Anda di halaman 1dari 18

Faculty Of Education And Languages

SEMESTER MEI 2019


HBHE2103

CONSOLIDATED HEALTHY SCHOOL PROGRAMME

NO. MATRIKULASI : 871115435682001

NO. KAD PENGNEALAN : 871115435682

NO. TELEFON : 016-6838784

E-MEL : Renukasivaraman721@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN.
BIL PERKARA

1. Pencemaran alam sekitar.

2. Pencemaran alam sekitar di kawasan anda dan cara mengatasi.

3. Program di sekolah tentang alam sekitar.

4. Browser alam sekitar

5. Rujukkan
1.0 Pendahuluan.

Alam sekitar adalah anugerah daripada tuhan yang paling dihargai kepada kita. .Sejak
kebelakangan ini, isu pencemaran alam sekitar sering diperkatakan di dalam media
sosial.Pencemaran alam sekitar didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang
menggotorkan alam sekitar. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengatakan bahawa “pencemaran” adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
(mengotorkan) alam sekeliling dengan sampah sarap.Penjagaan alam sekitar adalah
penting. Perbuatan mencemarkan alam sekitar adalah perbuatan yang tidak baik dari
segi etika keagamaan.

2.0 Punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar berlaku dalam global boleh diklasifikasikan dengan


beberapa punca, antaranya pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi,
dan pencemaran tanah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penjagaan alam sekitar
masih belum dihadam sepenuhnya oleh ahli masyarakat dalam negara ini dan menjadi
penyebab utama berlakunya pencemaran .

Pencemaran udara dapat ditakrifkan sebagai gas,cecair atau zarah yang


terkandung di udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan
manusia.Pencemaran udara seperti Sulfur dioksida,Karbon monoksida ,Nitrogen
dioksida dan Ozon, Alergen , Plumbum dan logam-logam lain. Bahan yang
dikeluarkan terampai diudara dan memberi kesan negatif kepada manusia dan ia
menimbulkan pelbagai jenis penyakit seperti barah,asmah dan anemia.Seterusnya,
melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur
darah. Habuk ,asap,kabus juga menghalang penglihatan mata. Selain itu, pencemaran
udara yang berlaku disebabkan oleh manusia adalah seperti pencemaran udara primer
dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer dikatakan akibat proses
pembakaran terbuka dan asap yang dikeluarkan daripada ekzos kenderaan. Asap yang
dikeluarkan melalui ekzos itu zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan
memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia.Seterusnya, Pencemaran
sekunder gabungan sulfur dioksida ,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan
asid sulfurik.Akhirnya, Tindakbalas antara pencemar menghasilkan peroksid asetil
nitrat(PAN). Seterusnya, pencemaran udara juga mendatangkan kesan rumah
hijau.Apabila ia bertambah berlaku fenomena pemanasan bumi. Pencemaran udara
berlaku di Kota Kinabalu Sabah,IPU tertinggi dicatat di kawasan BEAUFORT
keadaan ini menyebabkan kelihatan jerebu. Ia disebabkan oleh pembakaran terbuka.

Rajah : 1
Jerebu di Kota kinabalu
Seterusnya pencemaran udara yang berlaku di kawasan Pasir Gudang disebabkan oleh
pembuangan sisa toksik yang ditanam bawah tanah, Profesor kejuruteraan
kimia,Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (ukm),Prof
Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud,berkata, tindakan menanam sisa toksik di dalam
tanah juga boleh mengakibatkan pencemaran udara. Saliran air bawah tanah itu sudah
tepu dengan sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah naik ke
permukaan sehingga membentuk gas toksik.

