Anda di halaman 1dari 6

Raja Namrud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search

Raja Namrud disembah oleh rakyatnya. Gambar terperinci lukisan Pieter Brueghel yang lebih tua bertajuk
"Pembinaan Menara-Menara ke Babil" (1563)

Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) juga disebut eja Namrudz


bin Kan'aan (Arab ‫نمرود بن كنعان‬, Inggeris Nimrod,Bahasa
Ibrani: ‫נִמְ רֹוד‬, Piawai [Nimrod]  error: {{transl}}: unrecognized transliteration standard:
(bantuan) Tiberias  ‫מרֹד‬ ְ ִ ‫נ‬ ; Nimrōḏ) (2275 SM – 1943 SM) adalah salah satu
seorang Raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Ia
memiliki gelaran "a mighty hunter" yang bermaksud "pemburu yang hebat" atau
"pemburu yang perkasa", kerana kebijakannya dalam berburu. Nama lengkapnya
adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.)atau
juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). Selain itu
beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.
Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari
memberontak". Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.
Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun
kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan
ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu
mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya terkenal kerana
usahanya sebagai pendiri Menara Babel.Menurut Kitab Bible kerajaannya
termasuklah Babel, Erech, Accad, dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali
sebagai tanah Namrud.

Isi kandungan

 1Sejarah awal
 2Pencapaian di bawah pemerintahan Raja Namrud
 3Ketibaan Nabi Ibrahim a.s.
 4Raja Namrud cuba membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s iaitu Allah s.w.t.
 5Kematian Raja Namrud
 6Rujukan
 7Pautan luar
Sejarah awal[sunting | sunting sumber]
Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada nabi Nuh a.s., [perlu rujukan] manakala ibunya
ialah Semiramis. Ibunya pada usia remaja telah berkahwin dengan bapanya. Adalah
dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin dengan Semiramis,
bapanya telah meninggal dunia. Oleh itu, apabila Namrud lahir beliau tidak berbapa.
Ibunya adalah seorang yang wanita yang cantik lagi bijaksana. Setelah beliau
dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh oleh manusia
dan Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan keyakinan Namrud
bahawa beliau adalah anak tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, beliau menjadi
seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan kawan wanitanya. Oleh itu,
Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.

Pencapaian di bawah pemerintahan Raja


Namrud[sunting | sunting sumber]
Raja Namrud telah dianugerahi dengan daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar
dalam pelbagai bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak.
Baliau telah menemui sistem sexagesimal yang membahagikan bulatan kepada 360
darjah, satu darjah kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Selain itu beliau
menetapkan bahawa satu hari terbahagi kepada 24 jam setiap jam kepada 60 minit
dan 1 minit kepada 60 saat. Menurut beliau hari bermula pada waktu tengah malam
dan bukannya pada waktu matahari terbenam seperti yang dipercayai oleh kaum
sebelumnya.
Disamping itu, Namrud mahir dalam pengiraan matematik dalam pembinaan
bangunan-bangunan besar, jambatan, kuil, mahligai dan empangan. Antara
sumbangan beliau ialah pembinaan sistem saliran irrigation di lembah Tigris dan
Euphrates. Beliaulah orang pertama yang menggunakan batu-bata dari tanah liat
yang terbakar burnt clay sebagai bahan binaan bangunan. Malah beliau terkenal
sebagai arkitek Menara Babil iaitu pencakar langit yang pertama di dunia.
Malangnya sebagai seorang ateis, beliau telah menyalahgunakan kebijaksanaannya
untuk menyesatkan rakyatnya. Antara lain beliau telah menggunakan ilmu falak
untuk mencipta pelbagai sistem meramal nasib seperti horoskop dan tilik
nasib palmistry. Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa manusia tidak perlukan
Tuhan kerana manusia mampu meramal dan mengubah nasibnya dengan sendiri.
Selain itu, beliau membina banyak bangunan serta berhala yang tersergam indah
agar manusia kagum dengan kehebatan ciptaannya sendiri. Menara Babil yang
bermaksud "Pintu Gerbang yang Sempurna" merupakan kuil dimana pendita-pendita
menyanjungi Namrud. Tujuannya dibina ialah untuk menaikkan sebuah bangunan
yang mampu mencecah kayangan. Menurut buku "Sejarah Para Rasul dan Raja"
pada abad ke-9 oleh ahli sejarah Islam terkenal al-Tabari, menara tersebut telah
dimusnahkan oleh Allah. Pada mulanya para pembinanya menggunakan satu
bahasa iaitu bahasa Suryani, tetapi ia terpecah kepada 72 bahasa yang berlainan.
Akibatnya mereka tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak dapat
meneruskan pembinaan menara tersebut.
Beliau juga amat meminati ilmu sihir dan menggunakannya untuk mempengaruhi
fikiran rakyatnya. Adalah dipercayai beliau mempelajari ilmu tersebut dari
dua malaikat Harut dan Marut yang pernah disebut dalam al-Quran.
Selain itu, beliau telah memulakan suatu era yang baru dimana manusia
memandang rendah pada tuhan. Rakyatnya tidak digalakkan untuk melakukan
kebaikan demi tuhan kerana baginya tuhan yang ghaib adalah lemah. Oleh itu
orangramai dibawah pemerintahannya boleh mengikut nafsu manusia seperti
berpesta, seks rambang, meminum arak dan segala kemungkaran yang lain. Oleh
yang demikian, beliau diberi gelaran Bacchus atau Dewa Wain kerana beliau
'mabuk' dengan keduniaan. Beliau juga mendakwa dirinya Tuhan kerana sebagai
seorang manusia beliau lebih tahu mengenai kelemahan manusia lain berbanding
Tuhan yang jauh terpisah dari makhluknya sendiri.
== Pertembungan antara Raja Namrud yang zalim dengan Nabi Ibrahim a.s. dalam
kitab-kitab == [perlu rujukan]
Kitab Injil tidak pernah menyatakan tentang pertemuan antara Raja Namrud dengan
Nabi Ibrahim a.s. Malah terdapat jurang tujuh generasi antara mereka berdua,
Namrud sebagai cicit Nabi Nuh a.s, manakala Ibrahim sepuluh generasi selepas
Nabi Nuh. (Genesis 10,11).
Walaupun begitu Kitab Taurat dan al-Quran menggambarkan pertembungan antara
Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim a.s sebagai satu konfrontasi hebat antara
kebaikan dan kejahatan atau lebih spesifik lagi Monoteisme menentang Taghut dan
Penyembahan Berhala. Namun demikian menurut sumber Yahudi, Raja Namrud
sempat bertaubat sebelum beliau meninggal dunia. Tetapi
penganut Islam mempercayai bahawa beliau tetap dengan pendiriannya sebagai
Tuhan sehinggalah keakhir hayatnya.

Ketibaan Nabi Ibrahim a.s.[sunting | sunting sumber]


Pada satu malam Raja Namrud [perlu rujukan]bermimpi melihat bintang yang terbit dari
barat. Semakin tinggi ia naik, semakin terang bintang itu menyinar. Sehinggakan ia
sampai ke zenith dimana ia menerangi seluruh alam semesta. Selepas terbangun
Raja Namrudpun memanggil penasihatnya dan menceritakan mimpinya tersebut.
Penasihat itu memberitahu beliau bahawa terdapat beberapa tafsiran bagi mimpinya
itu.
Antara tafsirannya ialah:

 akan lahir seorang insan dalam masa setahun.


 insan itu akan dilahirkan di Faddam A'ram.
 insan itu akan menjadi pemusnah batu berhala.
 insan itu akan membuktikan kepalsuan Raja Namrud.
 insan itu akan menyebarkan agama bahawa tuhan yang esa wujud dan
darinya akan lahir zuriat-zuriat para nabi dan aulia.
 Nabi terakhir dari zuriat ini akan membawa agama yang ibarat bintang di
zenith iaitu menyinari seluruh alam semesta.
 akibat insan ini Raja Namrud akan mati secara dasyhat
Menurut cerita yang lain, Namrud bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat
dan masuk ke biliknya, kemudian merampas mahkota yang dipakainya, lalu
menghancurkannya.
Sebaik mendengar berita ini beliaupun menjadi gelisah. Beliau sedar bahawa insan
ini akan membawa kepada kejatuhannya. Dengan serta merta Raja Namrud
menghantar bala tenteranya ke Faddam A'ram. Penduduk lelakinya telah dipisahkan
dari isteri-isteri mereka. Wanita-wanita yang mengandung telah dibunuh. Raja
Namrudpun mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang melahirkan anak akan
dibunuh bersama anaknya sekali. Selepas satu tahun beliau mendapat petanda
bahawa insan itu akan dilahirkan. Beliau mengesyaki Azaar iaitu orang yang paling
dipercayainya kerana Azaar pernah dibenarkan untuk memasuki bandar tersebut.
Walaupun begitu Azaar menafikannya dan isterinya pula tidak menunjukkan tanda-
tanda hamil. Namun, beliau tidak mempercayainya dan menugaskan seorang
tentera untuk menjaga isteri Azaar. Setahun telah berlalu dan tentera Namrud telah
dikeluarkan dari bandar Faddam A'ram.
== Nabi Ibrahim a.s. menentang kebatilan yang disebarkan Raja Namrud == [perlu
rujukan]
 Raja Namrud menjadi lega kerana menyangkakan bahawa beliau telah
menggagalkan kelahiran insan yang akan menentangnya itu. Walaupun begitu insan
itu telah dilahirkan disebuah gua berhampiran Faddam A'ram. Semasa insan itu
iaitu Nabi Ibrahim a.s. mencapai dewasa beliau telah menghancurkan beberapa
batu berhala. Ini telah menimbulkan kemarahan rakyat jelata yang menangkap serta
membawanya kepada muka pengadilan iaitu dihadapan Raja Namrud.
Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud:"Apakah engkau yang melakukan
penghancuran dan merusakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan selamba,
Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah
yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang
menghancurkannya." Raja Namrudpun terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:"
Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata
mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang
dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir
itu beliau berpidato membentangkan kebatilan persembahan mereka, yang mereka
pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan
nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika demikian
halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak
dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau
menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan
kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan
kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa
persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami
oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu,
menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan
segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu
itu."
Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya itu, barulah Raja Namrud sedar
bahawa jejaka dihadapannya ialah insan dalam mimpinya itu. Budak ini bijak
berpidato dan mempunyai logik yang lebih tinggi daripada beliau dan mampu
mengugat kepercayaan rakyatnya terhadap penyembahan berhala. Selain itu, budak
ini sangat yakin dengan wujudnya tuhan yang esa dan tidak percaya dengan
berhala. Bahkan budak ini langsung tidak gentar dengan Raja Namrud dan berani
membantahnya. Raja Namrudpun tahu bahawa beliau mesti membunuh Nabi
Ibrahim dengan serta merta. Lalu beliaupun membuat keputusan untuk membakar
Nabi Ibrahim hidup-hidup sebagai hukuman atas perbuatannya menghina dan
menghancurkan tuhan-tuhan mereka. Maka berserulah Raja Namrud kepada rakyat
yang hadir menyaksikan pengadilan itu:"Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika
kamu benar-benar setia kepadanya."
Nabi Ibrahimpun dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala. Tetapi dengan
ajaibnya beliau terselamat. Hanya tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan
kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada
tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api. Orangramai tercengang
dengan keajaiban ini dan mula mempersoalkan kepercayaan kepada Raja Namrud.
Malah anak perempuan Raja Namrud sendiri iaitu Puteri Razia mengaku di hadapan
orangramai bahawa tuhan nabi Ibrahim a.s. adalah tuhan yang sebenarnya. Ini telah
menaikkan kemarahan beliau yang mengarahkan tenteranya untuk membunuh
puterinya itu. Puteri itupun meluru kearah api yang besar itu lalu berkata "Tuhan
Nabi Ibrahim selamatkanlah aku". Puteri Raziapun turut terselamat dari terbakar dan
dalam api yang membara itu kedengaran dia mengucap kalimah syahadah.
Tindakan derhaka puterinya menjadikan hati Raja Namrud semakin membara.
Sebaik sahaja puteri Razia keluar dari api tersebut beliau serta tenteranya telah
mengejarnya kedalam hutan. Ini memberi peluang kepada Nabi Ibrahim serta adik
tirinya Sarah, bapanya Azaar serta anak saudaranya Nabi Luth a.s. untuk melarikan
diri. Raja Namrud dan tenteranya puas mencari Puteri Razia tetapi puteri itu telah
hilang. Selepas sekian lama, merekapun pulang dan mendapati bahawa Nabi
Ibrahim turut terlepas. Setelah peristiwa ini, Raja Namrud kian gelisah kerana
rakyatnya mula hilang kepercayaan kekuasaannya. Oleh itu, beliau berazam pula
untuk membunuh Tuhan nabi Ibrahim.

Raja Namrud cuba membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s


iaitu Allah s.w.t.[sunting | sunting sumber]
Seperti kepercayaan orang dahulukala, beliau menganggap bahawa Tuhan
bersemayam di atas kayangan. Oleh itu Raja Namrud telah berusaha untuk
membina sebuah kenderaan yang mampu terbang keatas langit. Empat ekor burung
yang besar digunakan untuk mengangkat kenderaan itu kelangit. Empat tiang yang
panjang yang dicucuk dengan makanan telah dinaikkan agar burung-burung itu
terbang ke atas. Beliau yakin apabila sampainya dilangit, beliau akan menghampiri
Allah dan boleh memanahnya sehingga mati.
Sebaik sahaja kenderaan naik keudara, Raja Namrudpun bersedia dengan anak
panahnya. Beliau terkenal sebagai pemanah yang handal dan hadiahnya yang
paling besar ialah Allah Walaupun begitu, beliau menjadi hairan kerana semakin
tinggi kenderaan itu naik semakin jauh langit itu berada. Lama-kelamaan, udarapun
menjadi semakin tipis dan beliau semakin susah untuk bernafas. Dengan sepenuh
hati beliau mengacukan panahnya kelangit dan memanah keudara. Selang
beberapa minit panahnya jatuh kekenderaannya berlumuran dengan darah. Raja
Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh Tuhan Nabi
Ibrahim a.s. Lalu beliaupun menolak tiang-tiang itu kebawah supaya burung-burung
itu terbang balik kebumi. Apabila sampai kebawah, beliau dengan bangganya
menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan mengaku bahawa beliau telah
memburu serta membunuh Allah.
Raja Namrudpun menjemput Nabi Ibrahim a.s keistananya untuk menunjukkan
kekuasaan beliau. Apabila ditunjuk akan panahnya itu, nabi Ibrahim bertanya apabila
Raja Namrud memanah tuhan adakah langit semakin jauh atau semakin dekat.
Beliau terpaksa mengaku bahawa langit semakin jauh. Oleh itu nabi Ibrahim
mendakwa bahawa darah itu adalah sebenarnya darah ikan yang dilumur oleh
malaikat dilangit dan Raja Namrud tidak berupaya untuk membunuh Allah.
Barulah beliau sedar bahawa beliau telah dikaburkan matanya oleh Allah.Beliau
tetap mahu menunjukkan kekuasannya. Lalu beliau memanggil tenteranya untuk
membawa dua orang tawanan. Satunya telah dikenakan hukuman bunuh manakala
seorang lagi telah dibebaskan. Dengan angkuh beliau berkata berkata kepada nabi
Ibrahim, "Lihatlah saya dapat memberi kehidupan kepada seorang dan mengambil
nyawa orang yang lain!". Nabi Ibrahim pula menjawab, "Tuhan yang saya sembah
berkuasa untuk menerbitkan matahari dari timur. Bolehkah Raja Namrud
menerbitkan matahari disebelah barat pula?" Beliaupun terpaksa mengaku kalah
dengan logik nabi Ibrahim a.s. Dengan nada yang tinggi beliau mencabar Allah
untuk menentangnya disebuah tempat tertentu. Beliau akan mengumpul seluruh
bala tenteranya untuk berperang dengan Allah.

Kematian Raja Namrud[sunting | sunting sumber]


Raja Namrudpun mengumpul bala tenteranya yang ramai lengkap
dengan senjata yang serba canggih untuk menghadapi Tuhan nabi Ibrahim a.s.
Apabila tiba ditempat itu, Allah telah menurun beribu-ribu nyamuk atau serangga
yang halus. Senjata buatan manusia yang paling hebatpun tidak mampu menepis
serangan makhluk yang halus ini. Dalam beberapa minit mereka telah menembusi
kulit tentera Raja Namrud dan membunuh mereka dengan dahsyat sekali. Beliau
bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi seekor nyamuk itu telah masuk
keotaknya. Dipercayai selama empat puluh hari dan empat puluh malam, beliau
merana kerana otaknya dicucuk oleh nyamuk itu. Dalam waktu tersebut, nabi
Ibrahim sering mengunjungi serta memberi dakwah kepada beliau. Namun beliau
tetap mendakwa dirinya Tuhan. Akhirnya beliau memanggil orang suruhannya untuk
mengambil sebatang besi yang besar untuk memukul kepalanya agar sakitnya
hilang. Setelah beberapa minit kepalanya dipukul, beliau mengarahkan orang
suruhannya untuk memberi pukulan yang paling kuat dan ini telah membawa kepada
kematian Raja Namrud yang zalim itu. Kemudian nyamuk tersebut merangkak keluar
dari telinga beliau. Maka berakhirlah kehidupan seorang raja takbur yang mati akibat
serangan seekor nyamuk yang halus.

Anda mungkin juga menyukai