Surah Al Hujurat

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

SURAH AL-HUJURAT (BILIK-BILIK) AYAT 1-9

Surah ini menceritakan tentang adab-adab terhadap Allah swt dan adab-adab terhadap
Rasulullah saw. Surah ini juga mengajar kita agar sentiasa menjaga adab terhadap sesama
manusia agar tidak berlaku pertelingkahan. Pentingnya adab kerana adab yang baik
membolehkan seseorang manusia masuk kesyurga dengan mudah kerana adab itu
menunjukkan akhlak atau peribadi seseorang. Kata nabi orang yang mempunyai akhlak
yang baik mampu mengejar amalan orang yang melakukan perkara-perkara dan lebih
mudah untuk masuk ke syurga. Oleh itu, kita perlulah menjaga adab-adab dan menjaga
akhlak kita agar mendapat pahala dan dikasihi Allah swt dan rasulNya. Pada akhir zaman ini
banyak berlaku nya keruntuhan akhlak di kalangan umat islam.Antara faktor berlakunya
keruntuhan akhlak di kalangan umat islam ialah aqidah umat islam yang lemah dan kurang
mendapat didikan agama yang penuh. Oleh itu, kita perlulah menghadiri program-program
ilmu agar dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang agama.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu


perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 Allah melarang kepada orang yang merasakan diri mereka seorang yang beriman
untuk tidak mengambil keputusan sendiri sembelum Allah SWT atau nabi
menetapkan sesuatu hukum. Ayat ini diturunkan kepada sahabat nabi Abu Bakar
dan Umar ketika mereka berbincang untuk memilih pemimpin untuk Bani Tamim dan
telah berlaku selisih faham dimana Abu Bakar mengatakan Umar Ibnu Khattab selalu
berusaha unutk menyelisihi pendapat beliau. Namun masing-masing bertegas
dengan pendapat masing-masing sehinggalah ayat ini diturunkan untuk menegur
mereka. (sahih bukhari, dari Abdullah Ibnu Zubair)
 Kesannya, kita hendaklah berbincang sesuatu dengan baik dan meminta pendapat
daripada orang yang lebih arif agar kesimpulan perbincangan adalah yang terbaik.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara
Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap
dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap
dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak
hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

 Ayat kedua ini juga diturunkan kepada mereka. Ketika dalam perlisihan faham
memilih siapa yang akan menjadi pemimpin itu suara mereka meninggi melebihi
suara nabi sehinggakan urat-urat leher mereka kelihatan. Selain itu, ketika di dalam
majlis ilmu juga dilarang meninggikan suara ketika pendakwah sedang
menyampaikan ayat al-Quran atau hadith sekalipun meninggikan suara untuk
menegur anak kecil yang bermain ketika majlis ilmu berlangsung.
 Maksud iman dari segi Bahasa ialah percaya. Dari segi istilah pula ialah embenarkan
dengan hati, mengakui dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.
 Kesan daripada ayat di atas ialah kita perlulah menjaga nada suara kita ketika
berbincang dan menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka agar tidak
menyakiti hati mana-mana pihak.
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi
Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk
bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

 Setelah ayat kedua diturunkan mereka menyedari bahawa itu adalah satu kesalahan
lalu mereka merendahkan suara mereka. Mereka itulah orang yang telah dibersihkan
hatinya untuk bertaqwa kepada Allah swt dan mereka akan beroleh keampunan dan
pahala yang besar di sisi Allah swt. Terkesannya ayat ini sehinggakan Umar ibnu
Khattab ketika berbicara dengan nabi suaranya tidak didengari oleh nabi
sehinggakan nabi bertanya kembali apa soalannya.
 Kebaikan yang terdapat di dalam ayat ini ialah sekiranya berbicara dalam nada yang
rendah orang lain akan mudah menerima informasi yang kita cuba sampaikan.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai
Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

 Mengikut pada tafsiran para ulama , ayat ini diturunkan kerana ketika kaum bani
Tamim yang datang untuk meminta pendapat tadi telah datang setiap seorang ke
setiap satu bilik-bilik isteri nabi dan memanggil-manggil nama nabi unuk bertemu
dengan nabi.
 Kesannya, kita perlulah menghormati masa peribadi orang dan tidak menceroboh
dengan sewenang-wenangnya.
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka,
tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

 Ayat ini menerangkan kepada mereka bahawa sekiranya mereka mengetahui adab-
adab untuk bertemu dan berbicara dengan nabi merka pasti bersabar dan menunggu
sehingga nabi datang kepada mereka. Maha Pengampun dan Maha Pengasihnya
Allah sekiranya mereka mengetahui dan bertaubat dan jangan sesekali berputus asa
dalam mencari redha Allah swt.
 Kebaikan yang terkandung dalam ayat ini ialah kita hendaklah bersabar kerana
bersabar itu separuh daripada iman.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

 Ayat ini diturunkan ketika mana nabi menghantar seorang utusan untuk pergi
memungut zakat pada satu kaum. Namun sebelum pengutus itu sampai kepada
kaum tersebut dia melihat kaum tersebut sedang berkumpul dan dia bersangka
bahawa kaum tersebut ingin menyerangnya walhal kaum tersebut sedang menunggu
utusan yang dijanjikan oleh nabi lalu pengutus itu pulang kepada nabi. Pengutus itu
menyampaikan kepada nabi bahawa kaum tersebut tidak mahu membayar zakat dan
mencuba untuk membunuh beliau. Nabi menjadi marah dan menyiapkan pasukan
untuk menyerang kaum tersebut namun ketika didalam perjalanan nabi bertemu
dengan ketua kaum tersebut lalu diceritakan lah hal yang sebenarnya. Oleh itu, kita
hendaklah menyelidik dahulu sesuatu berita yang disampaikan oleh orang fasik
sama ada benar atau salah agar tidak mendatangkan keburukan tambahan pula
dizaman fitnah kini.
 Orang yang fasik bermaksud orang yang suka berbohong atau suka melakukan
maksiat secara terang-terangan.
 Kesannya, kita hendaklah menyiasat sesuatu berite terlebih dahulu sebelum
bertindak agar tidak mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan juga oang lain.

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah
kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak
kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi
(Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai
orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu
perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan
kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu
benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang
lurus;

 Sekali lagi Allah menegaskan agar manusia tidak melampaui batas oleh itu Allah swt
menghadirkan nabi agar apa yang diwahyukan oleh Allah swt boleh disampaikan
kepada orang lain. Dan ikutlah apa yang disampaikan oleh nabi sekiranya nabi
sentiasa mengikut apa kemahuan atau hawa nafsu kalian pasti akan ada kesukaran
yang mendatang oleh itu bersabarlah untuk menunggu perintah Allah swt
sesungguhnya Allah swt akan membimbing kamu ke jalan yang lurus lagi diredhai.
 Kesannya, Allah swt tidak menyukai orang yang mengikut hawa nafsu.
 Keimanan dan ketakwaan sangat penting dan berkait rapat antara satu sama lain.
Beriman bermaksud mengiktikadkan dengan yakin dalam hati, berikrar dengan lidah
serta mengerjakan dengan anggota badan dengan sungguh-sungguh kepada Allah
dan rasul-Nya. Bertakwa iaitu mempunyai sifat takwa, taat mengerjakan perintah
Allah SWT dengan penuh kesolehan.

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari
Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 Ayat ini menerangkan iman yang Allah swt beri kepada seseorang adalah kerana
kasih dan sayangnya Allah swt kepada hambanya dan diberi limpah kurnianya dan
nikmat. Maha mengetahui dan Maha bijaksana Allah kerana dapat mengetahui
segala yang ada di bumi mahupun di lagit.

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara
keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang
zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka
damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah
kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil.

 Ayat ini membicarakan tentang persatuan. Sekiranya berlaku pertelingkahan antara


dua kaum maka sebagai seorang muslim hendaklah kita mendamaikan mereka. Jika
salah satu daripada mereka berlaku zalim maka hendaklah kita perangi mereka
sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah swt. Sebagai seorang muslim
hendaklah kita berlaku adil terhadap mereka.
 Kebaikan yang terkandung dalam ayat ini ialah sebagai seorang muslim hendaklah
kita berlaku adil kepada sesiapa sahaja agar dikasihi oleh Allah swt dan mendapat
pahala yang besar disisNya. Selain itu, kita juga haruslah membantu menyelesaikan
masalah orang sekeliling dan jangan menjadi batu api ketika berlaku pertelingkahan
kerana pergaduhan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan kemajuan.

PENGAJARAN YANG TEKANDUNG DI DALAM KESULERUHAN AYAT DI ATAS

1. Kita hendaklah mematuhi perintah Allah swt yang disampaikan melalu


Rasulullah saw.
2. Kita perlulah menghindari diri kita daripada mengikut kehendak hawa nafsu
agar tidak mendatangkan keburukan
3. Kita haruslah menyelesaikan sesuatu masalah secara professional dan tidak
terburu-buru.
4. Kita hendaklah menjaga adab-adab ketika berbicara agar tidak menyakiti hati
orang lain.
5. Kita wajiblah mengikut perintah-perintah yang telah ditetapkan dan tidak
melampaui batas agar tidak termasuk dalam golongan yang derhaka dan
kafir.

RUJUKAN
1. Tafsir as-Sa’di (Abd ar-Rahman ibn Nasir as-Sa’di)
2. 300 hadis bimbingan (Dr Haji Zahazan Mohammed)
3. (DR AMINUDIN MANSOR)
 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140701/ba_01/Membentuk-
iman-takwa#ixzz5TyNKRpyE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
4. http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidah_1.htm

Anda mungkin juga menyukai