Anda di halaman 1dari 2

Apakah TOV ( take-off value ) ?

TOV adalah asas untuk pengiraan headcount. Apa itu headcount?

Headcount adalah sasaran secara terancang dan tersusun pada suatu masa. Bagi murid tahun
6, sasaran mereka ialah UPSR.

TOV bagi murid tahun 6 pula adalah markah peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun
5. Markah tersebut (TOV) menjadi tapak permulaan mereka meningkatkan markah dari masa
ke semasa.

Jika markah TOV seorang murid ialah 70, maka dari markah permulaan 70 itulah murid
sepatutnya berada dan terus meningkatkan markahnya hingga mencapai sasaran markah upsr
(atau gred).

TOV adalah nilai letak kerja seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti
pencapaian akademik. Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian di dalam setiap mata
pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi
calon UPSR. Berasaskan markah TOV, murid-murid dengan bimbingan guru akan
menetapkan ETR masing-masing.

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk
kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir.

Bagaimana menentukan ETR ?

Setelah ETR telah diputuskan kemudahan ini juga berupaya mengatur markah sasaran Ujian
OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan belajar untuk mencapai
sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Selepas guru-guru memasukkan markah
Ujian OTI 1 iaitu Actual Result (AR) markah AR dibandingkan dengan markah sasaran OTI.
Perbandingan ini bertujuan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau
defisit.

Sekiranya hasil perbezaan perbandingan OTI dan AR bernilai positif, ia menunjukkan


pembelajaran murid melepasi target. Sekiranya bernilai 0, bermakna mencapai target dan
bernilai negatif menunjukkan tidak mencapai target.

Kemudahan ini berupaya menyenaraikan murid-murid berdefisit besar untuk memudahkan


guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan supaya tindakan susulan
yang bersesuaian diambil dengan segera.
Guru-guru biasanya akan berusaha mengatur strategi agar murid-murid defisit ini dapat
dibimbing supaya dapat berubah ke arah peningkatan dalam ujian-ujian OTI akan datang.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan
merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan
pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Apakah AR?
AR ialah Actual Result iaitu markah sebenar murid hasil dari ujian yang telah dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai