Anda di halaman 1dari 4

Ashabul Kahfi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search

Lukisan votif tujuh Orang Peradu abad ke-19 Jerman. Penulisan mengatakan Bittet für uns Ihr hl. sieben
Schläfer (Doa kami (untuk), Tujuh Orang Peradu Suci).

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: ‫ )أصحاب الكهف‬merupakan suatu kisah benar


mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma
bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa
ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat
penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka
melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu
ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai
tempat persembunyian.

Bilangan pemuda[sunting | sunting sumber]


Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk
berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;

 Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah
anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya
ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya
yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka.
Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui
bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali
secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari
mereka.
Menurut Ibn Abbas pendapat yang kuat iaitu tujuh orang dan yang kelapan termasuk anjing.
Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius,
Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir. [1]

Lokasi gua[sunting | sunting sumber]


Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud ahli. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada
3 gua yang dimaksudkan itu:
1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus,
Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini. Namun gua ini juga turut menepati
ciri-ciri yang diberikan dalam Al-Quran.
2. Gua di Damsyik, Syria.
3. Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam Al-Quran.
Gua di Ephesus[sunting | sunting sumber]

Gua Tujuh Peradu, Efesus, Turki.

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung
Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The
Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah
berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah
menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan
berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Raja Decius dari Rom (Decius) sekitar
tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula
menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam
setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja
Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius
itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah
pun dibina.[2]

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan[sunting | sunting sumber]


Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Peradu Tiga
Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan.
Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

Versi dalam Al-Quran[sunting | sunting sumber]


Firman Allah dalam Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26):
۬
‫) إِ ۡذ أَ َوى ۡٱلف ِۡت َي ُة إِلَى ۡٱل َك ۡهفِ َف َقالُو ْا َر َّب َنآ َءاتِ َنا مِن لَّدُن َك َر ۡح َم ًة َو َه ِّي ۡئ لَ َنا م ِۡن‬٩( ‫ِيم َكا ُنو ْا م ِۡن َءا َي ٰـتِ َنا َع َج ًبا‬ َّ ‫ص َح ٰـ َب ۡٱل َك ۡهفِ َو‬
ِ ‫ٱلرق‬ ۡ َ‫أَمۡ َحسِ ۡبتَ أَنَّ أ‬
‫ص‬ ۬ َ
ُّ ‫) َّن ۡحنُ َن ُق‬١٢( ‫ص ٰى لِ َما لَ ِب ُث ٓو ْا أ َم ًدا‬ َ ۡ
َ ‫ى ٱلحِز َب ۡي ِن أ ۡح‬ ۡ َ ۡ ۬ ۡ
ُّ ‫) ُث َّم َب َعث َن ٰـ ُهمۡ لِ َن ۡعلَ َم أ‬١١( ‫ض َر ۡب َنا َعلَ ٰ ٓى َء َاذانِ ِهمۡ فِى ٱل َك ۡهفِ سِ نِينَ َعدَ ًدا‬ َ ‫) َف‬١٠( ‫ش ۬ ًدا‬ َ ‫أَ ۡم ِر َنا َر‬
ۚ
‫ض لَن َّن ۡد ُع َو ْا‬ ِ ‫ت َوٱأۡل َ ۡر‬ ِ ‫ٱلس َم ٰـ َوٲ‬
َّ ‫ب‬ ُّ ‫) َو َر َب ۡط َنا َعلَ ٰى قُلُ ۖوبِ ِهمۡ إِ ۡذ َقا ُمو ْا َف َقالُو ْا َر ُّب َنا َر‬١٣( ‫َعلَ ۡي َك َن َبأَهُم ِب ۡٱل َحقِّ‌ إِ َّن ُہمۡ ف ِۡت َي ٌة َءا َم ُنو ْا ِب َر ِّب ِهمۡ َو ِز ۡد َن ٰـ ُهمۡ ُه ۬ ًدى‬
۬
ۡ ۡ
‫ن َف َم ۡن أظلَ ُم ِم َّم ِن ٱف َت َر ٰى َعلَى‬ َ ۖ ُ ‫) َه ٰـٓؤُ آَل ءِ َق ۡو ُم َنا ٱ َّت َخ ُذو ْا مِن دُونِ ِهۦۤ َءالِ َه ً‌ة لَّ ۡواَل َي ۡأ ُتونَ َعلَ ۡي ِهم ِب‬١٤( ‫ش َط ًطا‬
‌ٍ ۬ ‫س ۡل َط ٰـ ۭ ِن َب ِّي‬ َ ‫مِن دُونِ ِهۦۤ إِلَ ٰـ ۬ ًه ۖا‌ َّل َق ۡد قُ ۡل َنآ إِ ۬ ًذا‬
۬ ُ ‫ٱع َت َز ۡل ُت ُموهُمۡ َو َما َي ۡع ُبدُونَ إِاَّل ٱهَّلل َ َف ۡأ ُو ۥۤ ْا إِلَى ۡٱل َك ۡهفِ َين‬ ۡ ‫) َوإِ ِذ‬١٥( ‫ٱهَّلل ِ َك ِذ ۬ ًبا‬
۞ )١٦( ‫ش ۡر لَ ُكمۡ َر ُّب ُكم ِّمن َّر ۡح َمتِهِۦ َو ُي َه ِّي ۡئ َل ُكم ِّم ۡن أَ ۡم ِر ُكم ِّم ۡر َف ًقا‬
‫ت ٱهَّلل‌ۗ ِ َمن َي ۡہ ِد‬ ۚ
ِ ‫ال َوهُمۡ فِى َف ۡج َو ۬ ٍة ِّم ۡن ُ‌ه َذٲلِ َك م ِۡن َءا َي ٰـ‬ ِّ ‫ض ُہمۡ َذاتَ ٱل‬ ۡ ۡ
ِ ‫ش َم‬ ُ ‫ِين َوإِ َذا َغ َر َبت َّتق ِر‬ ِ ‫س إِ َذا َطلَ َعت َّت َز َٲو ُر َعن َك ۡهفِ ِهمۡ َذاتَ ٱل َيم‬ َ ‫ش ۡم‬َّ ‫َو َت َرى ٱل‬
ٌ‫ال َو َك ۡل ُب ُهم َب ٰـسِ ۬ط‬ ‌ِۖ ‫ش َم‬ ِّ ‫ِين َوذاتَ ٱل‬ َ ۡ َ ِّ َ ۚ ۬ ُ
ِ ‫س ُب ُہمۡ أ ۡيقاظا َوهُمۡ ُرقو ٌ‌د َو ُنقل ُب ُهمۡ ذاتَ ٱل َيم‬ ً ۬ َ َ ۬ ًّ ۬
َ ‫) َو َت ۡح‬١٧( ‫ـًيا ُّم ۡرشِ ًدا‬wِ‫ضلِ ۡل فلن َت ِجدَ ل ُه ۥ َول‬ َ َ َ ۡ ‫ٱهَّلل ُ َف ُه َو ۡٱل ُم ۡه َت ِ‌د َو َمن ُي‬
ۖ
ۡ
‌ۡ‫آءلُو ْا َب ۡي َن ُہ ۚمۡ‌ َقالَ َقآ ٕٮِ ۬ل ٌ ِّم ۡن ُہمۡ ڪَمۡ لَ ِبث ُت ۖم‬ َ ‫س‬ ۡ ۬
َ ‫) َوڪ ََذٲلِ َك َب َعث َن ٰـ ُهمۡ لِ َي َت‬١٨( ‫ارا َولَ ُمل ِۡئتَ م ِۡن ُہمۡ ُر ۡع ًبا‬ ۬
ً ‫ٱطلَ ۡعتَ َعلَ ۡي ِہمۡ لَ َولَّ ۡيتَ م ِۡن ُهمۡ ف َِر‬َّ ‫اع ۡي ِه ِب ۡٱل َوصِ ي ِۚ‌د لَ ِو‬ َ ‫ذ َِر‬
ۡ
۬‫ض َي ۡو ٍۚ۬‌م َقالُو ْا َر ُّب ُكمۡ أَ ۡعلَ ُم بِ َما لَبِ ۡث ُتمۡ َف ۡٱب َع ُث ٓو ْا أَ َحدَ ڪُم ِب َو ِرقِ ُكمۡ َه ٰـ ِذ ِهۦۤ إِلَى ۡٱل َمدِي َن ِة َف ۡل َين ُظ ۡر أَ ُّي َہآ أَ ۡز َك ٰى َط َعا ۬ ًما َف ۡل َيأتِڪُم ِب ِر ۡز ٍق‬ ۡ ۡ َ
َ ‫َقالُو ْا لبِثنا َيو ًما أو َبع‬
ۡ َ ۡ َ
َ ۬ َ ً ۡ َ ۡ
‫) َوڪَذٲلِ َك‬٢٠( ‫) إِ َّن ُہمۡ إِن َيظ َه ُرو ْا َعلَ ۡي ُكمۡ َي ۡر ُج ُمو ُكمۡ أ ۡو ُيعِيدُوڪُمۡ فِى ِملَّتِ ِهمۡ َولَن ُتفلِ ُح ٓو ْا إِذا أ َب ًدا‬١٩( ‫ِّم ۡن ُه َو ۡل َي َتلَ َّط ۡف َواَل ُي ۡشع َِرنَّ ِبڪُمۡ أ َحدًا‬ َ
۬ ۡ ۬
َ‫اع َة اَل َر ۡي َب فِي َهآ إِذ َي َت َن ٰـ َزعُونَ َب ۡي َن ُہمۡ أَ ۡم َره ُۖمۡ‌ َف َقالُو ْا ۡٱب ُنو ْا َعلَ ۡي ِہم ُب ۡن َي ٰـ ًن ۖا‌ َّر ُّب ُهمۡ أَ ۡعلَ ُم ِب ِه ۚمۡ‌ َقال‬ َ ‫ٱلس‬ َّ َّ‫أَ ۡع َث ۡر َنا َعلَ ۡي ِہمۡ لِ َي ۡعلَ ُم ٓو ْا أَنَّ َو ۡعدَ ٱهَّلل ِ َحقٌّ َوأَن‬
۬ ۬
َ‫ب َو َيقُولُون‬ ‌ِۖ ‫س ُہمۡ َك ۡل ُب ُہمۡ َر ۡج ۢ َما ِب ۡٱل َغ ۡي‬ ُ ‫سا ِد‬َ ‫س ٌة‬ َ ‫س َيقُولُونَ َثلَ ٰـ َث ٌة َّرابِ ُع ُهمۡ َك ۡل ُب ُهمۡ َو َيقُولُونَ َخ ۡم‬ َ )٢١( ‫ٱلَّذِينَ َغلَ ُبو ْا َعلَ ٰ ٓى أَ ۡم ِرهِمۡ لَ َن َّتخ َِذنَّ َعلَ ۡي ِہم َّم ۡس ِج ۬ ًدا‬
۬ َ ۡ ۡ ۬ ۬ ۗ ۬ ۡ ۬
َّ‫) َواَل َتقُولَن‬٢٢( ‫ت فِي ِهم ِّمن ُهمۡ أ َح ًدا‬ ِ ‫ِيہمۡ إِاَّل م َِرآ ًء َظ ٰـ ِه ًرا َواَل َت ۡس َتف‬ ِ ‫ار ف‬ ِ ‫س ۡب َع ٌة َو َثا ِم ُن ُہمۡ ڪَل ُب ُہ ۚمۡ‌ قُل َّر ِّب ٓى أَ ۡعلَ ُم ِبعِدَّ ت ِِہم َّما َي ۡعلَ ُم ُهمۡ إِاَّل َقلِي ‌ل ٌ َفاَل ُت َم‬ َ
ْ ُ َ ۬ َ َ ۡ
‫) َولبِثوا فِى‬٢٤( ‫سى أن َيه ِد َي ِن َر ِّبى أِل ق َر َب مِن َه ٰـذا َرش ًدا‬ ۡ َ ۡ َ ٓ ٰ َ ‫َوق ۡل َع‬ ُ َ‫يت‬ َ َ َ ُ
ِ‫آء ٱ ‌ُ َوٱذكر َّر َّبك إِذا نس‬ ۡ ۚ ‫هَّلل‬ َ َ ‫آَّل‬ َ َ َ
َ ‫) إِ أن َيش‬٢٣( ‫شاىءٍ إِنى فاعِ ل ٌ ذٲلِك غدًا‬۬ َ ِّ ۡ ْ َ ِ‫ل‬
‫ِع َما َل ُهم ِّمن دُونِهِۦ مِن‬ ۚ َ َ َ ‫أۡل‬ ۖ ُ َ ‫هَّلل‬ ُ ۬ ۡ ۬ َ
‌ۡ ‫ض أ ۡبصِ ۡر ِبهِۦ َوأ ۡسم‬ ‌ۖ ِ ‫ت َوٱ ۡر‬ ِ ‫ٱلس َم ٰـ َوٲ‬
َّ ‫ب‬ ُ ‫) ق ِل ٱ ُ أ ۡعلَ ُم ِب َما َل ِبثوْ‌ا َل ُه ۥ َغ ۡي‬٢٥( ‫َك ۡهفِ ِهمۡ ثلَ ٰـ َث ِماْ َئ ٍة سِ نِينَ َوٱزدَ ادُو ْا ت ِۡس ًعا‬
)٢٦( ‫َول ۬ ٍِّى َواَل ُي ۡش ِر ُك فِى ُح ۡك ِم ِهۦۤ أَ َح ۬ ًدا‬

 "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu
mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[18:10]
 "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang
banyak bilangannya".[18:11]
 "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari
dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup
(dalam gua itu)".[18:12]
 "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;
sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami
tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".[18:13]
 "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka
bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami
sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah
mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".[18:14]
 "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan
yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang
membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak
dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta
terhadap Allah.[18:15]
 "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka
sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu
melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan
untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".[18:16]
 "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka;
dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam
satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan)
Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai
kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh
sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".[18:17]
 "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan
mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak
dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua;
jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan
tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".[18:18]
 "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-
tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?"
(Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari
sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang
lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak
kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit
habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun
menyedari akan hal kamu.[18:19]
 "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam
dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka
(secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-
lamanya".[18:20]
 “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu
mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa
hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-
orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah
itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua
mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa
atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah
masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.[18:21]
 “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang
keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima
orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan
sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh
orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku
lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan
sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka
melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-
Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang
pun dari golongan (yang membincangkannya)”.[18:22]
 “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa
aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.[18:23]
 “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta
sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku
memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.[18:24]
 “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli
kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.[18:25]
 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka
tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh
penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada
bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan
sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.[18:26]

Anda mungkin juga menyukai