Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG,

20050 KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT
TAHAP 1 & TAHAP 2
SESI 2019

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK KEPONG, KUALA TERENGGANU

0
PENDAHULUAN

Solat merupakan ibadat yang mula-mula sekali disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada
umat Islam. Ia merupakan ibadat yang sangat penting dan wajib dilakukan oleh
semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Ibadat solat mestilah diajar dan
dilatih kepada kanak-kanak sejak mereka berusia tujuh tahun. Justeru itu, Kem
Bestari Solat yang disarankan oleh pihak kementerian amat bertepatan dengan
tuntutan agama Islam. Pendedahan dan penekanan kewajipan menunaikankan solat
di peringkat awal perlu dilakukan bagi mengatasi murid-murid yang belum
menguasai solat.

OBJEKTIF
1. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk dengan betul.
2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.
3. Murid dapat menguasai bacaan asas dalam solat dengan betul.
4. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

KUMPULAN SASARAN

 Semua murid tahap 1 (Tahun1, 2 dan 3)


 Semua murid tahap 2 (Tahun 4,5,dan 6)

TEMPAT

 Dewan Terbuka SK Kepong dan Surau SK Kepong

TARIKH

 22 April 2019- Isnin (Tahap 1)


 24 April 2019- Rabu (Tahap 2)

1
JADUAL AKTIVITI KEM BESTARI SOLAT

10.15-10.45 10.45-11.45 11.45-12.45 12.45-1.15 1.15


Masa
Tahap pagi pagi tengah hari petang Petang
/Hari

Tahap ISNIN Tayangan LDK 1 LDK 2 LDK 3


1 22 April video
2019 Praktikal Bersurai
(Cara Pelakuan Bacaan wuduk &
Berwuduk dan dalam Solat Dalam Solat Solat Zohor
Bacaan Asas berjemaah
Dalam Solat)

10.45-11.00 11.00-11.45 11.45-12.45 12.45-1.15 1.15


Masa
pagi pagi tengah hari petang Petang
/Hari

Tahap
2 RABU LDK 1 LDK 2 LDK 3
24 April
2019 Pengagihan Pelakuan Bacaan Praktikal Bersurai
kumpulan LDK dalam Solat Dalam Solat wuduk &
Solat Zohor
berjemaah

FASILITATOR

1. Ustazah Normala binti Mohamed


2. Ustazah Zaimah binti Embong
3. Ustazah Noraini binti Saiman
4. Ustazah Noor Azizah binti Mohamad
5. Ustazah Engku Fatimah Nasyuha binti C. Ku Muda
6. Ustazah Nurul Hidayatul Akmar binti Abd Aziz
7. Ustazah Ainun Fajri binti Hassan
8. Ustazah Surayya binti Mohd Thani
9. Ustazah Rosnita binti Ismail
10. Ustaz Mansor bin Muda

2
JAWATANKUASA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

Penasihat : En. Mohd Noor bin Abd Hadi


Pengerusi : Anisah Roslina binti Awang
Ketua Panitia : Normala binti Mohamed
Setiausaha Panitia : Zaimah binti Embong
Penyelaras Kem : Zalina binti Ismail
Setiausaha Kem : Nurul Hidayatul Akmar binti Abd Aziz
AJK Program

AJK Dokumentasi
Ainun Fajri binti Hassan
Zalina binti Ismail

AJK Makan dan Minum peserta


Engku Fatimah Nasyuha binti CK Muda
Nurul Hidayatul Akmar binti Abd Aziz

AJK Siaraya/Slot Tayangan Video


Mansor bin Muda
Rosnita binti Ismail
Zaimah binti Embong

AJK Pengagihan Nama Peserta


Surayya binti Mohd Thani
Normala binti Mohamed

AJK Bahan Bercetak


Noraini binti Saima
Noor Azizah binti Mohamad

3
ANGGARAN PERBELANJAAN KEM BESTARI SOLAT

BIL PERKARA JUMLAH


1. Makanan/minuman peserta kem

Tahun 1 : (RM 1.40 X 105 Orang) RM 147.00


Tahun 2 : (RM 1.40 X 90 Orang) RM 126.00
Tahun 3 : (RM 1.40 X 90 Orang) RM 126.00
Tahun 4 : (RM 1.40 X 83 Orang) RM 116.20
Tahun 5 : (RM 1.40 X 90 Orang) RM 126.00
Tahun 6 : (RM 1.40 X 81 Orang) RM113.40

JUMLAH RM 754.60

PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar kem bestari solat ini dapat dijalankan
dengan baik dan lancar. Menerusi kem ini, adalah diharapkan agar semua murid di
sekolah ini mendapat pengalaman dan pendedahan awal bagi membentuk pelajar
yang cemerlang dalam solat. Bagi menjayakan kem bestari solat ini, sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………… ……………………………….
(Nurul Hidayatul Akmar binti Abd Aziz) (Normala binti Mohamed)
Setiausaha Program Kem Bestari Solat, Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Kepong, Kuala Terengganu. SK Kepong, Kuala Terengganu.

Disemak Oleh: Diluluskan Oleh:

………………………………. …………………………………
(Zalina binti Ismail) (Anisah Roslina binti Awang)
Penyelaras Kem Solat Bestari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Kepong, Kuala Terengganu. SK Kepong, Kuala Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai