Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TUNKU BESAR TAMPIN Kod Sekolah: NEE 5037

1. Nama Guru
MOHD AMRI B. AWALLUDIN

Kaedah Psikoterapi Islam 3. Bidang: Pengetahuan


2. Judul
(Sharifah Basirah Syed Muhsin) Profesional
244 m/s
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 2 hari
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Sejak akhir-akhir ini apabila masyarakat terutamanya umat Islam semakin kerap menghadapi
ketidakstabilan emosi, psikologi, kognitif dan sebagainya sehingga menimbulkan pelbagai
masalah berkaitan dengan kecelaruan jiwa. Isu ini menyebabkan ahli psikologi Muslim mahupun
ulama mula melihat bahawa konsep dan teori daripada para pemikir Barat mempunyai kelemahan
yang tersendiri, iaitu hampir kesemuanya mengabaikan entiti minda dan roh. Pemikiran Abu Talib
al-Makki diakui, dihormati dan dijadikan rujukan oleh banyak sarjana Islam dan juga Barat dalam
psikoterapi. Karya beliau Qut al-Qulub menjadi dasar penulisan buku ini yang membincangkan
maqamat, iaitu perhentian-perhentian spiritual yang menjadi asas utama dalam membentuk
kesempurnaan insan dalam konteks psikologi Islam. Buku ini mengemukakan persamaan dan
perbezaan psikoterapi Barat dengan psikoterapi Islam. Buku ini juga mencadangkan suatu
kaedah khusus bagi merawat spiritual seseorang yang telah dijangkiti oleh penyakit rohani
dengan pengaplikasian maqamat al-Makki. Oleh sebab itu, buku ini memenuhi kehendak
khalayak yang masih tercari-cari rujukan tentang psikoterapi yang berteraskan al-Quran dan
sunnah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan tentang perbezaan sistem psikoterapi Barat dan psikoterapi Islam.
Dalam sistem psikoterapi Islam, banyak ditekankan tentang hubungan minda dan roh yang
memainkan peranan penting dalam kestabilan emosi dan psikologi manusia.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai guru, pendekatan psikoterapi Islam mampu membantu menangani permasalahan disiplin
pelajar yang kebanyakannya berpunca daripada masalah emosi yang bercelaru dan tidak stabil.
Pendekatan psikoterapi Islam dilihat mampu menjadi alternatif terbaik untuk mengurangkan kadar
masalah disiplin para pelajar dengan membantu merawat penyakit rohani terlebih dahulu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD AMRI B. AWALLUDIN) ( )

Anda mungkin juga menyukai