Anda di halaman 1dari 10

MENGUTIP SAMPAH DI KOMPLEKS SUKAN

SELEPAS SUKAN TARA 2015

Pada 11 April 2015, bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, saya bersama-sama
dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral yang lain telah membuat satu aktiviti gotong-
royong untuk membersihkan padang di Kompleks Sukan, Sibuga. Aktiviti ini bermula lebih
kurang pada pukul 1:00 petang, setelah tamatnya aktiviti-aktiviti sukan tara yang dijalankan
pada pagi tersebut. Aktiviti gotong-royong untuk membersihkan padang kompleks ini
dikendalikan oleh guru Pendidikan Moral kami iaitu Cikgu Tengku Nur Azimah.
Objektif kerja amal ini adalah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan
membersihkan padang kompleks sukan melalui aktiviti gotong-royong. Seterusnya, nilai-nilai
seperti menyayangi dan menghargai alam sekitar serta kemapanan alam sekitar dapat dipupuk
dalam diri para pelajar. Kerja amal ini juga adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus
Pendidikan Moral peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk mengutip sampah
sarap yang terbiar di sekitar padang tersebut. Saya juga turut menyumbangkan idea untuk
menggabungkan kumpulan saya dengan satu lagi kumpulan yang lain bagi memudahkan
kerja dan memupuk sikap kerjasama antara kami. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, semua
ahli kumpulan bersifat rajin dan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta
mengamalkan toleransi yang baik sekali. Kepimpinan saya dalam usaha untuk menjayakan
aktiviti ini telah dapat mengawal keadaan kami apabila berlakunya sedikit percanggahan
antara kami. Aktiviti seperti ini juga telah berjaya menimbulkan perasaan prihatin kami
terhadap isu-isu alam sekitar.
Selepas melakukan kerja amal ini, saya memahami dan berasa insaf akan keadaan
saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekitar. Hal ini
telah menimbulkan satu kesedaran dalam diri saya secara tidak langsung. Kerja amal ini
telah membantu saya mengalami perubahan sikap dan boleh dijadikan sebagai iktibar
untuk menghargai dan mengekalkan kualiti alam sekitar.

Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
MELUKIS MURAL DI KAWASAN KANTIN
BLOK JUNIOR

Pada 14-15 Ogos 2015, bersamaan dengan hari Jumaat dan Sabtu yang lalu, saya
bersama-sama dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral yang lain telah melakukan satu
aktiviti kerja amal iaitu melukis mural di kawasan kantin blok junior SM Sung Siew. Aktiviti
ini dilakukan selama dua hari dan diiringi oleh tiga orang guru pengiring, termasuk guru
Pendidikan Moral kami sendiri.
Objektif kerja amal ini adalah untuk menghiasi dan menceriakan kawsan sekolah.
Seterusnya, mencungkil bakat-bakat seni dan kreativiti para pelajar. Kerja amal ini juga
adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan Moral peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk menghadirkan
diri dan menyertai aktiviti ini pada kedua-dua hari tersebut. Saya juga turut
menyumbangkan idea untuk menambah hiasan pada hasil lukisan mural kami agar tidak
kelihatan begitu kosong. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, semua ahli kumpulan bersifat
rajin dan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta mempunyai sikap
kerjasama yang amat baik. Kepimpinan saya dalam usaha untuk menjayakan aktiviti ini
telah dapat mengawal keadaan kami kerana semua ahli kumpulan saya mengamalkan sikap
toleransi. Aktiviti seperti ini juga telah berjaya menimbulkan perasaan prihatin kami
terhadap keceriaan persekitaran sekolah.
Daripada aktiviti lukisan mural ini, saya telah insaf akan sikap saya yang tidak
mempercayai kebolehan diri saya selama ini. Hal ini telah menimbulkan satu kesedaran
dalam diri saya secara tidak langsung. Kerja amal ini telah membantu saya mengalami
perubahan sikap dan boleh dijadikan sebagai iktibar untuk bertolak ansur dengan orang
lain dan mempercayai kebolehan diri saya.

Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
https://www.scribd.com/doc/98725635/Panduan-Kerja-Kursus-Pendidikan-Moral-2012-Www-
mystudyguide-net

http://cikgunurdin.blogspot.com/2011/02/kerja-kursus-pendidikan-moral-spm-folio.html

MENANAM POKOK DI BLOK JUNIOR


Pada 13 Mei 2015, bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, saya bersama-sama
dengan beberapa pelajar Pendidikan Moral yang lain telah melakukan satu aktiviti kerja amal
iaitu menanam pokok di blok junior SM Sung Siew. Aktiviti ini bermula lebih kurang pada
pukul 1.30 petang selama satu hari sahaja. Kerja amal ini diiringi oleh guru Pendidikan Moral
kami sendiri juga.
Objektif kerja amal ini adalah untuk menghiasi dan menceriakan kawsan sekolah.
Seterusnya adalah untuk mengukuhkan lagi nilai-nilai seperti menyayangi dan menghargai
alam sekitar serta kemapanan alam sekitar dalam atma para pelajar. Kerja amal ini juga
adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan Moral peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk menghadirkan
diri dan menyertai aktiviti ini pada hari tersebut. Saya juga turut menyumbangkan idea
untuk mengagihkan tugas dalam kumpulan. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, semua ahli
kumpulan bersifat rajin dan melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta
mempunyai sikap kerjasama yang amat baik. Kepimpinan saya dalam usaha untuk
menjayakan aktiviti ini telah dapat mengawal keadaan kerana semua ahli kumpulan saya
mengamalkan sikap toleransi. Aktiviti seperti ini juga telah berjaya menimbulkan perasaan
prihatin kami terhadap keceriaan persekitaran sekolah dan isu-isu alam sekitar.
Daripada aktiviti kerja amal ini, saya telah insaf akan sikap saya yang tidak
mengendahkan keceriaan persekitaran sekolah. Hal ini telah menimbulkan satu kesedaran
dalam diri saya secara tidak langsung. Kerja amal ini telah membantu saya mengalami
perubahan sikap yang boleh dijadikan sebagai iktibar agar sentiasa berusaha mengekalkan
kualiti alam sekitar di samping mengekalkan keceriaan persekitaran sekolah.

Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
MEMBANTU NENEK MEMASAK
MAKAN MALAM

Pada 2 Julai 2016, bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, saya bersama-sama
keluarga saya bermakan malam di rumah nenek saya. Saya dan adik-beradik saya yang lain
telah membantu nenek saya memasak makan malam.
Objektif kerja amal ini adalah untuk membantu nenek saya memasak makan malam.
Kerja amal ini juga adalah bagi memenuhi kehendak kerja kursus Pendidikan Moral
peringkat SPM.
Saya telah menyumbangkan tenaga dan meluangkan masa untuk membantu nenek
saya memasak makan malam. Saya juga turut menyumbangkan idea untuk memasak
makanan yang berkhasiat. Sepanjang aktiviti itu dijalankan, saya bersikap rajin dan
melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab serta mempunyai sikap kerjasama yang
amat baik dengan nenek saya. Kepimpinan saya dalam usaha untuk menyiapkan masakan ini
telah dapat mengawal keadaan kerana kami mengamalkan sikap toleransi dan dapat
menyiapkan semua jenis masakan dalam masa yang singkat. Aktiviti seperti ini juga telah
berjaya menimbulkan perasaan prihatin kami terhadap hubungan silaturahim antara kami.
Daripada aktiviti ini, saya telah insaf akan sikap saya yang tidak mempercayai
kebolehan diri saya selama ini. Hal ini telah menimbulkan satu kesedaran dalam diri saya
secara tidak langsung. Kerja amal ini telah membantu saya mengalami perubahan sikap dan
boleh dijadikan sebagai iktibar untuk bertolak ansur dengan orang lain dan mempercayai
kebolehan diri saya.

Disediakan oleh,

(VEROHA JULNI)
Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan kerja kursus Pendidikan Moral
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Misalnya, tugasan-tugasan harian
yang saya tulis ini mengajar saya untuk berpandangan jauh, berfikiran matang dan rasional
untuk meningkatkan produktiviti negara. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara
menghormati dan bertolak ansur dengan perbezaan agama, bangsa, budaya dan adat resam
agar dapat hidup bersatu padu dalam Malaysia.

Melalui kerja-kerja amal pula, saya sedar bahawa saya perlu yakin akan kebolehan
diri dan tidak bergantung harap kepada orang lain. Seterusnya, keinsafan saya telah mengajar
saya tentang pentingnya alam sekitar yang terjaga kepada manusia, di samping bagi
mengekalkan keseimbangan ekosistem. Lebih-lebih lagi, saya telah mempelajari mengenai
kepentingan kerjasama dalam membuat sesuatu. Akhir sekali, kerja-kerja amal tersebut telah
membantu saya mengalami perubahan sikap dalam semua aspek.

Anda mungkin juga menyukai