Anda di halaman 1dari 45

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat


1. Sub Tugasan 1 –
sesi latihan pengajaran selama 15 minit.
2. Refleksi Sub Tugasan 1-
 Gan Jiun Leong
 Tan Yee Ching
 Tay Jing Chan
 Teoh Yee Xien

3. Sub Tugasan 2-
sesi pengajaran Makro selama 30 minit

4. Bahan ICT ( Power Point)


5. Refleksi Sub Tugasan 2-
 Gan Jiun Leong
 Tan Yee Ching
 Tay Jing Chan
 Teoh Yee Xien

6. Bibliografi
7. Lampiran
Sub
Tugasan 1
Mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral dalam satu sesi latihan pengajaran selama 15 minit.

Kaedah Penyelesaian Masalah

Pendekatan Rasional

Pembelajaran Aktif/ Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif

Fasa/ Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan


masa
15 Penjelasan Nilai 1. Guru menerangkan nilai “baik ABM:
minit dan Penyelesaian hati” dengan mengemukakan Gambar,
Masalah situasi yang berkenaan Kertas
Mahjong
dengan nilai tersebut.
Definisi Nilai “Baik 2. Guru membahagikan murid KBKK:
Hati” kepada 3 kumpulan untuk Menghubung
 Sikap yang menjalankan aktiviti kait
sentiasa perbincangan.
mengambil berat 3. Guru memberikan situasi NilaiMurni:
perasaan dan kepada ketiga-tiga kumpulan Bekerjasama,
kebajikan orang tersebut. Kasih
lain secara tulus 4. Guru meminta murid untuk Sayang,
ikhlas. Sikap membaca soalan dengan teliti. Rasional,
baik hati ini 5. Guru meminta murid untuk Baik hati
boleh dilihat membuat analisis dan
dengan menilai mengeluarkan pendapat
tindak-tanduk terhadap kedua-dua kesan
seseorang situasi.
terhadap orang 6. Murid-murid berbincang dalam
lain. kumpulan dan menuliskan
hasil perbincangan serta
pilihan terakhir mereka pada
Contoh situasi kertas mahjong yang
nilai “baik hati”: disediakan dengan pen
Setiap hari Sabtu, marker.
ramai orang akan 7. Guru sebagai fasilitator
melawat ke rumah membimbing murid sepanjang
orang tua untuk aktiviti.
memberi 8. Setiap kumpulan dikehendaki
perkhidmatan menghantar seorang wakil
kepada warga emas murid untuk
secara sukarela. mempersembahkan hasil
Golongan yang perbincangan di depan kelas.
mulia ini terdiri 9. Guru memberi komen
daripada doktor, terhadap pilihan akhir dan
rumah tangga dan analisis murid.
pesara. Mereka
akan menghulurkan
bantuan makanan
dan menghiburkan
mereka dengan
persembahan yang
menarik.

Situasi 1:

Anda berjumpa
dengan seorang
orang kurang
berupaya (OKU)
yang sedang
menjual kraf tangan
hasilan sendiri di
satu majlis. Adakah
anda akan membeli
kraf tangan
tersebut? Kenapa?

Situasi 2:

Anda berjumpa
seorang tua yang
sedang menolak
basikalnya yang
membawa tembikai
yang berat. Adakah
anda akan
menghulurkan
bantuan? Kenapa?

Situasi 3:

Anda menemui
seorang kanak-
kanak yang sesat
jalan semasa
membeli-belah.
Adakah anda akan
menghulurkan
bantuan? Kenapa?
Refleksi
Sub Tugasan 1
Refleksi – GAN JIUN LEONG

Sub tugasan 1

Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan ini


pada masa yang ditetapkan. Dengan hati yang bersukacita, saya ingin
merakamkan sejuta terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami yang
cukup prihatin dan dedikasi, iaitu Encik Mohd. Dzulkifli Bin A.Jalil. Beliau
sentiasa bersedia membantu dengan memberi idea yang cukup bernas kepada
kami. Cara penyampaian pembelajaran beliau juga cukup berkesan dan ini
membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan cekap.

Tajuk kerja kursus bagi mata pelajaran Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
Pendidikan Moral (ELM3102) ialah kita diminta mengaplikasikan strategi dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam satu sesi latihan
pengajaran selama 15 minit. Semasa saya mendapatkan kerja kursus tersebut,
saya sangat risau dan takut kerana tajuk tersebut dalam kerja kursus itu tidak
pernah saya sentuhkan sebelum ini. Selain itu, saya juga tidak mempunyai
pengetahuan tentang strategi dan kaedah pengajaran dalam subjek Pendidikan
Moral. Saya amat bersyukur kerana saya telah menyiapkan kerja kursus ini
dalam masa yang diberi oleh pensyarah kelas kita.

Sebelum mendapatkan soalan kerja kursus tersebut, kebanyakkan rakan-


rakan telah mengambil kesempatan berbincang dengan pensyarah kami tentang
cara pelaksanaan tugasan tersebut. Pada mulanya, pensyarah kami memberi
penjelasan tentang strategi dan kaedah pengajaran kepada kami untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Hal ini sebab pensyarah kami berasa
kefahaman tentang strategi dan kaedah pengajaran adalah amat penting dalam
pelaksanaan sub-tugasan tersebut dan beliau juga ingin kami boleh
melaksanakan tugasan dengan baik. Kerja kursus ini merupakan satu tugasan
secara kumpulan. Berdasarkan permintaan kertas kerja, kami telah dibahagikan
kepada 4 orang dalam satu kumpulan. Ahli kumpulan kami terdiri daripada Gan
Jiun Leong, Tan Yee Ching, Tay Jing Chan dan Teoh Yee Xien.
Kumpulan saya diberi tajuk Kaedah Penyelesaian Masalah. Seterusnya
saya akan membuat refleksi individu tentang pengalaman melaksanakan latihan
pengajaran dan menghuraikan kekuatan dan kelemahan kaedah yang
diaplikasikan serta cadangan penambahbaikan. Semasa aktiviti memilih
perancangan terdapat beberapa perkara yang menerjah kotak fikir saya, iaitu
saya tidak mengetahui kaedah penyelesaian masalah secara mendalam, dengan
ini saya telah melayari laman web untuk mendapat maklumat yang selanjutnya.
Saya telah mendapati kaedah penyelesaian masalah mempunyai pelbagai jenis
kegunaan dan dapat membawa manfaat yang banyak kepada murid. Maka
kaedah tersebut mempunyai cara pelaksanaan yang ditetapkan, bukannya
begitu senang dalam menggunakan dalam rancangan pengajaran.

Seterusnya saya dan ahli kumpulan saya merancang satu Rancangan


Pengajaran Harian (RPH) dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.
Manakala saya mendapati kumpulan kami masih tidak berapa mahir dalam
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengandung kaedah
penyelesaian masalah kerana kekurangan pengalaman. Namun, saya akan
berlatih sehingga mahir kerana kaedah penyelesaian masalah adalah sesuatu
kaedah yang popular serta dapat meningkat kualiti aktiviti pengajaran saya.

Di samping itu, saya dan ahli kumpulan saya juga berfikir apakah
pendekatan dan kemahiran pembelajaran yang sesuai dapat ditambah masuk
dalam rancangan pengajaran harian kami. Selepas mengadakan perbincangan,
saya dan ahli kumpulan telah membuat keputusan, iaitu memilih pendekatan
rasional dan pembelajaran Aktif serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dalam rancangan pengajaran harian kami. Dalam rancangan pengajaran harian,
nilai yang dipilih adalah ‘baik hati’. Kami membahagikan murid-murid kepada 3
kumpulan dan memberi mereka beberapa situasi untuk membuat perbincangan.
Kertas ‘Mahjong’ akan diedarkan kepada murid-murid untuk mereka menulis
hasil perbincangan dan mereka akan mempersembahkan hasil perbincangan di
depan kelas.
Jika diteliti betul-betul, kekuatan kaedah penyelesaian masalah ini ialah
murid-murid berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan,
meningkatkan kemahiran dan meransang minda mereka untuk lebih kreatif
dan kritis. Di samping itu, murid-murid dapat belajar untuk merancang
strategi dan perancangan yang sesuai bagi memastikan setiap masalah
atau situasi yang diberikan dapat diselesaikan. Ini kerana salah satu ciri-ciri
penyelesaian masalah ialah memerlukan beberapa perancangan strategi dan
juga pemilihan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dan
kebiasaan perancangan strategi dan kaedah yang dipilih itu bergantung kepada
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran sedia ada pelajar dan kefahaman
masalah yang berkenaan.

Manakala kaedah penyelesaian masalah turut dapat mewujudkan


suasana pengajaran yang berpusatkan murid, dengan ini murid akan bertindak
proaktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid akan berasa bangga
dan semangat kerana mereka diri sendiri tidak diabaikan oleh guru sebalinya
dihargai oleh guru dalam proses aktiviti pengajaran.

Walau bagaimanapun, kaedah ini juga mempunyai kelemahannya.


Sebagai contohnya aktiviti penyelesaian masalah ini akan mengambil masa yang
agak panjang, maka guru terpaksa mempercepatkan pengajaran. Keadaan ini
mungkin menyebabkan guru tidak dapat menghabiskan proforma pembelajaran.
Selain itu, kaedah ini tidak amat sesuai untuk murid yang kurang kemahiran
berfikir, hal ini demikian kerana mereka tidak memahami situasi yang diberi dan
tidak idea untuk menyelesaikannya. Guru juga susah perasan sesetengah murid
yang tidak memberi kerjasama dalam perbincangan.

Sekalipun terdapat beberapa kelemahan, namun kelemahan ini boleh di


atasi dengan cadangan penambahbaikan seperti berikut pada masa akan datang
iaitu guru mesti membuat perancangan awal dengan mengira masa yang perlu
untuk menjalankan aktiviti penyelesaian masalah. Hal ini sebab kaedah
penyelesaian masalah mempunyai banyak proses-proses hendak dijalankan
semasa menyelesaikan masalah atau situasi yang dihadapi itu. Pada masa yang
sama, guru memainkan peranan penting dalam menggalakkan murid yang malu
supaya bersama-sama terlibat dalam perbincangan yang diadakan. Guru juga
boleh mengelilingi setiap kawasan kelas untuk memastikan semua murid terlibat
dalam perbincangan.

Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah merupakan kaedah yang


paling berkesan jika berbanding dengan kaedah lain. Dengan ini, saya yang
sebagai seorang guru mesti mengambil kesempatan ini dengan menggunakan
kaedah tersebut sebanyak mungkin dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
pada masa depan agar mendatangkan kebaikan kepada murid.
Refleksi – TAN YEE CHING

Sub tugasan 1
Refleksi – TAY JING CHAN

Sub tugasan 1

Saya telah menerima kerja kursus pendek untuk subjek Pengenalan


kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Kod ELM 3102 Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan ini daripada pensyarah saya iaitu, En. Mohd. Dzulkifli bin A.
Jalil. Pada permulaanya, saya berasa keliru tentang apa yang dikendaki dalam
kerja kursus ini kerana saya kurang faham dengan tugasan yang diberi. Namun,
selepas penerangan dan bimbingan En. Dzulkifli, saya telah memahami konsep
dan kehendak untuk kerja kursus ini.
Kaedah yang kumpulan saya menggunakan bagi pengajaran kami adalah
Kaedah Penyelesaian Masalah. Saya telah merujuk kepada banyak buku rujukan
dan laman web tentang Kaedah Penyelesaian Masalah.
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan
seseorang berfikir secara kreatif dna kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan
langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Ee Ah Meng (1997), proses
penyelesaian masalah bermula dengan peringkat mengenal pasti masalah diikuti
dengan mencari maklumat yang berkaitan. Murid-murid harus membuat hipotesis
iaitu membuat ramalan dan menguji hipotesis tersebut dalam peringkat tiga dan
empat. Dalam peringkat yang akhir pula, murid-murid dikehendaki membuat
penilaian dan rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan.
Dalam rancangan pengajaran sepanjang 15 minit ini, kami menyelitkan 3
situasi yang berbeza bagi murid-murid yang telah dibahagikan kepada 3
kumpulan. Murid-murid harus memahami gambar yang diberikan. Ini merupakan
proses mengenal pasti masalah. Seterusnya, mereka boleh mencari maklumat
iaitu fikir tentang pengalaman kehidupan seharian mereka yang lepas. Kemudian
mereka boleh membuat ramalan seperti memberi pendapat ‘Adakah mereka
akan melakukan perlakuan tertentu apabila menghadapi masalah sebegini? ’ dan
fikir akan kesan yang mungkin didatangkan sekiranya melakukan atau tidak
melakukan perlakuan tersebut untuk menguji hipotesis itu. Akhirnya, mereka
harus mengambil tindakan yang sesuai dengan menjelaskan sebab dan
membuat sesuatu rumusan terhadap tindakan yang diambil itu.
Kami menghadapi beberapa masalah dalam penghasilan rancangan
pengajaran ini terutamanya semasa ingin memilih situasi yang sesuai untuk
murid-murid sekolah rendah. Situasi yang kami pilih mestilah sesuai dengan
tahap kognitif mereka dan berkemungkinan berlaku dalam kehidupan seharian
mereka. Akhirnya kami memilih situasi OKU menjual kraf tangan, pak cik
menolak basikal yang berat dan seorang kanak-kanak sesat jalan dalam pusat
membeli belah. Kami dapat menguji reaksi murid-murid melalui cara
penyelesaian yang diambil oleh mereka apabila menghadapi masalah ini.
Saya berpendapat bahawa situasi-situasi yang dihadapi boleh
diperbanyakkan supaya murid-murid boleh cuba fikir dan jawab situasi-situasi
yang berlainan. Selain itu, seseorang guru juga harus menekankan jalan
penyelesaian murid-murid haruslah dengan sikap yang positif.
Pada pendapat saya, kekuatan kaedah penyelesaian masalah
termasuklah ia merupakan pembangunan kurikulum dan sistem pendidikan yang
serentak membangunkan kedua-dua strategi penyelesaian masalah dan
pengetahuan disiplin asas dan kemahiran pelajar dalam penyelesaian
masalah. Dengan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid dapat mengerakkan minda mereka secara aktif.
Kaedah penyelesaian masalah menyediakan peluang kepada pelajar-
pelajar untuk mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang baru
dipelajari. Contohnya, dengan menyelesaikan situasi yang kami selitkan dalam
rancangan 15 minit itu, murid-murid dapat mengaplikasikan nilai baik hati yang
dipelajari. Selain itu, kaedah penyelesaian masalah juga menggalakkan
pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional. Murid-murid yang pendiam juga
harus member pendapat dalam perbincangan kumpulan. Jawapan yang
munasabah boleh diterima, oleh itu murid-murid usah berasa takut apabila jawab
soalan. Mereka boleh memberi apa-apa pendapat yang mereka fikirkan sesuai.
Dengan ini, sifat keyakinan murid-murid dapat dibina.
Di sebaliknya, saya berpendapat bahawa kelemahan kaedah
penyelesaian masalah adalah tidak sesuai untuk murid-murid tahap rendah
kerana tahap kognitif mereka masih tidak sesuai untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa kaedah ini
mungkin akan membosankan murid-murid kerana ramai murid-murid bersifat
pendiam dan tidak suka mengeluarkan pendapat. Jawapan yang diberi tidak
dikira betul atau salah, oleh itu murid-murid tidak dapat memperoleh kepuasan
menjawab soalan.
Konklusinya, saya berpendapat bahawa kaedah penyelesaian masalah
tetap satu kaedah yang berkesan untuk mengerakkan minda murid-murid secara
aktif, kritis, dan kreatif. Saya akan banyak menggunakan kaedah ini dalam
pengajaran saya pada masa depan.
Refleksi – TEOH YEE XIEN

Sub tugasan 1

Akhirnya, saya dapat siapkan tugasan Pendidikan Moral kedua dengan


begitu berjaya. Pada mulanya, dalam menjalankan tugasan ini, saya berasa
amat keliru terhadap teknik, strategi kaedah dan pendekatan tpengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Kefahaman saya terhadap keempat-empat
perkataan ini hampir sama.

Saya pun membaca balik nota Pendidikan Moral yang dibagi oleh pensyarah.
Saya mendapati keempat-empat perkataan ini membawa maksud yang berbeza.
Teknik adalah suatu cara dalam pendekatan pengajaran pembelajaran. Guru
Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru yang bijak memilih teknik
pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dan melaksanakannya dengan
bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat. Manakala, pendekatan
merujuk kepada bagaimana proses pengajaran dilakukan. Strategi ialah langkah
yang diambil untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik
dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan
diajar. Di samping, kaedah ialah cara yang digunakan untuk menyampaikan
pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain.

Kaedah penyelesaian masalah yang saya kaji dalam tugasan ini termasuk
dalam teknik pengajaran moral. Teknik ini digunakan untuk menyelesaikan
pelbagai masalah harian. Tema yaang saya jalankan ialah nilai baik hati. Dalam
aktiviti pengajaran yang saya rancang, saya telah membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan. Hal ini demikian dapat memupuk kerjasama antara murid.

Dalam kumpulan murid-murid, saya akan memberi situasi masalah kepada


setiap kumpulan. Situasi-situasi ini adalah masalah yang kita sering hadapi
dalam kehidupan seharian. Misalnya, situasi melihat seorang budak kecil sesat
di pusat beli-belah atau melihat seorang kurang upaya sedang menjual hasil kraf
tangannya. Tujuan adalah untuk menanam amalan sikap baik dalam jiwa murid-
murid melalui situasi –situasi ini.

Kemudian, perbincangan akan diadakan dalam kumpulan masing-masing


untuk mencari penyelesaian untuk setiap situasi. Perbincangan membawa
banyak kebaikan terhadap murid. Menurut Ee Ah Meng (1997) di dalam bukunya
Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran terbitan Fajar Bakti ada menyatakan
bahawa kaedah perbincangan ini merupakan satu aktiviti di mana individu-
individu dapat berinteraksi antara satu sama lain serta berkongsi maklumat
tentang sesuatu masalah dengan tujuan mencari suatu penyelesaian.
Perbincangan adalah berfaedah bagi pelajar-pelajar kerana mereka dapat
mengemukakan idea dan bertukar-tukar pendapat.

Walaubagaimanapun, kaedah penyelesaian ini ada keburukannya sendiri


sekiranya guru itu tidak mengaplikasikannya dengan betul. Keburukan
pendekatan ini ialah, murid cenderung untuk memikirkan kepentingan orang lain
terlebih dahulu sebelum diri mereka. Kemungkinan murid akan meminggirkan
kepentingan diri sendiri demi menjaga kepentingan orang lain. Misalnya,murid
akan mencuri duit bapanya demi ingin membeli kraf tangan orang kurang upaya
tersebut. Dia sudah salah guna baik hatinya sendiri. Selain itu, murid tahun
rendah mungkin akan tidak pedulikan keselamatan sendiri untuk menyelamatkan
nenek yang menolak basikal yang membawa tembikai yang berat.

Selain itu, jika guru memilih untuk melaksanakan pendekatan ini, guru
haruslah menggabungkannya dengan pendekatan yang lain agar sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih seimbang. Ini kerana pendekatan ini tidak
menggunakan penggabungjalinan pendekatan kognitif, fizikal dan sosial.

Melalui tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan


mengenai pendekatan penyelasaian moral dalam pengajaran moral. Pendekatan
ini ada kebaikan dan keburukan. Sebagai bakal guru, saya harus menggunakan
pelbagai pendekatan yang sesuai dalam pengajaran supaya murid-murid dapat
belajar dengan seronok.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah moral saya En. Dzulkifli yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan ahli
kumpulan saya, Tay Jing Chan, Tan Yee Ching dan Gan Jiun Leong yang telah
sama-sama bertungkus lumus mencari material dan bertukar pendapat bagi
memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sebaiknya.
Sub
Tugasan 2
Tahun: 4 Bestari

Tarikh: 15 Ogos 2013

Masa: 8.30 – 9.00 am

Bilangan murid: 30

Nilai: 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

Tema: Kasih sayang sesama anggota keluarga

Tajuk: Bab 7 – Saya Cinta Keluarga Saya

Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga demi melahirkan keluarga
bahagia.

Contoh sentiasa sayang-menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga.

Isu/ Situasi: Kita harus sentiasa hormat-menghormati, bantu-membantu dan sayang sesame ahli keluarga.

Objektif: Pada akhir P&P, murid dapat:

i. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 cara saling menghormati. (Pemikiran moral)


ii. Menunjukkan nilai kasih sayang sesama ahli keluarga (Tingkah laku moral)
iii. Menghayati nilai kasih sayang terhadap keluarga. (Perasaan Moral)

Pengetahuan sedia ada:Murid-murid menyayangi anggota keluarga dengan menjalinkan hubungan yang baik dan mesra
sesama anggota keluarga.

Pendekatan: Pemupukan nilai: Menekankan kepentingan mengamalkan nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Konstruktivisme: Sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga semasa berada di rumah atau
semasa beraktiviti dengan keluarga.

Kecerdasan pelbagai: Murid sambil bermain permainan stesen sambil menjiwai nilai.

Kemahiran Generik: Menghubungkait, Memerhati, Aplikasi, Merumus

Alat Bantu Mengajar: Komputer, Projektor, Kertas A3, Gambarsituasi, Kertas A4, Sticker, Kertaswarna, Crayon,
Pensilwarna, Marker pen, Ballpen, Puzzle, Gum, Gunting, Kertaslatihan

Fasa/ Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan


Masa
Set Video 1. Guru menayangkan video ABM: Komputer,
Induksi Lirik lagu: “Saya cintai keluargaku”. Projektor
(+5minit) 我爱我的家 2. Guru meminta murid-murid KBKK:
弟弟爸爸妈妈 mendengar lirik lagu dengan Menghubungkait
爱是不吵架 teliti sambil menyanyi. Nilai Murni: Kasih
家庭所有繁杂
3. Guru mengadakan sesi soal sayang terhadap
我爱我的家 jawab dengan murid. keluarga,
儿子女儿我亲爱的她 “Adakah murid-murid berasa Bekerjasama
爱就是付出 seronok semasa menyanyi?”
让家不缺乏 “Apakah yang murid-murid
让爱天天住你家 faham tentang lirik lagu ini? ”
让爱天天住我家 4. Guru memperkenalkan tajuk
不分日夜秋冬春夏
全心全意爱我们的家
dan nilai yang hendak diajar.
让爱天天住你家
让爱天天住我家 
充满快乐拥有平安
让爱永远住我们的家

我爱我的家
弟弟爸爸妈妈 
爱是不嫉妒
弟弟有啥我有啥
我爱我的家
儿子女儿我的他
爱就是感谢
不记任何代价
我爱我的家
儿子女儿我亲爱的她 
爱就是珍惜时光和年华常常陪我玩耍
我爱我的家
儿子女儿我的他
爱就是忍耐
Langkah 1. Guru meminta murid-murid
1 untuk membaca petikan buku
(+2 teks.
minit) 2. Guru bertanya soalan tentang
teks dan gambar supaya
murid-murid dapat memahami
kandungan teks tersebut.
 “Apakah suasana
keluarga yang
ditunjukkan dalam
sajak ini?”
 “Bagaimanakah
hubungan antara ahli
keluarga?”
 “Adakah anda suka
akan keluarga yang
ditunjukkan dalam teks
ini? Kenapa?”
Langkah 1. Guru membahagikan murid- ABM: Kertas A3,
2 murid kepada 5 kumpulan Gambarsituasi
(+7 supaya mereka dapat KBKK:
minit) membincang tentang situasi Menghubungkait
berikut: Nilai Murni: Kasih
 Apabila nenek sakit… sayang terhadap
 Apabila bapa sibuk keluarga,
bekerja… Bekerjasama
 Apabila adik belajar
melayari internet…
 Apabila adik
menangis…
 Apabila datuk
berehat…
2. Guru meminta murid-murid
membentangkan hasil
perbincangan mereka di
depan kelas.
3. Guru bertindak sebagai
fasilitator untuk membimbing
murid.
4. Guru memberi latihan kepada
murid-murid disiapkan di
rumah.
Langkah Stesen 1: 1. Murid-murid dibahagikan ABM: Kertas A4,
3 Puzzle kepada 6 kumpulan untuk Sticker, Kertas
(+12 menjalankan permainan warna, Crayon,
minit) stesen. Pensil warna,
2. Murid-murid berperanan Marker pen,
sebagai ayah, emak, abang, Ballpen, Puzzle,
kakak, dan adik dalam Gum, Gunting
permainan stesen ini. KBKK:
3. Murid-murid dikehendaki Memerhati,
untuk menyempurnakan Menghubungkait
puzzle di Stesen 1. Nilai murni:
4. Pemenang pertama dan Bekerjasama,
kedua menyempurnakan Berhemah tinggi,
puzzle boleh mendapat sticker Hormat-
dan 3 kertas warna, kumpulan menghormati,
ketiga dan keempat boleh Mematuhi arahan
mendapat 2 kertas warna,
kumpulan kelima dan
terakhirhanya mendapat 1
kertas warna.
5. Seterusnya, murid-murid
Keluarga Hello Kitty meneruskan stesen 2, iaitu
mengisi tempat kosong dalam
pohon keluarga.
6. Pemenang pertama dan
kedua melengkapkan pohon
keluarga boleh mendapat
crayon, kumpulan ketiga dan
keempat boleh mendapat
pensil warna, kumpulan
kelima dan terakhir hanya
mendapat marker pen dan ball
pen yang berwarna merah,
biru, hitam sahaja.
7. Murid-murid yang mendapat
Keluarga Crayon Sin Chan alat-alat mereka meneruskan
ke stesen 3 untuk
menghasilkan Kad Keluarga.
8. Murid-murid akan mendapat
kertas A4 di Stesen 3 untuk
menghasilkan Kad Keluarga.
9. Guru mengukuhkan nilai
Kasih Sayang terhadap
Keluarga melalui aktiviti ini.

Keluarga Lion King

Keluarga Simpson
Keluarga Atashin’chi

Keluarga Chibi Maruko-Chan


Stesen 2: Pohon Keluarga

Penutup 1. Murid dapat menjawab ABM: Kertas


(+4 sekurang-kurangnya 2 cara latihan
minit) saling hormat-menghormati KBKK:
antara ahli keluarga. Menghubungkait,
2. Guru menyuruh murid-murid Aplikasi,
untuk membuat rumusan Merumus
tentang nilai yang telah Nilai murni:
dipelajari pada hari ini dan Mematuhi arahan
menekankan kepentingan nilai
tersebut.
Refleksi
Sub Tugasan 2
Refleksi – GAN JIUN LEONG

Sub tugasan 2

Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan ini


pada masa yang ditetapkan. Dengan hati yang bersukacita, saya ingin
merakamkan sejuta terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami yang
cukup prihatin dan dedikasi, iaitu Encik Mohd. Dzulkifli Bin A.Jalil. Beliau
sentiasa bersedia membantu dengan memberi idea yang cukup bernas kepada
kami. Cara penyampaian pembelajaran beliau juga cukup berkesan dan ini
membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan cekap.

Tajuk kerja kursus bagi mata pelajaran Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
Pendidikan Moral (ELM3102) ialah kami diminta merancang satu sesi
pengajaran Makro selama 30 minit dengan penglibatan semua ahli
kumpulan sebagai guru. Penekanan kemahiran mikro ditekankan secara
langsung semasa sesi makro. Kami juga hendaklah menyediakan
rancangan pengajaran harian serta bahan bantu menggunakan ICT.
Semasa saya mendapatkan kerja kursus tersebut, saya sangat risau dan takut
kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam penghasilan rancangan
pengajaran harian (RPH) dalam subjek Pendidikan Moral. Saya juga amat risau
tentang strategi atau pendekatan yang saya guna dalam rancangan pengajaran
harian itu adalah betul atau salah. Saya amat bersyukur kerana saya telah
menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang diberi oleh pensyarah kelas kita.

Sebelum mendapatkan soalan kerja kursus tersebut, kebanyakkan rakan-


rakan telah mengambil kesempatan berbincang dengan pensyarah kami tentang
cara pelaksanaan tugasan tersebut. Pada mulanya, pensyarah kami memberi
penjelasan tentang cara penghasilan rancangan pengajaran harian yang baik.
Hal ini sebab pensyarah kami berasa kefahaman tentang langkah pengajaran
adalah amat penting dalam rancangan pengajaran harian. Kerja kursus ini juga
merupakan satu tugasan secara kumpulan. Berdasarkan permintaan kertas
kerja, kami telah dibahagikan kepada 4 orang dalam satu kumpulan. Ahli
kumpulan kami terdiri daripada Gan Jiun Leong, Tan Yee Ching, Tay Jing Chan
dan Teoh Yee Xien.

Selepas mempunyai kumpulan, saya dan ahli kumpulan pun pergi ke


pusat sumber untuk meminjam buku teks Pendidikan Moral sekolah rendah.
Namun begitu, buku teks Pendidikan Moral itu telah banyak dipinjam oleh
kumpulan-kumpulan lain. Pada masa itu, saya dan ahli kumpulan sangat gelisah
sebab tidak dapat meminjam buku teks untuk menggunakan dalam penghasilan
rancangan pengajaran harian. Jadi, kami pun meminta bantuan daripada senior-
senior yang mengambil subjek minor Pendidikan Moral dan akhirnya kami telah
mendapatkan ssebuah buku teks Pendidikan Moral Tahun 4. Setelah kami
mendapat buku teks, kami pun berbincang bersama-sama untuk memilih nilai-
nilai yang hendak diajar.

Dalam rancangan pengajaran harian, kami telah menyediakan banyak


aktiviti yang menarik bagi murid-murid kami, contohnya ialah menyanyi lagu,
permainan stesen dan lain-lain. Idea-idea tersebut dicetuskan kerana kami ingin
menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang tidak sama dengan
kumpulan lain. Selepas menghasilkan draf tugasan tersebut, kami pun
menghantar kepada pensyarah untuk membuat semak. Pensyarah juga banyak
memberi cadangan yang baik kepada kami. Saya dan ahli kumpulan
mengadakan satu perbincangan lagi untuk menambahbaikkan rancangan
pengajaran harian kami dan bersiap sedia untuk membuat aktiviti pengajaran
mikro. Kita sedia maklum, pengajaran mikro ini memberi peluang kepada kami
untuk melaksanakan pengajaran yang telah kami rancang. Melalui pengajaran
mikro, kami berpeluang untuk mengenalpasti suasana pembelajaran yang
sebenar serta masalah-masalah yang mungkin wujud dalam pengajaran
tersebut.

Sepanjang proses pengajaran, kami sangat risau kerana takut membuat


kesilapan semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro. Namun begitu, saya
dan ahli kumpulan masih berusaha untuk memenuhi kewajipan diri sendiri dalam
setiap langkah-langkah pengajaran. Kawan-kawan dalam kelas juga memberi
kerjasama kepada kami dengan menjawab soalan-soalan yang ditanya semasa
proses pengajaran sedang dijalankan. Selepas menghabiskan aktiviti pengajaran
makro dan mikro, pensyarah pun memberi komen-komen dan cadangan
penambahbaikan kepada kumpulan kami. Beliau juga memuji aktiviti-aktiviti
pengajaran kami sangat istimewa dan menarik.

Selepas saya menyelesaikan tugasan itu, saya telah memperolehi banyak


pengetahuan. Pengetahuan yang saya dapat ialah menghasilkan rancangan
pengajaran harian dalam subjek Pendidikan Moral. Sebelum mendapatkan
tugasan Pendidikan Moral tersebut, saya hanya mempunyai pengalaman dalam
menghasilkan RPH dalam major subjek – Bahasa Cina sahaja. Melalui tugasan
tersebut, saya telah mendapati bahawa RPH Pendidikan Moral dan RPH Bahasa
Cina mempunyai sedikit perbezaan. Selain itu, saya juga belajar cara membuat
alat bantu mengajar. Tidak kurang juga, saya lebih memahami pelbagai kaedah,
pendekatan serta strategi dan mengetahui cara untuk menggunakannya dalam
proses P&P. Di samping itu, saya telah mendapati bahawa nilai berkerjasama
dan bersabar adalah penting dalam menyelesaikan tugasan. Ahli kumpulan saya
telah memberi bantuan untuk menghasilkan kerja kursus dengan efektif. Nilai
bersabar amat penting dalam satu kumpulan kerana pendapat yang berbeza
akan wujud dan kami perlulah menghormati pendapat orang lain.

Selain itu, saya juga dapat mengesan kekuatan dan kelemahan. Kekuatan
saya ialah menghargai masa dan bekerjasama dengan orang lain. Saya juga
mampu untuk menghasilkan draf secepat mungkin untuk dikaji semula oleh
pensyarah. Tambahan pula, saya juga menerima pandangan rakan-rakan
walaupun mereka adalah kumpulan yang berbeza dengan saya.

Kelemahan saya adalah sikap yang tidak sabar. Saya selalu


menyelesaikan kerja dengan cepat tanpa kira ia adalah betul atau salah. Oleh
itu, saya akan memeriksa kerja saya sebelum percetakan untuk mengelakkan
kesilapan berlaku. Pada masa yang sama, saya mengesan bahawa terdapat
banyak kesilapan dan maklumat yang tidak logik dalam draf saya apabila saya
menyemak sekali lagi.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) memainkan peranan yang penting
dalam bidang pengajaran kerana ia merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu
pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci
yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan
memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sebagai guru pada
masa depan, saya berjanji akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang sempurna supaya menjayakan setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran serta mencapai objektifnya.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


saya, Encik Mohd. Dzulkifli Bin A.Jalil kerana beliau telah memberi kita masa
yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan ini dan memberi bantuan kepada
kita apabila kita mempunyai masalah mengenai tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah berbincang dengan
saya.
Refleksi – TAN YEE CHING

Sub tugasan 2
Refleksi – TAY JING CHAN

Sub tugasan 2

Saya telah menerima kerja kursus pendek untuk subjek Pengenalan


kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Kod ELM 3102 Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan ini daripada pensyarah saya iaitu, En. Mohd.
Dzulkifli bin A. Jalil. Pada permulaanya, saya berasa keliru tentang apa yang
dikendaki dalam kerja kursus ini kerana saya kurang faham dengan tugasan
yang diberi. Namun, selepas penerangan dan bimbingan En. Dzulkifli, saya
telah memahami konsep dan kehendak untuk kerja kursus ini.
Sebelum saya memulakan proses menjalankan kerja kursus ini, saya
telah melayari internet dan mencari sumber di pusat sumber. Saya juga
merujuk kepada nota yang dibekalkan oleh pensyarah untuk memperoleh
maklumat yang secukupnya. Bagi menghasilkan rancangan pengajaran
harian yang lebih baik, saya juga merujuk rancangan pengajaran harian
senior supaya dapat memahami cara menulis rancangan tersebut.
Saya mengetahui kelebihan saya adalah kerajinan semasa pencarian
maklumat untuk kerja kursus. Walaupun maklumat-maklumat yang telah saya
peroleh banyak dan mengelirukan, namun saya tetap rajin membaca semua
maklumat yang didapati supaya saya dapat memahami cara menulis
rancangan pengajaran harian. Saya juga rajin berbincang dengan ahli
kumpulan saya bagi mendapat idea yang lebih berkesan dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan
bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi
gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di
tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Oleh
itu, kumpulan saya menggunakan video yang bertemakan ‘Saya cintai
keluarga saya’ yang diselitkan dengan lirik lagu seperti ‘saya sayang keluarga
saya, adik bapa dan emak’ dan ‘saya ingin tinggal di rumah yang bahagia dan
harmoni saya’. Setelah menjalankan aktiviti pengajaran makro dan mikro,
saya berpendapat bahawa set induksi yang dirancang dapat berjaya menarik
minat dan perhatian murid-murid kerana video ini dapat memberi gambaran
keluarga yang bahagia kepada murid-murid. Dengan itu kami meneruskan
pengajaran buku teks dengan lebih lancar.
Dalam langkah 1, saya berpendapat bahawa kami boleh
menambahbaikkan langkah ini dengan membaca teks dan menjelaskan isi
teks dahulu sebelum meminta murid-murid untuk membaca kerana ini dapat
memastikan setiap murid dapat mengenali semua perkataan dan menjawab
soalan yang seterusnya dengan lebih mudah. Hal ini kerana sekiranya guru
tidak baca dahulu, murid-murid mudah berasa keliru dan kadang kala tidak
faham isi teks tersebut.
Dalam langkah kedua pula, saya berpendapat bahawa aktiviti ini adalah
sesuai kerana murid-murid diberikan peluang untuk memberi pendapat dalam
perbincangan antara kumpulan. Ini sesuai dengan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid-murid yang digalakkan pada masa kini.
Aktiviti ini juga menggunakan kecerdasan linguistik dan interpersonal.
Cadangan penambahbaikan yang boleh digunakan adalah murid-murid boleh
diberi peluang memberi pandangan sendiri terhadap situasi berlainan selepas
satu kumpulan membentang bagi memperkayakan isi pembelajaran ini.
Permainan stesen disediakan bagi langkah ketiga bagi mengukuhkan
perasaan cinta akan keluarga dalam sanubari murid-murid. Murid-murid juga
dapat memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan bagi
menyempurnakan tugas di stesen 1 dan stesen 2 untuk mengumpulkan
bahan menghasilkan Kad Keluarga di stesen 3. Kelebihan aktiviti permainan
stesen ini adalah menarik dan menyeronokkan. Kami berasa bangga dan
gembira kerana mendapat pujian En. Dzulkifli yang mengatakan bahawa
permainan yang kami rancangkan ini adalah amat kreatif dan berbeza
dengan kumpulan lain.
Bagi penutup pengajaran mikro dan makro ini, murid-murid diminta
menyatakan cara menyayangi ahli keluarga dan merumuskan nilai yang
dipelajari dalam kelas tersebut. Cadangan penambahbaikan yang boleh
digunakan adalah guru haruslah berperanan sebagai pembimbing untuk
membetulkan pendapat murid-murid dan murid-murid haruslah mencatat apa
yang dibincangkan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan terhadap nilai ini.
Setelah menjalankan pengajaran mikro dan makro, saya telah mengesan
Bahasa Melayu saya kurang memuaskan kerana saya berasa susah apabila
ingin berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan murid-murid. Saya
bertekad untuk berkawan dan berbual-bual dengan orang Melayu dengan
lebih kerap supaya tahap komunikasi Bahasa Melayu saya dapat meningkat.
Selain itu, saya juga mengesan bahawa kesuntukan masa semasa mengelola
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kami rancang terutamanya dalam
langkah 1 dan langkah 3. Pada pendapat saya, video yang ditayangkan
dalam set induksi boleh dipendekkan supaya masa menjadi lebih mencukupi
bagi langkah yang lebih penting ini.
Walaubagaimanapun, saya tetap berasa gembira dan puas hati kerana
berkemampuan menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan
serta mendapat ilmu pengetahuan baru yang berguna daripada prosesnya.
Saya telah mempelajari cara menulis rancangan pengajaran harian dalam
kerja kursus ini. Saya telah mempelajari beberapa kaedah dan pendekatan
yang berkesan untuk digunakan dalam rancangan saya. Contohnya, saya
telah menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam langkah kedua
supaya murid-murid dapat mendapat jalan penyelesaian semasa menghadapi
masalah nenek jatuh sakit, adik menangis dan sebagainya. Saya juga
mempelajari cara menggunakan kaedah bermain dalam rancangan saya.
Saya berpendapat bahawa bermain sambil belajar adalah cara yang amat
efektif bagi murid-murid sekolah rendah kerana ia menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran kurang membosankan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu, En. Dzulkifli yang menjelaskan tugasan ini dengan teliti kepada saya
dan menghulurkan bantuan semasa saya menghadapi masalah. Saya juga
ingin berterima kasih ahli-ahli kumpulan saya yang sentiasa memberi
sokongan moral kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini.
Kesimpulannya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi
seorang guru yang bertanggungjawab dan baik untuk melahirkan generasi
muda yang menghayati Pendidikan Moral supaya masyarakat kita menjadi
lebih harmoni.
Refleksi – TEOH YEE XIEN

Sub tugasan 2

Akhirnya, saya dapat siapkan tugasan Pendidikan Moral dengan begitu


berjaya. Semasa saya membuat kerja kursus ini, saya berasa amat tertekan
kerana masa yang agak suntuk untuk saya siapkan kerja kursus ini. Dengan
bersyukurnya, di bawah bimbingan pensyarah barulah saya dapat menyiapkan
kerja kursus ini dengan begitu sempurna.

Apabila saya dimaklumkan Subjek Pendidikan Moral merupakan subjek


elektif saya yang wajib perlu dipelajari sejak semester PISMP ini, saya berasa
sangat gembira kerana subjek ini sangat menarik dikaji. Sememangnya, saya
amat mengemari isu-isu moral sejak mempelajari subjek moral pada waktu
Tingkatan 1.

Walaubagaimanapun, pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi


subjek ELM Pendidikan Moral, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya
berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana
pengetahuan sedia ada saya tentang penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) Pendidikan Moral amatlah sedikit. Ini merupakan kali pertama bagi saya
untuk menuliskan RPH bagi Pendidikan Moral. Namun demikian, cabaran dan
halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan
tugasan yang terbaik.

Saya dengan ahli kumpulan saya bermula dengan mencari material yang
berkaitan melalui internet dan kami juga merujuk banyak buku rujukan dan buku
teks sekolah rendah di perpustakaan. Selain itu, kami juga meminjam RPH dari
senior untuk sebagai sumber rujukan. Setelah merujuk semua sumber maklumat,
kami dapat mencari signifikasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan
Moral dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru serta murid.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini,


saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan
bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang
pendidikan moral dari segi kognitifnya dan sebagainya yang sebelum ini saya
tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga merasakan
kepentingan Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru,
kelak semua ilmu ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian
sebagai guru yang begitu mencabar pada masa sekarang.

Dalam merancang RPH tersebut, saya dengan ahli kumpulan memilih tema
“Kasih Sayang terhadap Ahli Keluarga”. Hal ini demikian tema ini amat rapat
dengan kehidupan seharian murid-murid. Dalam set induksi, kami merancang
untuk murid-murid menyanyi lagu “keluarga saya” sambil membuat aksi badan.
Dengan itu, murid-murid akan berasa seronok belajar. Dalam kemuncak pula,
kami membuat stesen game untuk murid-murid. Ilham ini dapat daripada
menonton rancangan “Running Man”. Kami biar murid-murid mencari gambar-
gambar kartoon yang berkeluarga. Sesiapa kumpulan yang paling cepat sampai
ke stesen akhir, dialah pemenang. Permainan ini dapat melatihkan ketangkasan
mereka dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dalam
kalangan murid.

Setelah kami menyiapkan RPH, saya dengan ahli kumpulan menunjukkan


kepada pensyarah. Pensyarah meneliti RPH dan memberi bimbingan, nasihat
kepada kami. Kami amat gembira kerana RPH kami dipuji oleh pensyarah,
hanya penutup yang peru diubah suai sedikit sahaja.

Sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan
menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum
ini. Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah
perolehi, saya akan praktikkan sebaik mungkin dalam pengajaran saya pada
masa kelak. Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membenihkan
semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan siratulrahim antara kami.
Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan semua rakan terutamanya ahli
kumpulan saya, Tan Yee Ching, Tay Jing Chan dan Gan Jun Leong juga dapat
ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya
mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah, sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala antara kami.

Tambahan pula, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah subjek


Pendidikan Moral iaitu Encik Mohd. Dzulkifli Bin A.Jalil telah membolehkan saya
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada tugasan kerja kursus pendek ini
dan memperbaikinya agar tugasan dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Secara
keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini telah
memberikan banyak input dan manfaat kepada saya serta membuatkan saya
lebih mencintai profesion keguruan ini dan bersemangat untuk menjadi seorang
guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
orang yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Yang pertama
sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Encik
Dzulkifli yang bertungkus-lumus dalam membimbing saya sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Beliau sering memberi cadangan dan nasihat kepada
saya. Akhir sekali, saya ingin menunjukkan ribuan penghargaan kepada semua
orang termasuk ibu bapa saya yang menghulurkan bantuan kepada saya.
Bibliografi
Bibliografi

Laman Web

1. Nawaz a. (2008). Pengenalan Kepada Kaedah dan Teknik Pengajaran


dan Pembelajaran Pendidikan Moral. Akses daripada
http://www.scribd.com/doc/47359405/6125026-Unit-2-PENGENALAN-
KEPADA-KAEDAH-DAN-TEKNIK-PENGAJARAN-DAN-
PEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-MORAL.
2. Sarimah Ismail1 & Abreza Atan1. (2011). Aplikasi Pendekatan
Penyelesaian Masalah Dalam pengajaran Mata Pelajaran Teknikal dan
Vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Akses daripada
http://eprints.utm.my/13385/1/JEPC-2011-2-005.pdf.
3. Lynnbretta. (2010). Pendekatan Dalam Pengajaran Pendidikan. Akses
daripada http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/pendekatan-dalam-
pengajaran-pendidikan.html.
4. Teacher Ju. (2010). Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Akses daripada
http://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.html.
5. Normarini Norzan. (2012). Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Moral.
Akses daripada http://www.slideshare.net/normarininorzan/pembelajaran-
aktif-dalam-pendidikan-moral
Buku Ilmiah

1. Poh Swee Hiang.(1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.


Penerbit Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur.
2. Rosini Abu et.al. (2000). Kemahiran Berfikir EDU 3943- Modul PJJ.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
3. Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
4. ______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
5. Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran .
(1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling
Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.
6. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
7. Abdul Rahman Md.Aroff & Chang, L. H. (1994  ).Pendidikan Moral.
Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
8. Eow, B. H. ( 2000 ). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai