Anda di halaman 1dari 1

Saya Rubinia Arumugham, Graduan IPG Kampus Raja Melewar. Saya berasal dari Ipoh Perak.

Pencapaian tertinggi saya adalah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas. Anugerah ini
meliputi aktiviti-aktiviti Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Penjelajahan Lasak.

Seterusnya, Dalam Kegiatan Kokurikulum pula saya menyempurnakan Kursus Rugby iaitu “Level 1
Coaching 15 a-side” peringkat antarabangsa. Selain itu, , saya juga Berjaya mendapat sijil jurulatih
Skim Lencana Kecekapan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Saya mempunyai pengalaman dalam bidang keguruan. Saya telah melaksanakan praktikum fasa 1
selama 3 bulan di SJKT Bandar Springhill. Seterusnya, Praktikum Fasa 2 selama 3 bulan di SJKT
Bandar Sri Sendayan. Kemudian Intership selama 3 minggu di SJKT Bandar Sri Sendayan juga.
Pengalaman ini memberi banyak manfaat dan latihan kepada saya untuk menjadi guru yang
cemerlang.

Bahasa yang dikuasai selain daripada bahasa ibunda dan bahasa opsyen saya adalah bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu. Saya fasih menulis, membaca dan berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa ini.

Kelebihan yang terdapat pada diri saya adalah saya mempunyai kemahiran ICT yang baik. Saya
bersama rakan saya telah mencipta aplikasi iaitu Apps dan Berjaya dilancarkan dalam google
playstore. Nama apps itu adalah “Infokit”. Apps ini meliputi kandungan pengetahuan Am yang perlu
diketahui oleh semua murid-murid. Saya mempunyai kepakaran dalam menulis cerpen. Rakan
sekelas saya Berjaya melancarkan “Antologi Cerpen “ bertajuk “Thirava Pakkanggal”.

Anda mungkin juga menyukai