002 DSKP KSSR Semakan 2017 Bahasa Melayu SJK Tahun 3 PDF
002 DSKP KSSR Semakan 2017 Bahasa Melayu SJK Tahun 3 PDF
Bahasa Melayu
Sekolah Jenis Kebangsaan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
TAHUN 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahasa Melayu
Sekolah Jenis Kebangsaan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tahun 3
Bahagian Pembangunan Kurikulum
APRIL 2017
Terbitan 2017
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa
juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel
E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
Rukun Negara................................................................................................................................................................................ v
Kata Pengantar............................................................................................................................................................................... ix
Pendahuluan................................................................................................................................................................................... 1
Matlamat ........................................................................................................................................................................................ 2
Objektif ........................................................................................................................................................................................... 2
Fokus ............................................................................................................................................................................................. 6
Glosari ........................................................................................................................................................................................... 43
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
[PU(A)531/97.]
vii
KATA PENGANTAR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan
setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum Kebangsaan.
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah
Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan
dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen
pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata
dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard
Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran dan Standard Prestasi.
supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan
Usaha memasukkan standard pentaksiran dalam dokumen dalam abad ke-21.
kurikulum telah mengubah lanskap sejarah sejak Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-
Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
Kebangsaan. Menerusinya, murid dapat ditaksir secara
pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga
berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam
pelaksanaan KSSR akan mencapai hasrat dan matlamat
sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid.
DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
ix
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
PENDAHULUAN
Bagi sekolah jenis kebangsaan, penggubalan standard
Dunia pendidikan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi
kurikulum Bahasa Melayu mengambil kira PdP Bahasa Melayu
menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif yang menggunakan pendekatan pengajaran bahasa kedua
kepada murid untuk memperoleh kemahiran berbahasa Melayu.
menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum
Seterusnya, kurikulum ini membolehkan murid
termasuklah Kurikulum Standard Bahasa Melayu yang turut
memperkembangkan dan menilai keupayaan serta penguasaan
melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam
kemahiran bahasa mereka. Di samping itu, murid juga diharap
penggubalannya. Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
dapat berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara
Rendah yang mengandungi Standard Kandungan, Standard
berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan serta
Pembelajaran dan Standard Prestasi yang didokumenkan
mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam profil murid.
sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu. Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
Kemahiran Abad Ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dan Standard Prestasi ini merupakan pernyataan yang
dan Kemahiran Menaakul turut dimasukkan secara eksplisit
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti
dalam dokumen kurikulum ini agar modal insan yang
dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah rendah.
dihasratkan mampu memenuhi keperluan masa kini. Melalui
kurikulum ini, keberkesanan dalam proses pengajaran dan
Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkan
pembelajaran (PdP) amat dititikberatkan. PdP yang
prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kurikulum ini
mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan dilaksanakan bukan sahaja menekankan pembelajaran
berasaskan murid dan pembelajaran kolaboratif, malah murid-
pembelajaran secara didik hibur serta pentaksiran secara
murid akan belajar melalui pembelajaran mendalam seperti
holistik bagi mencungkil potensi murid dalam penerokaan
pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran
pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
1
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
2
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
9. Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap 7. Membaca, mengenal pasti dan menerangkan, idea
positif, semangat patriotik, dan kewarganegaraan melalui daripada bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
aktiviti berbahasa. mempersembahkannya.
8. Menyalin huruf, perkataan dan frasa, dalam bentuk
Objektif Standard Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 3 tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
9. Membina dan menulis dua perenggan ayat serta menulis
KSSR mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 bertujuan jawapan pemahaman secara kritis berdasarkan soalan
membolehkan murid mencapai objektif berikut: bertumpu dan bercapah.
10. Mencatat maklumat yang dibanding beza tentang
1. Mendengar, mengecam dan menyebut ayat tunggal dan sesuatu perkara.
ayat majmuk dengan betul dan tepat. 11. Menulis ayat yang diimlakkan.
2. Mendengar, memahami, dan memberi respons terhadap 12. Merangka dan menulis penulisan naratif dan bukan
ayat perintah dengan betul. naratif serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan
3. Mendengar, mentafsir dan bertindak balas terhadap daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan
soalan bertumpu dan bercapah. imbuhan.
4. Bertutur untuk menjelaskan dan menilai sesuatu 13. Berceritakan dengan menggunakan simpulan bahasa,
perkara, serta membanding beza dan menjelaskan bandingan semacam dan perumpamaan yang sesuai
maklumat yang tersurat menggunakan idea yang kritis serta mengubahsuai cerita yang berunsur pengajaran
dan kreatif secara bertatasusila mengikut konteks. secara kreatif dan mempersembahkannya secara
5. Menyoal untuk mendapatkan maklumat secara kreatif.
bertatasusila. 14. Melafazkan dan menjelaskan maksud pantun serta
6. Membaca teks dengan sebutan yang betul dan intonasi mencipta pantun secara berpandu dan
yang sesuai serta memahaminya. mempersembahkannya.
3
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
4
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
KSSR dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong Rajah 1. Kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan enam
antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, tunjang kerangka..KSSR.……………………………………………..
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan
5
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
FOKUS
Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada Fokus juga diberikan dalam penguasaan tatabahasa yang baik
kemahiran literasi (konsep kembali kepada asas) dan aplikasi bagi membantu murid berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa. Kemahiran asas literasi memberi penekanan kepada sistem bahasa yang betul dan menghasilkan penulisan yang
murid-murid Tahap I (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) untuk berkualiti dan kreatif. Manakala dalam aspek Seni Bahasa pula,
menguasai sepenuhnya asas kemahiran mendengar, bertutur, murid dapat mengapreasiasikan keindahan bahasa Melayu
membaca dan menulis serta dilaksana sepenuhnya dalam melalui pelbagai teknik kemahiran bahasa yang santai dan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara terancang. menyeronokkan.
Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pula, Penekanan aktiviti PdP dan penggunaan pelbagai bahan yang
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberi menarik secara didik hibur bagi semua kemahiran dan aspek ini
penekanan kepada pengukuhan literasi dan aplikasi kemahiran dapat membantu murid menguasai dan menghayati
bahasa supaya mereka lebih berketerampilan berbahasa dalam pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan.
bentuk lisan dan bertulis.
6
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang PROFIL MURID PENERANGAN
menguasai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan
kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya mengatasi kesukaran, mengatasi
yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 cabaran dengan kebijaksanaan,
keyakinan, toleransi, dan empati.
bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri
yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 1 Mahir
Mereka menyuarakan dan meluahkan
Berkomunikasi
supaya berupaya bersaing pada peringkat global. Penguasaan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin
dan kreatif secara lisan dan bertulis,
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)
menggunakan pelbagai media dan
dalam kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah menyumbang teknologi.
kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan
Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif
murid. dan inovatif; mampu untuk menangani
masalah yang kompleks dan membuat
keputusan yang beretika. Mereka berfikir
tentang pembelajaran dan diri mereka
sebagai pelajar. Mereka menjana soalan
dan bersifat terbuka kepada perspektif,
nilai dan tradisi individu dan masyarakat
lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif
dalam menangani bidang pembelajaran
yang baharu.
7
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
8
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan
dalam PdP bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus
Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat
kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 2.
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah.
Jadual 2: Tahap pemikiran dalam KBAT
TAHAP
PENERANGAN Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk
PEMIKIRAN
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
dan nilai dalam situasi berlainan untuk dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir
melaksanakan sesuatu perkara. tidak mengikut kelaziman.
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
bahagian kecil untuk memahami dengan
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan. pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan,
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
pengalaman, kemahiran, dan nilai serta
memberi justifikasi. berfokus untuk menyelesaikan masalah.
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
9
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras Selain itu, dalam PdP Bahasa Melayu juga, unsur ilmu, nilai
tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN mata pelajaran lain, nilai murni masyarakat Malaysia serta
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi PdP kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan kemahiran bahasa
Bahasa Melayu menggunakan pelbagai prinsip, teknik dan membolehkan murid menguasai kemahiran secara bersepadu
pendekatan untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah menerusi pengalaman pembelajaran bahasa.
Pendidikan Kebangsaan.
Penilaian yang dijalankan secara berterusan dalam proses PdP
Konsep 5P merupakan maklumat yang berguna bagi menentukan
Strategi PdP Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu pencapaian sesuatu objektif PdP. Melalui proses penilaian ini
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan
penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk
bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P pemulihan atau pengayaan.
merupakan asas dalam proses PdP dalam KBSR. Melalui konsep
ini, murid dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan Bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran bahasa,
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan aktiviti pemulihan dalam PdP harus disediakan untuk membantu
menyeluruh seterusnya akan mengelakkan murid daripada murid menguasai kemahiran bahasa yang belum dapat dikuasai
berasa bosan sepanjang proses PdP dijalankan. Kemahiran dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan yang disediakan
bahasa dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah
mendengar, bertutur, membaca dan menulis, aspek seni bahasa kepada yang sukar. Pelaksanaan aktiviti ini adalah mengikut
dan tatabahasa yang terdapat dalam standard kandungan. kemampuan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
10
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
11
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
12
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
13
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
secara tradisional dan moden. Tema ini diajarkan untuk Penyelesaian Masalah
memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang Penyelesaian masalah merujuk kepada aktiviti PdP yang
bioteknologi pertanian dan penternakan serta melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan
keusahawanan tani. mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaaan kemahiran matematik
dalam situasi sebenar. Murid perlu menggunakan kemahiran,
11. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan
Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir
perniagaan dan keusahawanan dalam menjana secara kritis dan kreatif.
pendapatan dan pengurusan perdagangan, manakala
pengurusan kewangan pula menekankan tentang Pembelajaran Berasaskan Projek
tanggungjawab dalam menguruskan kewangan dengan Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk
bijak. Tema ini dapat memupuk kesedaran tentang menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-
kepentingan bidang ekonomi, membudayakan sikap murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan
keusahawanan dan celik kewangan dalam kehidupan. dapatannya. Hal ini juga dapat membantu guru menilai
perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih
12. Integriti bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.
Tema Integriti merujuk kepada prinsip berpegang teguh
kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi, keselarasan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
antara tindakan dengan nilai murni, etika dan undang- Pembelajaran berasaskan inkuari merupakan pendekatan PdP
undang serta keselarasan antara kepentingan diri dengan yang berpusatkan murid secara menyeluruh. Murid mencari dan
kepentingan umum. Tema ini dapat memupuk kesedaran menyelidiki sesuatu perkara atau peristiwa secara sistematik,
murid untuk bertindak mengikut lunas-lunas agama dan kritis dan analitis sehingga dapat merumuskan jawapan kepada
undang-undang negara agar menjadi warganegara yang persoalan atau penemuannya sendiri dengan yakin. Guru
bermoral dan bertamadun demi kesejahteraan negara. berperanan sebagai fasilitator untuk membimbing proses
14
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
penerokaan dan refleksi misalnya melalui aktiviti soal jawab. Ciri- Kepelbagaian Sumber dan Bahan
ciri pembelajaran inkuiri berfokus pada hipotesis yang hendak Penggunaan pelbagai sumber dan bahan amat digalakan dalam
diuji, sikap keterbukaan, penggunaan dan pengesahan fakta atau PdP Bahasa Melayu. Bahan berunsur ilmu, separa ilmiah dan
bukti dan rumusan. bahan sastera hendaklah digunakan dalam PdP bagi bacaan
intensif dan ekstensif. Kepelbagaian sumber merujuk
Pembelajaran Koperatif penggunaan sumber pertama, sumber cetak, sumber elektronik,
Kaedah PdP pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam digital dan internet serta bahan yang autentik seperti akhbar,
kumpulan yang membolehkan murid belajar bersama-sama, majalah, buku rujukan, kamus, glosari dan sebagainya.
saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan bekerja, Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai
berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat Pembelajaran Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan
sendiri dan kumpulan. Pembelajaran koperatif ini dapat potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana
menghasilkan satu tugasan kumpulan, di samping mewujudkan setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
interaksi antara murid, kerjasama dan semangat berpasukan berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal
yang kuat. linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Pembelajaran Berpusatkan Murid
Strategi PdP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu haruslah Pembelajaran Kontekstual
berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,
itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila
murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam
kehidupan mereka.
15
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
16
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
dan SP. Elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan
di dalam EMK adalah seperti berikut: dan kewarganegaraan kebangsaan dan global yang
menjadi amalan dalam kehidupan harian.
1. Bahasa
4. Sains dan Teknologi
Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam
Semasa PdP bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan,
kalangan murid.
struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat
diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea
membantu serta menyumbang kepada pembelajaran
dan berkomunikasi secara berkesan.
yang lebih cekap dan berkesan.
Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
2. Kelestarian Alam Sekitar
merangkumi empat perkara iaitu:
Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,
jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata
konsep yang berkaitan dengan sains dan
pelajaran.
teknologi).
Pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar dan
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan
kelestarian global penting dalam membentuk etika murid
kemahiran manipulatif tertentu).
untuk menghargai alam dan kehidupan.
17
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan
keselamatan). dalam PdP
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
7. Keusahawanan
5. Patriotisme Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
masyarakat. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP
Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti
mempunyai semangat cintakan negara dan rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
berbangga sebagai rakyat Malaysia. membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.
6. Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham Komunikasi (TMK) dalam PdP memastikan murid
atau gabungan idea yang ada. dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan
Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.
ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid
Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik
untuk memastikan pembangunan modal insan yang dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
mampu menghadapi cabaran abad ke-21. pembelajaran.
18
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang menguruskan hal ehwal kewangan secara
hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi bertanggungjawab.
meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam
kandungan mata pelajaran. PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan
secara langsung adalah melalui tajuk seperti wang yang
9. Kelestarian Global mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti
Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid pengiraan faedah mudah dan faedah kompaun.
berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui
persekitaran dalam kehidupan harian dengan tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan,
Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan. kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara
Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan berkesan dan bermakna.
murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa
peringkat tempatan, negara dan global.
Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan
dalam mata pelajaran yang berkaitan.
19
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
20
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
PS ini berdasarkan penguasaan murid dalam standard menegak (Tahap Penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan
prestasi. PS tidak membandingkan pencapaian seseorang dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau
murid dengan murid lain. Murid dinilai secara adil dan saksama rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan bentuk hasil pembelajaran. Tahap perkembangan
potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Oleh itu, pembelajaran murid diukur berdasarkan perkembangan atau
pentaksiran memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju kemajuan pembelajarannya.
yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk
memperkembang potensi setiap murid ke tahap maksimum. Terdapat tiga standard prestasi bagi setiap kemahiran bahasa
iaitu standard prestasi kemahiran mendengar dan bertutur,
Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang standard prestasi kemahiran membaca dan standard prestasi
lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang kemahiran menulis. Aspek seni bahasa dan tatabahasa tidak
merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid. Hal ini dinilai tetapi semasa PdP, pentaksiran dapat dilaksanakan juga
bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, untuk menilai ketiga-tiga kemahiran bahasa tersebut. Selepas
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak semua standard pembelajaran dalam sesuatu kelompok itu
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai diajar, guru akan menilai dan menentukan tahap penguasaan
potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan murid tersebut.
bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. .
Standard Prestasi
Standard Prestasi ialah set kriteria umum yang menunjukkan
tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan selepas
sesuatu standard pembelajaran atau kemahiran dikuasai.
Perkembangan dalam standard terbahagi kepada dua, iaitu
perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan
21
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
22
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
TAHAP TAHAP
HURAIAN HURAIAN
PENGUASAAN PENGUASAAN
Murid berupaya mempamerkan tahap tersusun, menguasai kemahiran berfikir
pengetahuan bahasa dan kecekapan yang kritis, kreatif dan inovatif,
berbahasa yang baik, dapat berkomunikasi secara efektif dan penuh
mengaplikasikan pengetahuan bahasa keyakinan, mengamalkan pembelajaran
4 dengan berkesan, berupaya secara kendiri serta menjadi model
Baik mengungkapkan idea, menguasai teladan kepada murid yang lain dalam
kemahiran berfikir yang kritis, dan kemahiran bahasa.
mengamalkan pembelajaran kendiri
secara minimum dalam kemahiran Semua guru Bahasa Melayu perlu melaksanakan proses PdP
bahasa.
dalam bilik darjah dengan merujuk kepada SK dan SP.
Murid berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan Kebijaksanaan guru dituntut bagi menentukan proses PdP
berbahasa yang tinggi, berupaya dilaksanakan secara bersesuaian dan berkesan. Dalam
mengungkapkan idea dengan jelas dan
keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan murid
5 terperinci, berkomunikasi secara efektif,
Sangat Baik mengaplikasikan pengetahuan bahasa dan menentukan tahap penguasaannya berdasarkan senarai
yang lebih kompleks, menguasai standard prestasi dalam kelompok kemahiran yang telah
kemahiran berfikir yang kritis dan
ditentukan. Guru perlu adil dalam membuat pertimbangan
kreatif, serta mengamalkan pembelajaran
secara kendiri dalam kemahiran bahasa. profesional untuk menentukan tahap penguasaan murid.
Murid berupaya mempamerkan tahap Setiap murid seharusnya diberikan peluang, bimbingan dan
pengetahuan bahasa dan kecekapan pengukuhan agar mereka mampu dan berupaya menunjukkan
6
berbahasa yang cemerlang dan
Cemerlang penguasaaan serta kebolehan yang terbaik dan cemerlang
konsisten, berupaya mengungkapkan
idea dengan jelas, terperinci dan dalam kemahiran bahasa.
23
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
disokong oleh pengisian kurikulum. Selain itu, setiap standard tentang perkara kriteria atau umum yang
ini mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, yang murid patut indikator kualiti menunjukkan
kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid selama ketahui dan boleh pembelajaran dan tahap-tahap
enam tahun pembelajaran di sekolah rendah. Ketiga-tiga dilakukan dalam pencapaian yang prestasi yang perlu
standard ini dijelaskan dalam jadual 4 seperti berikut: suatu tempoh boleh diukur bagi murid pamerkan
persekolahan setiap standard sebagai tanda
merangkumi aspek kandungan. bahawa sesuatu
pengetahuan, perkara itu telah
kemahiran dan nilai. dikuasai murid
(indicator of
success)
24
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
25
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
secara didik hibur. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada
bentuk tunggal atau hasil daripada proses
5. Aspek Tatabahasa pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Aspek Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis Golongan kata pula ialah proses menjeniskan
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau
murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan melalui fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan
pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan yang sama.
berkesan supaya murid memahami dan menggunakan
tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks 1.1.1 Struktur kata merujuk pada pola suku kata
secara lisan dan bertulis. bagi:
(i) kata asli bahasa Melayu
SISTEM BAHASA (ii) kata pinjaman bahasa Melayu
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, 1.1.2 Bentuk kata terdiri daripada:
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan (i) kata terbitan
sistem bahasa dalam PdP Bahasa Melayu membolehkan (ii) kata ganda
murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. (iii) kata majmuk
Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah ini; 1.1.3 Proses pembentukan kata meliputi:
1. Tatabahasa (i) pengimbuhan
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan (ii) penggandaan
sintaksis; (iii) pemajmukan
1.1 Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata
struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata yang amat kompleks ialah pengimbuhan.
26
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
27
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
3. Kosa Kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata perlu ditingkat dan
dikembangkan agar murid dapat mengungkap
maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan
ilmu dalam mata pelajaran yang dipelajari pada
28
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
Murid boleh:
1.1 Mendengar dan memberikan
1.1.2 Mendengar, mengecam, memahami, dan menyebut dengan betul dan
respons.
tepat;
(i) ayat tunggal
(ii) ayat majmuk
1.2 Bertutur untuk menyampaikan 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan dan menilai sesuatu perkara secara bertatasusila
maklumat dan idea bagi pelbagai mengikut konteks.
tujuan.
29
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
30
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
TAHAP
PENYATAAN
PENGUASAAN
Memberikan respons dengan betul terhadap ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah dan ayat tanya;
1 mengemukakan soalan, serta bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjelaskan maklumat
yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap sangat terhad.
Memberikan respons dengan betul terhadap ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah dan ayat tanya;
2 mengemukakan soalan, serta bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjelaskan maklumat
yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap terhad.
Memberikan respons dengan betul terhadap ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah dan ayat tanya;
3 mengemukakan soalan, serta bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjelaskan maklumat
yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap memuaskan.
Memberikan respons dengan betul terhadap ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah dan ayat tanya;
4 mengemukakan soalan, serta bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjelaskan maklumat
yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap kukuh.
Memberikan respons dengan betul terhadap ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah dan ayat tanya;
5 mengemukakan soalan, serta bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjelaskan maklumat
yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap terperinci.
Memberikan respons dengan betul terhadap ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah dan ayat tanya;
mengemukakan soalan, serta bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menjelaskan maklumat
6
yang tersurat menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara bertatasusila pada tahap sangat terperinci,
konsisten, dan menjadi model teladan.
31
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
Murid boleh:
2.1 Asas membaca dan memahami.
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;
(i) ayat tunggal dan ayat majmuk
(ii) perenggan
(iii) teks
2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan memahami;
32
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya 2.3.1 Membaca, mengenal pasti, dan menerangkan kandungan teks daripada bahan
sastera dan bukan sastera. bukan sastera dan bahan sastera;
(i) label
(ii) manual
(iii) pantun
(iv) cerita
2.3.2 Membaca dan menghayati karya bukan sastera dan karya sastera dengan
sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;
(i) label
(ii) manual
(iii) pantun
(iv) cerita
33
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
TAHAP
PENYATAAN
PENGUASAAN
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami teks dengan menerangkan idea,
1
mengenal pasti dan menjelaskan kandungan bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya pada tahap sangat terhad.
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami teks dengan menerangkan idea,
2
mengenal pasti dan menjelaskan kandungan bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya pada tahap terhad.
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami teks dengan menerangkan idea,
3
mengenal pasti dan menjelaskan kandungan bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya pada tahap memuaskan.
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami teks dengan menerangkan idea,
4
mengenal pasti dan menjelaskan kandungan bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya pada tahap kukuh.
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami teks dengan menerangkan idea,
5
mengenal pasti dan menjelaskan kandungan bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya pada tahap terperinci.
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai serta memahami teks dengan menerangkan idea,
6
mengenal pasti dan menjelaskan kandungan bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model teladan.
34
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.2.1 Membina dan menulis;
yang bermakna. (i) ayat
(ii) perenggan
3.2.2 Membina dan menulis jawapan pemahaman secara kritis berdasarkan soalan;
(i) bertumpu
(ii) bercapah
35
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
36
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
TAHAP
PENYATAAN
PENGUASAAN
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat, menulis jawapan pemahaman,
1
mencatat maklumat, menulis secara imlak, membina kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif,
mengedit serta memurnikan hasil penulisan dengan betul pada tahap sangat terhad.
