Anda di halaman 1dari 1

Amalan bergotong-royong semakin kurang diamalkan dalam masyarakat kita.

\nKeadaan ini berlaku


kerana masyarakat lebih mementingkan kerjaya masing-\nmasing. Amalan ini perlu diamalkan
kerana banyak kebaikan.\nAmalan bergotong-royong menyebabkan sesuatu kerja itu dapat
disiapkan\ndengan cepat. Misalnya, amalan membersihkan kelas secara bergotong-royong\ndapat
menjadikan kerja-kerja disiapkan dengan mudah dan cepat. Kesannya,\npersekitaran kelas
bertambah bersih dan menaikkan suasana yang sihat.\nAktiviti bergotong-royong mampu
mewujudkan semangat perpaduan kaum.\nAktiviti gotong-royong yang melibatkan pelbagai kaum
dapat mengeratkan\nhubungan. Hal ini menjadikan kehidupan masyarakat akan lebih
harmoni.\nApabila kita membersihkan kelas secara bergotong-royong, secara tidak\nlangsung akan
menimbulkan perasaan mahu mengekalkan kebersihan. Sudah\ntentu kita tidak mahu kelas yang
baru dibersihkan menjadi kotor semula. Oleh itu,\nsetiap murid di dalam kelas tersebut akan
berusaha untuk memastikan kelas mereka\nsentiasa bersih.\nSebenarnya, bergotong-royong dapat
menjimatkan wang. Sebagai contohnya,\njika sekolah membayar gaji pekerja untuk membersihkan
sekolah, sudah tentu\nmelibatkan penggunaan wang yang banyak. Oleh itu, apabila guru-guru dan
murid-\nmurid ringan tulang, wang sekolah yang sepatutnya digunakan untuk membayar\ngaji
pekerja boleh digunakan untuk membeli bahan-bahan bacaan untuk murid.\nSebagai
kesimpulannya, amalan bergotong-royong banyak memberikan\nfoedah. Oleh itu, setiap individu
disarankan agar mengekalkan semangat ini dalam\nkehidupan. Hal ini merupakan suatu amalan
yang mudah untuk diamalkan dalam\nkalangan masyarakat.\n

Anda mungkin juga menyukai