Rajah :
2 Pencemaran Sungai Kim kim Pasir Gudang.
Pencemaran air dapat difahamkan sebagai perubahan yang berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan
terhadap kesihatan manusia apabila digunakan. Pencemaran air berlaku di semua
tempat. Antara punca berlaku pencemaran air adalah disebabkan oleh kegiatan atau
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan bahan-bahan buangan
seperti sampah sarap, minyak, kertas , plastik, najis dan kain di dalam sungai
merupakan aktiviti-aktiviti yang mencerminkan sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab .Pencemaran ini disebabkan alam sekitar luka dan bertindak balas
terhadap manusia.Pencemaran ini lebih menjurus kepada bahan pembuangan dari
kilang.. Ini menyebabkan sungai- sungai dicemari sisa-sisa pembuangan toksid dan
kehidupan di dalamnya semakin hari semakin terancam Selain itu, sampah organik
seperti air sewage menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada tahap air. Pihak
kilang ,membuang berbagai jenis bahan ke dalam air seperti logam berat,toksin
organik dan minyak. Dengan ini juga, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang
hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan kehidupan ekosistem akautik
terjejas.Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai menyebabkan ia terkumpul dan
lumpur yang mendap dalam air. Ia mengakibatkan sinaran matahari tidak dapat
masuk ke dalam air.Selain itu, perkara ini juga boleh mengakibatkan banjir di
kawasan yang berlaku pencemaran sungai.

Pencemaran tanah boleh diperkatakan perbuatan manusia yang suka menebang


hutan bagi membina bangunan-bangunan yang bermewah.Penebangan ini
menyebabkan hakisan tanah,pemendapan,kerosakan cerun dan tanah runtuh. Antara
punca pencemaran tanah adalah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
seperti minyak ,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Sebagai contohnya, kilang yang
memproses minyak mengeluarkan minyak yang tidak guna ke dalam tanah ia
mencemarkan alam sekitar. Keduanya, pembuangan sampah merata-rata tempat juga
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sebagai contohnya, kita membuang beg
plastik ia mengambil jangka masa panjang iaitu beberapa tahun untuk reput dan air
bertakung ke dalam beg plastik tersebut dan juga mengakibatkan penyakit seperti
denggi. Punca kedua pula, penggunaan racun serangga secara berlebihan juga
mencemarkan tanah. Sebagai contohnya, ia menyerap ke dalam tanah melalui liang-
liang tanah dan ia bertindak balas terhadap tanah.

Pencemaran bunyi adalah kebisingan selajar, kebisingan fluktasi, hentak impuls


dan kebisingan selang -seli. Pencemaran bunyi juga boleh dikatakan bunyi bising
yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga ini dihasilkan semasa berlaku projek
pembangunan.Antara punca berlaku berlaku pencemaran bunyi adalah bunyi
kenderaan. Seperti bunyi motor yang kuat menyebabkan penyebaran bunyi.Selain itu,
bunyi yang dikeluarkan daripada industri yang menggunakan jentera, kenderaan dan
kuari juga menyebabkan pencemaran bunyi seperti pemecahan batu dan
pemunggahan.

Bagi menangani masalah pencemaran ini tindakan yang boleh diambil adalah
seperti Kempen kesedaran menjaga alam sekitar. Dengan ini, Kementerian Alam
Sekitar perlu merancang aktiviti-aktiviti di sekolah, tempat bekerja dan di tempat
sosial tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
perlu diajar di sekolah melalui kurikulum.Tanggungjawab menjaga alam sekitar perlu
dititik sejak kecil kerana alam sekitar adalah penting bagi hidup dengan
kesejahteraan.Pendidikan alam sekitar membentuk sikap positif diri terhadap alam.

Selain itu, Menangani masalah ini dengan sistem memproses kumbahan. Pihak
kerajaan perlu memproses kumbahan Seperti air dan sisa najis dirawat di kluster B
dan indah water.Selain itu, pengawalan biologi di pertanian dan ealak menguna
insektiside seperti penanaman dalam kelambu dengan ini boleh menangani masalah
pencemaran alam sekitar.

Selain itu, kita juga perlu bertanggungjawab dan mengamalkan nilai-nilai


menghargai alam sekitar. Kita juga tidak harus membuang sisa minyak ke dalam sinki
, sungai atau di dalam tong sampah , minyak itu perlu disimpan dan boleh dihantar ke
tempat kitar semula. Selain itu, kita juga tidak perlu membakar sampah secara terbuka
ia boleh menyebabkan pencemaran udara, kita patut mengitar semula barangan yang
kita buang itu.Ibubapa perlu mengajar anak-anak tentang cara mengitar semula bahan
buangan dan juga mendidik untuk menjaga alam sekitar dengan baik kerana ia adalah
anugerah yang tidak ternilai daripada tuhan.

Tambahan pula , pameran pencemaran alam sekitar. Pameran ini boleh diadakan
di sekolah untuk murid mengetahui lebih mendalam tentang penjagaan alam sekitar.
Sebagai contohnya pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan melukis,
mencipta folio, browser dan slide, foto tentang penjagaan alam sekitar. Selain itu,
bahan-bahan seperti carta,poster,keratan dan surat khabar boleh dipamerkan kerana ia
boleh mewujudkan rasa ingin tahu di sanubari murid untuk membaca dan mengetahui
tentang penjagaan alam sekitar dengan lebih lanjut dan mendalaminya .

Selain itu, kempen melindungi alam sekitar. Pihak kerajaan perlu mengadakan
kempen kitar semula untuk melindungi alam sekitar. Antara kempen -kempen yang
melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita.Kempen ini memberi
kesan yang mendalam kepada peserta.Selain itu, kempen kitar semula boleh
menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar
semula.Selain itu, program sahabat alam juga boleh dijalankan untuk menanam
pelbagai jenis pokok bunga, ia akan mencantikkan sesebuah kawasan dan juga
menapis debu yang berterbangan dan mengurangkan kesan rumah hijau.
Soalan 2

Soalan 2

Sekiranya pencemaran persekitaran di tempat anda tidak dibendung,apakah


perkara yang akan berlaku kepada alam flora dan fauna .Bincangkan .

Pencemaran alam sekitar yang kian menular di sekeliling kita disebabkan beberapa
punca, antaranya pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, dan
pencemaran tanah .

Pencemaran udara di kediaman saya berpunca daripada pelepasan asap kotor


oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang dan kenderaan motor
dijalan raya .Diantara kesan pencemaran udara yang timbul adalah jerebu dan
pemanasan di kawasan kediaman dan tempat kerja .Ia juga memberi kesan terhadap
kesihatan ,keselamatan dan keselesaan manusia dan harta benda mereka . Penanaman
pokok seperti pokok buah-buahan dipersekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan peningkatan suhu .Selain itu kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya .

Perkembangan ekonomi di kawasan kediaman saya yang bergantung kepada


industri yang menghasilkan barang untuk dieksport serta untuk aktiviti perniagaan
domestik telah menambah buruk keadaan pencemaran udara .Pelepasan nitrogen
,sulfur dioksida ,hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan
kepada kehidupan alam sekitar .Selain itu bukan sahaja gas pencemar dilepaskan oleh
industri manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas .

Selain itu , kenderaan motor juga merupakan penyumbang utama bagi masalah
ini .Masyarakat disini amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta ,motor dan lori .Memang tidak dapat dinafikan bahawa kenderaan motor
seperti ini memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui
proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya .Akibatnya gas karbon
monoksida ,nitrus oksida ,hydrokarbon dan habuk –habuk terhasil .

Disamping itu ,pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan ini untuk


melupuskan sampah di kawasan kediaman ,sisa perladangan ,sisa kebun dan sisa
pepejal di kawasan kilang .Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak
jauh oleh angina dihasilkan .Ini mengakibatkan keadaan jerebu di sekeliling tempat
dan lebih serius ketika musim panas serta menjejaskan kesihatan awam dari segi
sistem pernafasan .

Justeru memang kita tidak dapat menafikan bahawa aktiviti-aktiviti yang


dinyatakan memberi kesan negatif kepada flora dan fauna yang terdapat di kawasan
ini .Antaranya tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan nekrosis iaitu keguguran
daun serta klorisis yang membawa perubahan drastik seperti pertukaran warna daun
dan pertumbuhan pohon-pohon yang ditanam terbantut . Walaupun masalah ini tidak
menimbulkan kesan drastik kepada penduduk setempat malah kesan ini akan
menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian dan keseimbangan
ekosistem .

Dalam situasi lain ,haiwan –haiwan jinak yang dipelihara oleh penduduk
setempat juga terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara .Perkara ini
disebabkan oleh udara yang memasuki paru –paru haiwan .Tanpa disedari ,makanan
haiwan daripada sumber tumbuh-tumbuhan tercemar dari pencemaran udara
.Kebergantungan beberapa jenis haiwan ternakan seperti ayam , itik ,burung, angsa
dan lain-lain kepada tumbuh-tumbuhan memang tidak dapat dielakkan . Dalam
jangka masa terdekat haiwan peliharaan di kawasan in semakin terpupus akibat
pencemaran udara. Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam
semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata hanyalah kawasan
gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis spesis
tumbuhan dan haiwan akan bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Sudah
tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam semulajadi.
Tambahan pula ,sindrom yang semakin menular yang kita perlu elakkan di sini
ialah pemanasan suhu akibat daripada aktiviti perkilangan ..Pendedahan yang terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit Disamping itu pancaran
matahari yang terik juga memberi ruang luas kepada ketidakseimbangan ekosistem
.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak akan menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaran menjadi panas
.Bukan sahaja permukaan bumi menjadi panas malah ekosistem terganggu.Oleh itu
,masyarakat setempat perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan petrol tanpa
plumbum bagi kenderaan mereka .Usaha ini dapat mengurangkan masalah jerebu
yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan
seperti batuk dan selsema daripada berlarutan .Aktiviti perkilangan juga perlu
dikurangkan atau dihadkan proses pembakaran bahan –bahan .

Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal mendorong tanah runtuh berlaku.

Akar-akar pokok secara tidak langsung mencengkam tanah daripada runtuh.


Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi.
Tetapi apabila pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah.
Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk menampung
segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh secara kecil-
kecilan berlaku di kawasan ini .Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh peduduk sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan
menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada
peniaga barang terpakai.Diantara barang boleh dikitar semula ialah surat khabar
,majalah lama ,kertas terpakai dan kotak kertas ,Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru .
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan di televisyen dan radio hendaklah
dihayati dan dihadamkan dalam sanubari setiap individu supaya alam sekitar kita
terpelihara .Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam
sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang .

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah
pihak kerajaan wajib untuk menghukum individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar .Pihak berwajib seperti
kementerian Sains ,Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasaan undang –
undang yang sedia ada untuk pihak –pihak yang berkenaan .hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit .

Selain itu ,KPM hendaklah memperkenalkna pendidikan alam sekitar kepada


sekolah untuk diaplikasikan kepada murid-murid sekolah .Pendidikan alam sekitar
yang melibatkan pelbagai aspek yang menjurus kearah pengekalan alam sejahtera
Satu Kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat
dilaksanakan .Kurikulum ini juga boleh diselitkan dalam mata pelajaran lain dan
dijadikan mata pelajaran khusus .Hal ini untuk menyemaikan kesedaran secara lebih
berkesan .

Selain itu , Kawasan kediaman juga menghadapi masalah kesesakan lalu lintas
yang timbul menyebabkan kebisingan, iaitu daripada hon kereta dan bunyi enjin
kenderaan berat, terutamanya yang telah usang dan berenjin diesel. Begitu juga
keadaannya dengan alat pengangkutan awam, seperti bas dan teksi yang terdiri
daripada kenderaan lama yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi atau yang
fungsinya tidak efisien lagi. Keadaan akan menjadi bcrtambah buruk apabila ada
pemilik kenderaan mengubahsuaikan ekzos kenderaan mereka dengan tujuan untuk
menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan bising. Kerja di tapak pembinaan dan proses
pengeluaran di kilang juga merupakan faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi..
Kilang juga menggunakan mesin pemprosesan yang besar dan jentera pendingin vang
lazimnya mengeluarkan bunvi yang kuat, kesan daripada penggunaan tenaga yang
amat tinggi. Kesemuanya ini mewujudkan masalah pencemaran bunyi. 
Kesan pencemaran bunvi vang ketara ialah gangguan pada organ pendengaran
masyarakat setempat. Manusia mempunyai kebolehan mendengar bunyi tidak
melebihi 80 desibel. Pendedahan kepada bunyi yang melebihi had ini secara
berpanjangan akan menyebabkan gangguan pada gegendang telinga dan akibatnya
seseorang itu boleh menjadi pekak. Organ pendengaran manusia begitu lembut dan
sensitif dan sekiranya terdedah begitu lama kepada bunyi yang terlalu kuat akan
menjejaskan fungsinya, sama ada secara kekal atau sementara. Kajian yang dilakukan
terhadap pekerja kilang yang sering terdedah kepada bunyi jentera yang kuat selama
beberapa tahun menunjukkan tahap pendengaran mereka lebih rendah berbanding
dengan pekerja yang tidak terdedah kepada keadaan demikian.

Pencemaran bunyi juga menyebabkan gangguan psikologi dan tekanan emosi


kepada seseorang. Pendedahan kepada kebisingan yang melampau boleh menjejaskan
keupayaan berfikir seseorang. Seterusnya, bunyi yang terlalu kuat juga boleh
menyebabkan seseorang bertindak seeara agresif dan di luar kawalannya. Tekanan
boleh menjadi kesan kekal sekiranya pendedahan kepada bunyi yang kuat tidak
dikurangkan. Di sebalik itu, bunyi yang bising juga boleh mengganggu tumpuan
seseorang terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Seseorang pelajar di sebuah sekolah
yang terbina bersebelahan dengan jalan raya yang sibuk misalnya, tidak akan dapat
mengikuti pelajaran dengan tenteram. Hal yang sama juga berlaku apabila seseorang
pekerja pejabat seperti diri saya tidak dapat melakukan kerja dengan efisien ketika
bangunan sekolah diubah suai. Dengan perkataan lain, kebisingan boleh
menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang dan ini tentunya amat merugikan. 

Kesimpulannya, apa-apa juga pencemaran, sama ada pencemaran air, udara


ataupun pencemaran bunyi boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan
manusia, seterusnya menjejaskan kelancaran aktiviti seharian mereka. Dengan itu,
langkah sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk memastikan
masyarakat yang dinamik dapat diwujudkan. Ini tidaklah bermakna kita hams
menolak pembangunan dan mengelak daripada menggunakan ciptaan sains dan
teknologi yang menjadi penyebab kepada masalah itu. Yang harus kita lakukan ialah
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya secara sistematik dan saintifik.

Soalan 3.

Merancang empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program


Bersepadu Sekolah Sihat di sekolah anda bagi menangani masalah pencemaran
persekitaran beserta justifikasi setiap aktiviti diadakan .

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam
tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah
mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan
perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera
pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.  Pada tahun 1996,
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS )
di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter.  Persidangan " HPS " yang telah
diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi
nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan
PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan
kesihatan sekolah.

Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )


adalah berdasarkan beberapa rasional .Terdapat beberapa program kesihatan sekolah
sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu Selain itu melalui
program seumpama ini dapat mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan
kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan
semasa . Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan
rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah .Tambahan pula keperluan
untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat
dinilai keberkesanannya dan merupakan satu usaha untuk meningkatkan
kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam
menangani isu kesihatan.Pelaksanaan program ini adalah satu usaha yang teratur dan
berfokus ke arah amalan kesihatan yang perlu dipraktikkan melalui program yang
terancang dan bersepadu.

Dalam negara kita hari ini , wujud Dasar Kelestarian Negara .Terdapat beberapa
jabatan dan agensi kerajaan di bawah kementerian Tenaga Sains ,Teknologi Alam
Sekitar da Perubahan Iklim ( MESTECC ) yang bsebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ) dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan usaha membudayakan amalan lestari ini . Justeru Jawatankuasa
Program Bersepadu Sekolah harus lebih cakna terhadap hal berkaitan alaman lestari
ini di peringkat sekolah khasnya dalam kalangan murid .

Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah boleh melibatkan murid dalam


beberapa pertandingan yang dianjurkan secara kolaboratif antara jabatan agensi dan
badan bukan kerajaan ( NGO ) pencinta alam sekitar sangat positif dan mendidik
.Sebagai contohnya pertandingan WMAMECO Youth Challenge anjuran Persatuan
Pengurusan Sisa Malaysia ( WMAM ) dengan kerjasama Yayasan Coco Cola dan
SWM Environment Sdn.Bhd boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan memupuk
sikap mencintai alam sekitar di kalangan murid . Murid-murid boleh memperolehi
manfaat “ 3 dalam 1 “ iaitu ilmu pengetahuan ,baharu , kesan baik amalan lestari
penjagaan alam sekitar dan membawa pulang hadiah untukk sekolah pada masa yang
sama .Oleh kerana objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran
Pendidikan Kelestarian Alam dalam kalangan murid maka penyertaan perlu diberi
penekanan . Melalui penyertaan ini , murid-murid ditekankan kutipan barangan Kitar
Semula ,Laporan Kelestarian Alam Sekitar ,Arca Kitar Semula , Video Pendek
,Sampah Marin dan Choral Speaking . Penyertaan daripada pelbagai latar belakang
kawasan bandar dan luar bandar sekali gus dapat menghasilkan projek yang kreatif
dan berinovatif .

Selain daripada itu ,pihak sekolah juga boleh menggiatkan usaha menanam
pohon-pohon hijau atau pokok –pokok bunga di kawasan sekolah .Usaha ini boleh
diaplikasikan melalui Gotong Royong “ Hijaukan Bumi Kita “ dengan tanaman
hijau .Perancangan ini perlu dilaksanakan oleh semua warga sekolah yang terdiri
daripada Guru Besar,guru-guru , ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta
pekerja sekolah . Dalam usaha murni ini persatuan bekas murid boleh memberi
kerjasama dan berjabat tangan dengan memberi sumbangan kewangan dan tenaga
pekerja untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pembersihan dan penanaman pohon hijau
di sekeliling kawasan sekolah . Ini secara langsung akan mencetuskan sikap cinta
akan keindahan alam di kalangan generasi baru dan menggalakkan mereka
menghargai kebersihan dan keindahan alam .Semua warga sekolah lebih berkomitmen
dan usaha ini mewujudkan sikap mencintai tumbuhan hijau di kawasan sekolah dan
tidak memetik daun pokok dan mencabut pohon yang ditanam dan mengawal
keseimbangan sistem ekologi bumi dan menghindarkan berlakunya hakisan tanah di
tepi longkang sekolah . Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan dan pokok
bunga dipersekitaran sekolah dapat mengurangkan peningkatan suhu .Selain itu
kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan
kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya .

Selain daripada itu , pihak sekolah boleh menggorak langkah dengan


penyediaan kertas kerja dan jadual pemeriksaan secara berkala untuk mendapatkan
perkhidmatan persekitaran sekolah yang akan dilaksanakan oleh Kementerian
Kesihatan dan Kementerian Pelajaran secara bersepadu .Pemeriksaan persekitaran
sekolah yang meliputi pemeriksaan infrastruktur sekolah , kebersihan , pengawalan
penyakit bawaan vektor dan pemantauan kebersihan dan pengendalian kantin
sekolah .
Perkhidmatan kawasan persekitaran sekolah ini adalah tertakluk di bawah beberapa
akta seperti Akta Kawalan Tembakau dan Akta Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
yang membawa kepada denda sekiranya pihak pengurusan sekolah didapati gagal
mematuhi akta-akta tersebut.
Di bawah perkhidmatan ini, sekolah-sekolah boleh menubuhkan pasukan-
pasukan kecil di kalangan guru dan murid bagi membinasakan tempat pembiakan
nyamuk di sekolah bagi membanteras penyakit demam denggi . Melalui ‘
Pertandingan Sekolah Bebas Denggi “ peringkat daerah dan kebangsaan usaha ini
akan mendapat tindak maklum yang membina .Penglibatan dalam pertandingan
mewujudkan lorong Denggi peringkat daerah dan kebangsaan anjuran Jabatan
Kementerian Malaysia dapat membantu pihak sekolah mewartakan sekolah dengan
sumber maklumat denggi yang terkini dan memberi pendedahan penjagaan alam
sekitar di kalangan warga sekolah secara tidak langsung .Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran perlu diminta untuk membuat pemeriksaan di sekolah setiap tahun bagi
memastikan sekolah adalah bersih dan selamat. Untuk menentukan kejayaan dan
kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang
berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan ialah laporan bulanan dan
tahunan oleh pihak sekolah . Ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan
kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam
menangani isu kesihatan demam denggi .
Akhir sekali , perancangan “ Perkhidmatan Kesihatan Di Sekolah “ boleh dianjurkan
oleh pihak sekolah sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama
antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. Perkhidmatan kesihatan
sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan
kesihatan yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah bantuan
kerajaan di seluruh Malaysia. Pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi
membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia
Selain daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran turut
bertanggungjawab dalam kebajikan murid di sekolah. Program Bekalan Makanan
Tambahan dan Program Susu Sekolah yang diberikan kepada murid-murid sekolah
rendah yang layak adalah contoh perkhidmatan berkaitan kesihatan yang termasuk
dalam kategori ini. Justeru dalam usaha bersepadu pihak sekolah boleh mengatur satu
program “ Marillah Makan Seimbang “ atau “ Minumlah Saya “ dimana semua murid
perlukan pendedahan tentang pemilihan makanan yang berkhasiat ,cara minum dan
makan yang teratur , pengendalian kotak susu dan sebagainya melalui penerangan dan
pendedahan langsung daripada Jabatan Kesihatan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia .Penyediaan kertas kerja dan perancangan program yang
dinyatakan secara teratur bersama kehadiran warga sekolah , ibu bapa dan murid-
murid akan menjurus keberkesanan amalan pemakanan yang selamat di kalangan
murid dan menjamin kesihatan mereka .Ini secara tidak langsung membantu pihak
sekolah mengendalikan kotak susu yang lebih sistematik .

Sebagai kesimpulan, inisiatif-inisiatif ini perlu diamalkan di peringkat sekolah


untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar
mesti diatasi dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi
kepada masyarakat dan negara. Pada pandangan saya, semua pihak mesti bekerjasama
dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak
pasti pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan baik .
SOALAN 4

RUJUKKAN
1. khairie91.blogspot.com/.../assignment-computing-2-apa-aku-nak.ht..

2. khairie91.blogspot.com/.../assignment-computing-2-apa-aku-nak.ht..

3. Majalah teknologi hijau.

4. stpm-study.blogspot.com/.../langkah-langkah-untuk-mengatasi.htm..

5. Jasiman Ahmad (1996). Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam. Kuala
Lumpur: Eddiplex Sdn. Bhd.

6. Keratan Ahkbar Daily Express ( 1710/03 )MALAYSIA, Open University. (2004).


7. LANH1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.MALAYSIA, Open
University. (2005).

8. LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.MALAYSIA, Open


University (2004).

9. OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM sdn. BhdThe Star,


( 1/8/2005

10. Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai