furqan. (2016). Posmodern dan Sastera Indigenous Australia. Vol. 4. Issue 4. Poetika

Jurnal Ilmu Sastra.

Arif Furqan. (2016). Swallow The Air : Catatan Perjalanan Indigenous Australia. Yogjakarta :

Universitas Gadjah Muda.

Ben French. (2007). Australian Charter Of Employment Rights, The Australian Institute Of

Employment Rights, Springer US.

Damien Short. (2003). Reconciliation, Asimiliation, and The Indigenous Peoples Of Australia.

Vol. 24. Springer US.

David S. Trigger. (2008). Indigeneity, Ferality and What Belongs In The Australian Bush :

Aboriginal Responses To ‘Introduced’ Animals and Plants In A Settler-Descendant

Society. Journal of Royal Antropological Institute. Vol. 4 Issue. 3.

Done Fuller, Jeremy Buustljens & Ellen Cumming. (2005). Ecotourisme and Indigenous

Micro-Enterprise Formotion In Nothern Australia Opportunity and Constraints.

Vol. 26. Issue 6.

Helen Meekosha & Leanne Douse. (1997). Enabing Citizenship : Gender, Disability and

Citizenship in Australia. Palgrave MacMillan UK.

Richard Shapcott. (2012). From The Good International Citizen To The Cosmopolitan

Political Community : A Constitutional Path. Palgrave MacMillan UK.

Robert Tonkinson. (2007). Aboriginal ‘Difference and Autonomy Then and Now : Four

Decades of Changes in A Western Desert Society. A Journal of Social

and Comparative Sociology. Vol. 17. Issue 1.


Verna St. Denis. (2003). Aboriginal Education and Anti – Racist Education : Building Alliances
Across Cultural and Racial Identity. Vol. 30. Issue 4. University Of Saskatchewon.

Anda mungkin juga menyukai