Anda di halaman 1dari 3

Peranan Teknologi Dalam Pendidikan

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik
kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan
yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru
dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya
dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di
fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam
80858_toomuchmenjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru
dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru
dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu
subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan
pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa
perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat
terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang
berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi
terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,
memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan
pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses
pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan
saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan
menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti
penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan
mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu
menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang
pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama
dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid
dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya
melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid
akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat
segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap
sistem yang diajar menggunakan ICT.

Anda mungkin juga menyukai