Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian

Laporan ini berkaitan dengan perjalanan Bengkel Kesihatan Pergigian Semester 5 PISMP. Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya pada 10 Feb sehingga 11 Feb 2014 yang lalu di Dewan Budiman dan di gimnasium. Tujuan penyediaan laporan ini secara khusus untuk meneliti dan menilai kelebihan dan kekurangan yang dialami dalam perlaksanaan bengkel ini. Perlaksanaan program Bengkel Kesihatan Pergigian ini adalah

untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar PISMP semester 5 dan seterusnya membolehkan bakal-bakal guru memberi sumbangan yang efektif ke arah pencapaian objektif program kesihatan pergigian di sekolah. Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah di IPG Di samping pemeriksaan kebersihan mulut dan gigi, ada juga dijalankan kepada setiap pelatih secara percuma. Pameran berkaitan dengan kesihatan pergigian juga telah dipamerkan di dalam Dewan Budiman bersebelahan dengan bahagian pemeriksaan gigi. Pameran tersebut sedikit sebanyak dapat memberi info yang berguna kepada para pelatih. Seterusnya,. ceramah berkaitan tentang maklumat asas kesihatan pergigian telah disampaikan oleh Dr. Syzawani bt Sharom dari Klinik Pergigian Batu Pahat, Bahagian Kesihatan Pergigian Batu Pahat. Ceramah ini diadakan di Dewan Budiman. Ceramah yang disampaikan oleh beliau sangat menarik, terang dan jelas. Selepas itu, bengkel diteruskan lagi dengan ceramah peranan guru dalam kesihatan pergigian oleh Dr Rozila bt Khairolah. Demo menggosok gigi oleh doktor serta pembantu-pembantunya. Slot ini juga ada penglibatan dari pelajar PISMP untuk menunjukkan cara yang betul untuk menggosok gigi. Hampir semua yang terlibat memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang slot ceramah itu. Selepas itu, sesi soal jawab diadakan dan banyak soalan yang ditujukan kepada penceramah untuk menambahkan kefahaman serta

meleraikan kekeliruan yang berada difikiran pelajar-pelajar yang hadir di dalam dewan tersebut. Semua soalan dapat dijawab dengan tepat dan memuaskan. Setelah selesai sesi soal jawab, satu ujian tentang pergigian

dijalankan untuk melihat tahap kefahaman pelajar yang hadir selepas ceramah disampaikan. Bengkel tamat pada jam 4.30 petang. Pada hari ke-2 iaitu pada 11 Feb 2014 (Selasa), selepas sesi pendaftaran, telah diadakan Pertandingan Pengajaran Mikro bertempat di Gimnasium. Tetapi,disebabkan oleh masalah ynag tidak dapat dielakkan, pertandingan tersebut terpaksa dianjak ke pukul 9.30 pagi. Setiap kumpulan dalam semester 5 wajib menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini diadili oleh 3 orang Pensyarah dan 3 Pengawai Pergigian Daerah BatuPahat.

Pertandingan Pengajaran Mikro ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Markah diberikan oleh pengadil berdasarkan beberapa kriteria antaranya ialah penyediaan rancangan pengajaran dan nyanyian.Setelah selesai, majlis penutup telah dilaksanakan pada jam 11 pagi, dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis. Selepas itu, acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Unit PJ diiringi oleh pegawai perubatan pergigian dari Batu Pahat. Setelah selesai acara tersebut disambung dengan ucapan dari Pengerusi Program, diikuti oleh ucapan dari Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bengkel Kesihatan Pergigian ini tamat dan bersurai pada jam petang.

Disediakan oleh, Xien (Teoh Yee Xien) Kelas BC2 PISMP Sem 5 IPTHO.

Anda mungkin juga menyukai