Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Abu Hanifah Haris yang bertajuk Tunku

Badlisah dan peranannya dalam pemberian $1,000,000 oleh Kerajaan Kedah kepada British
Menjelang Perang Dunia Kedua, kita boleh mendapati bahawa penulis telah membentuk
penulisan sendiri dengan menggunakan beberapa teknik dalam penulisannya.

Artikel tersebut telah menceritakan bahawa Tunku Badlisah yang dilantik sebagai
‘regent of Kedah’ telah memberi Kerajaan British sebanyak $1,000,000 sebagai tanda
kesetiaan dan menunjukkan kesokongan kepada perjuangan British menghadapi musuh
dalam peperangan di Eropah. Dalam artikel ini, kita boleh menganalisis bentuk penulisan
penulis dari beberapa aspek.

Pertama sekali, dari aspek pendekatan penulisan. Pendekatan penulisan terbahagi


kepada urutan dari peristiwa ke peristiwa lain atau bertema sejarah itu sendiri. Dalam artikel
ini, penulis telah menuliskan kronologi dengan bertema. Penulis telah menceritakan latar
belakang masa dan situasi era tersebut. Tuntasnya, sejak Tanah Melayu telah dikuasai
sepenuhnya oleh British menjelang tahun 1920, raja-raja Melayu dilihat terpaksa
bekerjasama dengan Residen British dan Penasihat British dalam pentadbiran negeri-negeri
Melayu. Penulis menuliskan situasi pada tahun tersebut sebagai titik masuk kepada tajuk
penulisannya. Dengan ini, pembaca akan lebih memahami punca permulaan peristiwa ini.
Bukan itu sahaja, penulis juga menceritakan setiap peristiwa dengan menyatakan tarkih
berlaku peristiwa tersebut dengan jelas.

Selain itu, dari aspek gaya penulisan. Gaya penulisan ialah cara-cara penulis
menceritakan sesuatu peristiwa dalam penulisannya. Seseorang sejarawan akan menulis
karyanya setelah melalui proses pemilihan tajuk, proses mengumpul dan memilih sumber
yang otentik dan proses adalah melakukan tafsiran terhadap fakta-fakta (data) dari sumber-
sumbernya. Dalam artikel ini, penulis telah menggunakan gaya penulisan deskriptif dalam
penulisannya. Gaya ini merupakan gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa
secara terperinci. Ia sesuai bagi menggambarkan suasana tempat, orang atau peristiwa.
Kita boleh mendapati bahawa penulis telah menceritakan setiap peristiwa yang berlaku
dengan menyatakan tarkih, orang dan sebagainya. Contohnya, Pada 8 November 1939,
Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan menjelaskan bahawa berita berkenaan pemberian
hadiah oleh kerajaan Kedah telah diumumkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC)
pada 7 November 1939, selain turut disiarkan dalam akhbar tempatan di London. Di sini
dapat membukti bahawa penulis telah menggambarkan peristiwa ini secara terperinci.
Penulis juga berjaya memberi gambaran yang jelas dalam minda pembaca.

Seterusnya, dari aspek penggunaan sumber sejarah pula, penulis telah


menggunakan sumber sejarah yang pelbagai. Tuntasnya, akhbar-akhbar, buku, draf dan
sebagainya. penulis telah menuliskan setiap peristiwa berdasarkan sumber sejarah yang
pelbagai dengan jelas dan terperinci. Dengan ini, kita boleh mendapati bahawa penulisan
penulis adalah berdasarkan bukti dan fakta tetapi bukan dihiasi dan dibesar-besarkan. Di
samping itu, penulis juga menggunakan nota kaki untuk menyatakan sumber-sumber yang
telah dirujuk olehnya berdasarkan peristiwa yang ditulis olehnya. Nota kaki merupakan
catatan tambahan yang disediakan oleh penulis bagi menyokong dan menunjang maklumat
yang dibuatnya. Penulis telah menggunakan kaedah Chicago dalam nota kaki penulisannya.
Tuntasnya, Mohammad Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis: Zaman Penjajahan
British, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2001, hlm. 248. Dalam
kaedah Chicago, nama penuh pengarang ditulis dan ia diletakkan di bahagian bawah setiap
halaman atau diakhir penulisan.

Akhir sekali, penulisan penulis ini telah memberi sumbangan dengan menceritakan
peristiwa yang berlaku di Kedah selepas perang dunia pertama. Bukan itu sahaja, kita juga
boleh mendapati kerajaan Kedah pernah memberi wang tunai yang banyak kepada British
walaupun tindakan tersebut dilihat kurang tepat melihat kepada majoriti rakyat Kedah yang
masih lagi hidup dalam kemunduran, kemiskinan dan memerlukan pembelaan. Dengan ini,
generasi yang muda akan dapat mengetahui peristiwa ini dan dapat dijadikan sebagai
rujukan kepada penulis Sejarah lain.

Anda mungkin juga menyukai