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat, menulis jawapan pemahaman,
2
mencatat maklumat, menulis secara imlak, membina kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif,
mengedit serta memurnikan hasil penulisan dengan betul dengan betul pada tahap terhad.
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat, menulis jawapan pemahaman,
3
mencatat maklumat, menulis secara imlak, membina kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif,
mengedit serta memurnikan hasil penulisan dengan betul dengan betul pada tahap memuaskan.
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat, menulis jawapan pemahaman,
4
mencatat maklumat, menulis secara imlak, membina kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif,
mengedit serta memurnikan hasil penulisan dengan betul dengan betul pada tahap kukuh.
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat, menulis jawapan pemahaman,
5
mencatat maklumat, menulis secara imlak, membina kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif,
mengedit serta memurnikan hasil penulisan dengan betul dengan betul pada tahap terperinci.
Menulis tulisan berangkai secara mekanis dengan betul dan kemas, membina ayat, menulis jawapan pemahaman,
6 mencatat maklumat, menulis secara imlak, membina kerangka dan menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif,
mengedit serta memurnikan hasil penulisan dengan betul dengan betul pada tahap sangat terperinci, konsisten,
dan menjadi model teladan.
37
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
4.2 Menghayati keindahan dan 4.2.1 Melafazkan pantun yang mengandungi bahasa yang indah dan menjelaskan
kesantunan bahasa dalam bahan maksud.
sastera.
4.2.2 Menyanyikan lagu mengikut irama lagu kanak-kanak, dan lagu rakyat serta
menjelaskan maksud bahasa yang indah dalam lirik lagu.
4.3 Menghasilkan bahan sastera 4.3.1 Mencipta bahan sastera secara berpandu dan mempersembahkan secara
dengan menyerapkan keindahan kreatif;
dan kesantunan bahasa serta
(i) pantun dua kerat
mempersembahkannya secara
(ii) pantun empat kerat
38
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
kreatif.
4.3.2 Mengubah suai cerita yang mempunyai unsur pengajaran secara berpandu dan
mempersembahkan cerita secara kreatif.
4.3.3 Mengubah suai seni kata lagu secara berpandu dan mempersembahkan lagu
secara kreatif.
CATATAN:
Dalam Aspek Seni Bahasa, pentaksiran Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis juga boleh
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, proses p&p Aspek Seni Bahasa masih dilaksanakan dalam bentuk pendekatan modular.
39
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
Murid boleh:
5.1 Memahami fungsi dan
menggunakan golongan kata 5.1.1 Memahami dan menggunakan golongan kata nama mengikut konteks;
mengikut konteks. (i) kata nama am
(ii) kata nama khas
(iii) kata ganti nama
(iv) penjodoh bilangan
40
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata mengikut konteks;
pembentukan kata mengikut (i) kata dasar
konteks.
(ii) kata berimbuhan awalan
(iii) kata berimbuhan akhiran
5.3
5.3.1 Memahami dan membina ayat mengikut konteks;
5.3 5.3 Memahami dan membina ayat
mengikut konteks. (i) ayat seruan
(ii) ayat perintah
41
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
CATATAN:
Dalam Aspek Tatabahasa, pentaksiran Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca atau Kemahiran Menulis juga
boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran Aspek Tatabahasa masih dilaksanakan dalam
bentuk pendekatan modular.
42
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
ayat penyata membuat satu penyataan bertujuan untuk bahan yang memuatkan maklumat atau
menyatakan atau memberikan keterangan bahan grafik paparan yang terdiri daripada lukisan,
tentang sesuatu hal. gambar rajah, simbol dan lain-lain untuk
ayat yang diucapkan dengan tujuan menyatakan atau menyampaikan idea.
ayat perintah memberi suruhan, larangan, ajakan atau hasil karya tulisan dalam bentuk prosa
menyampaikan permintaan. bahan sastera atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
ayat yang diucapkan dengan membawa keistimewaan yang tertentu.
nada atau intonasi seruan untuk tujuan perkataan atau ungkapan yang digunakan
ayat seruan melahirkan suatu keadaan perasaan dalam makna yang berlainan daripada
bahasa kiasan
seperti terkejut, hairan, geram, seronok, makna sebenar atau makna biasa
sakit dan sebagainya. perkataan itu.
ayat yang digunakan untuk tujuan karangan separa berpandu merupakan
ayat tanya menanyakan sesuatu hal atau berita dan penulisan yang berdasarkan panduan guru
berdasarkan nada suara serta penggunaan separa berpandu yang minimum. Murid mengeluarkan idea
perkataan tertentu. dengan panduan atau batasan yang diberi
bacaan kuat yang mementingkan sebutan oleh guru.
bacaan mekanis huruf dan bunyi dengan betul, membaca beradabberbu berbudi bahasa, bersopan.
mengikut intonasi, nada dan tekanan yang
43
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
intonasi turun naik atau tinggi rendah nada suara. bunyi tertentu dalam kata dasar itu, seluruh
kata ganda
kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
isi tersirat idea yang terkandung atau tersembunyi. berentak
tertentu diulang atau diubah (vokal,
isi tersurat idea yang telah ditulis, tertulis, tercatat.
pengulangan konsonan dan bebas).
buah fikiran yang penting menerangkan
idea utama penggandaan keseluruhan kata dasar
maksud keseluruhan perenggan. kata ganda
sama ada kata dasar itu mengandungi
Idea dalam bentuk huraian dan contoh penuh
imbuhan ataupun tidak.
bagi menyokong dan menerangkan idea
idea sampingan penggandaan sebahagian kata dasar
utama. kata ganda
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata
separa
tunggal ataupun kata terbitan.
karangan berpandu ialah satu penulisan
karangan kata kerja yang tidak memerlukan
karangan berdasarkan panduan dan kata kerja aktif
berpandu penyambut atau objek sesudahnya.
bimbingan guru. transitif
44
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
45
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
mengaplikasi menggunakan secara praktik atau amali. naratif cerita peristiwa atau pengalaman.
kenal atau ingat sesuatu yang dilihat dan deria atau alat perasa yang lima (deria
mengecam
didengar. pancaindera rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat,
menyunting atau menandai kesalahan deria sentuh).
mengedit
pada perkataan, frasa atau ayat. proses yang berlaku apabila dua kata
membahagi-bahagikan atau mengasing- dasar atau lebih dirangkaikan dan rangkai
mengelas
asingkan kepada berbagai-bagai golongan. pemajmukan kata yang terhasil membawa makna yang
46
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
47
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
PANEL PENGGUBAL
48
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
22. Mohd Pauzi bin Ab Raof Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor
23. Amran bin Bakar Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
24. Dr. Norhana binti Bakhary Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Negeri Sembilan
25. Norliza binti Abu Bakar Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Johor
26. Mat Ariffin bin Ismail SJKC Batang Kali, Selangor
27. Mohd Jamil bin Ismail SJKC Rasa, Selangor
TURUT MENYUMBANG
28. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong Universiti Kebangsaan Malaysia
29. Norhayati Md Yatim IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
30. Eh Sai a/l Eh Kang SJK C Sungai Chua, Kajang, Selangor
31. Kunthavi a/p Gopal SJKT Taman Melawati, Kuala Lumpur
32. Saluwa binti Harun SJKC Choon Wen
33. Siti Sarah binti Abdul Malik SK Serendah, Selangor
49
KSSR BAHASA MELAYU SJK TAHUN 3
PENGHARGAAN
Penasihat
Dr. Sariah binti Abd. Jalil - Pengarah
Penasihat Editorial
Mohamed Zaki bin Abd. Ghani - Ketua Sektor
Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor
Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor
Mahyudin bin Ahmad - Ketua Sektor
Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor
Mohamed Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor
Paizah binti Zakaria - Ketua Sektor
Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor
50