Anda di halaman 1dari 3

BCL – KKPP 2015

ULANGKAJI SPM 2015 – JADUAL PERSAMAAN PERAKAUNAN – PULAU PINANG 2015

a. Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Rahima Bee pada 31 Disember 2014.

RM
Perabot 3 800
Kenderaan 20 000
Penghutang 8 500
Stok Akhir 12 000
Simpanan Tetap 10 000
Bank 14 300
Pemiutang 8 600
Modal 60 000

Urusniaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Januari 2015:

a) Perniagaan membeli barang niaga sebanyak RM5 000. 20% daripadanya adalah
menggunakan cek dan selebihnya adalah kredit.
b) Mengeluarkan tunai RM200 dari bank untuk kegunaan pejabat.
c) Pemilik memulangkan barang niaga yang luput tarikh sebanyak RM200 kepada pembekal.
d) Menjual 3/4 daripada barang niaga kepada Lina dengan harga RM15 000.
e) Puan Rahima Bee telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM300. Satu perempat
daripadanya di hantar ke rumah anaknya. Bakinya disumbangkan kepada mangsa bencana
alam.

Anda dikehendaki melengkapkan jadual persamaan mengikut format berikut:

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih

LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB

1. Salin semula semua baki-baki yang diberikan di dalam soalan mengikut lajur yang diberikan.

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih
Baki 3 800 20 000 8 500 12 000 10 000 14 300 8 600 60 000

2. Selesaikan satu-persatu urusniaga yang diberikan dengan menyatakan kesannya ke atas


persamaan perakaunan.

a) Perniagaan membeli barang niaga sebanyak RM5 000. 20% daripadanya adalah
menggunakan cek dan selebihnya adalah kredit.
Analisis:
i. Stok bertambah sebanyak RM5 000.
ii. Bank berkurang sebanyak RM1 000 (RM5 000 x 20%).
iii. Pemiutang bertambah sebanyak RM4 000 (RM5 000 – RM1 000).

49
BCL – KKPP 2015

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih
Baki 3 800 20 000 8 500 12 000 10 000 14 300 8 600 60 000
a) 5 000 (1 000) 4 000

b) Mengeluarkan tunai RM200 dari bank untuk kegunaan pejabat.


Analisis:
i. Bank berkurang sebanyak RM200.
ii. Tunai bertambah sebanyak RM200.

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih
Baki 3 800 20 000 8 500 12 000 10 000 14 300 8 600 60 000
a) 5 000 (1 000) 4 000
b) (200) 200

c) Pemilik memulangkan barang niaga yang luput tarikh sebanyak RM200 kepada pembekal.
Analisis:
i. Stok berkurang sebanyak RM200.
ii. Pemiutang berkurang sebanyak RM200.

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih
Baki 3 800 20 000 8 500 12 000 10 000 14 300 8 600 60 000
a) 5 000 (1 000) 4 000
b) (200) 200
c) (200) (200)

d) Menjual 3/4 daripada barang niaga kepada Lina dengan harga RM15 000.
Analisis:
i. Jumlah stok sebelum urusniaga ini ialah RM16 800 (RM12 000 + RM5 000 - RM200).
Stok berkurang sebanyak RM12 600 (3/4 x RM16 800).
ii. Penghutang (Lina) bertambah RM15 000.
iii. Untung bertambah RM2 400 (hasil RM15 000 – kos RM12 600).

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih
Baki 3 800 20 000 8 500 12 000 10 000 14 300 8 600 60 000
a) 5 000 (1 000) 4 000
b) (200) 200
c) (200) (200)
d) 15 000 (12 600) 2 400

50
BCL – KKPP 2015

e) Puan Rahima Bee telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM300. Satu perempat
daripadanya di hantar ke rumah anaknya. Bakinya disumbangkan kepada mangsa bencana
alam.
Analisis:
i. Stok berkurang sebanyak RM300.
ii. Ambilan sebanyak RM75 (RM300 x ¼) direkodkan (dicatatkan dengan tanda negatif).
iii. Baki RM225 adalah derma dan direkodkan sebagai belanja di lajur untung bersih
(dicatatkan dengan tanda negatif).

Selepas selesai merekod kesan urusniaga, jumlahkan setiap lajur.

ASET LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Stok Simpanan Untung
Perabot Kenderaan Penghutang Bank Tunai Pemiutang Modal Ambilan
Akhir Tetap bersih
Baki 3 800 20 000 8 500 12 000 10 000 14 300 8 600 60 000
a) 5 000 (1 000) 4 000
b) (200) 200
c) (200) (200)
d) 15 000 (12 600) 2 400
e) (300) (75) (225)
Jum. 3 800 20 000 23 500 3 900 10 000 13 100 200 12 400 60 000 (75) 2 175

TAMBAHAN:

Sekiranya soalan meminta menyediakan Kunci Kira-kira, sediakan mengikut format T.

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 JANUARI 2015


RM RM
ASET BUKAN SEMASA LIABILITI SEMASA
Perabot 3 800 Pemiutang 12 400
Kenderaan 20 000

ASET SEMASA EKUITI PEMILIK


Penghutang 23 500 Modal awal 60 000
Stok akhir 3 900 (+) untung bersih 2 175
Simpanan tetap 10 000 (-) ambilan (75)
Bank 13 100
Tunai 200
74 500 74 500

51

Anda mungkin juga menyukai