Anda di halaman 1dari 2

Ciri-Ciri Guru Cemerlang

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan
pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai
seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulia
oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua
aspek utama iaitu:

1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau
humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar,
pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti
dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru
Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan
dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 

1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

 Nilai kendiri yang positif


 Berakhlak mulia
 Adil
 Bertimbang rasa
 Amanah
 Bertanggung jawab
 Kreatif
 Inovatif
 Kemas
 Sikap sedia berkongsi
 Bersikap terbuka
 Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan


kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

 Mengamalkan budaya ilmu


 Berkebolehan menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan yang rasional serta objektif
 Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga
guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan
dengan komunikasi:

 Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.


 Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
 Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
 Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

 Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
 Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,
seminar, bengkel.
 Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada
pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

 Adil
 Sabar
 Tegas
 Konsep kendiri positif
 Kesungguhan
 Mesra
 Prihatin
 Kerjasama
 Menepati masa
 Bertanggung jawab
 Berakhlak mulia
 Kecindan (unsur jenaka)

Anda mungkin juga menyukai