Anda di halaman 1dari 1

Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang melanda seluruh dunia pada masa
ini. Pandemik covid 19 bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara malah, ia memberi
kesan kepada pendidikan negara.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa kesan covid 19 terhadap pendidikan. Pertama pandemic covid
19 meningkatkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Pandemik covid 19 ini menjadikan alat
teknologi dan komunikasi sebagai alat utama dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
pada ketika ini. Antara pelantar pembelajaran di rumah adalah ‘Facebook Live’, ‘Whatsapp’,
‘Telegram’, ‘Edpuzzle’, ‘EduwebTV’, ‘Zoom’, ‘Google Meet’, ‘Project Based Learning’ dan sebagainya.
Dengan ini kita dapat mngetahui bahawa tiada batasan untuk mendapat ilmu.

Pandemik Covid 19 ini memberi penekanan pada Pembelajaran kendiri. Setiap insan perlu menanam
nilai bahawa kita harus belajar sendiri dalam apa jua keadaan tanpa mengharapkan bantuan orang
lain. Pelajar dari sekolah rendah sehingga pengajian tinggi telah memahami betapa penting
pembelajaran kendiri dengan media yang sedia ada untuk mningkatkan kualiti diri.

Kesan terakhir ialah menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawabnya dalam pendidikan anak2.
Pandemik covid 19 ini memberi pengajaran kepada ibu bapa bahawa tanggungjawab ibu bapa bukan
sahaja hantar anak-anaknya ke sekolah malah perlu memberi perhatian terhadap proses
pembeljaran mereka, bakat dan minat anak-anak yang tersembunyi. Ibu bapa juga sedar terhadap
sumbangan mereka dalam pendidikan anak-anak mereka.

Maka di sini kita dapat lihat dengan jelas kesan pandemic covid 19 terhadap pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai